Anda di halaman 1dari 5

Setelah Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya

dan diterima baik oleh orang-orang ansar, Islam telah berkembang dan tersebar luas dan
diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi
kukuh dan ini menyebabkan orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan
kemajuan ini.

Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam semasa di Madinah.
Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada agama
Allah. Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta
tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka. Berbekalkan
keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan
ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam. Tidak ada sesiapa yang dapat
menahan betapa besarnya pertolongan Allah terhadap umat yang senantiasa menjalankan
perintahnya dan menjauhi larangannya.

PERANG BADAR Dan (ingatlah) ketika Allah


menjanjikan kepada kamu
salah satu dari dua angkatan,
Serangan yang dilakukan oleh Abdullah Ibn Jahshin menjadi untuk kamu
terhadap angkatan perdagangan kaum Quraisy (menghadapinya), sedang
pada bulan Rejab yang diharamkan berperang telah kamu suka kiranya (angkatan
dianggap sebagai tamparan dan cabaran hebat perniagaan) bukan angkatan
kepada mereka. Kaum Quraisy merasakan kematian (perang) yang mempunyai
Al-Hadhrami seharusnya dibela dan mereka mahu kekuatan itu yang dijadikan
memusnahkan semua pihak yang bersangkutan untuk kamu (menghadapinya).
Padahal Allah menghendaki
dengan pembunuhan itu. Rasulullah SAW
untuk menetapkan yang benar
sememangnya menyedari pihak Quraisy pasti akan
(agama Islam) dengan
menuntut bela. Justeru Baginda telah membuat Kalimah-kalimah-Nya dan
persediaan yang lebih awal. untuk membinasakan kaum
yang kafir seluruhnya;
Pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, 17 Mac 624
Masihi, Rasulullah SAW bersama 313 orang tentera (Q.S Al-Anfal : 7)
telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan
perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri
Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah
untuk menyerang Madinah.

Abu Sufyan yang mengetuai angkatan perdagangan tersebut telah menyedari tindakan
Rasulullah SAW itu lalu beliau telah menghantar utusannya yang bernama Dham Dham bin
Amr Al-Ghifari meminta bantuan dari Makkah.

Di Makkah pula, 3 hari sebelum Dham Dham sampai, Atiqah Binti Abdul Muthalib telah
bermimpi sesuatu yang sungguh menakutkan. Atiqah telah bermimpi melihat seorang
musafir datang dengan mengendarai unta. Ia berdiri diatas tanah lapang. Kemudian, lelaki
tersebut berteriak dengan suara yang amat kuat.

“Ketahuilah wahai keluarga Ghudar, berangkatlah kalian kepada tempat-tempat kematian


kalian dalam masa 3 hari.”

Atiqah melihat manusia berkumpul dekat musafir tersebut kemudian ia masuk dalam masjid
diikuti orang ramai dan berdiri ia diatas untanya didepan Ka‟bah dan dilaungkan lagi
perkataan yang sama. Lelaki itu kemudian berdiri dihadapan Abu Qais dan diulangi
ucapannya buat kali ketiga. Musafir itu kemudian mengambil batu besar dan
melemparkannya. Batu itu jatuh bergolek. Ketika batu itu tiba dibawah gunung, ia pecah
berkeping-keping. Tidak sebuah rumah pun yang ada di Makkah terlepas dari dimasuki
pecahan batu besar tersebut.

Mimpi Atiqah itu walaupun diminta supaya dirahsiakan, telah tersebar luas di Kota Makkah
hingga kepengetahuan Abu Jahal. Tetapi Abu Jahal dengan sikap bongkak dan
sombongnya tidak memperdulikan mimpi itu malah memperlekehkan mimpi itu.

Al-Abbas bin Abdul Muthalib, orang pertama yang mengetahui tentang mimpi Atiqah telah
mendengar saudaranya di ejek oleh Abu Jahal. Beliau ingin mempertahankan saudaranya
lalu keluar untuk mencari Abu Jahal. Pada ketika beliau terjumpa Abu Jahal, Dham Dham,
iaitu utusan dari Abu Sufyan telah sampai ke Makkah dengan membawa berita Abu Sufyan
meminta bantuan. Ketika itu juga Makkah menjadi kecoh dengan berita ini. Ramai
pembesar-pembesar Quraisy merasa marah dengan tindakan Muhammad SAW. Mereka
lalu mengumpulkan orang untuk keluar membantu Abu Sufyan. Tidak ada seorang lelaki
pun yang ingin ketinggalan dalam peperangan ini. Ada diantara mereka yang tidak dapat
ikut tetapi mengutus orang suruhan mereka untuk ikut serta.

Sebelum berlaku peperangan di Badar, Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Talhah
Bin Ubaidullah dan Said bin Zaid untuk mengumpul maklumat tentang kabilah Abu
Sufyan. Mereka mengumpulkan maklumat yang perlu dan kembali ke Madinah untuk
menyampaikan pada Rasulullah SAW. Baginda bergerak bersama-sama para
pengikutnya. Baginda menuju ke Badar tetapi terlebih dahulu Baginda mengutus Ali bin Abu
Talib, Zubir bin Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas bersama beberapa orang lain ke Badar
mengumpulkan maklumat terbaru tentang orang Quraisy serta musuh mereka. Maklumat
telah mereka perolehi daripada dua orang budak lelaki yang telah mendedahkan tentang
tempat persinggahan orang Quraisy. Apabila Rasulullah SAW bertanya berapa ekor
binatang yang disembelih untuk makanan mereka setiap hari, kanak-kanak itu menjawab 9
atau 10 ekor. Dengan kebijaksanaan Rasulullah SAW, Beliau dapat mengagak jumlah
tentera musuh ada 900 hingga 1000 orang tentera berdasarkan maklumat itu.

Dengan maklumat yang diperolehi itu, Rasulullah pada waktu itu merasa khuatir kalau-kalau
nanti setelah kejadian tenteranya bertempur dengan tentera Quraisy lalu dari tenteranya
ada yang mengundur diri. Nabi Muhammad SAW juga ingat bahwa asal mulanya
berangkat dari madinah adalah hendak mengejar sekumpulan unta yang memuatkan
perdagangan kaum Quraisy yang di ketuai oleh Abu Sufyan, sedangkan mereka telah lepas
jalan ke Makkah. Rasulullah SAW bimbang jika ada diantara tenteranya yang tidak suka
bertempur dengan tentera Quraisy dan ada yang berperasaan berbelah bagi.

Angkatan Unta yang dikejar telah terlepas jalan. Pasukan tentera Quraisy begitu besar
berlipat ganda. Alat perang Quraisy lebih lengkap sedangkan mereka serba kekurangan.

Dengan kebijaksanaan sebagai seorang Nabi dan pesuruh Allah, maka Nabi Muhammad
SAW bermusyawarah bersama pahlawan-pahlawan tenteranya meminta pendapat
mereka. Pada mulanya, mereka berkata bahwa mereka keluar hanya untuk perdagangan
Quraisy dan bukan untuk berperang. Ketika itu Rasulullah SAW amat merasa susah hati dan
berubah wajahnya. Apabila Abu Bakar r.a melihat keadaan ini, lalu beliau berkata:

“Ya Rasulullah, lebih baik kita bertempur dengan musuh!”. Diikuti pula dengan Umar
r.a. Kemudian seorang sahabat Miqdad Bin Al-Aswad lalu berdiri dan berkata :

“Ya Rasulullah, teruskanlah pada barang apa yang Allah telah perintahkan pada Tuan!
Maka kita turut serta bersama Tuan. Demi Allah, kita tidak akan berkata kepada Tuan seperti
perkataan kaum Bani Israil kepada Nabi Musa pada zaman dahulu. “Pergilah engkau
bersama Tuhanmu, maka berperanglah engkau berdua. Kita sesungguhnya akan duduk
termenung saja.”. Akan tetapi berkata kita pada Tuan sekarang “Pergilah Tuan bersama
Tuhan Tuan! Dan berperanglah Tuan bersama Tuhan Tuan. Kita sesungguhnya berserta Tuan
dan Tuhan Tuan. Kita ikut berperang. Demi Allah, jikalau Tuan berjalan dengan kita sampai
kedesa Barkul Ghamad, nescaya kita berjuang bersama Tuan daripada yang lainnya. Kita
akan berperang dari sebelah kanan Tuan dan di antara hadapan Tuan dan belakang Tuan.”

Ketika itu Rasulullah SAW juga ingin kepastian dari kaum Ansar. Melihat keadaan itu, Sa‟ad
Bin Muaz lalu berdiri dan berkata dengan kata-kata yang memberi keyakinan pada
Rasulullah SAW sama seperti kaum Muhajirin. Di ikuti pula oleh suara-suara pahlawan yang
lain.

Setelah mendengar kata-kata daripada sahabat dan tenteranya yang sungguh


meyakinkan, bercahayalah muka Nabi seraya tertampak kegirangannya. Pada saat itu juga
Allah SWT menurunkan wahyunya yang tercatat di Surah Al-Anfal ayat 5-7 yang ertinya :

“Sebagai Tuhanmu (Muhammad) mengeluarkan akan kamu dari rumhamu yang benar. Dan
bahawasanya sebahagian dari orang-orang yang beriman itu sungguh benci. Mereka
membantah kamu dalam urusan kebenaran (berperang) sesudah terang-benderang,
seolah-olah mereka digiring akan salah satu dari dua (golongan Al’Ier dan golongan An
Nafier), bahawasanya ia bagimu, dan kamu mengharapkan yang tidak berkekuatan senjata
adalah bagi kamu, dan Allah berkehendak akan menyatakan kebenaran dengan semua
sabdanya, dan memutuskan kekalahan orang-orang yang tidak percaya”

(Al-Quran Surat Al-Anfal Ayat 5-7)

Setelah itu, Nabi SAW lalu bersabda pada seluruh tenteranya:

“Berjalanlah kamu dan bergembiralah kerana sesungguhnya Allah telah memberi janji
kepadaku salah satu daripada dua golongan (yaitu Al-Ier dan An-Nafier). Demi Allah,
sungguh aku seakan-akan sekarang ini melihat tempat kebinasaan kaum Quraisy,”

Mendengar perintah Rasulullah SAW yang sedemikian itu, segenap kaum muslimin
memulakan perjalanan dengan tulus ikhlas dan berangkatlah mereka menuju ketempat
yang dituju oleh Nabi. Mereka selalu ta‟at dan patuh kepada perintah Nabi dengan
melupakan segala sesuatu yang menjadi kepentingan diri mereka sendiri.

Dipihak Quraisy pula ada beberapa kucar kacir yang terjadi sehingga beberapa kaum yang
berjalan berpatah balik ke Makkah.

Diriwayatkan diwaktu itu, Nabi S.A.W berulang-ulang memohon kepada Allah sehingga Abu
Bakar r.a yang senantiasa berada disisinya telah memegang selendang dan bahu Nabi
sambil berkata bahwa Tuhan akan meluluskan padanya apa yang telah Allah janjikan.

Selanjutnya, sebagai kebiasaan bangsa Arab, sebelum berperang maka diantara


pahlawan-pahlawannya lebih dulu harus bertanding dan beradu kekuatan dengan
pahlawan musuh. Dipihak kaum Quraisy, 3 pahlawan yang keluar adalah:

1. Utbah Bin Rabi‟ah

2. Syaibah Bin Rabi‟ah

3. Walid Bin Utbah.


Dan dari tentera Islam (dari Kaum Ansar) ialah:

1. „Auf bin Al-Harits

2. Mu‟adz bin Harts

3. Abdullah bin Rawahah.

Mereka bertiga adalah dari kaum Ansar. Tetapi kerana kesombongan kaum Quraisy yang
merasakan bangsanya lebih baik, tidak mahu menerima kaum Ansar, malah meminta
Rasulullah SAW mengeluarkan 3 orang pahlawan dari kaum Quraisy sendiri. Maka Rasulullah
mengeluarkan dari kaum Quraisy(Muhajirin):

1. Hamzah Bin Abdul Muthalib

2. Ali Bin Abi Thalib

3. „Ubadah Bin Al-Harits.

Mereka berenam beradu tenaga sehingga akhirnya tentera Quraisy jatuh ketiga-tiganya
dan tentera Islam hanya „Ubaidah Bin Al-Harits yang syahid. Ini adalah petanda bahwa
kaum Quraisy akan tewas.

Setelah itu pertempuran terus berlaku. Tentera Islam yang seramai 313 orang berlawan mati-
matian untuk menewaskan tentera Quraisy. Rasulullah SAW senantiasa mengamati gerak-
geri tentera Islam. Dengan sebentar waktu, berpuluh-puluh tentera musyrikin
menghembuskan nafasnya, melayang jiwanya meninggalkan badannya bergelimpangan
diatas tanah bermandikan darah. Tentera Islam senantiasa menyebut “Esa! Esa! Esa!”.

Rasulullah SAW pula tidak henti-henti memanjatkan do‟a pada Allah memohon
kemenangan tentera Islam. Ada seketika dengan tidak ada sebab apapun, Rasulullah SAW
telah jatuh dengan mendadak sebagai orang pengsan. Tubuhnya gementar dan
kedinginan bagaikan orang ketakutan. Tetapi tidak berapa minit, Beliau bangun dengan
tegak lalu bersabda kepada Abu Bakar r.a. yang senantiasa berada disisinya, yang ertinya :

“Gembiralah oleh mu hai Abu Bakar. Telah datang pertolongan dari Allah kepadamu. Ini
Malaikat Jibril sampai memegang kendari kuda yang ia tuntun atas kedua gigi sarinya
berdebu.”

Rasulullah SAW memberi semangat kepada tenteranya dengan sabdanya yang membawa
maksud dan jaminan bahwa tentera Islam yang turut serta diperang Badar dijamin masuk
syurga. Mendengar ini, tentera Islam semakin berkobar-kobar semangatnya. Ramai
pembesar-pembesar Quraisy yang terkorban dan pada akhirnya, mereka bubar dan
melarikan diri. 70 orang kaum Quraisy terbunuh dan 70 yang lain ditawan. Manakala
tentera Islam pula hanya 14 yang syahid (6 dari Muhajirin dan 8 dari Anshar). Tentera Islam
mendapat kemenangan dari sebab keteguhan dan ketabahan hati mereka. Bangkai-
bangkai tentera musyrikin dilempar dan dikuburkan didalam sebuah perigi/sumur di Badar.

Kemenangan ini disambut dengan riang gembira oleh orang yang tidak mengikut
peperangan, yaitu kaum perempuan, kanak-kanak dan beberapa orang lelaki yang diberi
tugas mengawal Madinah dalam masa pemergian tentera Islam ke Badar itu.

Di Madinah pula, Rasulullah SAW memikirkan bagaimana cara yang patut dilakukan keatas
orang tawanan perang. Rasulullah SAW juga berpesan pada orang ramai supaya bersikap
baik dan belas kasihan kepada orang tawanan. Sehingga ada kaum muslimin yang
memberikan satu-satunya roti yang ada kepada orang tawanan. Sehingga orang tawanan
merasa segan dengan kebaikan yang ditunjukkan. Rasulullah SAW kemudian berbincang
dengan orang Islam tentang nasib tawanan Badar. Ada yang menyatakan dibunuh saja
kerana mereka telah engkar dengan Allah dan mengusir kaum Muhajirin dari Makkah. Ada
pula yang lebih lembut hatinya dan disuruh lepaskan saja dengan harapan mudah-
mudahan mereka akan insaf dan tertarik dengan Islam. Setelah lam berbincang, mereka
akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan mereka dengan mengenakan tebusan
sekadar yang sepatutnya mengikut keadaan masing-masing. Setinggi empat ribu dirham
dan serendah satu ribu dirham. Bagi yang miskin tetapi ada pengetahuan membaca dan
menulis dikehendaki supaya mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam. Mereka semua
dibebaskan apabila tebusan telah dibayar atau kanak-kanak itu telah pandai.

HIKMAH DIDALAM PEPERANGAN BADAR

1. Kemenangan ini menguatkan lagi kedudukan Islam di Madinah


2. Menambahkan keyakinan bahwa Islam adalah pihak yang benar.
3. Orang Islam telah mula disegani dan ditakuti oleh kabilah-kabilah Arab lain dan
digeruni oleh orang Yahudi dan Munafiqin Madinah.
4. Pengaruh orang Quraisy Makkah mula lemah dan merosot.
5. Orang yang ditawan oleh tentera Islam telah menceritakan tentang kebaikan Islam
setelah mereka balik ke Makkah (setelah dibebaskan). Secara langsung telah
memberi pertolongan yang besar kepada perkembangan agama Islam di Makkah.
6. Tentera Islam bertambah darI masa ke masa.
7. Memperkuatkan lagi kepercayaan orang Islam kepada Nabi Muhammad SAW dan
ajaran Islam.

KESIMPULAN

Pengajaran dari peperangan ini menunjukkan bahwa kaum Quraisy tidak bersatu padu. Ini
terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang terjadi. Dengan ini
sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk mencapai kemenangan.

Kaum Quraisy terlalu yakin yang mereka akan berjaya memusnahkan Islam yang memang
sedikit dari jumlah tetapi tidak dari semangat. Mereka tidak dapat mengalah tentera Islam
kerana semangat tentera Islam begitu kukuh kerana Rasulullah telah berjaya menjalin
silaturrahim yang kuat sesama Islam. Nabi Muhammad S.A.W adalah pentabdir yang
berkaliber dan pintar mengendalikan tektik peperangan. Orang Islam mempunyai
pegangan iaitu berjaya didunia atau mati syahid.

Anda mungkin juga menyukai