Anda di halaman 1dari 4

40 Fadhilat Puasa Ramadhan

Oleh: Nurzahidah Binti Mohd Isa

1.Membentuk Manusia Bertakwa Kepada Allah


Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh
yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.Hikmah puasa pada hakikatnya dapat membentuk
mukmin yang mencapai taraf ketakwaan yang sebenarnya kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t: Ertinya: “hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Puasa yang berjaya meningkatkan takwa seseorang dan menumbuhkan ketahanan yang positif sama ada dari
rohani dan jasmani.Malah pusa dapat menguji kemampuan diri dan jiwa kita bagi menghadapi pelbagai kesulitan
atau cabaran hidup manusia.Pengaruh puasa yang dapat melatih manusia mencapai takwa bererti dapat
menyiapkan diri untuk menerima kurniaan Allah menuju kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat.

2.Dapat Mengukuhkan Islam


Kesempurnaan seseorang islam adalah berdasarkan kepada ketaatan melaksanakan ibadah puasa selama
sebulan dalam setiap tahun pada bulan ramadhan dan diiringi ibadah lain seperti solat,zakat dan haji.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Didirikan Islam itu atas lima sendi:mengakui bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah,mendirikan solat,membayar zakat,berpuasa di bulan
Ramadhan dan haji ke Baitullah. (HR. Bukhari dan Muslim)
Allah s.w.t memerintahkan umat manusia berpuasa hanya di kalangan orang yang beriman.Bagi setiap muslimin
dan muslimat yang uzur syar’i diharuskan meninggalkan puasa, kemudian digantikan pada hari-hari yang
lain.Puasa dapat mendidik seseorang berperibadi mulia serta menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara
yang dilarang oleh syarak.

3.Turunnya Al-Quran Yang Menjadi Petunjuk Kepada Manusia


Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman hidup bagi umat
manusia.Malah Al-Quran juga adalah benteng antara perkara yang baik dan yang batil.

Firman Allah s.w.t.: Ertinya: “Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil.” (Al-
Baqarah:185)
Bulan Ramadhan telah dipilih oleh Allah untuk berlakunya perang Badar.Dalam peperangan itu bermulanya
keruntuhan Jahiliah dan tertegaklah Islam melalui kalimah Allah dan pada bulan ini juga umat Islam dapat
menakluki Kota Makkah dari kaum Musyrikin sehingga dapat mengubah akidah Jahiliah kepada akidah
Islam.Inilah suatu keberkatan yang dikurniakan Allah dalam bulan Ramadhan.

4.Menghapuskan Segala Dosa Yang Lalu


Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala
perkara yang tidak baik dan sia-sia.Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang
dikerjakan kerana iman dan mengharapkan redha Allah,nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Bulan Ramadhan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa
yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah s.w.t.
Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi
tidak melakukan dosa besar.

5.Dibukakan Pintu Syurga, Ditutup Pintu Neraka dan Syaitan Dibelenggu


Sepanjang bulan Ramadhan Allah s.w.t dengan PemurahNya memberi jaminan yang penuh keistimewaan
kepada umat Islam iaitu dibukanya pintu-pintu syurga sebagai ganjaran dan balasan nikmat.
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Pada bulan itu dititup pintu-pintu neraka,dibuka pintu-pintu syurga dan dibelengu syaitan-syaitan.Sabdanya
lagi,dan seorang malaikat berseru:’Hai pencinta kebaikan,bergembiralah.Hai pencinta kejahatan,nantilah sampai
Ramadhan berakhir.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)
Pada bulan Ramadhan Allah s.w.t telah membuka semua pintu syurga sebagai rahmat dan ganjaran yang amat
besar bagi umat Islam yang ikhlas berpuasa.Allah s.w.t juga menutup segala pintu neraka sebagai jaminan
dijauhkan atau tidak dikenakan azab neraka bagi orang puasa kerana mengharapkan keredhaan Allah.Begitu
juga dengan syaitan, Allah telah membelenggu mereka daripada menghasut dan menghalang umat Islam
daripada mengerjakan puasa.

6.Dijauhkan Allah Daripada Neraka Selama 70 Tahun


Ibadah puasa disamping dapat meningkatkan iman dan takwa serta dapat membentuk peribadi mulia, juga diberi
keistimewaan yang besar iaitu dijauhkan Allah daripada azab api neraka pada hari kiamat selama 70 tahun.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Tiadalah berpuasa seseorang hamba satu hari (kerana) fisabilillah,
melainkan Allah akan menjauhkan diri seseorang itu daripada api neraka selama 70 tahun.” (HR. Jama’ah
kecuali Nasa’i dan Abu Daud)

7.Mendapat Syafaat Al-Quran


Amalan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang mulia.Orang yang membaca Al-
Quran sepanjang bulan Ramadhan akan mendapat ganjaran yang besar iaitu syafaat Al-Quran pada hari kiamat
kelak.Ini kerana orang yang berpuasa pada siang harinya tetapi tidak lupa mengambil kesempatan dan peluang
membaca Al-Quran kerana memuliakan bulan yang membawa banyak keberkatan.
8.Perisai Dari Perbuatan Keji Dan Mungkar
Orang yang berpuasa kerana iman dan takwa sudah pasti dapat menjaga dan memelihara dirinya daripada
melakukan perbuatan keji dan mungkar.Malah puasa juga dapat mengawal lisan manusia dari mengeluarkan
kata-kata kesat, lucah dan sia-sia yang dibenci oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Allah s.w.t berfirman:’Semua amalan manusia untuk dirinya,kecuali
puasa,maka itu adalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran.Dan puasa itu merupakan banteng
(perisai),maka ketika dating saat berpuasa,jangan-lah seseorang kamu berkata keji,berteriak-teriak,mencaci
maki.’Seandainya dicaci oleh seseorang atau diajak berkelahi hendaklah dijawabnya ‘Aku ini berpuasa dua
kali.’Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya,bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari
kasturi did sisi Allah di hari kiamat.Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang
menyenangkan hati.Di kala berbuka ia akan gembira dengan berbuka itu dan di saat ia menemui Tuhannya,ia
akan bergembira kerana puasanya itu.” (HR.Ahmad,Muslim dan Nasa’i)

9.Dapat Mengendalikan Nafsu Syahwat


Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh
desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri.
Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan
memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu.Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih
dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.Dan barangsiapa yang tidak
mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai
jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.

10.Membina Kesihatan Rohani Dan Jasmani


Dengan melaksanakan ibadah puasa yang menjegah seseorang dari makan dan minum pada siang hari,maka
dapat pula mengusir racun dan bahan toksid serta bacteria yang dapat merosakkan kesihatan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Berpuasalah kamu nescaya kamu akan sihat.” (HR.Ibnu Sunni dan Abu Naim)

11.Melatih Manusia Hidup Hemat Dan Sederhana


Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan hidup dalam segala aspek.Sesuai dengan falsafah dan
hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana
melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Sungguh Berjaya orang Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup
dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya.” (HR. Muslim)
Sederhana dan hemat dari segi perbelanjaan,makan dan minum ketika melaksanakan ibadah puasa dalam
bulan Ramadhan dapat menyelamatkan seseorang dari sifat boros,membazir dan berbuat perkara sia-sia.

12.Mendorong Manusia Bertadarus Al-Quran


Bulan Ramadhan merupakan bulan turunnya Al-Quran dan kitab-kitab suci yang lain seperti Taurat,Zabur dan
Injil.Allah telah memilih bulan Ramadhan untuk menurunkan Al-Quran dan kitab-kitab suci tersebut kerana
banyak hikmah dan keberkatannya.
Tiada ibadah lain yang lebih mulia selain dari bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan disamping umat
Islam juga digalakkan menperbanyakkan berzikir,bertasbih,beristighfar dan membaca selawat ke atas Nabi
s.a.w. yang sudah pasti akan memperoleh ganjaran pahala yang besar disisi Allah.Sesungguhnya pengaruh Al-
Quran sangat besar bagi pembacanya sebagai penerang kehidupan di bumi dan langit serta akhirat.

13.Dapat Masuk Syurga Melalui Pintu Ar-Rayyan


Bagi orang yang berpuasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan menyiapkan diri menjadi takwa serta
mengharapkan redha Allah,nescaya pada hari kiamat akan memperoleh penghormatan yang cukup istimewa di
sisi Allah iaitu dapat memasuki syurga melalui pintu yang dinamakan Ar-Rayyan bermaksud memuaskan
dahaga.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu yang bernama Ar-
Rayyan (memuaskan dahaga).Maka pada hari kiamat akan dipanggil:’Hai mana orang yang berpuasa?’Maka
apabila telah masuk orang yang terakhir dari mereka ditutuplah pintu syurga itu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dengan bekalan iman dan takwa akan lahir kecintaan kepada Allah melalui ibadah puasa kerana mengharapkan
keredhaanNya.

14.Menjadi Perisai Daripada Api Neraka


Orang yang berpuasa semata-mata mengharapkan redha Allah akan selamat dari azab api neraka pada hari
akhirat dan memperoleh beberapa ganjaran yang istimewa darinya.
Dalam hadith qudsi Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa Allah berfirman:
Ertinya: “Puasa itu adalah banteng yang akan dibentengkan oleh hambaKu dan api neraka.” (HR. Tabrani)

Untuk memperoleh ganjaran bahawa puasa dapat menjadi banteng daripada api neraka bukanlah perkara
mustahil.Di samping itu perlu disiplin lain seperti menjaga tutur kata,tingkah laku dan mengharapkan puasanya
diterima Allah.

15.Dicintai Oleh Allah s.w.t.


Puasa merupakan suatu amal taqarrub yang amat dicintai oleh Allah s.w.t. kerana setiap hambanya akan
dikurniakan pelbagai keutamaan dan keberkatan yang telah dijanjikanNya.Orang yang ikhlas berpuasa kerana
Allah sehari suntuk menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk menguji tingkat kesabaran dan ketabahan
serta meningkatkan keimanan.

Allah s.w.t. memerintahkan orang yang berpuasa agar segera berbuka setelah masuk waktu tanpa
melengahkannyaagar dapat mensyukuri nikmat makanan dan miniman mengikut selera dan kemampuannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Ertinya: “Allah s.w.t. berfirman:’sesungguhnya hamba-hambaKu yang amat Kucintai
ialah orang-orang yang lebih cepat dalam berbuka.” (HR.Ahmad dan Tirmidzi)

16.Bau Mulut Di Sisi Allah Lebih Harum Daripada Kasturi


Ini merupakan satu lagi lagi keistimewaan yang dikurniakan Allah terhadap manusia kerana taat melaksanakan
ibadat puasa.Pada hakikatnya manusia tidak dapat mengukur atau membezakan konsep keharuman mulut
orang yang berpuasa,melainkan Allah sahaja yang Maha Mengetahui hikmah disebalik keharuman tersebut.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadith qudsi:
Ertinya: “Demi Zat yang diriku ditanganNya,sungguhpun bau busuknya mulut orang yang berpuasa itu lebih
harum di sisi Allah daripada bau kasturi.” (HR. Bukhari)

17.Mendorong Umat Islam Mendirikan Solat Sunat Tarawih


Oleh kerana solat sunat tarawih hanya disyariatkan oleh Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak
pada bulan-bulan lain sudah tentu mempunyai hikmat dan fadhilat yang besar.
Menurut ulama solat sunat tarawih sepanjang bulan Ramadhan tidak diwajibkan tetapi sunat muakkad dan
mendatangkan pahala dan keutamaan yang besar.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan para sahabat untuk
melakukan qiyam Ramadhan (solat tarawih) tanpa mewajibkan yang demikian ke atas mereka.” (HR. Al-
Jama’ah)

18.Adanya Malam Lailatul Qadar


Di tengah-tengah kesibukan melakukan i’tikaf menjelang akhir bulan Ramadhan,umat Islam hendaklah mencari
malam lailatul qadar yang merupakan malam yang banyak keistimewaan yang telah dijanjikan oleh Allah
s.w.t.Malam lailatul qadar adalah malam kemuncak bagi umat Islam yang melaksanakan ibadat puasa bulan
Ramadhan kerana memperoleh ganjaran pahala yang amat besar di sisi Allah.
Malam lailatul qadar merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman kerana mengandungi
banyak keberkatan dan ganjarannya adalah lebih baik daripada 1000 bulan.Bahkan ianya lebih baik dari umur
hidup manusia di dunia ini.
Malam lailatul qadar bermaksud malam penentuan kerana pada malam itu Allah s.w.t. mentakdirkan agamaNya
dalam menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka dari kerosakan dan kebinasaan.Pada malam
itu Allah s.w.t. menurunkan keberkatan,kerahmatan,kemuliaan dan kesejahteraan khusus kepada umat Nabi
Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Carilah dengan segala upaya malam lailatul qadar itu di malam yang ganjil
dari sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.”

19.Zakat Fitrah Membersihkan Dosa Orang Yang Berpuasa


Zakat fitrah adalah wajib dikeluarkan oleh setiap muslim.Kewajipan zakat fitrah hanya ditentukan kepada orang
yang mampu sahaja iaitu mereka yang mempunyai kelebihan dari perbelanjaan rumahtangga untuk hari raya.
Zakat fitrah dikeluarkan untuk dirinya dan seluruh ahli keluarga yang menjadi tanggungjawab.Setiap orang
diwajibkan membayar atau mengeluarkan zakat sama ada lelaki,wanita besar atau kecil tua atau muda tanpa
mengira pangkat dan kedudukan seseorang.
Firman Allah s.w.t. : Ertinya: “Dirikan solat dan keluarkan zakat dan apa-apa yang kamu usahakan di antara
kebaikan untuk dirimu nescaya kamu memperoleh pahalanya di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Melihat
apa-apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah:110)

Menurut ulama waktu yang sunat mengeluarkan zakat fitrah ialah awal bulan Ramadhan lagi tetapi lebih afdal
ialah tiga hari atau dua hari atau sehari sebelum hari raya aidilfitri.Pada saat inilah golongan fakir dan miskin
sangat memerlukan bantuan dan sumbangan dari umat Islam bagi membolehkan mereka turut menyemarakkan
lagi merayakan hari raya aidil fitri yang mulia.

20.Melatih Manusia Sabar Dan Tabah Menghadapi Dugaan Hidup


Dalam Islam setiap ibadat yang dilakukan memerlukan kesabaran dan ketahanan agar memperlihatkan
keikhlasan hatinya untuk mencapai keredhaan Allah.Justeru itu oleh kerana puasa merupakan ibadat badaniah
amaliah sudah pasti akan melatih umat Islam agar tekun,tabah hati dan sabar mengerjakannya semoga
memperoleh kejayaan dan diterima oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Puasa itu separuh dari kesabaran.” (HR. Ibnu Majah)
Dengan sabar inilah terbentuk jiwa yang yang murni diiringi dengan keikhlasan serta menharapkan keredhaan
Allah dengan sentiasa menjaga ketertiban dan kesempurnaan ibadat puasa.

Anda mungkin juga menyukai