Anda di halaman 1dari 15

LS 12301

SIRAH RASUL

PEPERANGAN TABUK

23BS048 MUHAMMAD NABIL BIN HAJI MAIDIN

FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA-

PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1

SESI 2022/2023

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

1
ISI KANDUNGAN

1.0) PENDAHULUAN........................................................................3

2.0) SEBAB BERLAKUNYA PERANG TABUK...........................4

3.0) PERSIAPAN PERANG KAUM MUSLIMIN..........................4

4.0) 3 ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI

KE TABUK.........................................................................................5

5.0) KAUM MUSLIMIN BERTOLAK KE TABUK......................7

6.0) TENTERA ISLAM SEMASA DI TABUK...............................8

7.0) GOLONGAN AL-MUKHALLAFUN (GOLONGAN YANG

TIDAK TURUT SERTA)................................................................12

8.0) PENUTUP..................................................................................14

2
‫ِبۡس ِم ٱلَّلِه ٱلَّر ۡح َٰم ِن ٱلَّر ِح يِم‬
‫ وصالة وسالم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬،‫الحمد هلل رب العالمين‬.

PENDAHULUAN )1.0

Benteng yang tinggi dan kukuh yang dibangunkan dekat sumber air di jalan yang
menghubungkan Hijir dan Damsyik juga disebutkan sebagai Tabuk. Pada ketika itu Syiria
merupakan wilayah jajahan Rom Timur yang mana beribu kotakan Konstantinopel
(Istanbul).1

Peperangan ini berlaku pada bulan rejab tahun 9 hijrah. Peperangan ini berlaku antara kaum
muslimin dengan tentera Rom di sebuah Kawasan yang Bernama Tabuk. Peperangan ini juga
dikenali sebagai Ghazwatul ‘usrah yang bermaksud perang dalam masa yang sukar kerana
Madinah sedang mengalami cuaca yang sangat panas. Manakala, perjalanan ke Tabuk
mengambil masa yang Panjang.2

Peristiwa Perang Tabuk memperlihatkan kesusahan dan cabaran yang dialami oleh kaum
muslimin. Cuaca yang panas terik, perjalanan ke Tabuk yang jauh, kekurangan bekalan
kerana bilangan tentera yang ramai, ditambah pula dengan godaan buah-buahan dan kurma
yang sedang ranum di Madinah pada ketika itu. atas sebab-sebab tersebut, golongan munafik
sanggup mereka pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menyertai peperangan. Allah
Subhanahu Wa Ta’ala menggambarkan sifat golongan munafik ini melalui firmanNya yang
berbunyi:

‫َلْو َك اَن َع ًض ا َقِر ْيًبا َّو َس َف ا َقاِص ًد ا اَّل َّتَبُعْو َك ٰلِكْۢن َبُعَدْت َعَلْيِه الُّش َّقُۗة َس َيْح ِلُف ْو َن ِبالّٰل ِه َلِو اْسَتَطْعَنا َلَخ ْجَنا َمَعُك ْۚم‬
‫َر‬ ‫َو‬ ‫ُم‬ ‫َو‬ ‫ًر‬ ‫َر‬

‫ُيْه ِلُك ْو َن َاْنُف َس ُه ْۚم َو الّٰل ُه َيْع َلُم ِاَّنُه ْم َلٰك ِذ ُبْو َن‬

Maksudnya: Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah
diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi
tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan
(nama) Allah, “Jikalau kami sanggup nescaya kami berangkat bersamamu”. Mereka

1
Abu Mazaya Al-Hafiz, Sirah dan Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW , Al-Hidayah, Malaysia, 2023,
hlm:684
2
Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah, Robbani Press, Malaysia, 2002, hlm:437

3
membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang
yang berdusta.(Surah at-Taubah: 42)

2.0) SEBAB BERLAKUNYA PERANG TABUK

Pada ketika itu, kerajaan Rom merupakan kuasa yang kuat dan besar. Kekukuhan pengaruh
Rasulullah Shallallahu ‘Alahi Wassallam di semenanjung Tanah Arab dirasakan menggugat
kuasa Kerajaan Rom. Bagi menyekat pengaruh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam,
Maharaja Rom timur (Byzantine) mengambil keputusan untuk menyerang utara Tanah Arab
dan menyiapkan bala tentera yang terdiri dari bangsa Rom dan Arab di bawah
pemerintahannya.

3.0) PERSIAPAN PERANG KAUM MUSLIMIN

Apabila sampai berita kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam bahawa
tentera Rom sedang berkumpul hendak datang menyerang. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wassalam membuat persiapan untuk berperang. Baginda Shallallahu ‘Alaihi Wassallam juga
mengutus perutusan qabilah-qabilah Arab dan penduduk Makkah supaya bersiap sedia
dengen pengerahan ini. Tanpa membuang masa Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi
Wassallam telah mengarahkan kaum muslimin untuk menyiapkan segala alat kelengkapan
berperang. Pada masa itu, orang sedang menghadapi musim kemarau yang dahsyat . oleh
kerana tentera musuh yang bakal dihadapi itu besar dan kemungkinan mengalami pelbagai
kesukaran. Nabi Muhammad shallallahu ‘Alaihi Wassallam memberikan pertolongan kepada
mereka yang susah.3

Pada masa itu Abu Bakar Radhiallahu ‘Anhu telah mendermakan segala hartanya. Kemudian
apabila di tanya ada yang tinggal kepada keluarganya, maka beliau menjawab :”Aku
tinggalkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan RasulNya kepada mereka”

Apabila mendengar Khabar persiapan tentera Rom untuk menyerang Madinah, Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam menyeru kaum muslimin untuk bersiap sedia menghadapi
peperangan. Maka, kaum muslimin yang beriman berlumba-lumba memberikan harta mereka
untuk melengkapkan persiapan perang. Uthman bin Affan meyumbangkan sebanyak 900
ekor unta dan 100 ekor kuda beserta wang, Abdul Rahman bin Auf memberi sebanyak 200
3
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:425

4
perak, Umar bin Khattab menyumbang separuh hartanya manakala Abu Bakar as-Siddiq
menyumbang seluruh hartanya. Maka gerakkan ketenteraan ini dinamakan “Kempen
Kepicikan”4

Melihat kesungguhan para sahabat tersebut, kaum muslimin yang lain hatta yang miskin
sekalipun berlumba-lumba menyerahkan harta mereka mengikut kemampuan. Adapun
golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai mengejek-ejek kaum muslimin
kerana menyerahkan harta mereka untuk persiapan perang. Tidak cukup dengan ejekan,
mereka juga menolak untuk menyertai peperangan dengan mencipta pelbagai alasan palsu.

4.0) 3 ORANG MUKMIN YANG TIDAK MENYERTAI NABI KE


TABUK

Di antara puak Munafikin jumlah yang tidak menyertai Gerakan ke Tabuk boleh dikatakan
banyak. Bahkan, bukan Sahaja mereka gagal menyahut seruan Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi Wassallam malah mereka cuba mempengaruhi orang-orang lain supaya berbuat
sedemikian.

‫َفِر ٱْل َخ َّلُفوَن ِب ْق ِدِه ِخ َلٰـَف وِل ٱلَّلِه َك ِر ُه ٓو ۟ا َأن ٰـِه ُد و۟ا ِبَأ َٰو ِلِه َأنُف ِس ِه ِفى ِبيِل ٱلَّلِه َقاُلو۟ا‬
‫َو‬ ‫ْم َس‬ ‫ْم ْم َو‬ ‫ُيَج‬ ‫َو‬ ‫َرُس‬ ‫َم َع ْم‬ ‫َح ُم‬
٨١ ‫اَل َتنِف ُر و۟ا ِفى ٱْلَح ِّر ۗ ُقْل َناُر َج َه َّنَم َأَش ُّد َح ًّۭر اۚ َّلْو َك اُنو۟ا َيْفَق ُه وَن‬

Maksudnya: “ Orang-orang yang ditinggalkan (tidak ikut perang) itu, merasa gembira
dengan tinggalnya mereka di belakang Rasulullah, dan mereka tidak suka berjihad dengan
harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: "Janganlah kamu berangkat
(pergi berperang) dalam panas terik ini". Katakanlah: "Api neraka jahannam itu lebih
sangat panas(nya)" jika mereka mengetahui.” (Surah At-Taubah: 81)

Diantara orang-orang yang beriman pula seperti mana yang dijelaskan, hanya tiga orang
Sahaja yang tidak menyertai tentera Muslim. Mereka ini ialah Murarah bin Rabi, Hilal bin
Umayyah dan Ka’ab bin Malik. Murarah tidak bersama-sama Nabi Muhammad Shallallahu
‘Alaihi Wassallam dan sahabatnya kerana buah-buah tamar dikebunnya telah masak dan
terpaksa dikutip. Dia juga menyangka bahawa penyertaannya di dalam lain-lain peperangan
terdahulu sebelum ini dapat melepaskan dirinya daripada mengikuti peperangan yang sedang

4
Abu Mazaya Al-Hafiz, Sirah dan Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW , Al-Hidayah, Malaysia, 2023,
hlm:684

5
dihadapi. Dalam hal ini, dapat dilihat bahwa Murarah telah melakukan kesalahan bahawa
Murarah lebih mengutamakan hartanya daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian,
apabila Murarah telah menyedari atas kesalahannya maka dia mendermakan kebunnya
kepada orang. 5

Kemudian seterusnya, Hilal pula dia telah sibuk mendampingi kaum keluarganya yang
hendak pulang ke Madinah selepas meninggalkan kota itu beberapa ketika lamanya. Seperti
Murarah, beliau telah menyertai beberapa peperangan yang terdahulu. Ternyata Hilal juga
telah melakukan kesalahannya yang mana beliau telah memutuskan perhubungan kaum
kerabatnya.

Manakala, ka’ab pula terkandung di dalam semua buku-buku hadith katanya: “Semasa
berlaku Gerakan ke Tabuk keadaan hidup saya mewah. saya mempunyai dua ekor unta
kepunyaan sendiri. Sebelum ini saya tidak pernah memiliki bilangan unta seperti tersebut
tadi. Telah menjadi amalan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassallam yang baginda
tidak suka memberitahu kepada umum tentang tempat yang ditujui oleh Gerakan tentera
Muslim, tetapi sekali ini oleh kerana jauhnya perjalanan yang mesti ditempuhi, oleh
disebabkan musim kemarau pada masa itu dan oleh kerana kekuatan tentera kafir, ia terpaksa
menceritakan semuanya agar persiapan-persiapan dapat dilakukan dengan sempurna.

Sejak Islamnya Ka’ab bin Malik, ia tidak pernah ketinggalan sekali pun dalam setiap
pepefrangan kecuali pada perang badar. Namun pada perang Tabuk ini ia tidak ikut serta
bersamanya yang lainnya untuk pergi berperang. Hal ini disebabkan lantaran pada masa-masa
perang Tabuk itu Ka’ab bin Malik sedang dalam keadaan kaya raya dan juga di turuti dengan
keadaan dimana buah-buahan telah ranum dan temoat berteduh diminati banyak orang
sehingga ia menunda-nunda untuk melakukan persiapan untuk ikut dalam perang tersebut.
Halk itu terjadi terus menerus sampai pasukan telah siap untuk berangkat pergi berperang.
Setelah kaum muslimin berangkat, ka’ab bin Malik keluar rumah mengejar rombongan kaum
muslimin namun ia tidak jadi dan menundanya pada keesokan harinya, pada hari berikutnya
pun ia tunda lagi sampai berhari-hari kemudian beliau sama sekali belum Bersiap-siap hingga
kaum muslimin tekah berjalan jauh dan tidak terkejar lagi. Hingga pada akhirnya beliau tidak
jadi bertangkat.6

5
Abu Mazaya Al-Hafiz, Sirah dan Riwayat hidup Nabi Muhammad SAW , Al-Hidayah, Malaysia, 2023,
hlm:685
6
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:427

6
5.0) KAUM MUSLIMIN BERTOLAK KE TABUK

Semasa ketiadaan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, baginda melantik


Muhammad bin Maslamah Al-Ansari, namun ada sesetengah ahli sirah mengatakan Siba’ bin
‘Arfatah . manakala Ali bin Abi Talib diberi beban menjaga keluarganya, baginda
memerintah supaya tinggal bersama-sama mereka. Semasa Rasulullah keluar untuk kaum
munafiqin mempersendakan Ali bin Abi Talib, justeru itu beliau segera keluar untuk ikut
bersama-sama Rasulullah, namun apabila beliau bertemu dengan Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi Wassallam menolak dan memerintahkan beliau pulang semula ke madinah dan
bersabda: “tidakkah kamu rela untuk duduk dibawahlu seperti kedudukan Harun di sisi Musa,
hanya selepas ku ini, tidak ada Nabi”

Setelah itu, Rasulullah terus bergerak kearah utara menuju Tabuk dan pasukan kaum
muslimin yang terdiri daripada 30 000 orang bertolak dari Madinah menuju ke Tabuk. 7
Makanan dan kenderaan perang yang disediakan tidak dapat menampung bilangan tentera
yang ramai. Oleh itu, kaum muslimin terpaksa bergilir-gilir menaiki unta dan memakan daun-
daun kering sehingga bibir mereka bengkak. Mereka juga terpaksa menyembelih unta yang
menjadi tunggangan untuk mendapatkan makanan dan air di dalam uncang perut unta
tersebut. Begitulah kesusahan yang dialami oleh kaum muslimin yang menyertai Perang
Tabuk.8

Apabila tentera Muslim telah sampai ke perkampungan Thamud. Nabi Muhammad


Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah menutupi wajahnya sambil mempercepatkan
perjalanannya. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alahi Wasallam memerintahkan supaya para
sahabatnya membuat perkara yang sama. Baginda juga menasihatkan mereka supaya
menangis dan takutkan penyiksaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar Allah tidak mengenakan
siksaan ke atas mereka seperti mana yang dikenakan ke atas kaum Thamud.

Semasa dalam perjalanan, kaum muslimin yang telah kehabisan bekalan air mengadukan
perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. Lantas, baginda berdoa
memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala agar diberi pertolongan. Allah Subhanahu Wa
Ta’ala memakbulkan doa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam dengan menurunkan

7
Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah, Robbani Press, Malaysia, 2002, hlm:438
8
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:428

7
hujan lebat di kawasan yang dilalui oleh kaum muslimin. Mereka menggunakan air tersebut
untuk mandi dan mengisi uncang-uncang air mereka sebagai bekalan.

Apabila tentera Islam bergerak ke Tabuk melalui Kawasan al-Hijr perkampungan Thamud,
suku kaum yang telah memotong batu-batu bukit, di Lembah “wadi al-Qura” tentera Islam
telah mengambil air di le,bah berkenaan, oleh itu Rasulullah telah mengarahkan supaya
dicurah buang airnya, dan jangam ada sesiapa pun meminum atau berwudhu dengannya,
bahkan, tepung yang diuli dengan airnya dijadikan makanan Binatang Sahaja, seterusnya
Rasulullah membenarkan mereka mengambil air dari telaga yang diberi minum kepada unta
nabi Salih Sahaja.

6.0) TENTERA ISLAM SEMASA DI TABUK

Sebaik Sahaja tentera Islam sampai di Tabuk, terus mereka berkhemah di tempat
tersebut. Dengan keadaa siap sedia untuk berhadapan dengan musuh. Di awal-awal lagi
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah bangun membuat satu ucapan iaitu ucapan
yang amat bernilai, lengkap sempurna dan padat (Jawami’ul kalim). Baginda menggesa untuk
kebaikkan dunia dan akhirat, memberi nasihat dan peringatan, sekaligus menyemarakkan
jiwa ketahanan di kalangan tentera Islam, semuanya dapat mengganti kekurangan makanan
dan bekalan sememangnya di alami selama ini oleh tentera Islam. 9

Walaubagaimanapun, rom dan sekutunya bila mendapat tahu bahawa kemaraan tentera Islam,
perasaan takut untuk bertembung dengan tentera Islam. Oleh yang sedemikian, mereka
terpaksa mengelak dan berpecah kepada kelompok-kelompok di sepanjang perbatasan, hal ini
memberi satu gambaran yang baik terhadap keramaian ketenteraan Islam, di seluruh
semananjung Tanah Arab. Hal ini juga menambah beberapa nilai politik yang besar yang
tidak mungkin tentera Islam memperolehi seandainya berlaku perlanggaran diantara dua kem
tersebut.

Peperangan Tabuk, sebuah peperangan yang di pimpin Rasulullah untuk menghadapi


bangsa Romawi, sebuah peperangan yang menjadi perbezaan antara mereka yang taqwa dan
yang munafik . Perang ini dilakukan oleh Rasulullah pada masa sulit bagi kaum muslimin
pada saat itu, dimana cuaca yang sangat panas sekali, musim kemarau dan pada saat itu pula
buah-buahan mulai ranum sehingga menyebabkan orang-orang lebih suka pada tempat-
9
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:428

8
tempat mereka berteduh daripada ikut berperang bersama Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wassallam.

Semasa berada di Tabuk, Rasulullah SAW telah menjalinkan perjanjian perdamaian bersama
penduduk Tabuk. Melalui perjanjian tersebut, keselamatan penduduk Tabuk dijamin selagi
mereka tidak melakukan kejahatan kepada kaum muslimin dan menyebelahi pasukan musuh.
Penguasa Ilah (kawasan yang berdekatan dengan Tabuk) iaitu Yuhana bin Ru’bah juga
datang menemui Rasulullah SAW untuk meminta perdamaian dan menyatakan
kesanggupannya membayar jizyah atas jaminan keselamatan. Hal yang sama dilakukan oleh
penduduk Jirba’ dan Azruh, yang bersetuju membayar jizyah kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW juga menghantar surat tawaran perdamaian di setiap kawasan di Tabuk.
Semua kabilah Arab di kawasan Tabuk menerima tawaran tersebut dengan tangan terbuka.
Hasilnya, Tabuk menjadi benteng pertahanan yang kuat bagi tentera Islam. Di samping dapat
menyampaikan dakwah Islamiyah, perjanjian perdamaian Rasulullah SAW dengan penduduk
di sekitar Tabuk dapat menyekat kemaraan tentera Rom yang ingin menjadikan kawasan
tersebut sebagai pangkalan tentera mereka.10

Kekukuhan benteng tentera Islam di kawasan Tabuk menggentarkan tentera Rom. Semasa
tentera Rom ingin memasuki wilayah Tabuk, Allah SWT telah mengutus 100 000 malaikat
menyerupai tentera-tentera Islam yang berpakaian putih, berbadan sasa dan tegap, lengkap
dengan pakaian perang, kuda dan panah. Hal tersebut menambahkan lagi rasa takut pada
tentera Rom dan menyebabkan mereka berpaling dari menyerang tentera Islam. Kesannya,
tidak berlaku sebarang pertumpahan darah dan tentera Islam pulang ke Madinah dalam
keadaan selamat. Diriwayatkan bahawa tentera Islam berada di Tabuk selama 20 hari.

10
Abul Hassan al-Ali Hasani An-nadwi, Sirah Nabawiyah:sejarah lengkap, Malaysia, 2002, hlm:557

9
6.0) PERJALANAN PULANG KE MADINAH

Dengan penuh kejayaan dan pertolongan Allah, tentera Islam bergerak pulang ke
Madinah tanpa mengalami sebarang tentangan Musuh. Demikianlah kehendak Allah untuk
kaum mukmin.

Dalam perjalanan pulang ke Madinah, seramai 12 orang golongan munafik yang menyertai
peperangan cuba membunuh Rasulullah SAW. Pada ketika itu, Ammar bin Yasir sedang
memegang tali unta Rasulullah SAW dari hadapan manakala Huzaifah al-Yaman sedang
menuntunnya dari belakang, dan mereka sedang melalui sebuah tebing. Golongan munafik
yang lengkap bertopeng mencuba menolak Rasulullah SAW dari puncak tebing. Kumpulan
munafiqin tadi mengambil kesempatan semasa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam
bersama-sama dua orang sahabatnya bergerak dari tempat tersebut. Tiba-tiba mereka
terdengar sejenis bunyi menuju arah merekam akhirnya dua belas orang munafiqin tadi telah
melingkungi mereka bertiga dengan keadaan bertopeng, menutupi muka mereka. 11

Kemudian, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam memerintah Huzaifah bertindak, beliau


pun terus melibas muka mereka dengan perisai yang di pegangnya, menyebabkan mereka
ketakutan dan lari mneyelamatkan diri serta masuk semula ke dalam tentera Islam. Namun,
tindakan mereka berjaya dipatahkan oleh Huzaifah. Golongan munafik kemudian lari
ketakutan dan bergabung semula dengan tentera Islam. Mengenali kenderaan yang
ditunggangi oleh golongan munafik, Huzaifah memberitahu nama mereka kepada Rasulullah
SAW. Rasulullah SAW meminta Ammar dan Huzaifah untuk merahsiakan perkara tersebut
dari kaum muslimin. Semenjak dari itu, Huzaifah dikenali sebagai penyimpan rahsia nama-
nama kaum munafik.

11
Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah, Robbani Press, Malaysia, 2002, hlm:441

10
Mengenai peristiwa ini Allah menyebut dengan firman Allah di dalam surah At-Taubah:9

‫ٱْشَتَرْو ۟ا ِبَٔـاَٰي ِت ٱِهَّلل َثَم ًنا َقِلياًل َفَص ُّدو۟ا َعن َس ِبيِلِهٓۦۚ ِإَّنُهْم َس ٓاَء َم ا َك اُنو۟ا َيْع َم ُلوَن‬

Maksudnya: “Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lalu mereka
menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka
kerjakan itu.”

Apabila ternampak Sahaja tanda-tanda (maalim) al-madinah dari jauh Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi pun berkata: “Itu dia Tabah, dan yang itu bukit Uhud, bukit yang kita sayanginya dan
menyayangi kita”. Bila mana orang ramai yang berada di Madinah mendengar kepulangan
Rasulullah, seluruh Wanita dan anak-anak kecil malah Perempuan yang baru bersalim turut
serta membawa anak-anak mereka menyambut kepulangan tentera Islam penuh gembira dan
ceria, sambil mensyahdukan nasyid Islami:

Bulan purnama menyinari kita,


Dari Thaniyat al-Wida’ menyua,
Wajib bersyukur ke atas kita
Selagi baginda berseru kepada Allah.

Keberangkatan keluar Rasulullah bulan Rejab dan Kembali darinya pada bulan Ramadhan
yang memakan masa selama lima puluh hari, dua puluh hari Baginda tinggal di Tabuk,
selebihnya adalah masa perjalanan pergi dan pulang. Tabuk merupakan peperangan terakhir
yang baginda turut serta.12

7.0) GOLONGAN AL-MUKHALLAFUN (GOLONGAN YANG TIDAK


TURUT SERTA)

Peperangan ini menghadapi satu suasana yang istimewa yang merupakan ujian yang
pahit dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala hingga dengannya Nampak perbezaan yang jelas di

12
Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah, Robbani Press, Malaysia, 2002, hlm:442

11
antara golongan mukminum dan yang lain. Sama seperti sunnah-sunnah Rasulullah di
beberapa tempat yang seumpamanya seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran ayat 179:

‫َّما َك اَن ٱلَّلُه ِلَيَذ َر ٱْلُم ْؤ ِم ِنيَن َعَلٰى َم ٓا َأنُتْم َعَلْيِه َح َّتٰى َيِم يَز ٱْلَخ ِبيَث ِم َن ٱلَّطِّيِب ۗ َو َم ا َك اَن ٱلَّلُه ِلُيْطِلَعُك ْم َعَلى‬

‫ِظ‬ ‫ِم ۟ا‬ ‫ِم ۟ا ِه ِلِه‬ ‫ِلِه‬ ‫ِب ِم‬ ‫َٰلِك‬


‫ٱْلَغْيِب َو َّن ٱلَّلَه َيْجَت ى ن ُّر ُس ۦ َم ن َيَش ٓاُءۖ َفَٔـا ُنو ِبٱلَّل َو ُرُس ۦۚ َو ِإن ُتْؤ ُنو َو َتَّتُقو َفَلُك ْم َأْج ٌر َع يٌم‬
‫۟ا‬

Maksudnya: “Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam
keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik
(mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang
ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya.
Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan
bertakwa, maka bagimu pahala yang besar”

Setibanya Rasulullah SAW dan pasukan kaum muslimin di Madinah, golongan munafik
seramai 80 orang telah datang menemui Rasulullah SAW dan menceritakan pelbagai alasan
palsu yang menghalang mereka dari menyertai peperangan. Rasulullah SAW menerima
pengakuan zahir mereka, memaafkan mereka dan menyerahkan urusan hati dalaman mereka
kepada Allah SWT. Adapun terdapat 3 orang mukmin bernama Ka’ab bin Malik, Murarah al-
Rabi’ dan Hilal bin Umayyah yang tidak turut serta dalam peperangan berlaku jujur tanpa
mencipta sebarang alasan. 13

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam memerintah para sahabat supaya tidak bertegur
14
sapa dengan mereka. Maka berlakulah satu pemboikotan yang hebat terhadap tiga orang
sahabat ini. Kemudian, kaum muslimin menunjuk perubahan sikap yang mengejut, yang
mana terasa bagi mereka bagaikan bumi ini menolak kehadiran mereka, bumi yang luas ini
terasa sempit, nafas mereka terasa sesak, suasana memuncak lagi setelah berlalunya empat
puluh hari. Mereka juga diperintahkan supaya mengasingkan diri dari isteri-isteri mereka,
sehingga Allah menurukan firmannya dalam surah At-Taubah 118

13
Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy, Sirah Nabawiyah, Robbani Press, Malaysia, 2002, hlm:443

14
Abul Hassan al-Ali Hasani An-nadwi, Sirah Nabawiyah:sejarah lengkap, Malaysia, 2002, hlm:558

12
‫ِم‬ ‫ِت‬ ‫۟ا ِن‬ ‫ِن‬ ‫ِخ ۟ا‬ ‫ِذ‬
‫َأُّيَه ا ٱَّل يَن َءاَم ُنو اَل َتَّت ُذ و ِبَطاَنًة ِّمن ُدو ُك ْم اَل َيْأُلوَنُك ْم َخ َبااًل َو ُّدو َم ا َع ُّتْم َقْد َبَد ٱْلَبْغَض ٓاُء ْن‬
‫۟ا‬ ‫َٰٓي‬

‫َأْفَٰو ِه ِه ْم َو َم ا ُتْخ ِف ى ُصُد وُر ُه ْم َأْك َبُر ۚ َقْد َبَّيَّنا َلُك ُم ٱْل َءاَٰيِت ۖ ِإن ُك نُتْم َتْع ِق ُلوَن‬

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman
kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya
(menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu.
Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika
kamu memahaminya.”

Walaubagaimanapun, mereka diperintahkan untuk bertaubat dan diasingkan selama 50 hari.


Selepas menjalani tempoh pengasingan dengan sabar dan tawakal, Allah Subhanahu Wa
Ta’ala menerima taubat mereka.

Dengan itu maka seluruh kaum muslimin bergembira dan yang paling gembira ialah 3
orang yang dihukumkan oleh Allah dan RasulNya itu, kegembiraan yang tidak terpero,
masing-masing mengucap tahniah dan mengucap selamat berbahagia, masing-masing
memberi hadiah dan bersedekah, hari itu adalah saat yang paling berbahagia di dalam hayat
mereka. Adapun golongan yang berkeuzuran yang terpaksa duduk di madinah telah disebut
oleh Allah dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam surah At-Taubah ayat 91:15

‫َلْي َس َع َل ى الُّض َع َف ا ِء َو اَل َع َل ى اْل َم ْر َضٰى َو اَل َع َل ى ا َّلِذ ي َن اَل َيِج ُد و َن َم ا ُيْن ِف ُق و َن َح َر ٌج ِإ َذ ا‬

‫ِح‬ ‫ِس ِن ِم ِب‬ ‫ِلِه‬ ‫ِل ِه‬


‫َنَصُح وا َّل َو َرُس و ۚ َم ا َع َل ى اْل ُم ْح ي َن ْن َس ي ٍل ۚ َو ال َّلُه َغُف و ٌر َر ي ٌم‬

Maksudnya: “Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang
yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila
mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-
orang yang berbuat baik. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

15
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:433

13
8.0) PENUTUP

Peperangan ini memberi kesan yang mendalam ke atas pengaruh dan kekuatan umat
Islam dan kesannya terhadap seluruh semananjung Tanah Arab secara am. Sehingga pada
masa ini, semua orang mendapati bahawa tiada kuasa yang boleh meneruskan hidup selain
dari Islam. Kini selebihnya harapan dan Impian yang bergolak dalam dada kaum jahiliah dan
munafiqin sudah hancur sama sekali. Kerana pada asalnya, sebelum ini mereka sudah
sepatutnya menunggu kesempatan untuk membuat pukulan yang mengejut. Terutamanya
kaum Rom yang mereka rasakan sebagai kekuatan yang boleh mereka bergantung dan
menambat harapan peperangan Tabuk, seluruh Kaum Musyrik kehabisan tempat
pergantungan. 16

Sebagai Tindakan susulan kaum muslimin terhandai kaum munafiwin, bermula di hari ini, di
mana mereka tidak lagi di muamalahkan. Sebaliknya Allah menyuruh bertindak tegas
terhadap mereka, melarang kaum muslimin menerima sedekah-sedekah mereka, melarang
bersembahyang ke atas mayat mereka, menegah beristighfar untuk mereka dan
memerintahkan supaya dirobohkan markas perancangan kejahatan mereka yang telah mereka
dirikan atas nama masjid.

TAMAT
‫هللا يفتح عليك‬

RUJUKAN

1. Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriy. Seerah Nabawiyah: Al-Raheeq

al-Makhtum.

2. Abdul Hadi Awang. Perang Tabuk.

3. Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthy. 2002, Sirah Nabawiyah,

Robbani, Malaysia.

16
Syeikh Sofiyyur Rahman Al-Mubarrakfuri, Ar-Raheeq Al-Makhtum, Sirah lengkap Nabi Muhammad
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam, pustaka buku putih, Mesir, 2010, hlm:433

14
4. Abu Mazaya Al-Hafiz. 2023, Sirah dan Riwayat hidup Nabi Muhammad

SAW , Al-Hidayah, Malaysia.

5. Abul Hasan al-Ali Hasani An-Nadwi. 2020, Sirah Nabawiyah: Sejarah

Lengkap Nabi Muhammd SAW, Malaysia, jil:7

15

Anda mungkin juga menyukai