Anda di halaman 1dari 5

SIRAH

PEPERANGAN TABUK
Peperangan Tabuk merupakan peperangan yang terakhir yang telah disertai oleh
Rasulullah S.A.W sepanjang hayat baginda. Ia berlaku pada bulan yang mana Allah
mengatakan bahawa ia adalah bulanNya iaitu bulan Rejab. Sebagaimana peperangan
yang lain seperti peperangan Mu'tah dan Khaibar yang mana ia berlaku disebabkan oleh
pengkhiatan yang dilakukan oleh kerajaan Rom terhadap pendakwah atau wakil
Rasulullah yang ditugaskan menjalankan dakwah. Begitulah juga dengan apa yang
berlaku sebelum berlakunya peperangan Tabuk yang mana Farwah bin 'Amru Al-Jazami
yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma'an telah
dibunuh dengan disalib di dalam air apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama
Islam dan merupakan wakil kepada Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah
Islamiah di sana. Apabila Rasulullah S.A.W mengetahui tentang pembunuhan yang
kejam ini maka baginda tanpa bertangguh terus mengumpul bala tentera untuk keluar
berperang di Tabuk  Tentera Rom telah menjadikan Balqa’ kubu di dalam menahan
kemaraan Islam dan dakwahnya yang suci dan apabila mengetahui tentera Islam akan
menyerang mereka maka di bawah panglima tenteranya iaitu Harcules dikumpul tentera
Rom di Tabuk. Rom agak risau dengan kemaraan itu terutama selepas mereka tewas
dalam peperangan Mu’tah. Mereka melihat kemaraan ini akan menyebabkan tanah
jajahan dan kawasan yang telah dikuasai oleh mereka akan tergugat begitu juga dengan
pekerja, perniagaan serta penyebaran agama Kristian akan terbantut.Memang benarlah
janji Allah yang mana Nurullah akan terus terang dan akan menghilangkan segala
jahiliah dan kekufuran yang melata sebelum datangnya Islam.  

     Panggilan jihad kali ini agak berlainan dengan peperangan sebelum ini kerana
Rasulullah S.A.W telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad dalam
meninggikan Kalamullah yang suci dengan menjelaskan kepada tentera tujuan tersebut
secara terang-terangan. Penjelasan ini adalah disebabkab keadaan pada masa itu agak
panas dan banyak masyaqqah yang berlaku. Rasulullah S.A.W telah mengarahkan agar
tentera Islam bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang ada. Rasulullah S.A.W juga
mengarahkan agar para muslimin yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan
harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah agar bersedekah untuk tujuan tersebut
sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah Abu Bakar
yang memberi kesemua harta beliau, Umar yang memberi setengah daripada harta beliau,
begitu juga dengan Uthman dan Abdul Rahman Al-‘Auf serta ramai lagi sahabat yang
lain yang turut berbuat demikian.  

     Sebelum keluar ke medan Tabuk Rasulullah telah berhadapan  dengan beberapa
golongan iaitu golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan
untuk turut sama ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar
dan Bani ‘Amru bin ‘Auf. Manakala golongan kedua ialah golongan yang meminta
keuzuran daripada Rassulullah dari turut serta dalam peperangan dengan alasan yang
tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan
malas untuk berbuat demekian demi kepentingan peribadi. Mereka terdiri daripada 82
orang dari Bani Ghafar. Sikap mereka dinukil di dalam al_Quran melalui ayat 90 surah
at-Taubah yang mana Allah berfirman yang bermaksud : Dan telah datang kepada nabi
S.A.W mereka yang meminta keuzuran iaitu daripada golongan arab Badwi agar diberi
kebenaran untuk mereka tidak turut serta ke medan peperanagn sedangakan mereka
yang mendustakan Allah dan rasulNya duduk berdiam diri sahaja. Kelak orang-orang
yang kufur di antara mereka kan ditimpa azab yang pedih. Golongan yang ketiga yang
menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin
Ubai. Mereka dibahagi kepada tiga kumpulan yang mana kumpulan pertama akan
mempengaruhi tentera Islam yang lain agar tidak turut serta dalam peperangan ini dan
mereka sendiri tidak menyertainya. Sikap mereka ada tertera dalam al-Quran melalui ayat
49 yang bermaksud : Di anatara mereka ada orang yang berkata:'' berilah keizinan
kepada kami untuk tidak turut serta dalam peperangan dan janganlah kamu membuatkan
aku terjerumus ke dalam fitnah''. Ketahuilah bahawa mereka sebenarnya telah jatuh ke
lembah fitnah. Dan sesungguhnya neraka jahanam itu benar-benar meliputi mereka
yang kufur. Dan melalui ayat 46 surah at-Taubah Allah memceritakan lagi denagn
maksudnya : Dan jika mereka mahu berangkat tentulah mereka akan bersiap untuk turut
sama dalam peperangan tetapi Allah tidak suka mereka turut serta, maka Allah
melemahkan keinginan mereka dan katakan kepada mereka '' tinggallah kamu bersama-
sama orang-orang yang tidak turut sama itu''. Dan melalui ayat 81 surah at-Taubah Allah
berfirman lagi dengan maksud : Mereka yang tidak turut serta ke medan peperangan itu
merasa gembira kerana ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W dan mereka memang tidak
suka untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata
: ''Janganlah kamu berangkat untuk pergi berperang dalam keadaan panas terik ini''.
Katakanlah kepada mereka : '' Api neraka jahanam itu lebih panas jikalau mereka
mengetahuinya''. Kumpulan kedua pula akan memecahkan kesatuan di dalam tentera
Islam yang bertujuan mengkhianati Rasulullah S.A.W. Perancangan jahat mereka
dirakamkan dalam ayat 84 surah at-Taubah yang bermaksud : Dan janganlah kamu
sekali-kali menyembahyangkan jezayah yang mati dikalangan mereka dan janganlah
kamu berdiri untuk berdoa kepada mereka di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah
kufur kepada Allah dan rasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik. Golongan 
ketiga pula akan mereka menunggu Rasulullah untuk merasmikan masjid yang dikenali
dengan Masjid Dhirar yang mana bertujuan untuk bermegah-megah, memecah belahkan
hati para muslimin, asas yang membawa kepada kekufuran dan pengkhiatan kepada
Islam. Rasulullah memang pada mulanya ingin solat di masjid ini tetapi setelah turunnya
wahyu agar Rasulullah S.A.W manghancurkan dan merobohkan masjid ini sebagaimana
ayat 108 surah at-Taubah yang bermaksud : Janganlah kamu bersembahyang dalam
masjid ini selama-lamanya. Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa iaitu
masjid Quba' sejak hari pertama lagi sepatutnya kamu bersembahyang di dalamnya. Di
dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah suka kepada
mereka yang bersih. Peristiwa ini memberi peringatan dan amaran kepada kita agar tidak
menggunakan nama Islam untuk mengaburi kesesatan yang kita lakukan. Jika masjid
yang merupakan simbol kesatuan dan kehebatan Islam pun mesti dirobohkan kerana
didirikan bukan atas asas taqwa malah untuk kepentingan diri dan memecahkan
perpaduan muslimin yang ikhlas berjuang untuk meninggikan kalimah Allah apatah lagi
kesatuan ataupun sistem yang bersembunyi di atas nama mahu menegakkan Islam maka
lebih layak lagi untuk ditentang dan ditukar kepada sistem Islam yang sejati. Islam tidak
akan dapat ditegakkan dengan menggunakan sistem sekular ataupun sebarang ideologi
ciptaan manusia yang takabbur menentang kehebatan sistem yang telah ditetapkan oleh
Allah malah Islam akan kembali didaulatkan melalui Islam sendiri. Sebagaimana
seseorang yang mahu menanam pokok durian maka dia hendaklah menanam benih durian
bukannya benih yang lain.Walaupun Rasulullah S.A.W mengetahui pengkhianatan yang
hendak dilakukan oleh para munafik ini tetapi baginda tidak membunuh mereka. Ini
merupakan salah satu strategi dan mengelakkan daripada fitnah bahawa baginda
membunuh sahabat sendiri. Ini mengajar kita agar tidak terburu-buru di dalam membuat
keputusan agar segala natijah ataupun keputusan selepas itu menguntungkan Islam dan
umatnya bukan merugikannya.  
  
      Pada mulanya tentera Islam berjumlah 30 ribu orang tetapi setelah ditolak dengan tiga
golongan tadi maka ia berkurangan daripada jumlah asal. Ini merupakan ujian awal buat
Rasulullah S.A.W sendiri dan tentera muslimin yang lain. Selepas itu Rasulullah S.A.W
meneruskan perjalanan menuju ke Tabuk  yang  mana di dalam perjalanan Allah telah
meunjukkan beberapa mukjizat Rasulullah S.A.W  seperti menurunkan hujan dan
memenuhi lembah yang berdekatan tetapi tidak mtentera. Begitu juga dengan mukjizat
membanyakkan bekalan makanan walaupun sebelum itu agak berkurangan. Setelah
sampai di Tabuk, baginda S.A.W telah menerima surat daripada raja Busra yang
menyatakan bahawa mereka tidak menghantar bala tentera mereka untuk berdepan
dengan tentera Islam. Baginda telah meminta pandangan para sahabat berkenaan langkah
mereka seterudan akhirnya dengan arahan baginda para tentera muslimin tidak mara ke
arah kubu tentera Rom memandangkan tiada penduduk di kawasan itu yang telah
memeluk Islam.  

     Walaubagaimanapun Rasulullah S.A.W telah membuat beberapa perjanjian dengan


beberapa buah perkampungan yang berada berhampiran dengan Tabuk iaitu dengan raja
Ailat yang bernama Yuhannah bin Rukbah, begitu juga dengan penduduk Khuraba' dan
Azrah. Mereka telah memberi jizyah kepada Rasulullah S.A.W. Disamping itu,
Rasulullah S.A.W juga telah menghantar wakil bagi membuat perjanjian dengan qabilah-
qabilah yang berada di bahagian utara Tabuk.  

     Rasulullah S.A.W telah menghantar  tentera berkuda seramai 420 orang di bawah
kepimpinan Khalid bin Al-Walid untuk menawan ataupun meperjanjian dengan raja
Daumah yang bernama Akidar bin Abdul Malik yang beragama Kristian. Akhirnya
tentera yang diutus ini berjaya menawan Akidar dan ahli keluarga beliau . Dengan
persetujuan Akidar, maka terjadilah perjanjian antara mereka dan Rasulullah S.A.W yang
mana mereka menjadi ahli zimmah dan akan membayar jizyah kepada kerajaan Islam.  

     Peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H telah menyaksikan bagaimana tentera
Islam yang keluar ke medan perang tidak menerima tentangan daripada pihak musuh
bahkan tiada darah yang tumpah kerana pertempuran tidak berlaku apabila tentera Rom
sendiri tidak menghantar tentera bagi menyekat kemaraan tentera Islam. Baginda S.A.W
berada di Tabuk sekitar sepuluh malam dan telah berjaya membuat perjanjian bagi
meluaskan lagi pengaruh Islam di kawasan itu melalui beberapa perjanjian yang berjaya
dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan raja-raja mereka. Peperangan ini merupakan
pembuka jalan ke arah penyebaran dan perluasan kuasa Islam ke atas kawasan yang mana
selama ini dicengkam oleh kuasa Rom. Ini membuka mata kita tentang penyebaran Islam
bukanlah melalui peperangan sahaja malah jalan untuk dakwah Islamiah merupakan
suatu yang flaksibel. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan raja-raja yang
masih belum memeluk Islam pada masa itu berlainan dengan apa yang dilakukan oleh
pemimpin kebanyakan negara umat Islam pada masa kini yang mana dahulu Islam yang
menetapkan perjanjian dan kuffar yang tunduk pada kuasa Islam tetapi Islam tidak akan
melanggar perjanjian ini walaupun mereka kuat selagi mana kuffar tidak melanggarnya.
Pada masa kini pihak kuffar yang memulakan perdamaian yang mana umat Islam mesti
mematuhinya walaupun pihak kuffar seringkali melanggar perjanjian yang dibuat
sehingga tanah, kuasa politik, ekonomi dan pelbagai bidang lagi yang ada pada negara
tadi dirampas dan hilang dari tangan umat Islam. Dahulu Islam memerintah kerana umat
yakin dan menggunakan sistem Islam tetapi kini umat Islam terjajah di negara sendiri
apabila Islam digunakan hanya pada ibadat dan tidak diletak pada tempat selayaknya
terutama pada pemerintahan dan perundangan.    Satu lagi pengajaran besar yang mesti
kita ambil ialah bagaimana Rasulullah S.A.W tidak membenarkan para sahabat yang lain
untuk berbicara dengan tiga golongan yang menarik diri daripada turut sama dalam
peperangan Tabuk walaupun mempunyai kelengkapan tetapi akibat kepentingan diri
mereka tidak berbuat demekian. Mereka ini merasa terseksa bukan sahaja tidak didekati
oleh paras sahabat  malah isteri-isteri mereka turut berbuat demekian kerana patuh
kepada perintah Rasulullah S.A.W.  Mereka merasa menyesal dengan perbuatan mereka
dan begitu mengharapkan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Pemulauan ini berlangsung selama 40  malam sehinggalah turunnya wahyu daripada
Allah mengenai pengampunan terhadap mereka ini. Ini memberi pengajaran yang besar
kepada kita di dalam mengerjakan kewajipan dakwah dan jihad, kita mestilah sentiasa
berusaha melakukannya tanpa ada di sana dalih untuk meninggalkannya atas alasan susah
dan kepentingan diri tanpa mengira kepentingan dan maslahat Islam itu sendiri. Kita
hendaklah menanamkan di dalam diri perasaan mahu menjadi hamba kepada perjuangan
di dalam meninggikan kalimah Allah bukannya menggunakan Islam untuk kepentingan
diri dan apabila dirasakan Islam mengongkong diri maka kita mengatakan Islam tidak
sesuai dilaksanakan melainkan pada ibadat khusus sahaja. Sebenarnya Islam tidak pernah
mengongkong kebebasan penganutnya tetapi mereka yang tidak faham dan tidak yakin
dengan kesempurnaan Islam yang akan merasai begitu. Firman Allah dalam ayat 42 surah
at-Taubah yang bermaksud : Kalau apa yang kamu seru kepada mereka merupakan
keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan ke arahnya tidak jauh maka mereka
pasti akan menyahutnya tetapi sebaliknya matlamat itu agak jauh pada perasaan
mereka. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah : ''jikalau kami sanggup nescaya
kami akan bersama menuju ke medan peperangan bersma-samamu''. Mereka sebenarnya
membinasalkan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar
orang yang berdusta.  
       Surah at-Taubah pada kebanyakan ayatnya menceritakan mengenai peperangan
Tabuk dan ia juga memaparkan bagaimana Allah begitu murka kepada mereka yang
mengkhianati Rasulullah s.a.W dan Islam. Oleh itu apabila kita mahu membaca surah ini
kita ditegah membaca Bismillahirrahmanirrahim. Sirah Nabawiyyah hendaklah dibaca
untuk kita mengambil iktibar dan istinbat yang sepatutnya bukan sekadar untuk tahu dan
menganggap ia sebagaimana sejarah-sejarah yang lain.Kita perlu ingat bahawa kita bukan
sahaja wajib mengikut hadis yang berbentuk percakapan tetapi kita juga hendaklan
mengikut segala hadis yang berbentuk perbuatan Rasulullah S.A.W. daripada sirah
nabawiyyah banyak terdapat pengajaran dan strategi di dalam menjalankan dakwah dan
paling penting mendirikan kerajaan Islam. Sirah dijulang Ummah Gemilang. 
 
 

Biografi: 
1)Feqh Sirah, Dr Ramadhan al-Buthi 

Anda mungkin juga menyukai