Anda di halaman 1dari 30

Bab 4a

firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2] Baginda SAW (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam. Walaupun terasa lambat, namun semakin hari semakin bertambah jumlah merekahingga mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun. Sememangnya dakwah pada marhalah ini dilakukan secara diam-diam, tetapi bukan bererti Rasulullah takut melaksanakannya secara terangterangan. Apakah ada yang meragukan rasa yakin Rasulullah SAW bahawa dalam mengembang risalah ini pasti akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT? Seandainya dakwah dilaksanakan secara terangterangan pun, insyaAllah Rasulullah dijamin keselamatannya oleh Allah. Bila demikian, mengapa Rasul melakukannya secara diam-diam? Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam). Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara terancang dengan memperbanyakkan (bersemuka) dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan (pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali jauh dari nilai-niali Islam. Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqoha berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka hal ini lebih utamakerana seseorang muslim tidak boleh menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad melawan orang-orang kafir. Hal ini terbukti pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW pada permulaan dakwah. Saat bersama isterinya yaitu Siti Khadijah, Rasulullah pernah diancam oleh Abu Jahal tatkala solat di depan Ka'bah dan dengan terang-terangan mencela patung-patung berhala yang disembah oleh orang-orang Arab. Ketika di Mina, Rasul bersama Ali bin Abi Thalib menyampaikan kepada orang ramai bahawa suatu masa nanti Kerajaan Rom dan Parsi akan ditakluk oleh Islam. Menurut periwayan hadis ini, apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para pengikutnya yang masih berjumlah tiga orang (Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Ali RA) itu adalah untuk menarik perhatian kaum Quraisy agar berfikir tentang hakikat berhala yang dijadikan sebagai tuhan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS. Dari hal tersebut dapat pula diketahui bahawa sejak awal dakwah Rasulullah SAW bukanlah dakwah ruhiyyah (kerohanian) semata-mata, melainkan juga dakwah siyasiyyah (politik). Kerana tidak mungkin

Kerajaan Rom dan Parsi akan dapat ditakluk tanpa niat dan usaha kaum muslimin untuk memperoleh kekuasaan yang berdaulat, kekuasaan yang mampu menggerakkan bala tentera untuk menghancurkan kedua-dua kerajaan itu.

Nabi Muhammad s.a.w mulai menyambut perintah Allah SWT dengan mengajak manusia untuk menyembah Allah SWT semata-mata dan meninggalkan berhala. Tetapi dakwah Nabi s.a.w ini dilakukan secara rahsia (sirriyyah). Cara ini dilakukan bagi mengelakkan tindakan buruk orang-orang Quraisy yang fanatik terhadap kemusyrikan. Nabi s.a.w tidak menampakkan dakwah di majlis-majlis orang ramai dikalangan orang-orang Quraisy, dan tidak melakukan dakwah kecuali kepada orang yang memiliki hubungan kerabat atau telah kenal baik sebelumnya.

Pada masa ini Nabi Muhammad s.a.w hanya memperkenalkan Islam kepada keluarga terdekat, teman dan sahabat yang paling rapat dengan baginda. Orang yang mula-mula menerima seruan baginda s.a.w ialah isterinya, Khadijah bt. Khuwailid r.a, Ali b. Abi Talibr.a, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan bekas hamba baginda s.a.w iaitu Zaid b. Haritsah. Definisi sirriyyah atau secara rahsia dalam dakwah di sini ialah Rasulullah s.a.w mendakwahkan agama baru iaitu agama Islam kepada individu-individu tertentu secara sulit, merahsiakan kumpulan atau jemaah orang-orang yang telah memeluk islam dari komuniti masyarakat Arab dan mereka juga menjalankan ibadah secara rahsia.

Mereka ini bertemu dengan Nabi secara rahsia. Apabila salah seorang daripada mereka ingin melaksanakan salah satu ibadah, mereka akan pergi ke loronglorong Makkah dan bersembunyi daripada pandangan orang-orang Quraisy. Hal ini bagi mengelakkan daripada pengetahuan kaum kafir Quraisy yang pada masa itu sangat berpegang kuat pada ajaran nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Sekiranya penyebaran ini diketahui mereka, pasti dakwah Rasullullah ini mendapat tentangan hebat daripada mereka. Jadi, ada peringkat awal penyebaran Islam, Rasulullah mengatur strategi berdakwah secara rahsia. Pendapat ini juga dikuatkan oleh Ibn al-Qayyim yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w berdakwah secara rahsia selama tiga tahun sehinggalah turun wahyu surah al-Hijr ayat 94, kemudian baginda s.a.w secara terang-terangan

menyebarkan ajaran agama Islam di khalayak ramai dan sebagai akibatnya baginda mendapat tentangan yang dahsyat daripada kaumnya. Mereka menganiaya dan menyakiti Rasulullah s.a.w dan juga kaum muslimin sehingga Allah SWT membenarkan mereka berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali.

dakwah pada tahap ini dimulai sejak Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah firman Allah SWT : "Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2] Baginda SAW (sirriyah) mulai mengajak masyarakat untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam (rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk Islam. Walaupun terasa lambat, namun semakin hari semakin bertambah jumlah merekahingga mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun. Sememangnya dakwah pada marhalah ini dilakukan secara diam-diam, tetapi bukan bererti Rasulullah takut melaksanakannya secara terangterangan. Apakah ada yang meragukan rasa yakin Rasulullah SAW bahawa dalam mengembang risalah ini pasti akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT? Seandainya dakwah dilaksanakan secara terangterangan pun, insyaAllah Rasulullah dijamin keselamatannya oleh Allah. Bila demikian, mengapa Rasul melakukannya secara diam-diam? Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam). Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara terancang dengan memperbanyakkan (bersemuka) dan penjelasan. Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan (pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang sama sekali jauh dari nilai-niali Islam. Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqoha berpendapat bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah, rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka hal ini lebih utamakerana seseorang muslim tidak boleh menyerah kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa berjihad melawan orang-orang kafir. Hal ini terbukti pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW pada permulaan dakwah. Saat bersama isterinya yaitu Siti Khadijah, Rasulullah pernah diancam oleh Abu Jahal tatkala solat di depan Ka'bah dan dengan terang-terangan mencela patung-patung berhala yang disembah oleh orang-orang Arab. Ketika di Mina, Rasul bersama Ali bin Abi Thalib menyampaikan kepada orang ramai bahawa suatu masa nanti Kerajaan Rom dan Parsi akan ditakluk oleh Islam.

Menurut periwayan hadis ini, apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para pengikutnya yang masih berjumlah tiga orang (Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Ali RA) itu adalah untuk menarik perhatian kaum Quraisy agar berfikir tentang hakikat berhala yang dijadikan sebagai tuhan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS. Dari hal tersebut dapat pula diketahui bahawa sejak awal dakwah Rasulullah SAW bukanlah dakwah ruhiyyah (kerohanian) semata-mata, melainkan juga dakwah siyasiyyah (politik). Kerana tidak mungkin Kerajaan Rom dan Parsi akan dapat ditakluk tanpa niat dan usaha kaum muslimin untuk memperoleh kekuasaan yang berdaulat, kekuasaan yang mampu menggerakkan bala tentera untuk menghancurkan kedua-dua kerajaan itu.

4b
Penyebaran Islam yang terus berkembang di Kota Mekkah, tidak dapat menahan kemarahan kaum Quraisy pada Nabi. Namun mereka tidak menyakiti Nabi, kerana masih segan kepada Abu Thalib. Kerana itu mereka menghadap Abu Thalib sekali lagi dengan harapan agar dia mencegah Nabi dari kegiatan dakwahnya. Kata mereka, "Hai Abu Thalib sesungguhnya engkau adalah orang tua dan terhormat dalam kalangan kami. Kami telah meminta engkau mencegah anak saudaramu tetapi tidak engkau lakukan. Sungguh kami tidak dapat lagi bersabar lebih dari ini, kami tidak dapat lagi membiarkan anak saudaramu daripada mencaci nenek moyang kami dan menghina tuhan-tuhan kami. Kami harap kamu mencegah dia atau kami menghadapinya sampai salah satu akan binasa". Keluhan bangsa Quraisy tersebut sangat dalam ertinya bagi Abu Thalib kerana mereka memberi pilihan satu antara dua. Jika beliau pilih Muhammad maka kaum Quraisy akan terlepas daripadanya dan jika memihak kepada kaum Quraisy maka Muhammad yang dipeliharanya daripada kecil akan terlepas daripadanya. Kini Abu Thalib berhadapan dengan dua masalah yang sukar dihadapinya. Untuk itu beliau terpaksa memanggil Nabi dan bercakap secara terus-terang. "Hai anak saudaraku, kaummu telah datang kepadaku dan mengeluh begini dan begitu, janganlah engkau membebankan aku yang tidak dapat kutanggung". Ketika mendengar keterangan Abu Thalib itu. Nabi menyangka bahawa bapa saudaranya telah memihak kepada kaum Quraisy, kemudian nabi menjawab dengan tegas."Hai bapa saudaraku, demi Allah jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan dikiriku agar aku meninggalkan dakwah islamiah, pasti tidak akan ku tinggalkan sebelum aku diberi kejayaan oleh Allah atau aku binasa kerananya". Beliau menjawab kepada bapa saudaranya itu dengan penuh semangat dan sambil menangis. Setelah itu baginda pergi meninggalkan Abu Thalib.Ketika melihat betapa beratnya apa yang ditanggung oleh anak saudaranya, maka Abu Thalib memanggilnya kembali dan berkata. "Hai, anak saudaraku teruskan sahaja apa yang telah kamu kerjakan , demi Allah aku tidak akan menyerahkan kamu kepada mereka sedikitpun.." Attachment : No File Attach...

Bincangkan kepentingan peringkat dakwah yang dijalankan oleh RasululLah SAW sebagai panduan kepada bakal pendidik. Sudah jelas melalui sumber sirah menyatakan bahawa seruan dakwah Rasulullah adalah melalui dua peringkat. Peringkat-peringkat dakwah semasa hayat Rasulullah adalah melalui peringkat sirriyyah (secara sulit) dan secara terang-terangan. Pada peringkat secara sulit atau kepada orang-orang terdekat bermula dakwah nabi iaitu kepada isteri beliau iaitu khadijah dan seterusnya para sahabat yang kenal rapat dengan keperibadian Rasulullah. Kemudian dakwah disebarkan kepada kaum kerabat beliau yang terdiri dari datuk dan bapa saudara beliau. Pada peringkat kedua pula dakwah terus berkembang dengan menyeru kapada seluruh penduduk Quraisy yang lain serta pembesar-pembesar.

Dakwah tidak terhad disitu sahaja malah seruan Islam terus berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Melalui peringkat dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah, banyak kepentingan yang kita perolehi sebagai panduan dalam dunia pendidikan. Sebagai contoh panduan kepada bakal pendidik, apa yang harus dilakukan sekiranya ingin mendidik. Di sinilah pentingnya peringkat sirah nabi dijadikan panduan dan cara mendidik. Peringkat pertama ialah, guru perlu mendidik jiwanya terlebih dahulu supaya apa yang dinasihati senang diikuti oleh orang yang dinasihati. Seperti pepatah Inggeris menyatakan Action Speak Louder Than Word. Ayat ini mengajar kita supaya mendidik seseorang melalui apa yang kita lakukan. Tidak bermakna sekiranya pendidik meminta murid berakhlak dengan baik tetapi pendidik sendiri tidak berakhlak dengan lunas-lunas Islam. Lebih baik bagi seorang pendidik itu, mendidik murid-murid mereka dengan melakukan perbuatan tersebut. Seterusnya, peringkat mendidik haruslah kepada orang terdekat yang terdiri daripada ahli keluarga. Sering kita dengar ayat yang berbunyi iman tidak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Kita mungkin tidak dapat mewarisi ketaqwaan yang ada dalam diri tetapi kita dapat mewariskan mereka dengan ilmu-ilmu yang telah diajar oleh Islam. Bagaimana caranya?. Tentulah dengan didikan yang sempurna mengikut laras-laras yang telah ditetapkan syara. Setelah didikan itu lengkap dalam diri serta ahli keluarga, peringkat seterusnya tentulah kepada orang ramai. Apabila mendidik, sudah menjadi lumrah orang akan melihat kepada kaum keluarga pendidik terlebih dahulu. Maka penting bagi pendidik, mendidik orang yang terdekat mereka terlebih dahulu. Sekiranya melihat eloknya budi pekerti orang disekeliling kita, maka orang yang dididik dengan mudahnya menerima apa yang dibawa.
Begitulah pentingnya setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Segala perbuatan tentulah sebagai panduan kepada umat manusia. Kita sebagai umatnya harus mendekati Rasulullah terutamanya dengan membaca buku-buku sirah dan yang lebih penting melalui sumber sirah yang utama iaitu Al-Quranul Karim supaya tidak terpengaruh dengan Israiliyyat.

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa dakwah adalah usaha menyeru manusia ke jalan Allah dengan mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan larangannya (R). Pada zaman Rasulullah. terdapat beberapa peringkat dalam menjalankan dakwahnya samada secara sirriyyah (sembunyi) atau secara jahriyyah (terang-terangan). Rasulullah menyampaikan dakwahnya mengikut kesusaian keadaan samada secara sembunyi atau terang-terangan. Kita sebgai umatnya harus mengetahui kepentingan dakwahnya terlebih dahulu yang mana setiap dakwah ini berpandukan 2 sumber hidayah iiatu: 1. Hidayah tidak mutlak dari Rasul dan pendakwah 2. Hidayah mutlak dari Allah Dalam al-Fatehah, kita membaca "Tunjukkan kami jalan yang lurus." Menurut Quraish Shihab, penggunaan "kami" di sini menjelaskan dua sebab iaitu: 1. Hidayah tidak cukup jika ia hanya diperoleh oleh seorang individu sahaja. Satu jemaah atau kumpulan perlu diberi hidayah untuk memastikan individu lain berada di atas jalan yang lurus. Jika A mendapat hidayah tetapi lingkungannya tidak, ia akan mengancam hidayah keimanan yang ada dalam diri A. 2. Hidayah tidak mutlak ini diperoleh hasil daripada usaha sesama manusia dan ia akan menjadi asas kepada hidayah mutlak yang hadir daripada Allah.

Tidak lain tidak bukan, untuk merealisasikan point kedua di atas, dakwah diperlukan. Dakwah adalah usaha di peringkat sesama manusia untuk memohon hidayah mutlak dari sisi Allah. Tidak mungkin Allah memberi hidayah begitu sahaja tanpa usaha di peringkat manusia. Dakwah juga adalah tugas Rasul yang menunjukkan nilai pengorbanan yang tinggi. Individu yang tidak melaksanakan dakwah masih belum cukup berkorban dan masih tidak layak untuk mengaku sebagai pengikut Nabi yang sejati. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah mengambil iktibar dan inisiatif dalam menggiatkan dakwah samada untuk anak murid diri sendiri atau kepada para guru atau rakan-rakan yang lain. Kita tidak boleh mengajar semata-mata untu berjaya dari segi akademiknya sahaja malah berjaya dari sudut rohani dan fizikalnya. Contohnya dalam pengajaran, guru bukan sahaja mengajar semata-mata tetapi boleh juga diselitkan dengan kisah perjuangan Rasulullah dalam menyampaikan dakwahnya dan ketekunan dalam membuat pekerjaan atau sesuatu ibadah. Sikap Rasulullah boleh diambil kira oleh pelajar dengan sikapnya yang tekun dan sikap ini pelajar dapat diaplikasikan dalam kehidupannya contohnya rajin membuat kerja atau latihan, tidak menangguhkan kerja, dan juga kita harus mencontohi sikap Rasulullah bagi mendisplinkan diri kita sendiri agar Berjaya dalam kehidupan kelak.

Bab5a
Penentangan dalam dakwah Rasulullah s.a.w. merupakan cabaran dan ujina kepada Rasulullah s.a.w. Sebagaiman peristiwa selepas kematian Abu Thalib kaum Quraisy bebas menggangu dan mehina Rasulullah s.a.w. Ketika Abu Thalib masih hidup beliau sentiasa melindungi Rasulullah s.a.w. daripada ancaman dan tentangan kaum Quraisy. Rasulullah s.a.w. telah membawa diri sendirian berhijrah ke Thaif untuk mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Tsaqif atas gangguan kaum Quraisy, dengan harapan dakwah beliau akan diterima.

Setelah sampai di Thaif Rasulullah s.a.w berjumpa dengan beberapa Bani Tsaqif. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin Tsaqif. Rasulullah s.a.w telah menyampaikan dakwah kepada mereka tetapi ditolak mentah-mentah oleh mereka. Mereka telah memaki dan mencela Rasulullah s.a.w dengan hebatnya termasuklah kaum kerabat Bani Tsaqif. Pada masa yang sama Zaid bin Harithah datang untuk memberikan pertolongan dan perlindungan kepada Rasullullah daripada lontaran batu-batu oleh kaum Bani Tsaqif.

Kemudian Rasulullah s.a.w. telah melarikan diri ke sebuah dusun anggur yang dimiliki oleh Atabah bin Rabiah untuk menyelamatkan diri dan Rasulullah s.a.w.berdoa ke hadrat Allah s.w.t: Wahai Tuhanku dikau sahaja tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang Maha pengasih dikaulah Tuhan bagi mereka-mereka yang lemah. Dikaulah Tuhanku kepada siapakan dikau akan serahkan daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang kau berikan kuasa ke atas ku. Andaikata tiada

sebarang kemurkaanMu ke atasku maka tidakkan aku pedulikan tetapi, kemaafan dan kuniaan kau lebih luas untukku aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfaat di duniadan akhirat (aku berselindung denganNya) dari kemarahaNya ke atasku dan kemurkaanMu. Dikau sahaja yang menegur sepuasnya dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan dikau sahaja.

Pemimpin Quraisy menolak dan menentang sekeras-kerasnya dakwah RasululLah SAW di peringkat dakwah Jahriyyah walaupun mereka sudah tahu Rasulullah sudah memulakan dakwah sejak peringkat sirriyyah lagi kerana mereka berasa tergugat dan merasakan kedudukan mereka semakin terancam. Pada penyebaran dakwah yang pertama, Baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda.Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja. Pada peringkat pertama ini mereka merasakan bahawa nabi tidak akan dapat mempengaruhi penduduk Makkah. Walaupun mereka mengetahui Rasulullah saw menyampaikan dakwah secara sembunyi-sembunyi, tetapi mereka tidak bimbang kerana hanya kaum keluarganya sahaja yang memeluk Islam. Apabila Baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan, iaitu setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas. Pada ketika itu, mereka mula merasakan bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi dikhuatiri akan merosakkan tradisi nenek moyang mereka kerana ketika itu, sudah ramai penduduk Mekkah yang memeluk Islam. Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (Al-Hijr, 15:94)

Penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Antara faktornya mereka terlalu taksub dengan ajaran nenek moyang mereka ,mereka terlalu taksub dengan berhala-berhala mereka. Budaya masyarakat Jahiliyyah juga yang tidak mahu ekonomi mereka terganggu kerana Mekah menjadi pusat penyembahan berhala dan menjadi tempat berkumpulnya kabilah-kabilah Arab di situ untuk melakukan aktiviti jual beli di samping ekonomi mereka amat membantu dalam penjualan berhala di Makah. Mereka tidak mahu dakwah Rasulullah memyebabkan ekonomi mereka terganggu kerana mentauhidkan allah bermaksud menghapuskan penyembahan berhala sama sekali. Masyarakat Jahiliyah juga amat sombong

dan tidak mahu mengikut dakwah Rasulullah sifat mereka yang agak keras dan kasar menyebabkan dakwah tidak dapat di lakukan kepada mereka. Orang-orang musyrik sangat meradang jika orang-orang Muslim melakukan Dakwah rasulullah. Mereka merasakan bahawa kepimpinan mereka akan tergugat kekuasaan mereka juga akan diambil alih ini menjadikan mereka tidak mahu menerima ajaran yang di bawa oleh Rasulullah.Dakwah secara sulit tidak ramai yang memeluk islam begitu juga apabila dakwah secara terang-terangan hanya mereka yang miskin yang ramai memeluk islam berbanding mereka yang kaya dan berharta ini kerana mereka yang berharta risau jika harta mereka akan dirampas dan mereka perlu berkongsi kekayaan dengan mereka yang miskin. Islam sendiri suka umatnya saling bersedekah dan membantu orang miskin. Mereka lupa akan nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka.

Bab5b
Muhammad beralih menumpukan dakwahnya kepada suku-suku yang berada di luar Mekah setelah menerima tentangan dari kaum Quraisy. Baginda keluar untuk mencari pelindungan dan sokongan dari kaum qabilah Thaif pada 10 Syawal tahun ke-10 kenabian. Baginda ditemani oleh Zaid bin Harithah. Ketika sampai di Thaif baginda telah menerima tentangan dari ketua Thaif di pintu masuk Kota Thaif dan mereka mengumpulkan budak-budak nakal membaling batu kepada Muhammad sehingga baginda mengalami kecederaan di kakinya. Pada ketika itu Rasulullah bersabar dan memanjatkan doa kepada Allah agar diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan. Setelah semua masyarakat di situ menentang baginda akhirnya Allah memberikan kegembiraan kepada nabi apabila jin menerima dakwah Rasulullah. Ini adalah berita gembira dan hiburan pertama kepada Muhammad selepas menghadapi penentangan dari kaum dan penduduk Thaif. Contoh abadi menerusi peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah yang boleh diambil oleh para pendidik adalah kesabaran dan kecekalan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan dakwah sebagai perintah Allah. Walaupun ditentang hebat dan dicederakan oleh kaum musyrikin namun baginda tetap tabah dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untun baginda meneruskan perjuangannya. Ini adalah bersesuaian dan merupakan tauladan yang paling berkesan kepada pendidik kerana seharusnya guru juga hendaklah sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa yang mempunyai pelbagai kerenah. Guru tidak harus gentar dan berputus asa dengan segala cabaran mendidik anak bangsa malah menjadikan ia sebagai batu loncatan dan kekuatan untuk terus berjuang. Di samping berusaha kita hendaklah sentiasa berdoa kepadaNya kerana segala yang datang itu adalah dariNya dan ia maha mengetahui segalanya. Di tambah lagi dalam dunia pendidikan hari ini yang lebih mencabar seiiring dengan kemudahan teknologi yang telah banyak mempengaruhi minda pelajar ke arah kerosakan. Kemudahan teknologi yang canggih sebenarnya membantu guru dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar tetapi ia telah disalahgunakan. Guru bertindak sebagai pendakwah, pembimbing, fasilitator, sahabat, doktor, kaunselor dan polis di sekolah. Semua tugas adalah dibawah tanggungjawab guru untuk membentuk peribadi pelajar agar menjadi insan yang berguna kelak. Kelakuan dan akhlak pelajar tidak boleh dibentuk dan diasuh dengan cara kekerasan malah guru harus mendampingi mereka dan cuba menyelami hati mereka. Selain itu, guru mestilah sentiasa meningkatkan ilmu dan mengamalkannya untuk kepentingan diri sendiri sebelum disampaikan kepada para pelajarnya. Ilmu tersebut mestilah yang disyariatkan oleh Islam agar tidak memesongkan akidah pelajar yang diajarinya.

Rujukan : 1.

http://www.dakwah.info/index.php? option=com_content&task=view&id=218&Itemid=76

Setelah merasakan berbagai siksaan dan penderitaan yang dilancarkan kaum Quraisy, Rasulullah saw berangkat ke Thaif mencari perlindungan dan dukungan dari Bani Tsaqif dan berharap agar mereka dapat menerima ajaran yang dibawanya dari Allah. Setibanya di Thaif , beliau menuju tempat para pemuka Bani Tsaqif, sebagai orang-orang yang berkuasa di daerah tersebut. Beliau berbicara tentang Islam dan mengajak mereka supaya beriman kepada Allah. Tetapi ajakan beliau tersebut ditolak mentah-mentah dan dijawab secara kasar. Kemudian Rasulullah saw bangkit dan meninggalkan mereka, seraya mengharap supaya mereka menyembunyikan berita kedatangannya ini dari kaum Quraisy, tetapi merekapun menolaknya. Mereka lalu mengerahkan kaum penjahat dan para budak untuk mencerca dan melemparinya dengan batu, sehingga mengakibatkan cedera pada kedua kaki Rasulullah saw. Zaid bin Haritsah, berusaha keras melindungi beliau, tetapi kewalahan, sehingga ia sendiri terluka pada kepalanya. Setelah Rasulullah saw sampai di kebun milik Utbah bin Rabiah kaum penjahat dan para budak yang mengejarnya berhenti dan kembali. Tetapi tanpa diketahui ternyata beliau sedang diperhatikan oleh dua orang anak Rabiah yang sedang berada di dalam kebun. Setelah merasa tenang di bawah naungan pohon anggur itu, Rasulullah saw mengangkat kepalanya seraya mengucapkan doa berikut : "Ya, Allah kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku kurangnya kesanggupanku, dan kerendahan diriku berhadapan dengan manusia. Wahai Dzat Yang Maha Pengasih ladi Maha Penyayang. Engkaulah Pelindung bagi si lemah dan Engkau jualah pelindungku! Kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan? Kepada orang jauh yang berwajah suram terhadapku, ataukah kepada musuh yang akan menguasai diriku ? Jika Engkau tidak murka kepadaku, maka semua itu tak kuhiraukan, karena sungguh besar nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku. Aku berlindung pada sinar cahaya wajah-Mu, yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebajikan di dunia dan di akherat dari murka-Mu yang hendak Engkau turunkan dan mempersalahkan diriku. Engkau berkenan. Sungguh tiada daya dan kekuatan apa pun selain atas perkenan-Mu. Berkat doa Rasulullah saw itu tergeraklah rasa hiba di dalam hati kedua anak lelaki Rabiah yang memiliki kebun itu. Mereka memanggil pelayannya seorang Nasrani, bernama Addas, kemudian diperintahkan, Ambilkan buah anggur, dan berikan kepada orang itu! Ketika Addas meletakkan anggur itu di hadapan Rasulullah saw, dan berkata kepadanya, Makanlah! Rasulullah saw mengulurkan tangannya seraya mengucapkan, Bismillah. Kemudian dimakannya. Daripada peristiwa ini dapat diambil iktibar oleh para guru tentang pentingnya sentiasa mengingati Allah dan berdoa untuk kebaikan seluruh pelajar. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin.

Dakwah ke Taif telah diperintahkan oleh Allah agar menyampaikan dakwah di luar daripada Makah. Rasulullah telah menuju Taif pada bulan Mei 619 M ia berjarak kurang daripada 60 mil dari Makah baginda pergi ke sana dengan berjalan kaki dahulu sebelum ke Madinah ini kerana baginda ingin mengislamkan penduduk Taif dan menjadikan bandar Taif sebagai Bandar islam pertama tetapi sikat pendudk Taif yang tidak menerima dakwah Rasulullah tidak menimbulkan rasa marah Rasulullah walaupun Rasulullah dibaling dengan batu sehingga bertakung darah di kasut baginda tetap mendoakan agar anak cucu mereka akan memeluk islam. Di sini menjadi contoh yang amat kuat kepada pendidik agar tidak berputus asa dalam mengajar dan mendidik pelajar mereka. Walaupun segala usaha perlu

dicurahkan dalam menjadikan mereka berjaya dunia dan akhirat. Pelbagai cabaran akan diperolehi oleh pendidik dalam mengubah pelajar nakal menjadi mereka yang baik kerana pengorbanan Rasullullah sendiri amat besar dalam mendidik masyarakat.Baginda tidak pernah berputus asa.
Attachment : No File Attach... |

Reply to This Message | Print Message |

Read

Re : Peristiwa dakwah ke Taif Posted Nor Amalina Binti Mohd Arif By : Reply To : Nor Amalina Binti Mohd Arif Attachment : No File Attach

27 Aug 2008 04:16:03 PM 27 Aug 2008 04:15:19 PM

Doa adalah senjata paling tajam untuk umat islam ini kerana islam amat menggalakkan umatnya berdoa kepada Allah dalam peristiwa di Taif Malaikat telah mendatangi Rasulullah dan meminta rasulullah membenarkan malaikat menterbalikkan gunung ke atas penduduk Taif kerana menghina Rasulullah sebegitu tetapi Rasulullah menghalang tindakan itu dan mendoakan agar anak cucu mereka akan memeluk islam dan ini ternyata benar anak cucu mereka di Taif kini semuanya memeluk islam. Kesabaran Rasulullah dalam menyebarkan dakwah perlu dicontohi oleh para pendidik ini kerana kesabaran dalam mendidik amat di perlukan kesan atau hasil didikan kita tidak akan diperolehi sekelip mata bahkan memerlukan masa yang banyak sebelum melihat hasilnya.Ini kerana bukan mudah mendidik dan melihat hasilnya jika pendidik tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dan mudah berputuis asa maka kita tidak akan mengikut jejak Rasulullah yang penuh dengan kesabaran.

Doa selepas keluar dari Taif:

Ya Allah, kepadamu juga aku mengadukan kelemahan kekuatanku , kekurangan siasatku dan kehinaaku di hadapan manusia. Wahai yang

paling pengasih di antara pengasih di antara pengasih , Engkau adalah Rabb kepada orang-orang yang lemah, engkaulah tuhanku ,kepada siapa lagi hendak aku serahkan diriku ? kepada orang yang jauh yang bermuka masam kepadaku? Aku tidak peduli asalkan engkau tidak murka kepadaku , sebab sesungguhnya teramat luas nikmat yang telah engkau berikan . Aku belindung dengan cahaya wajahmu yang menyinari segala kegelapan dan kerananya antara urusan dunia dan akhirat menjadi baik agar engkau tidak menurunkan kemurkaanmu atau murka kepadaku. Engkaulah yang berhak mnegurku higga engkau ridha. Tidak ada daya kekuatan selain denganmu.

Doa ini menunjukkan walau sebesar mana dugaan yang diterima oleh Rasulullah baginda tidak pernah berputus asa ini kerana baginda berharap agar agar umatnya berubah suatu hari nanti . Malaikat juga bersedih atas apa yang telah menimpa rasul Allah itu hingga diberi pilihan untuk menterbalikkan gunung tetapi baginda menolak. Ini menjadi bukti bahawa kesabaran dalam menyampaikan dakwah dan ilmu memerlukan kesabaran yang tinggi contoh yang kita dapat lihat peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah sendiri. Pendidik perlu mengambil Rasulullah menjadi contoh pendidik paling agung ini kerana segala kesabaran dan usaha tanpa mengenal erti penat lelah telah membawa kejayaan yang besar kepada umatnya.

Bab 5c Di sini saya tidak akan membahas kisah Isra' dan Mi'raj secara terperinci, kerana sahabatsahabat semua tentu sudah mendengar dan membacanya tetapi saya akan mengulas secara singkat sahaja. Isra' adalah perjalanan yang dilaksanakan Rasulullah s.a.w. dari Masjidil

Haram ke Masjidil Aqsa, sedangkan Mi'raj adalah perjalanan samawiah yang dilaksanakan oleh baginda saw. dari Masjidil Aqsha ke langit paling tinggi. Kedua perjalanan ini dilaksanakan dalam satu malam dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai manusia secara utuh. Kisah ini telah disentuh oleh Al-Qur'an dalam surat al-Isra'. Ada orang bersikap ragu terhadap kisah Isra' dan bertanya, "Apakah kisah tersebut sesuai dengan hukum-hukum Allah yang berlaku bagi makhluknya? Mungkinkah manusia yang komposisinya terdiri daripada daging dan darah serta memerlukan elemen-elemen material, dapat naik ke langit, padahal kita mengetahui bahawa di tempat tertentu terdapat ruang vakum dan pada titik ketinggian tertentu sudah tidak terdapat oksigen?" Persoalan ini pernah dijawab oleh As-Syahid Al Imam Hassan Albanna yang berbunyi: "Ini Adalah Kekuasaan Allah Yang Meliputi Segala sesuatu. la merupakan hal yang mungkin dan tidak mustahil dalam logik kekuasaan Allah. Beliau bertanyakan juga, apakah kalian mengetahui seluruh ilmu Allah yang telah lalu mahu pun yang akan datang?" Sahabat-sahabat sekalian, pada kenyataannya, ilmu moden telah menyingkap rahsia itu dan bahawa manusia mempunyai unsur lain selain unsur material, iaitu unsur kejiwaan, yang disebut sebagai alam roh atau alam kejiwaan. Sekalipun ilmu pengetahuan belum mampu menyingkap hakikat alam ini, tetapi ia telah sampai pada pengetahuan bahawa roh dapat menguasai badan sehingga dapat menguasai, membatasi, dan menundukkannya kepada hukum-hukumnya, bukan kepada hukum-hukum material. Sebenarnya, beberapa kejadian dapat membuktikan hal ini. Ada sebahagian penganut sufi di India yang mampu menguasai badannya dengan kekuatan rohnya serta bertahan selama satu minggu. Kita juga mengenal adanya hipnotis, yang menjadikan ruh menguasai badan, sehingga ia berubah menjadi mata yang rnelihat. Apa yang terjadi dalam kisah Isra' Mi'raj adalah, bahawa Allah SWT mengurniakan kepada Nabi-Nya yang mulia ini kekuatan rohani yang besar, sehingga menguasai badannya. Ini bukan bererti bahawa beliau diisra'kan dengan badan tanpa roh, tetapi diisra'kan dengan roh dan jasad. Sebahagian orang bertanya, "Apakah hikmah Isra'Mi'raj?" Tidak perlu kita pergi jauh, cukup kita melihat kepentingannya kepada kita sebagai seorang guru atau pendidik. Saya berkeyakinan bahawa Isra' Mi'raj adalah bahan dasar dalam kurikulum tarbiyah Ilahi kerana Allah SWT telah menyiapkan Rasul-Nya yang mulia agar menjadi penghulu para pendidik dan para pengajar. Maka baginda harus mempunyai kedudukan ilmu yang melebihi kedudukan-kedudukan yang dimiliki oleh manusia lainnya. Oleh sebab itu, Allah mengelilingkannya di seluruh langit agar keimanan baginda merupakan keimanan yang berdasarkan penyaksian dan penglihatan, tidak sekadar keimanan yang berdasarkan pada keyakinan dan teori. Sepertimana yang telah ustazah bicarakan di dalam forum sahabat kita bahawa umat Islam sering bertindak berdasarkan mata kepala zahirnya sahaja dan bagaikan lupa kepada adanya kawalan ghaib Rabbul Jalil dan balasan hari kemudian sedangkan keyakinan ini terkandung dalam hampir kesemua rukun iman di mana sesungguhnya ada hikmah lain yang mengandungi nilai ketinggian dan kemahaan. Sepatutnya umat Islam hari ini mengambil iktibar daripada peristiwa Isra Mikraj ini untuk lebih meningkatkan keyakinan mereka terhadap persoalan ghayyibiyyat dalam kehidupan harian. Dalam peristiwa ini, Allah swt. telah mewajibkan solat kepada kaum muslimin pada malam Isra' Mi'raj. Allah tidak menghendaki kewajiban ini diperintahkan melalui wahyu sebagaimana halnya kewajiban-kewajiban lain, tetapi Dia mengundang Nabi-Nya yang

mulia agar baginda menjelaskan kepada manusia bahawa solat mempunyai nilai yang tinggi dan agung serta merupakan perkara dasar dalam kurikulum tarbiyah Islamiyah. Sebagai pendidik kita harus tahu adalah solat ini dilaksanakan oleh anak didik kita walaupun ada sesetengahnya beranggapan bahawa yang menjadi ustaz ustazah itu sahajalah yang mengajarkan tentang solat walhal hal yang besar ini harus diambil perhatian oleh semua yang bergelar pendidik tidak kira apapun subjek yang diajarnya di sekolah kerana solat adalah kebersihan, keaktifan, kesihatan, ilmu, dan akhlak yang bersifat mendidik. Akhir kata, semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w., juga kepada segenap keluarga dan sahabatnya.
Ertinya: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari AlMasjidilharam ke Masjidilaqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesunggunhnya Dia adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat." Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Rasulullah bukan sahaja sebagai mukjizat namun ianya mengandungi hikmah dan pengajaran yang perlu kita contohi sebagai umat Islam. Khasnya dalam bidang pendidikan dapat kita mengambil beberapa pengajaran yang dapat kita dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas pendidik.

Berdasarkan setiap peristiwa yang berlaku samada sebelum dan sesama berlakunya peristiwa israk mikraj memberikan kelebihan yang tersurat yang dapat dilihat dengan mata hati. Dalam hal ini guru sewajarnya sabar dalam menghadapi pelbagai musibah dan masalah yang menimpa di sekolah yang mana guru harus sabar melayani karenah murid- murid untuk membentuk mereka menjadi orang yang berguna. Ini kerana seperti yang diketahui nabi berada dalam keadaan berduka cita sebelum berlaku Israk dan Mikraj. Maka sebagai penghibur hati Baginda, Allah membawa Nabi Muhammad keluar daripada dunia. Baginda mengalami peristiwa Israk dan Mikraj agar Baginda dapat melapangkan dan melupakan segala kedukaan dengan melihat gambaran-gambaran yang dilihatkan Allah semasa Israk dan Mikraj. Maka dalam guru menghadapi masalah yang dialami tidak kira sama ada di sekolah atau pun di rumah, mereka seharusnya sentiasa berusaha tanpa putus harapan mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT.

Aspek yang paling penting dalam menjadi seorang guru adalah nawaitu iaitu niat yang mana guru seharusnya mengikhlaskan hati mereka dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid- murid. Di samping itu guru perlu melengkapkan diri dengan

pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mantap kerana guru merupakan sumber rujukan kepada murid- murid. Ini kerana sebelum Nabi Muhammad di angkat ke langit, disucikan hatinya dengan air zam- zam dan dibuang dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Justeru bersesuaian peristiwa yang di alami ini agar dijadikan iktibar kepada guru dalam menjalankan tanggungjawabnya dengan komitmen yang tinggi dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang bentuk ganjaran.

Dalam peristiwa ini, perintah melaksanakan sembahyang lima waktu sehari semalam mula disyariatkan. Keadaan asalnya yang diperintahkan oleh Allah SWT adalah sebanyak 50 rakaat. Namun atas nasihat Nabi Musa, Nabi Muhammas SAW memohon kepada Allah SWT agar mengurangkan jumlah waktu sembahyang hingga jumlah muktamadnya menjadi lima waktu sehari semalam. Kita dapat melihat betapa kasihnya Nabi Muhammad akan umatnya sehingga Baginda berkali-kali memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala untuk mengurangkan jumlah waktu sembahyang. Di samping itu kita juga dapat melihat, kerendahan hati Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang mahu menerima nasihat dari Nabi Musa dalam penepatan waktu solat. Ini menunjukkan kepada kita supaya guru jangan bersifat angkuh dan tidak mahu menerima nasihat orang lain meskipun mempunyai kedudukan yang tinggi, bahkan tidak ada salah sekiranya guru turut menerima pendapat murid. Begitu juga, dari peristiwa ini mengajarkan kita supaya menanamkan sifat kasih dan sayang sesama manusia meskipun berbeza peringkat umur mahupun agama.

Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mikail. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan khatimin nubuwwah (Penutup Segala Nabi). Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk

ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk mikraj'' Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib . Antaranya :Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad Fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Firaun) bersama suaminya dan anakanak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan). Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah, Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masingmasing mempunyai isteri/suami. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, Itulah orang yang makan riba.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela & menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail, Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Langit Pertama:

Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Mamur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ALIYYIL-AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-

Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). Tangga Kelapan: Di sinilah disebut al-Kursi yang berbetulan dengan dahan pokok SidratulMuntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:Allah : Ya Muhammad.Rasul : LabbaikaAllah : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.Rasul : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.Allah : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya (pahalanya) sebanyak 50 waktu juga. 4. Selepas Mikraj Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke BaitulMaqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Bab 5d
Muqataah ialah operasi pemulauan ekonomi terhadap Rasulullah dan orang islam. Mereka memulaukan sesiapa sahaja yang berkaitan dengan dakwah Rasulullah dan sanak saudara yang ada kaitan dengan Rasulullah termasuklah Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Mereka telah menandatangani perjanjian bertulis dimana mereka tidak akan berurusan sama sekali dengan umat islam termasuklah mereka tidak akan mengahwini, berjual beli, menyekat sumber-sumber rezeki orang islam, tidak menerima sebarang pendamaian dan tidak akan berkasihan dengan mereka sehingga Bani Abdul Mutalib menyerahkan Rasulullah untuk dibunuh. Seluruh kaum Quraisy berpegang kepada perjanjian itu selama 3 tahun berturut-turut. Perjanjian itu diletakkan di dalam ruang Kaabah.

Masuk tahun ketiga pemulauan ekonomi tersebut, satu kaum dari bani Qusai bertelagah sesama sendiri. Kelompok mereka sepakat untuk melanggar perjanjian mereka. Pada masa yang sama Allah telah mengutuskan anai-anai menggigit serta mengerit nashkah perjanjian. Tidak ada sesuatu pun yang tinggal kecuali perkataan nama Allah Azzawajala sahaja. Selepas peristiwa itu lima orang pemuda Quraisy keluar melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dahulu iaitu, Hisham bin Amru bin Harith, Zuhair bin Umaiyah, Al-Mutam bin Adi, Abu al-Bakhtari bin Hisham dan Zamah bin Al-Aswad.

Orang kafir Quraisy sentiasa mencari cara yang efektif untuk melumpuhkan dakwah Nabi Muhammad SAW.Selepas melalui banyak rundingan mereka bercadang untuk mengadakan perjanjian dengan Muhammad, sukunya Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib dan seluruh umat Islam. Pakatan Quraisy mengadakan operasi muqataah atau memboikot yang dilakukan secara menyeluruh terhadap

ekonomi dan sosial. Mereka tidak akan membeli atau menjual kepada umat Islam, mereka tidak akan berkahwin dengan orang-orang Islam atau mengahwinkan anak-anak perempuan mereka denga orang-orang Islam.

Boikot ini telah bermula pada tahun ketujuh dakwah Nabi Muhammad SAW dan berakhir selama 3 tahun. Dalam tempoh tiga tahun itu, suku Muhammad SAW tinggal di kawasan yang hampir kebuluran dan terkepung di kawasan pergunungan. Mereka telah kehabisan makanan, anak-anak mereka kelaparan dan semakin kurus sementara orang tua pula semakin lemah dari sehari ke sehari. Walaubagaimana pun, mereka tidak akan tunduk dengan kekejaman kafir Quraisy. Orang-orang Quraisy melakukan boikot supaya menjadi pengajaran bagi sesiapa sahaja yang ingin memeluk agama Islam, tetapi umat Islam menghadapinya dengan kesabaran dan ketabahan. Nabi Muhammad sendiri menghadapi dengan keteguhan dan kekuatan hati (baginda selalu meletakkan batu di tali pinggangnya untuk menahan kelaparan). Tindakan baginda menyebabkan baginda mendapat simpati, dikagumi dan dihormati orang ramai.

Kesan daripada operasi muqataah ini menyebabkan beberapa orang Quraisy merasai betapa dahsyat kezaliman yang telah mereka lakukan kepada kaum kerabat mereka. Salah seorang dari mereka, Hisham Bin Amr selalu mengirimkan unta yang penuh dengan makanan sehingga sampai ke tempat orang-orang Islam itu tinggal. Hisham Bin Amr tidak tahan lagi melihat keadaan kaum Muslimin dan bercadang berkempen menentang sikap orang-orang Quraisy keras hati dan tidak adil itu. Lalu dia pun pergi mendapatkan seorang Quraisy bernama Zuhair.

Kedua-dua mereka bersetuju untuk berusaha sedaya upaya bersama untuk menghapus boikot yang utama itu. Mereka memujuk tiga orang lain secara rahsia dan kelimalima mereka bersetuju untuk mempengaruhi pendapat umum. Pakatan mereka berlima menyebabkan Abu Jahal tidak mempunyai sokongan lagi dan terpaksa menurut katakata mereka. Bani Hasyim dan umat Islam telah keluar dari tempat persembunyian mereka dan mereka menjalani kehidupan biasa di Makkah. Selama 3 tahun mereka tinggal di gunung itu, telah mengorbankan mereka dari segi fizikal dan kewangan. Khadijah yang mengalami penderitaan menyebabkan kesihatannya terganggu. Abu Talib yang telah tua juga tidak tahan menghadapinya dan tidak lama selepas mereka kembali, dia meninggal dunia.

Bab 6

Antara sebab kaum Aus dan Khazraj mudah menerima Islam kerana perkara berikut : Pertama : Suku Aus dan Khazraj dikurniakan Allah dengan fitrah lemah lembut dan tidak terlalu angkuh, tidak keterlaluan menolak kebenaran. Sifat ini adalah pusaka turun temurun daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Yaman. Ini pernah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud : Sudah tiba kepada kamu penduduk Yaman yang berhati dan berperasaan amat lembut Kedua : Suku Aus dan Khazraj telah kehilangan tenaga kerana peperangan sesama mereka terutama dalam peperangan

terakhir antara mereka iaitu peperangan Buath. Keadaan ini mereka telah gambarkan dalam ucapan mereka kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya telah kami tinggalkan kaum kami, suatu kaum yang paling ketat permusuhan sesama sendiri. Semoga Allah menyatukan mereka melalui engkau Wahai Rasulullah!. Sekiranya mereka disatukan kembali oleh Allah maka tiada orang yang lebih mulia daripada engkau Wahai Rasulullah!. Ketiga : Suku Aus dan Khazraj selalu mendengar orang-orang Yahudi berbicara tentang kenabian dan para nabi dan mereka juga mendengan orang Yahudi membaca lembaran Taurat dan tafsirannya malah orang Yahudi sentiasa mengugut mereka dengan mengatakan : Sesungguhnya akan dibangkitkan seorang nabi pada akhir zaman nanti. Kami akan memusnahkan kamu bersama nabi itu. Kamu akan musnah sama seperti musnahnya kaum Aad dan Iram. Perkara ini agak berbeza dengan kaum Quraisy Mekah dan seluruh bangsa Arab yang telah terputus sekian lama daripada kenabian dan para nabi yang menyebabkan mereka tidak tahu tentang kenabian dan para nabi. Mereka hanya menumpukan kepada berhala dan mereka juga terpencil daripada umat-umat yang ada hubungan dengan para nabi dan mempunyai kitab samawi. Secara ringkasnya selepas berlakunya peristiwa Isra dan Mikraj maka nabi mula menyebarkan dakwah melalui pertemuan dengan qabilah-qabilah yang datang ke Mekah. Ketika tibanya bulan Zulhijjah iaitu musim haji, Rasulullah s.a.w seperti biasa keluar bertemu dengan qabilah yang datang menunaikan haji. Semasa berada di Aqabah, baginda telah bertemu dengan satu rombongan daripada suku Khazraj dari Yathrib. Rasulullah s.a.w memperkenal dan menerangkan kepada mereka tentang Islam dan diperdengarkan al-Quran. Suku Khazraj yang merupakan jiran kepada kaum Yahudi di Madinah sebelum ini sentiasa mendengar orang Yahudi memberitahu bahawa sudah hampir masanya dibangkitkan seorang nabi. Lalu di antara mereka berkata : Wahai kaumku sekalian! Ketahuilah bahawa Demi Allah inilah nabi yang telah dijanjikan oleh kaum Yahudi kepadakamu maka kita harus

biarkan mereka mendahului kita mendapat peluang ini. Lantas mereka menyahut dan menerima seruan nabi s.a.w itu di mana bilangan mereka ialah 7 orang daripada suku Khazraj. Apabila mereka pulang ke Madinah dalam keadaan telah beriman dan memeluk Islam lalu mereka memberitahu tentang Rasulullah s.a.w kepada saudara mara yang lain dan mengajak mereka kepada Islam. Maka tersebarlah Islam di kalangan mereka sehingga tiada rumah orang Ansar yang tidak bercakap tentang Rasulullah s.a.w. Begitulah dia penerimaan awal kepada Islam dan keadilannya sebelum berlangsungnya 2 baiah Aqabah atau perjanjian antara wakil warga Madinah dengan Rasulullah s.a.w di Aqabah. 2 baiah atau perjanjian yang dibuat ini menjadi suatu perkara yang penting sebelum terdirinya negara Islam pertama di Madinah. Pada tahun 621 M iaitu setahun selepas peristiwa pengislaman 7 orang daripada suku Khazraj tersebut maka telah datang 12 orang dari Yathrib daripada suku Aus dan Khazraj bagi menunaikan haji dan juga mengadakan pertemuan rahsia dengan Rasulullah s.a.w. di Aqabah. Baiah ini dikenali sebagai Baiah Aqabah Pertama atau Baiah anNisa memandangkan tiada penekanan terhadap masalah peperangan dan jihad dalam perjanjian ini sebagaimana yang biasa dilakukan terhadap wanita ketika berbaiah. Ubadah bin as-Somit telah memberitahu tentang perjanjian ini di mana katanya : Sesungguhnya kami berjumlah 12 orang lelaki maka Rasulullah s.a.w berkata kepada kepada kami: Marilah kamu semua untuk memberi baiah kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak mengengkariku pada perkara kebaikan. Sesiapa di kalangan kamu yang menepati baiah ini maka Allah akan mengganjarinya dan sesiapa yang melanggarnya dan Allah membalasnya di dunia maka ia merupakan kaffarah kepadanya. Sesiapa yang melanggarinya dan Allah menutupnya maka urusannya terserah kepada Allah samada Dia membalasnya di akhirat atau pun memaafkannya. Ubadah bin as-Somit menambah lagi bahawa selepas itu mereka semua memberi baiah kepada Rasululullah s.a.w.

Sebelum mereka bertolak pulang ke Madinah, Rasulullah s.a.w telah mengirim bersama mereka Musaib bin Umair bagi mengajar al-Quran dan menerangkan tentang Islam di nama beliau dikenali sebagai Muqri ertinya pembaca al-Quran. Ketika berada di Madinah beliau tinggal bersama dengan Saad bin Zararah. Inilah usaha dan suasana sambutan awal kepada penerimaan Islam oleh penduduk Madinah hasil kegigihan dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. Baiah Aqabah kedua terjadi pada tempat yang sama pada malam 12 Zulhijjah tahun 13 kenabian juga dalam keadaan rahsia. Bilangan wakil penduduk Madinah terdiri daripada 73 orang lelaki dan 2 perempuan yang diketuai oleh Al-Barra bin Makrur. Ucapan Baiah mereka hampir sama dengan yang pertama tetapi ada tambahan dalam masalah jihad dan peperangan. Ia turut dihadiri oleh bapa saudara baginda Abbas bin Abdul Muttalib. Dalam baiah ini kaum Khazraj memohon agar nabi s.a.w rela berhijrah ke Madinah di mana mereka sanggup menjaga keselamatan baginda sebagaimana mereka menjaga keluarga sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Dan supaya kamu sekalian akan membantuku dan mejaga keselamatanku ketika berhijrah ke sana nanti sebagaimana kamu menjaga diri dan keluargamu dan bagi kamu balasan Syurga daripada Allah Baiah ini yang juga dipanggil Baiah Aqabah Kubra ditutup dengan doa yang diucapkan oleh Abbas bin Abdul Muttalib yang mana antara kandungannya ialah memohon kepada Allah tentang keselamatan Rasulullah s.a.w dan kesungguhan janji daripada orang-orang Yathrib itu. Ini merupakan kejayaan besar yang membuka dan memudahkan jalan dakwah dan seterusnya tertegak Daulah Islamiah yang pertama di Madinah. Firman Allah dalam ayat 218 surah al-Baqarah yang bermaksud : Sesungguhnya mereka yang beriman dan mereka yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah maka mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan

ingatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Firman Allah dalam ayat 63 surah al-Anfal yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati-hati mereka. Jika engkau belanjakan segala yang ada di bumi nescaya engkau tidak mampu juga menyatukan antara hatihati mereka. Tetapi Allah telah menyatukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maka Kuasa lagi Maha Bijaksana. Perpaduan yang sejati mestilah berteraskan Islam bukannya sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan hukum akal manusia semata-mata. Perpaduan yang dicari bukanlah untuk kepentingan diri dalam menjaga harta yang dimiliki dan pangkat yang dijawati tetapi ia mesti atas asas keikhlasan kepada Allah demi kebaikan semua. Perkara yang boleh menjadi sokongan kepada perpaduan yang dicari ialah memberi semula hak rakyat yang dirampas serta menghentikan penindasan berasaskan dendam disamping mengambil Islam sebagai dasar perpaduan.

Kaum Aus dan Khazraj adalah dua suku Arab terbesar yang berada di Madinah. Golongan ini mendahului suku kaum Arab lain untuk memeluk islam dengan gembira ketika seluruh bangsa Arab terutamanya suku Quraisy sangat memusuhi Islam. Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka menjalankan hubungan dengan Rasulullah dan seterusnya memeluk islam.

1)Fitrah mereka yang lembut dan lebih halus

Sudah menjadi fitrah penduduk Madinah jauh lebih halus daripada penduduk Makkah. Hal ini kerana mereka berasal dari keturunan Yaman yang disebut Nabi sebagai bangsa yang mempunyai hati yang lunak, sebagaimana yang dikatakan sewaktu beliau melihat kedatangan sekelompok orang dari Yaman Telah datang kepada kalian penduduk Yaman yang amat lemah lembut hati dan perangainya.

2) Sering terjadi pertumpahan darah sesama mereka.

Kedua golongan ini telah dikenali dalam sejarah sebagai golongan yang terus menerus berperang saudara sehingga berpuluh tahun dengan jumlah korban yang tidak terhitung banyaknya. Mereka sebenarnya telah jemu dan bosan dengan peperangan tersebut. Kerana itu mereka sering mencari jalan penyelesaian, namun usaha mereka selalu menemui jalan buntu. Ketika bertemu dengan Nabi di Makkah, mereka yakin bahawa hanya islam yang dapat menyatukan kedua-dua suku kaum yang berpecah itu.

3) Mereka memerlukan seorang Rasul

Dikalangan bangsa Arab baik kaum Aus dan Khazraj mahupun bangsa Quraisy sudah tersebar akan berita kebangkitan seorang nabi akhir zaman. Berita seperti itu sering mereka dengar dari kaum yahudi dan ahlul kitab yang tinggal bersama mereka, baik sebagai tetangga dalam keadaan damai atau perang atau dalam mengadakan perjanjian-perjanjian.

Kerana itulah setelah mereka berkenalan dengan Rasulullah dalam musim haji yang menyeru mereka ke dalam agama islam, maka terbukalah pintu hati mereka untuk menerima dakwah daripada Rasulullah s.a.w.

(sumber Kehidupan Nabi Muhammad saw dan Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib oleh Yunus Ali Al-Muhdhor)
Dari general forum
Sebelum kita mampu melihat sirah melepasi batasan sejarah, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. Antaranya, yang pertama, kita perlu kenal, siapakah Nabi Muhammad s.a.w. Nama baginda begitu mulia sehingga jutaan bibir dan jutaan hati sentiasa bergerak dan berdenyut menyebut nama baginda sejak seribu empat ratus tahun yang lalu dan akan terus disebut hingga akhir zaman. Namanya dilaungkan dalam azan dan disebut bergandingan dengan nama Allah s.w.t. Dialah manusia yang telah menjejakkan kakinya ke sidratul muntaha (tempat yang tertinggi) yang tidak tercapai oleh seorang manusia lainpun. Dialah manusia yang pertama memberikan syafaatnya di padang mahsyar dan manusia pertama yang akan membuka pintu syurga. Itulah manusia yang bernama Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul junjungan. Peranan kedua ialah, mengkaji dan menganalisa sejarah perjuangan baginda. Sebagai contoh, tidak sampai 150 tahun selepas Baginda mengutus surat kepada raja-raja Kisra dan Rom serta penguasapenguasa lain supaya memeluk Islam, panji Islam telah berkibaran sampai ke Andalus di Eropah barat, ke India dan ke Asia Timur juga negeri-negeri Syam, negeri-negeri Arab, Afrika dan Teluk Balkan. Apakah punca kejayaan Nabi s.a.w dalam dakwahnya, sehingga dapat diterima dengan cepat. Inilah faktor yang perlu kita analisa. Kita tidak boleh mempelajari sirah sepertimana kita membaca

sejarah-sejarah lama sekadar untuk menambahkan maklumat semata. Kita bertanggungjawab mengkaji rahsia kejayaan Rasulullah s.a.w. dan mengambil iktibar dari contoh-contohnya yang mulia. Adapun peranan yang ketiga, Kita perlu menghayati sirah dan mengaitkannya dengan kehidupan masakini. Sebagai contoh, Semasa di Makkah, Rasulullah s.a.w hidup dikelilingi dengan masyarakat yang kebanyakannya bukan beragama Islam, akan tetapi baginda telah menunjukkan contoh tauladan yang begitu baik, sehingga baginda digelar al-amin (yang jujur) oleh kaumnya. Kerana sifat amanahnya, baginda sering diberikan kepercayaan oleh kaumnya sebagai penyimpan amanah berupa harta benda dan wang ringgit. Ketika baginda diperintah meninggalkan Makkah untuk hijrah ke Madinah, semua amanah (harta benda) tersebut di serahkan kepada saidina Ali r.a. untuk dikembalikan kepada tuannya masing-masing, sedangkan mereka bukanlah orang Islam. Kita juga boleh melakukan demikian.Kita perlu menanamkan sifat jujur dan amanah kepada sesiapa pun, bahkan kepada teman-teman dan jiran tetangga yang bukan beragama Islam sekalipun. Ini adalah satu cara kita menghayati sirah dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian. Jika tidak, mempelajari sirah tidak ubah seperti kita membaca cerita-cerita dongeng atau sebagai penglipur-lara dan tidak melebihi batasan sejarah. Keempat, memahami sirah melalui hikmah. Inilah sebenarnya peranan kita dalam melihat sirah melepasi batasan sejarah, menghidupkan semula watak-watak yang pernah di paparkan oleh baginda s.a.w. Dengan lain perkataan, menghayati sirah rasul bukan bererti kita mengikuti 100% cara kehidupan nabi s.a.w yang lahiriah sahaja dan kehidupan zaman silam tanpa menilai hikmah disebaliknya. Sebagai contoh, dapur baginda jarang berasap, hidupnya sangat sederhana. Apakah kita perlu melakukan perkara serupa kerana beranggapan mengikuti yang lahiriah itu sahajalah sunnah baginda sehingga menyusahkan diri sendiri dan dipandang hina oleh masyarakat? Rasulullah s.a.w hidup demikian, ada hikmah disebaliknya. Antaranya, agar menjadi tauladan kepada para pemimpin dan manusia sejagat, bahawa kekayaan bukanlah menjadi ukuran di sisi Allah s.w.t. Kekayaan merupakan fitnah yang boleh menjerumuskan manusia ke dalam neraka, jika tidak digunakan sebaikbaiknya. Oleh itu, nabi s.a.w. memilih untuk hidup miskin tetapi mulia di dunia ini. Ini dapat kita lihat bagaimana Nabi s.a.w. meninggalkan dunia ini, tanpa meninggalkan sesuatu kekayaan dunia kepada sesiapa, sekalipun untuk anak dan isterinya. Wassalam...

Nabi Muhammad bukan Tuhan atau pun anak Tuhan. Sebaliknya beliau hanya manusia biasa yang dikurniakan wahyu oleh Allah. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110 yang bermaksud - Katakanlah (wahai Muhammad ) sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhanmu adalah Tuhan yang satu. Golongan Quraisy pernah mempertikaikan hikmat Allah mengutus rasulnya daripada kalangan manusia. Bantahan ini disebut oleh Allah dalam surah al-Furqan ayat 7 yang bermaksud Dan mereka berkata, mengapa rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Sebenarnya sebagai manusia beliau lebih memahami keperluan insan dan mampu meyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka secara praktikal. Manusia juga secara umumnya lebih mudah mencontohi rasul yang hidup bersama-sama dengan mereka setiap hari. Imam Tarmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Salam, sewaktu Nabi Muhammad tiba di Madinah pada waktu hijrah, aku datang melihatnya. Apabila aku merenungi wajahnya pada masa itu, aku menyedari wajah yang sedang aku renungi ini bukannya wajah pendusta. Abdullah bin Salam sebagai pendeta besar Yahudi mengetahui sifat-sifat Nabi Muhammad melalui kitab Taurat. Pengamatan ini beliau sebutkan semasa beliau masih menganuti agama Yahudi. Beliau akhirnya memeluk Islam selepas mendapati Nabi Muhammad adalah rasul yang sedang dinanti-nantikan oleh mereka berdasarkan kitab Taurat.

Saya tertarik dengan isu yang dibincangkan oleh Norhamizal mengenai isu kahwin dengan pelacur. Saya juga berpendapat sedemikian. Tapi perlu ditegaskan mengenai penjagaan keturunan. Dari segi moral dan akhlaknya, sekirannya niat kerana Allah s.w.t. untuk membentuk dan mendidik pelacur tersebut menuju kepada hidayah Allah s.w.t.,saya percaya ia adalah tindakan yang amat digalakkan, tapi mungkin ada cara lain yang boleh dijadikan alternatif untuk membantu kaum hawa yang bernasib sedemikian. Sebagai contoh membawa mereka ke pusat-pusat pemulihan seperti Rumah Harapan yang dapat menjamin mereka terus tekal dan istiqamah dalam berhijrah menuju hidayah Allah s.w.t. Kerana di pusat-pusat tersebut, mereka dapat menerima didikan dan pengajaran berkaitan dengan islam dan hakikat kehidupan seorang hamba bergelar Muslim sejati.Pada pandangan saya tidak semestinya kita harus berkahwin dengan insan seperti ini. Perlu ditegaskan bahawa bukan maksud saya, mengenepikan kesucian seorang wanita yang telah bernoda atau ternoda. Tapi lebih berpendirian untuk menjaga keturunan yang dapat melahirkan zuriat yang secara naturalnya dari benih yang suci untuk mewarisi ketulusan agama yang begitu mementingkan penjagaan sahsiah dan keturunan dalam siastem kekeluargaan Islam. Sekiranya ada insan yang sanggup mengorbankan pendirian yang saya tegaskan sebentar tadi, perkara yang paling penting untuk menerima insan yang menerima nasib sedemikian adalah ikhlas dan redha. Wassalam...

Assalamualaikum..Dalam kuliah minggu ketiga Ustazah ada mengemukakan isu berkaitan dengan mengahwini pelacur. Pada pendapat saya, untuk menjaga nasab atau keturunan seelok-eloknya elakkanlah dari mengahwini pelacur. Dalam memilih calon isteri, Rasullullah SAW bersabda, maksudnya, wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu kekayaan, kerana darjat keturunan kerana kecantikan dan kerana agamanya. Penting untuk seseorang mengahwini seseorang itu kerana agamanya kerana faktor inilah yang akan membawa kebahagiaan yang kekal abadi. Beruntunglah apabila seseorang itu memiliki isteri yang solehah kerana ia merupakan nikmat dan anugerah Allah. Tetapi sekiranya, isterinya itu seorang yang tidak baik atau bekas seorang pelacur maka menjadi kewajipan suami untuk berusaha memperbaikinya. Mungkin ini terjadi kerana lelaki pada mulanya tidak mengambil kira soal agama terhadap calon isterinya atau dia menikahinya dengan harapan dapat memperbaikinya kemudian. Maka, suami harus terus menerus memperbaiki dan membimbing isteri ke jalan yang sepatutnya. Sesungguhnya hidayah dan petunjuk itu milik Allah ...Waallahhualam...sekadar pendapat... J

mengenai isu ini, saya bersetuju dengan pendapat ustaszah yang mengatakan bahawa boleh berkahwin dengan pelacur. Ini kerana setiap pekerjaan itu hendaklah di mulakan dengan niat. Bagi saya kalau niat seorang lelaki itu ialah hendak membimbing pelacur itu ke jalan yang benar tidak salah berkahwin dengan pelacur itu, bukan kerana harta atau rupa paras pelacur itu. Perkahwinan itu juga bukan kerana untuk mengambil kesempatan dari pelacur tersebut. pada saya perbuatan ini juga boleh mengurangkan gejala pelacuran ini kerana biasanya mereka yang terlibat adalah dikalangan golongan yang kurang pengetahuan agama. Pernyataan ini hanyalah sekadar pendapat. Terima kasih

Berkahwin dengan pelacur atau bekas pelacur Di sini saya ingin berkongsi pendapat saya berdasarkan perbincangan yang diutarakan ustazah di dalam kelas berkaitan berkahwin dengan perempuan yang bergelar pelacur atau bekas pelacur. Pada pendapat saya, saya kurang bersetuju sekiranya lelaki berkahwin dengan pelacur atau bekas pelacur. Ini kerana, ciri-ciri yang disebut oleh nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar. Saya kurang bersetuju di sini kerana perkahwinan adalah perlu melihat keturunannya. Seseorang lelaki itu perlu mencari bakal isterinya dari

keturunan yang baik-baik untuk melahirkan zuriat yang baik. Tapi saya bersetuju sekiranya lelaki itu mempunyai ilmu agama yang tinggi dan mampu mendidik bakal isterinya ke jalan yang benar. Erti hadith: Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami as-Shoghir , 2/168). Lelaki tersebut bersedia untuk memikul tanggungjawab mendidik isterinya, maka bolehlah ia teruskan niatnya. Perempuan tersebut mestilah benar-benar telah bertaubat, iaitu taubat nasuha.

Anda mungkin juga menyukai