Anda di halaman 1dari 3

Pesanan Dr. Khalil Ismail Al-Hayya kepada Rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, allah s.w.t memilih rakyat palestin yang mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya
menjadi banteng pertahankan Al-Aqsa, kiblat pertama umat islam dan juga masjid suci ketiga
selepas Masjid Al-haram dan Masjid Nabawi.

Kami dipilih Allah S.W.T supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan dunia.
Kami hidup di medan pertempuran selama 60 tahun. Selama tempoh itu kami dijajah, dizalimi,
disiksa, dibunuh dan diperangi. Mengapa kami diperlakukan sebegitu rupa? Semua itu hanya kerana
kami mengucapkan kalimah la ilaha ilallah. Hanya kerana kami pertahankan bumi dan masjid suci
kami.

Ini adalah jihad, kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar kami ke syurga nanti.
Semoga Allah SWT menerima pengorbanan kami ini.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara kami di Mesir yang dibantai , kami juga
menerima kesannya.

Sejak tarikh itu, Gerakan islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha
membina membina semula struktur perjuangan. Usaha Pendidikan, dakwah, tarbiah, dan kebajikan
menjadi agenda utama kami.

Kami melaluinya dengan penuh sabra dan tabah. Hinggalah pada pertengahan 80-an apabila arus
sekular mula jemu dengan perjuangan. Semasa arus sekular lesu, kami mula munculkan diri sebagai
peneraju perjuangan rakyat palestin.

Perjuangan kami berteraskan islam dan membawa mesej ummah. Perjuangan kami jauh berbeza
dengan perjuangan sebelum ini.

Perjuangan kami berteraskan islam dan membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya
mahu sekadar memerdekakan sekeping tanah, tapi bagi memandu kebangkitan semula umat islam,
dan meninggikan islam sebagai landasan perjuangan.

Hamas memberi nyawa ahli-ahli mereka bagi tujuan itu. Kami berjanjii kepada rakyat Palestin, dan
juga umat islam supaya komited dengan perjuangan kami.

Hamas berjanji mahu memerdekakan masjid al-aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan
gigi sendiri. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah SWT memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS.
Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan HAMAS.

Kami terpaksa menambah satu lagi ruang dalam politik perjuangan kami iaitu politik pemerintahan.
Semakin bertambah beban, semakin tinggi pengorbanan kami.

Buat umat islam di Malaysia, kalianlah saudara kami yang paling hampir. Hati kita semua sudah
diikat dengan fikrah dan akidah yang sama.

Kita dihimpun dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bergandingan dalam perjuangan
dengan dengan manhaj dan tujuan yang sama.

Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami juga kemenangan saudara. Kerajaan
HAMAS juga kerajaan umat islam dan hadiah buat pejuangan penegak islam di seluruh dunia.
Umat islam di Malaysia semua, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam
fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah
negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatanya, serta memerintah sesebuah negara yang
menjadi sasaran keganasan rejim Zionis. Sedangkan rejim zionis didukungi kuasa besar dunia yang
zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan yang sebelumnya
meninggalkan beban hutang hutang sebanyak USD 3 Billion di dalam akuan kerajaan.

Inilah reality kerajaan yang kami terajui. Inilah juga reality kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di
Palestin. Inilah reality kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para Menteri, yang tidak diterima gaji semenjak 3
bulan lalu. Tahap pengangguran mencapai 31 peratus di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan mekanan
dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin berkurang.

Baru-baru ini, 3 orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana ubat-ubatan tidak
mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas. Malah
persidngan ( Majlis Legistatif ) kami hampir dibatalkan kerana masalah kekurangan kertas.

Mengapakah ini semua berlaku ? ia kerana tekanan berkesan Zionis terhadap rakyat Palestin.
Tekanan ini dibuatkan kerana rakyat Palestin memilih calon rakyat inginkan dalam pilihan raya lalu.

Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan
Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri daripada dibunuh penjajah.
Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 Juta sebulan tidak pernah pernah dipaksa
supaya pulangkan semula kepada kami. Kenapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis ?

Mereka juga menutup laluan udara,darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim
Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Namun kami tidak mengharap itu semua. Kami yakin saudara seislam kami masih dapat membantu .
kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat palestin dan
mencukupkanya.

Kami yakin juga, saudara seakidah kami diseluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup
dan tidak lagi bergantung kami kepada bantuan daripada negara bukan islam – apatah lagi daripada
rejim Zionis .

Persoalanya, dimanakah saudara-saudara kami? Dimanakah kalian ketika kami memerlukan bantuan
kalian ?

Wahai umat islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda dalam mengepalai kempen
menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertama tunduk kepada tekanan AS dan EU sekaligus
mengiktiraf kewujudan negara haram Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan kedua
adalah meneruskan perjuangan, dan tidak sekali-kali tunduk kepda tekanan.

Kami memilih yang kedua.

Kami akan terus berjuang hingga ke tetesan darah terakhir. Kami tidak akan sesekali mengiktiraf
penjajah dan tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hahnya mampu bertahan selama enam
bulan sahaja. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa
kerajaan HAMAS supaya tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin rakyat terus menyokong, tetapi
sampai bila?

Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan biarkan rakyat kami kelaparan dan sakir tanpa rawatan.
Kami perlukan bantuan saudara. Sanggupkah

Anda mungkin juga menyukai