Anda di halaman 1dari 12

KONSEP JAHILIAH Mukaddimah Jahiliah merupakan suatu fenomina kepada masyarakat yang membelakangi syariat Allah swt.

ia akan menjadi tumbuh dan subur bila mana seseorang atau masyarakat itu sudah kehilangan matlamat hidup dan hawa nafsu yang menjadi panduan hidupnya. Keadaan seperti ini akan wujud di sepanjang sejarah manusia sama ada dalam masyarakat purba ataupun masyarakat moden kini. Apa yang jelas kepada kita adalah jahiliah ini merupakan suatu penyakit masyarakat yang menjadikan nafsu di hadapan dan agama di belakang mereka. Islam diturunkan oleh Allah swt. bagi membasmi keadaan jahiliah yang menyelubungi suasana hidup manusia supaya kerahmatan Allah swt. itu dapat merata dan meliputi makhluk seluruh alam ini. Dalam suasana dan keadaan sekarang ini, amat perlu kita mengenali dan mamahami konsep jahiliah supaya kita dapat menjauhkan diri kita darinya kerana cara hidup jahiliah merupakan suatu cara hidup yang hina serta bertentangan dengan cara hidup Islam yang suci dan mulia. Pengertian Jahiliah Perkataan Jahiliah berasal dari perkataan al-Jahl yang mengandungi beberapa erti: 1. Al-jahl bererti "tidak tahu" lawan kepada perkataan al-ilm. 2. Al-jahl bererti "sesat" (dhalalah) lawan kepada perkataan "petunjuk" (al-Huda) 3. Al-jahl bererti bodoh, tolol, kasar, tongong dan permusuhan. Pengertian jahiliah mengikut istilah Islam adalah tidak mempunyai akidah yang benar, berhakimkan kepada hawa nafsu bertuhankan kepada Taghut, degil setelah diberi tahu kebenaran dan bongkak setelah diberi tahu kesalahannya. Terdapat suatu tanggapan yang salah terhadap makna jahiliah yang tersebar di kalangan masyarakat kini antaranya:

1. Jahiliah itu hanya membawa makna bodoh tidak berpelajaran, kolot dan tidak moden. Tanggapan seperti ini nyata meleset kerana zaman jahiliah masyarakat Arab dahulu iaitu sebelum kedatangan Islam bukan suatu masyarakat bodoh dan jahil tetapi ia merupakan sebuah masyarakat yang sudah mempunyai peraturan dan undang-undang, sudah ada dewan mesyuarat, sudah ada kegiatan kebudayaan seperti pesta dan pertandingan dan sebagainya. 2. Tanggapan dari mereka yang keliru juga mengatakan jahiliah adalah golongan manusia yang suka bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan asal keturunan mereka, berperangai kasar dan tidak mempunyai adab dan sopan santun. 3. Ada juga tanggapan, yang dikatakan jahiliah itu sebuah masyarakat yang melakukan penyembahan terhadap patung berhala di bumi Arab sebelum kedatangan Islam. Tanggapan-tanggapan seperti di atas semuanya telah di tolak oleh para ulamak Islam yang muktabar. As-Syahid syed Qutb dalam bukunya "Petunjuk Sepanjang Jalan" menjelaskan bahawa jahiliah itu ditegakkan di atas dasar mencabul kekuasaan Allah, serta menolak hukum dan undang-undang Allah swt. di atas muka bumi ini. Inilah suatu kenyataan yang tepat dan jitu terhadap makna dan pengertian jahiliah yang sebenarnya. Kesimpulannya jahiliah itu bukanlah tertentu pada sesuatu masa dan zaman dan tertentu kepada bangsa arab sebelum kedatangan Islam sahaja tetapi jahiliah boleh berada kepada sesiapapun juga dan di zaman manapun juga yang mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat jahiliah iaitu antara lain: Setiap apa yang salah dan menyeleweng dari agama Allah, berlawanan dengan syariat dari segi akidah, amal ibadah, sistem pemerintahan, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Oleh itu jahiliah itu bukanlah lawan kepada ilmu pengetahuan, tamadun kebendaan, kemajuan peridustrian, kemajuan sosial kemajuan sains, teknologi dan sebagainya tetapi jahiliah itu lawan kepada makrifat kepada Allah, mengikut hidayah-Nya dan menjalankan hukum-hukumNya. Ciri-Ciri Masyarakat Jahiliah Masyarakat jahiliah mempunyai ciri-ciri mereka yang jelas dan nyata bercanggah dengan akhlak dan kemurnian hidup yang dianjurkan oleh Islam. Antara ciri-ciri jahiliah adalah sebagai berikut:

1. Manusia/masyarakat jahiliah tidak mempunyai akidah yang benar (aqidah al-haq) akidah yang diwahyukan oleh Allah swt. menerusi para rasul-Nya. Orang Arab jahiliah kebanyakannya percaya kepada adanya Allah sebagai Tuhan pencipta alam ini tetapi mereka menyembah yang lain dari Allah seperti berhala, bulan, bintang atau lain-lainnya. 2. Masyarakat jahiliah berhukum dengan hukum dan undang-undang ciptaan manusia yang berdasarkan kepintaran dan hawa nafsunya, mereka menolak hukum Allah dan rasul-Nya. Jahiliah tidak ada undangundang yang tetap, sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut kemahuan masyarakat ramai dalam bidang kekeluargaan, sosial, ekonomi, politik, undang-undang jenayah dan sebagainya. 3. Masyarakat jahiliah terikat kuat dan berpegang teguh dengan adat tradisi suku kaumnya dan mereka mempertahankan kaumnya sekalipun di dalam kesalahan dan kezaliman. 4. Masyarakat jahiliah menolak ajaran agama samawi (agama wahyu dari Allah). Sekalipun telah ada agama-agama seperti Yahudi dan Nasrani, mereka tetap menolaknya dan terus membesarkan dan mengagungkan berhala dan melakukan kesyirikan serta membenarkan Taghut (selain dari Allah). 5. Masyarakat/orang jahiliah bersifat degil, kejam dan bongkak serta melakukan penindasan terhadap orang yang lemah. Orang yang kuat sahaja yang hidup mewah. Orang lemah dan miskin menjadi mangsa kepada kezaliman orang yang kuat. Mereka tidak ada perasaan belas kasihan dan mereka juga membunuh anak-anak perempuan mereka dengan menanam hidup-hidup selepas dilahirkan. 6. Jahiliah menganggap tinggi dan mulia terhadap nilai-nilai hidup kebinatangan seperti pergaulan bebas, perzinaan, merampas, merompak dan sebagainya. Islam Menentang Jahiliah Ciri dan sifat-sifat jahiliah Arab sebelum kedatangan Islam, selain dari menolak dan menentang syariat Islam yang benar, ia juga mempunyai sifat-sifat yang menjadi budaya dan cara hidup mereka seperti minum arak, berjudi, pelacuran, amalan riba, kezaliman, penganiayaan, merompak, mencuri, pendedahan aurat, pergaulan bebas, bermusuhan, suka bergaduh, berbangga dengan keturunan dan sebagainya.

Islam sebagai ad-deen suatu sistem hidup yang lengkap dan sempurna, agama yang di wahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. menentang segala sifat-sifat yang keji dan mungkar yang menjadi budaya jahiliah dan Islam mengajarkannya kepada manusia suatu pengajaran yang tinggi dan mulia untuk membentuk sebuah masyarakat manusia yang mulia, adil dan penuh keharmonian. Islam menentang segala sifat dan ciri jahiliah yang berkembang pada zaman itu dengan suatu usaha dan jihad yang agung. Baginda Rasulullah saw. telah dapat menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan semua yang disyariatkan oleh Allah swt. bagi kepentingan dan kebahagiaan umat manusia itu sendiri. Rasulullah saw. dengan usaha yang berterusan, membimbing para sahabatnya supaya dapat menghayati pengajaran Islam dengan sebaikbaiknya. Iamembimbng dengan sabar dan tekun mengembalikan manusia dari zaman kegelapan jahiliah kepada nur iman dan tauhid. Dari kezaliman undang-undang ciptaan manusia yang berdasarkan hawa nafsu kepada hukum dan undang-undang Allah swt. yang penuh dengan keadilan. Rasulullah mengajar bagaimana cara menegakkan hukum-hukum Allah dan melaksanakannya dalam negara dan pemerintahan. Ia juga mengajarkan bagaimana hendak melaksanakan ibadah yang betul, caracara begaul dan bersosial, cara berjual beli, dan sebagainya. Rasulullah saw. juga menjelaskan tegahan-tegahan Allah seperti riba, mencuri, kezaliman, berjudi, berzina dan minum arak. Ia juga melarang pendedahan aurat dan sebagainya. Pada kesimpulannya, Islam melarang umatnya dari segala perkara yang berunsurkan jahiliyah yang tidak sesuai dengan fithrah kejadian manusia dan memerintahkan umatnya supaya sentiasa menegakkan Islam pada dirinya dan menentang jahiliah dan segala bentuknya dalam kehidupan kita sebagai manusia mukmin supaya kita dapat terhindar dari terjerumus ke dalam lembah jahiliah yang keji itu. Beberapa Kenyataan Mengenai Masyarakat Kini Kalau kita teliti dan perhatikan masyarakat yang di katakan moden kini, terutama masyarakat barat yang dikagumi oleh sebahagian dari manusia yang sudah kehilangan pedoman hidup mereka, mereka mengaggap barat adalah segala-galanya. Mereka tidak sedar bahawa tamadun barat yang dipuja dan di sanjung tinggi itu kini sudah mengalami kemerosotan

dan kebangkrapan kerana ia di bina di atas unsur-unsur kebendaan melulu. Apa yang jelas ialah setiap yang meyeleweng dan bertentangan dengan Islam lambat laun akan mengalamai kehancuran dan kemusnahan. Contoh yang paling jelas adalah ideologi dan sistem hidup komunis yang jahiliah dan becanggah dengan Islam itu telah mengalami keruntuhan dalam masa dan ketika negara yang mendukung sistem itu menjadi kuasa besar dunia. Ini kerana sistem hidup komunis itu bertentangan dengan fithrah semula jadi manusia itu sendiri. Islam yang datang dari Allah adalah agama yang paling sesuai dengan hidup manusia itu dan akan kekal berterusan dari dunia hingga ke akhirat. Apa yang berlaku dalam masyarakat kini adalah kehidupan manusia yang tidak stabil. Manusia hidup dalam keadaan yang tidak aman, sentiasa dalam ketakutan, jenayah berleluasa, pembunuhan berlaku sewenang-wenangnya, orang yang kuat menguasai dan menindas yang lemah, negara yang kuat menzalimi dan menjajah negara yang lemah, keruntuhan akhlak berleluasa, kebaikan dan keadilan hanya menjadi sesuatu yang di impikan, kebaikan tidak di hargai, kejahatan dan penipuan menjadi amalan, kemungkaran dan maksiat mendapat sanjungan dan penghargaan. Begitulah dunia hari ini. Berlakunya ini semua kerana manusia sudah membelakangi Islam, mengutama dan mendewakan sistem ciptaan manusia yang lemah dan mengutamakan nafsu kebinatangan mereka. Inilah di antara sebab paling utama timbulnya berbagai kesengsaraan hidup manusia hari ini kerana manusia membelakangi dan menolak sistem hidup ciptaan Allah yang menjadikan kita dan alam ini seluruhnya. Keengkaran kepada ajaran Allah inilah yang membawa kepada kebinasaan manusia itu sendiri sebagaimana yang telah disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran. Firman Allah maksudnya: "Telah lahir kefasadan (kemusnahan) di laut dan juga di darat dengan kerana kerja-kerja dari tangan manusia (yang durjana)". (ar-Rum: 41)

KONSEP JAHILIYAH
6.0 PENGENALAN. Dewasa ini kita lihat masyarakat sudah kembali ke zaman Jahiliyah, di mana segala tindak tanduk sebahagian daripada ahli masyarakat sudah lagi tidak berlandaskan agama atau nilai-nilai moral sejagat. 6.1 Definisi Jahiliyah. Bahasa - Jahiliyah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang beerti bodoh dan sesat. Jahiliyah menurut penjelasan (istilah) oleh al Quran ialah Sikap menolak petunjuk Allah SWT, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Allah. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki ? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi yang yakin? (Al-Maidah : 50) Al Quran menjelaskan bahawa kejahilan orang-orang Arab Jahiliyah bukanlah kerana mereka tidak mengetahui ilmu-ilmu falak, kimia dan perubatan atau mereka tidak mengetahui politik atau tertinggal dalam bidang kebendaan atau mereka langsung tidak mempunyai nilai-nilai kemuliaan diri. Sebaliknya al Quran menyebut mereka itu kaum jahiliyah kerana mereka menghukumkan sesuatu mengikut hawa nafsu dan menolak hukum Allah. Oleh itu satu-satunya tukaran untuk jahiliyah ialah Islam. Itulah yang digunakan oleh al Quran untuk mengukur kehidupan manusia sebagai lawan jahiliyah, sama ada jahiliyah Arab atau jahiliyah lainnya dalam sejarah. Sesungguhnya kitab suci al Quran telah banyak menceritakan peradaban umat-umat yang terdahulu seperti peradaban Roman, China dan lain-lain. Ternyatalah peradaban mereka lebih tinggi daripada peradaban bangsa Arab semasa datangnya Islam. Namun demikian Islam masih menganggap peradaban itu sebagai jahiliyah juga kerana ia tidak mengikut petunjuk Allah. Maksud Firman Allah: Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperlihatkan bagaimana akibat (yang dideritai) oleh orang-orang sebelum mereka ? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka (sendiri). Dan telah mengolah bumi (tanah) serta memakmurkan lebih banyak daripada apa yang telah mereka makmurkan. Dan telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa bukti nyata (tetapi mereka mendustakannya, lalu Allah mengazab mereka). Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka akan tetapi mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri. (Ar-Rum : 9) Balasan orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah azab yang lebih buruk kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan mereka selalu memperolok-oloknya.

6.2 CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH Sosial i. Masyarakat Arab yang tinggal di Bandar dikenali sebagai Arab Hadari dan di padang pasir Arab Badwi yang hidup secara berkabilah. Penyatuan masyarakat berkabilah berlandaskan pertalian darah dan keturunan (assabiyah). ii. Selalu berlaku peperangan sesama sendiri. Tujuannya untuk mencari nama, kuasa, pengaruh dan harta benda sebagai lambang kemegahan kabilah. Contohnya Perang Basus antara kabilah Bakr dengan Rabiah. iii. Kedudukan wanita tidak mendapat tempat yang sewajarnya sama ada dalam keluarga atau masyarakat. Mereka beranggapan bahawa anak perempuan apabila besar boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi. Oleh itu masyarakat Arab sanggup menanam anak perempuan mereka hidup-hidup. Contoh Bani Tamin dan Asad. Mereka juga berkahwin sesuka hati tanpa had dan batas. Ekonomi i. Dari segi ekonomi ketidakstabilan politik membawa kepada masalah ekonomi masyarakat Arab. Keruntuhan masyarakat Maarib di Yaman membawa kepada kemerosotan ekonomi. Hasil pertanian merosot dengan teruk akibat tiada sistem pengairan yang baik. ii. Di bahagian utara, kawasan diliputi padang pasir, oleh itu aktiviti perdagangan dijalankan di kota Mekah, Hirah dan Ghassan. Tetapi perdagangan kurang menguntungkan di sebabkan pertelagahan sesama kabilah. iii. Puak Quraisy mengeksploitasi perdagangan dengan mengenakan tekanan kepada kaum Badwi yang tinggal di padang pasir. Sebagai reaksi puak Badwi bertindak balas dengan melakukan rompakan ke atas kafilah Quraisy. iv. Kegiatan ekonomi kaum Badwi yang utama ialah menternak secara nomad seperti unta, kambing dan biri-biri. Mereka berpindah-randah untuk mencari kawasan rumput dan air bagi binatang ternakan. Amalan ekonomi mereka melambangkan kehidupan primitif. Politik i. Pada zaman Jahiliyah tidak terdapat sesebuah kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan berkuasa. Politik tergugat akibat penjajahan. Di sebelah utara dikuasai kerajaan Rom dan Parsi sementara di selatan dikuasai kerajaan Habsyah. Kota Makkah menerima kesan buruk akibat penjajahan misalnya Peperangan al- Fijar. ii. Keadaan politik di kawasan yang dijajah seperi Ghassan, Hirah dan Yaman lebih teruk. Masyarakat hidup secara berpuak-puak serta sering berperang sesama sendiri. iii. Walaupun negeri tersebut mempunyai pentadbiran sendiri tetapi tidak boleh dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang maju atau bertamadun kerana teletak di bawah kuasa penjajah. Agama dan kepercaayaan i. Kesesatan agama berlaku kerana ia mempunyai pertalian dengan zaman sifat gasar mereka itu. Penagaruh asing menjadi faktor pendorong kepada tersebarnya pelbagai agama di semenanjung Arab. Pihak Parsi menyebarkaan agama Majusi, Rom menyebarkan agama Nasrani. ii. Kota Mekah kekal sebagai pusat agama menyembah berhala. iii. Golongan beragama boleh dikategorikan kepada 5 bahagian iaitu Wathani, Nasrani, Majusi, Yahudi dan Hanif. iv. Menyembah berhala merupakan agama dominan dikalangan orang Arab. Menurut Ibn

Kalbi penyebaran agama menyembah berhala berpunca daipada Umar Bin Luai yang pergi ke Syam dan ternampak kaum Balqa menyembah berhala lalu beliau membawa agama itu ke Makkah. v. Di antara berhala yang masyhur ialah al- Lat di Taif, Al- Uzza di Nakhlah, al- Manat di antara Mekah dan Madinah dan Hubal di kota Makkah. Di sekeliling Kaabah terdapat sebanyak 360 buah berhala. vi. Agama Majusi tidak mengakui nabi yang diutuskan oleh Allah tetapi mereka mengikut nabi-nabi palsu. Agama Majusi terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Zarwaniyah, Kayumarthiyah dan Zaradushtiyah. Kebanyakkan penganut tinggal di Yaman, Oman dan Bahrain. vii. Agama Yahudi di bawa oleh Nabi Musa yang di utuskan Kitab Taurat dan penganut asal ialah Kaum Bani Israel. Tetapi mereka telah mengubah isi kandungan kitab Taurat. ix. Sebahagian masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan animisme seperti percaya roh, penunggu dan kuasa ghaib. Pemujaan matahari diamalkan oleh masyarakat Main. Ada yang menyembah pokok seperti masyarakat Najram. x. Ada kepercayaan yang dianggap sebagai unsur karut dan tahyul seperti menilik nasib, melihat kearah burung terbang. Jika burung terbang disebelah kiri menandakan perjalanan tidak selamat begitulah sebaliknya. Ilmu Pengetahuan i. Tradisi ilmu pengetahuan hampir tiada kerana kebanyakkan orang Arab buta huruf. Menurut al-Baladhusi hanya terdapat 17 orang sahaja yang pandai membaca dan menulis. Justeru mereka dianggap sebagai masyarakat buta huruf. Disebabkan buta huruf, perkembangan ilmu hanya dalam bentuk lisan sahaja iaitu hafalan dan ingatan. 6.2.1 CONTOH AMALAN JAHILIYAH MASA KINI 6.3 ANCAMAN JAHILIYAH MASA KINI. Ternyata amalan yang dilakukan oleh kaum jahiliyah amat sukar dikikis dan dihapuskan dalam masyarakat kita, sebaliknya kaum jahiliyah ini telah mengancam umat Islam masa kini. Ancaman-ancaman yang dilakukan oleh golongan jahiliyah terhadap umat Islam meliputi semua aspek kehidupan seperti: 6.3.1 Akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al Quran dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal azimat. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Allah telah mensyariaatkan agama untukmu semua iaitu yang diwasiatkan kepada Nuh yang Kami wahyukan padamu, juga Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa,

hendaklah kamu semua menegakkan agama itu dan jangan berselisih di dalam melaksanakannya. (Asy-Syura : 13) Hanya Allah yang wajib disembah dan tempat untuk meminta pertolongan. Umat Islam hendaklah menjauhi ancaman golongan jahiliyah yang cuba memesongkan aqidah mereka dengan kepercayaan yang karut seperti menyembah pokok, matahari, kubur dan sebagainya. Sebaliknya umat Islam diseru supaya sentiasa menegakkan agama Allah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat. 6.3.6 Ibadah. Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber caf dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam) akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lainlain lagi. Masjid dibiarkan kosong tanpa penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara berleluasa. Hanya amalan yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di akhirat. 6.3.6 Sosial. Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan. Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan masyarakat, mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran, kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat. Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat. Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama Allah. Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan. 6.3.6 Akhlak. Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja

tanpa batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak, berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan dan tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan. Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus terleka dengan keseronokan dunia. Firman Allah:

Maksudnya : Dan tidaklah (dinamakan) kehidupan dunia ini melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. (al-Anaam : 32) 6.3.6 Pemikiran. Jahiliyah sentiasa ingin merosakkan pemikiran umat Islam dari aspek hubungannya dengan tuhan, dengan alam dan kehidupan sesama manusia. Mereka menyelewengkan pemikiran manusia mengenai hakikat ketuhanan yang sebenar serta hubungan manusia dengan tuhan. Mereka menyeleweng dari tujuan asal mengapa manusia diciptakan sebagai khalifah Allah yang ditugaskan untuk menegakkan Islam dan menjaga keamanan di muka bumi. Sebaliknya jahiliyah mempunyai taghut yang menyebabkan kehidupan manusia terbahagi kepada dua : Cenderung kepada ketuhanan. Walaupun Tuhan (Allah) masih tetap disembah, tetapi pemikiran mereka lebih dikuasai oleh tuhan-tuhan yang tidak berhak disembah yang mereka sengaja ada-adakan. Cenderung kepada alam nyata / dunia. (Menjauhi agama Allah) Yang cenderung untuk menjauhi agama Allah adalah lebih ramai yang akan menyebabkan rosaknya kehidupan di muka bumi. Mereka leka dengan keindahan di dunia yang melampaui batas seperti menceburkan diri ke lembah maksiat dengan berjudi, minum arak berzina dan sebagainya. Mereka lupa dengan kehidupan akhirat dan lalai dalam mengerjakan suruhan Allah.

6.3.6 Ekonomi. Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba telah menjadi nadi dalam

kehidupan seharian. Allah SWT berfirman:

Maksudnya : Padahal Allah telah menghalalkan jual beli(berniaga) dan mengharamkan riba (Al-Baqarah : 275) Dari ayat di atas jelas kepada kita bahawa Allah telah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli. Ekonomi jahiliyah telah membolehkan riba yang amat bertentangan dengan ekonomi Islam. Ternyata riba telah memeras hak masyarakat Islam dan ekonomi jahiliyah lebih cenderung kepada ekonomi Kapitalisme, yang mana masyarakat sentiasa ditindas untuk keuntungan sebelah pihak. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.

Anda mungkin juga menyukai