Anda di halaman 1dari 21

Peristiwa Akhir Zaman

001. Dari Irbadh bin Sariyah r.a, katanya : Telah menasihati kami oleh
Rasulullah saw akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan
menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya
Rasulullah, seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah
pesanan kepada kami. Lalu Baginda saw bersabda, Aku berwasiat akan
kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan dan mendengar serta taat
(kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang
hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti
akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang
teguh dengan Sunnah ku dan sunnah para Khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyin
(Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.a) dan gigitlah sunnah-sunnah itu
dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bidah)
yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bidah itu sesat.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Penjelasan dan Pengajaran : [a]. Sentiasa bertakwa kepada Allah
yang Maha Agung iaitu, beriman dan beramal soleh. Mengerjakan segala
yang diperintah dan menjauhi segala larangan-Nya. [b]. Mentaati pemerintah
walaupun ia dari keturunan hamba. [c]. Perselisihan yang banyak akan
terjadi selepas kewafatan Nabi saw dan hendaklah kita tetap berpegang
pada sunnah Nabi saw dan para sahabatnya walaupun bersendirian. [d].
Menjauhi perkara-perkara ibadah yang direka-reka kerana ia membawa
kepada kesesatan. Maksudnya; mengandaikan penyampaian Nabi saw tidak
sempurna lalu dibuat ibadah yang tiada sumbernya dari Rasulullah saw.
002. Dari Zainab binti Jahsy r.a (isteri Rasulullah saw), katanya : Rasulullah
saw masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan cemas sambil bersabda, La
ilaa ha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (bencana)
yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dinding
Yajuj dan Majuj, dan Baginda saw menemukan ujung ibu jari dan ujung jari
yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti
bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya, Ya Rasulullah, apakah kami
akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang soleh? Lalu
Nabi saw bersabda, Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak. [Riwayat
Bukhari dan Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran : a. Rasulullah saw berasa cemas akan
malapetaka akibat keluarnya Yajuj dan Majuj. Perlu diingat, perkara yang
membuatkan Rasulullah saw sendiri cemas, maka apalagi kita. Bersamalah
kita berdoa agar terselamat dari huru-hara itu. b. Walaupun disebutkan
bangsa Arab secara khusus namun lafaznya adalah umum kepada umat
manusia. c. Kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku hendaklah segera
dibasmikan kerana bencana yang berlaku pada sesuatu kaum yang jahat,
turut menimpa penduduk yang berada di sekitar mereka.

003. Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, Hampir tiba suatu masa di
mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengemuruni kamu
(umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam
hidangan mereka. Maka salah seorang sahabat bertanya, Apakah dari
kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu? Nabi saw menjawab, Bahkan
kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi kamu umpama buih di
waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu
penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya, Apakah wahan itu hai
Rasulullah? Nabi saw menjawab, Cinta pada dunia dan takut pada mati.
[Riwayat Abu Daud]

Penjelasan dan Pengajaran

: a. Sepertimana kita lihat umat Islam


pada ketika ini berjumlah lebih kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita
dijadikan seperti lauk di dalam talam oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan
Rasul-Nya. b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar
bangkit dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada Al-Quran dan AsSunnah dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir. c.
Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat
Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta
umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut
berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).
004.Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Rasulullah saw bersabda,
Bahawasanya Allah Subhana wa Taala (SWT) tidak mencabut
(menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari manusia. Tetapi Allah
SWT menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila
sudah tiada alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil
sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya,
mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan
menyesatkan orang lain. [Riwayat Muslim]
Penjelasan dan Pengajaran : Pelbagai usaha perlu dilakukan agar
mengembalikan semula atau mengganti semula para alim ulama yang sudah
tiada. Ketiadaan para alim ulama akan menyebabkan manusia berada dalam
kebingungan hingga tidak mengenal yang mana benar dan yang mana
bathil.
005. Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda, Kamu akan
mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun
kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya, Ya Rasulullah, apakah
Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan? Nabi saw menjawab, Siapa lagi
kalau bukan mereka. [Riwayat Muslim]

Penjelasan dan Pengajaran

: a. Umat Islam akan mengikut cara


hidup orang-orang Yahudi dan Nasrani dalam pelbagai keadaan, baik dari
segi pemerintahan mahupun yang lebih parah lagi; dari segi pemikiran dan
kerohanian. b. Umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah
dari semua aspek kehidupan, iaitu menghidupkan kerohanian keIslaman
(rasa cinta pada Islam atas dasar tauhid), pemerintahan Islam, pendidikan
Islam, perundangan Islam, ekonomi Islam dan sistem kemasyarakatan
berasaskan Islam.
006. Dari Miqdam bin Madikariba r.a : Rasulullah saw bersabda, Hampir tiba
di suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas
katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis ku
(Hadis Nabi saw), Maka ia (golongan anti hadis) berkata, Pegangan kami dan
kamu hanyalah kitabullah Al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh AlQuran kami halalkan; dan apa yang diharamkan, kami haramkan. Kemudian
bersabda Nabi saw), Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw
samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. (Riwayat
Abu Daud dan Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran : a. Telah ada golongan anti hadis ini
merosakkan akidah umat Islam, oleh itu kita perlu berhati-hati dan peka
serta membasmi pemikiran mereka ini sedaya-upaya.
007. Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat
bertanya, Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Nabi saw
menjawab, Penyakit-penyakit itu ialah : (1). Terlalu banyak (ber)seronok,
(2).Terlalu mewah, (3). Menghimpun harta sebanyak mungkin, (4). Tipu
menipu dalam merebut harta benda dunia, (5). Saling memarahi, (6). Hasud
menghasud sehingga jadi zalim menzalimi. (Riwayat Hakim) Penjelasan
dan Pengajaran : a. Penyakit-penyakit tersebut jelas terpampang di depan
mata kita sekarang ini. Penyakit tersebut adalah penyakit rohani yang
melanda umat Islam kini. b. Jika diperhatikan, kesemua penyakit di atas
adalah kerana hilangnya nilai-nilai akhlak murni. Hilangnya nilai-nilai akhlak
tersebut kerana sistem pendidikan yang hanya mementingkan nilai
akademik semata-mata tanpa menghiraukan pendidikan agama dan moral.
c. Krisis kerohanian ini hanya boleh diselesaikan apabila umat Islam kembali
kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap aspek kehidupan, pendidikan
terutamanya.
008. Dari Ali bin Abi Thalib r.a : Bahawasanya kami sedang duduk bersama
Rasulullah saw di dalam masjid. Tiba-tiba datang Musab bin Umair r.a dan
tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung
dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw melihat kepadanya, Baginda saw
menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan
Musab ketika berada di Mekah dahulu; dan kerana memandang nasib

Musab sekarang (dalam kemiskinan sebagai seorang Muhajirin dan


meninggalkan segala kemewahan). Kemudian Nabi saw bersabda,
Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi
dengan satu pakaian dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain
pula (dalam sehari bertukar-tukar pakaian). Dan bila diangkatkan satu
hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain (mewah dengan
makanan). Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu
memasang kelambu Kabah? Maka jawab sahabat, Wahai Rasulullah,
tentunya di waktu itu kami lebih baik dari hari ini. Kami akan memberikan
penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah (perlu) mencari
rezeki. Lalu Nabi saw bersabda, Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah
lebih daripada keadaan kamu di hari itu. (Riwayat Tirmidzi) Penjelasan dan
Pengajaran : a. Kemewahan hidup membuatkan kita terleka untuk beribadat
kepada Allah SWT. Maksud kemewahan adalah, melebihi apa yang
diperlukan. b. Perbezaan besar antara sahabat Rasulullah saw dengan umat
Islam sekarang. Para sahabat sentiasa berfikir bagaimana hendak
menambahkan ibadat, sebaliknya umat Islam sekarang sibuk berfikir
bagaimana hendak menambah harta. Para sahabat sanggup meninggalkan
kemewahan demi agama, umat Islam sekarang sanggup meninggalkan
agama demi kemewahan. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. c. Sepatutnya
umat Islam kini perlu lebih beribadat kerana segala kemudahan berada di
depan mata. Sumber air, elektrik, masjid, jalan, kenderaan dan pelbagai lagi
kemudahan sudah tersedia, tetapi sayangnya umat Islam sekarang telah
kufur pada nikmat Allah yang Maha Agung.
009. Dari Muadz bin Jabal r.a : Rasulullah saw bersabda, Ambillah pemberian
itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi
rasuah dalam pandangan agama, maka kamu jangan mengambilnya. Namun
kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu
takut (menjadi) fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya.
(Riwayat At-Thabrani dan Abu Nuaim) Penjelasan dan Pengajaran : a. Di
akhir zaman, rasuah akan menjadi-jadi. Wang menjadi kuasa untuk membeli
pangkat atau jawatan dalam sesuatu organisasi atau pertubuhan; dan
pelbagai lagi punca kepada rasuah. b. Punca kepada rasuah adalah kerana
penyakit wahan. c. Akhir zaman, manusia tidak peduli lagi yang mana halal
atau haram. Apa yang penting bagi mereka, hajat hawa nafsu mereka
terlaksana.
010. Dari Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, Tidak akan berlaku kiamat
sehingga; (1). anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya)
dan (2). hujan akan menjadi panas (hujan berkurangan dan cuaca menjadi
semakin panas) dan (3). akan bertambah ramai orang yang tercela dan (4).
akan berkurangan orang yang baik dan (5). anak-anak menjadi berani
melawan orang-orang tua dan (6). orang yang jahat berani melawan orangorang baik (tidak malu berbuat kemungkaran). (Riwayat Thabrani)

Penjelasan dan Pengajaran

: Adakah salah satu dari enam perkara


di atas masih belum terjadi kepada kita pada hari ini?
011. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Akan datang suatu
zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta,
apakah dari sumber yang halal ataupun haram. (Riwayat Muslim)
Penjelasan dan Pengajaran : a. Manusia zaman akhir telah lupa
tujuan hidup mereka atau tujuan mereka diciptakan di muka bumi ini.
Mereka salah faham erti kehidupan dan berpegang pada materialisme. b.
Mereka sanggup berbunuhan, memutuskan hubungan kekeluargaan,
menipu, menindas, menolak hukum dan pelbagai lagi kemungkaran demi
mendapatkan harta. c. Mereka menganggap harta adalah segala-galanya.
012. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Akan tiba suatu
zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta
riba. Kalau ia tidak makan secara langsung, ia akan terkena juga debudebunya. (Riwayat Ibnu Majah) Penjelasan dan Pengajaran : Maha
Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita lihat saja diri sendiri. Di mana kita
menyimpan wang, saluran gaji, hutang rumah, kereta dan sebagainya.
013. Dari Abu Malik Al-Asyari r.a : Rasulullah saw bersabda, Sesungguhnya
ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka
menamakannya dengan nama lain (Tiger, Anchor dan sebagainya). (Mereka
meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah
subhana wa taala akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah
subhana wa taala akan merubah mereka menjadi kera dan babi. (Riwayat
Ibnu Majah) Penjelasan dan Pengajaran : a. Para penyedia atau
pengeluar khamar ini merekacipta nama lain bagi khamar dan kononnya
mempunyai khasiat, seperti untuk kesihatan dan kesegaran badan. b. Sudah
begitu banyak kelab malam, disko dan seumpamanya yang menghidangkan
arak dan diikuti pula dengan nyanyian tidak kira lelaki atau wanita. c.
Penukaran rupa mereka ke dalam bentuk kera atau babi belum lagi terjadi,
namun sifat, sikap dan cara hidup mereka sudah menyerupai kera dan babi.
Wallahu alam. Manakala kejadian yang menenggelamkan mereka ke dalam
bumi sudah banyak terjadi seperti gempa bumi dan lain-lain.
014. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, Di antara tanda kiamat ialah
sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum
perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan
mengurus lima puluh perempuan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Penjelasan dan Pengajaran : a. Kejahilan dan perzinaan sudah biasa
benar terjadi seperti yang kita lihat sekarang ini. b. Nisbah lelaki dan wanita
akan sangat ketara pada masa akan datang. Ulama mengatakan, ia akibat
dari peperangan yang berlaku dan banyak lelaki yang terbunuh serta Allah

yang Maha Agung menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah
perempuan.
015. Dari Anas r.a : Rasulullah saw bersabda, Akan datang kepada umat ku
suatu zaman di mana orang yang berpegang pada agamanya laksana
menggenggam bara api. (Riwayat Tirmidzi) Penjelasan dan

Pengajaran

: a. Orang yang berpegang pada ajaran Islam (mengikuti AlQuran dan As-Sunnah) akan dipandang hina, jumud dan lain-lain. b. Mereka
tersepit dan cuba dipengaruhi oleh keadaan sekeliling agar meninggalkan AlQuran dan As-Sunnah, baik dari orang kafir dan lebih teruk lagi dari orang
yang mengaku Islam. c. Akhir zaman juga orang Islam akan menghadapi
tentangan yang hebat, sekiranya leka maka terlepaslah Islam dari tangan
mereka. Golongan Ruwaibidhoh
016. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Lagi akan datang
kepada manusia tahun-tahun yang tandus. (a). Dan pada waktu itu orang
yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.
(b). Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang
amanah dikatakan pengkhianat. (c). Dan yang berpeluang bercakap
hanyalah golongan Ruwaibidhoh. Sahabat bertanya, Apakah Ruwaibidhoh
itu hai Rasulullah? Nabi saw menjawab, Orang yang kerdil dan sebenarnya
hina dan tidak mengerti urusan orang ramai. (Riwayat Ibnu Majah)
Penjelasan dan Pengajaran : Zaman yang tandus tersebut
bermaksud zaman orang-orang yang ketandusan ilmu dan pemikiran. Orang
yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan
disanjung dan dijadikan idola. Orang yang berilmu dan berada pada
kebenaran tidak dibenarkan bercakap dan dituduh pula dengan berbagaibagai tohmahan. Orang yang dibenarkan bercakap pula adalah orang-orang
yang hina dan tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh masyarakat dan mengelirukan. Maha Benar Allah. Melalui
hadis ini juga kita lihat zaman ini berapa ramai ahli ilmu yang dibiarkan sepi
tanpa mengambil peduli pada apa yang disampaikan oleh mereka. Malah
mereka dituduh pula sebagai pengkhianat agama. Wallahualam. Peperangan
Demi Peperangan
017. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, Hari kiamat tidak
akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian
kepada keimanan) dan banyak berlaku al-Harj. Sahabat bertanya, Apakah
al-Harj itu hai Rasulullah? Nabi saw menjawab, Peperangan demi
peperangan demi peperangan. (Riwayat Ibnu Majah) Penjelasan dan

Pengajaran

: (a). Harta benda melimpah ruah - Kita boleh melihat pada


hari ini betapa banyaknya dan mudahnya kita mendapatkan harta. Termasuk
harta benda ini adalah dari segi kediaman, pengangkutan, perhiasan dan
segala macam bentuk kemudahan serta kekayaan lagi. (b). Timbul fitnah -

Tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana zaman kita ini fitnah terlampau banyak
dan berleluasa. Fitnah ini begitu luas maknanya, tetapi secara umum ia
adalah sebagai satu ujian kepada keimanan atau satu bencana besar kepada
umat Islam. (c). Peperangan demi peperangan - Pembunuhan dan
peperangan seolah-olah telah lali dengan telinga dan mata kita hari ini.

Hadis Mengenai Surga & Neraka

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:


Dari Nabi saw., beliau bersabda: Allah berfirman: Aku sediakan untuk hambahamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak
pernah didengar oleh telinga serta tidak terbesit dalam hati manusia. Bukti
kebenaran itu terdapat dalam Alquran: Seorang pun tidak mengetahui apa yang
disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang
menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5050
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu
terdapat sebatang pohon di mana seorang pengendara (harus) menempuh luas
bayangannya selama seratus tahun
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5054
Hadis riwayat Sahal bin Saad ra.:
Dari Rasulullah saw., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga itu terdapat
sebatang pohon di mana (jika) seorang pengendara berjalan di bawah bayangannya
selama seratus tahun, ia tidak dapat menempuhnya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5055
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebatang

pohon di mana (jika) seseorang menunggang kuda terlatih yang berlarinya selama
seratus tahun tidak dapat menempuh luas bayangannya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5056
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni surga:
Hai penghuni surga! Mereka menjawab: Kami penuhi seruan-Mu wahai Tuhan kami,
dan segala kebaikan ada di sisi-Mu. Allah melanjutkan: Apakah kalian sudah merasa
puas? Mereka menjawab: Kami telah merasa puas wahai Tuhan kami, karena
Engkau telah memberikan kami sesuatu yang tidak Engkau berikan kepada seorang
pun dari makhluk-Mu. Allah bertanya lagi: Maukah kalian Aku berikan yang lebih
baik lagi dari itu? Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, apa yang lebih baik dari
itu? Allah menjawab: Akan Aku limpahkan keridaan-Ku atas kalian sehingga setelah
itu Aku tidak akan murka kepada kalian untuk selamanya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5057
Hadis riwayat Sahal bin Saad ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni surga akan melihat
ghurfah (tempat yang tinggi) di surga sebagaimana kalian melihat bintang di langit
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5058
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Abul Qasim saw. bersabda: Sesungguhnya rombongan yang pertama kali memasuki
surga itu bagaikan bulan purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang
yang terang-benderang di langit. Masing-masing mereka berpasangan dua orang
yang sumsum betisnya terlihat dari dalam daging dan di dalam surga tidak ada
seorang pun yang tidak berpasangan
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5062
Hadis riwayat Abu Musa Al-Asy`ari ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya seorang mukmin mempunyai
sebuah kemah di dalam surga yang terbuat dari satu mutiara yang berlubang,
panjangnya enam puluh mil, dan orang seorang mukmin juga memiliki keluarga di
dalamnya yang akan ia kunjungi padahal sebagian mereka tidak pernah melihat
sebagian yang lain
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5070
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Allah menciptakan Adam dalam bentuknya setinggi enam
puluh hasta. Setelah menciptakannya, Allah berkata: Pergilah dan ucapkanlah salam
kepada kelompok itu, yaitu beberapa malaikat yang sedang duduk, dan
dengarkanlah apakah jawaban mereka karena itulah ucapan selamat untukmu dan
keturunanmu. Maka Adam pergi menghampiri lalu mengucapkan: "Semoga
keselamatan menyertai kalian". Mereka menjawab: "Semoga keselamatan dan
rahmat Allah menyertai kalian". Mereka menambahkan "rahmat Allah". Maka setiap
orang yang memasuki surga itu seperti bentuk Adam yang tingginya enam puluh
hasta. Seluruh makhluk setelah Adam terus berkurang tingginya sampai sekarang
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5075

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:


Bahwa Nabi saw. bersabda: Api kalian yang dinyalakan anak-cucu Adam adalah
sepertujuh puluh dari panas api Jahanam. Para sahabat berkata: Demi Allah, bila
sepanas ini saja sudah cukup wahai Rasulullah saw. Beliau bersabda: Sesungguhnya
panas api tersebut masih tersisa sebanyak enam puluh sembilan bagian, panas
masing-masing sama dengan api ini
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5077
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Neraka dan surga saling berdebat, lalu neraka berkata:
Aku dimasuki oleh orang-orang yang suka menindas dan sombong. Surga berkata:
Aku dimasuki oleh orang-orang yang lemah dan miskin. Lalu Allah berfirman kepada
neraka: Kamu adalah siksa-Ku, Aku menyiksa denganmu siapa yang Aku kehendaki.
(Atau Allah berfirman: Aku menimpakan bencana denganmu kepada orang yang
Aku kehendaki). Dan Allah berfirman kepada surga: Kamu adalah rahmat-Ku, Aku
limpahkan rahmat berupa kamu kepada siapa yang Aku kehendaki. Dan masingmasing kamu memiliki penghuninya sampai penuh
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5081
Hadis riwayat Anas bin Malik ra.:
Bahwa Nabi saw. bersabda: Neraka Jahanam selalu berkata: Apakah masih ada
tambahan? Sehingga Allah Maha Suci lagi Maha Tinggi meletakkan telapak kakiNya, lalu Jahanam berkata: Cukup, cukup! Demi keagungan-Mu! Dan sebagiannya
dikumpulkan kepada sebagian yang lain
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5084
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, maut akan didatangkan seperti seekor
biri-biri yang berwarna keputih-putihan. (Abu Kuraib dalam periwayatannya
menambahkan: Lalu dihentikan di antara surga dan neraka. Kemudian keduanya
sepakat tentang isi hadis selanjutnya.) Kemudian diserukan: Wahai ahli surga,
apakah kalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan leher untuk melihat ke arah
sang penyeru, kemudian menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diserukan lagi:
Wahai ahli neraka, apakah kamu sekalian mengenal ini? Lalu mereka menjulurkan
leher untuk melihat dan menjawab: Ya, itu adalah maut! Kemudian diperintahkan
agar maut (kambing) itu disembelih, lalu diserukan lagi: Wahai ahli surga,
keabadian yang tidak akan ada kematian lagi! Wahai ahli neraka, keabadian yang
tidak akan ada kematian lagi! Kemudian Rasulullah saw. membacakan ayat: Dan
berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, yaitu ketika segala perkara
telah diputus dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman.
Kemudian beliau menunjuk dunia dengan tangan beliau
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5087
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah memasukkan ahli surga ke dalam surga dan

ahli neraka ke dalam neraka, kemudian seorang penyeru berdiri di antara mereka
dan berseru: Wahai ahli surga, tidak ada kematian. Wahai ahli neraka, tidak ada
kematian. Masing-masing kekal abadi di tempatnya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5088
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Gigi geraham atau gigi taring orang kafir itu sebesar
gunung Uhud dan kekasaran kulitnya adalah sejauh perjalanan tiga hari
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5090
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Rasulullah saw. bersabda: Jarak antara kedua bahu orang kafir di neraka itu sejauh
perjalanan tiga hari dengan kendaraan yang cepat
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5091
Hadis riwayat Haritsah bin Wahab ra.:
Bahwa ia mendengar Nabi saw. bersabda: Maukah kalian aku beritahu tentang ahli
surga? Para sahabat berkata: Mau. Rasulullah saw. bersabda: Yaitu setiap orang
yang lemah dan melemahkan diri, seandainya ia bersumpah demi Allah, pasti akan
dilaksanakan. Kemudian beliau bertanya lagi: Inginkah kamu sekalian aku
beritahukan tentang ahli neraka? Mereka menjawab: Mau. Beliau bersabda: Yaitu
setiap orang yang kejam, bengis dan sombong
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5092
Hadis riwayat Abdullah bin Zam`ah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. pernah berkhutbah lalu menyebut seekor unta (milik Nabi Saleh)
dan menyebutkan orang yang menyembelihnya kemudian membaca ayat: Ketika
bangkit orang yang paling celaka di antara mereka. Yang bangkit untuk membunuh
unta itu adalah seorang yang terhormat di kalangan kaumnya, perusak dan kejam
terhadap keluarganya, seperti Abu Zam`ah. Kemudian beliau juga menyebutkan
kaum wanita dan memberikan nasihat untuk menghadapi mereka dan bersabda:
Untuk apa seorang di antara kalian memukul istrinya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5095
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Aku melihat Amru bin Luhai bin Qamaah bin Khindif,
yakni nenek moyang Bani Kaab menarik ususnya di dalam neraka
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5096
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat manusia akan
dikumpulkan dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. Aku
bertanya: Wahai Rasulullah, kaum wanita dan lelaki semuanya akan saling
memandang satu sama lain? Beliau bersabda: Wahai Aisyah, keadaan saat itu lebih

menegangkan sehingga mereka tidak akan saling memandang satu sama lain
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5102
Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.:
Bahwa ia mendengar Nabi saw. berkhutbah dan berkata: Sesungguhnya kalian akan
menemui Allah dengan berjalan kaki, tidak beralas kaki, telanjang dan tidak
berkhitan
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5103
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Manusia akan dikumpulkan dalam tiga kelompok
yang penuh harap dan rasa takut dan dua orang di atas satu unta, tiga orang di
atas satu unta, empat orang di atas satu unta serta sepuluh orang di atas satu unta.
Dan sisa mereka akan dikumpulkan bersama api neraka di mana setiap siang,
malam, pagi dan sore hari selalu bersama mereka di mana saja mereka berada
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5105
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. tentang ayat: Yaitu hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan
semesta, beliau bersabda: Seorang dari mereka berdiri dalam air keringatnya yang
mencapai pertengahan kedua telinganya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5106
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat nanti air keringat akan mengalir
di tanah sepanjang tujuh puluh depa dan akan menggenang setinggi mulut atau
setinggi telinga mereka. Tsaur (perawi hadis) meragukan mana yang disebutkan
Nabi
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5107
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya apabila seorang di antara kamu
sekalian mati akan diperlihatkan tempatnya setiap pagi dan sore. Jika ia termasuk
ahli surga, maka akan diperlihatkan surga, kalau termasuk ahli neraka, maka akan
diperlihatkan neraka, lalu dikatakan: Inilah tempatmu nanti bila Allah telah
membangkitkanmu di hari kiamat
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5110

Hadis riwayat Abu Ayyub ra., ia berkata:


Rasulullah saw. keluar ketika matahari telah terbenam, kemudian beliau mendengar
sebuah suara dan bersabda: (Itu suara) orang Yahudi yang sedang disiksa di dalam
kuburnya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5114

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:


Nabi saw. bersabda: Sesungguhnya seorang hamba jika telah diletakkan di dalam
kuburnya dan teman-temannya sudah meninggalkannya, ia akan mendengar suara
sandal mereka. Kemudian ia didatangi dua malaikat lalu mendudukkannya dan
bertanya: Apa pendapatmu tentang lelaki ini (Muhammad saw.)? Adapun orang
mukmin, maka ia akan menjawab: Aku bersaksi bahwa dia adalah seorang hamba
Allah dan utusan-Nya. Maka dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu di neraka,
Allah telah menggantinya dengan tempat di surga. Lalu Nabi saw. melanjutkan
sabdanya: Maka ia dapat melihat keduanya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5115
Hadis riwayat Barra' bin Azib ra.:
Dari Nabi saw., beliau membacakan firman Allah: Allah meneguhkan iman orangorang mukmin dengan ucapan yang teguh. Kemudian beliau bersabda: Ayat ini
turun mengenai siksa kubur. Ditanyakan kepada orang mukmin: Siapakah Tuhanmu?
Ia menjawab: Tuhanku Allah dan nabiku Muhammad saw. Itulah yang dimaksudkan
dengan firman Allah: Allah meneguhkan iman orang-orang mukmin dengan ucapan
yang teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5117
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang dihisab pada hari kiamat, maka ia
akan disiksa. Aku bertanya: Bukankah Allah berfirman: Maka dia akan diperiksa
dengan pemeriksaan yang mudah. Beliau menjawab: Yang demikian bukanlah
hisab, tapi itu hanyalah sekedar berdiri di hadapan Allah karena barang siapa yang
diperiksa perhitungan amalnya di hari kiamat, maka ia akan disiksa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5122
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Jika Allah menghendaki siksaan untuk
suatu kaum, maka siksaan tersebut akan menimpa orang-orang yang ada di
tengah-tengah mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan
amalnya
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 5127

IMAN - Percakapan para ahli surga (20 ayat)

1. QS AL ARAF:50

Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah
direzekikan Allah kepadamu. Mereka (penghuni surga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya
itu atas orang-orang kafir,

2. QS YUNUS:10

Doa mereka di dalamnya ialah: Subhanakallahumma, dan salam penghormatan mereka ialah: Salam. Dan penutup
doa mereka ialah: Alhamdulilaahi Rabbil aalamin.

3. QS MARYAM:62

Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam surga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezekinya di
surga itu tiap-tiap pagi dan petang.

4. QS ASH SHAFFAT:50

Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap-cakap.

5. QS ASH SHAFFAT:51

Berkatalah salah seorang di antara mereka: Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman,

6. QS ASH SHAFFAT:52

yang berkata: Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?

7. QS ASH SHAFFAT:53

Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar
(akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?

8. QS ASH SHAFFAT:54

Berkata pulalah ia: Maukah kamu meninjau (temanku itu)?

9. QS ASH SHAFFAT:56

Ia berkata (pula): Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku,

10. QS ASH SHAFFAT:57

jikalau tidaklah karena nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).

11. QS ASH SHAFFAT:58

Maka apakah kita tidak akan mati?,

12. QS ASH SHAFFAT:59

melainkan hanya kematian kita yang pertama saja (di dunia), dan kita tidak akan disiksa (di akhirat ini)?

13. QS ASH SHAFFAT:60

Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar.

14. QS AZ ZUMAR:74

Dan mereka mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi)
kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam surga di mana saja yang kami kehendaki;
maka surga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.

15. QS ATH THUR:25

Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya.

16. QS ATH THUR:26

Mereka berkata: Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan
diazab).

17. QS ATH THUR:27

Maka Allah memberikan karunia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.

18. QS ATH THUR:28

Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dialah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang.

19. QS AL MUDDATSTSIR:40

berada di dalam surga, mereka tanya menanya,

20. QS AL MUDDATSTSIR:42

Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?

IMAN - Percakapan ahli neraka (27 ayat)


1. QS AL ARAF:38

Allah berfirman: Masuklah kamu sekalian ke dalam neraka bersama umat-umat jin dan manusia yang telah terdahulu
sebelum kamu. Setiap suatu umat masuk (ke dalam neraka), dia mengutuk kawannya (menyesatkannya); sehingga apabila
mereka masuk semuanya berkatalah orang-orang yang masuk kemudian di antara mereka kepada orang-orang yang masuk
terdahulu: Ya Tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah kepada mereka siksaan yang berlipat
ganda dari neraka. Allah berfirman: Masing-masing mendapat (siksaan) yang berlipat ganda, akan tetapi kamu tidak
mengetahui.

2. QS AL ARAF:39

Dan berkata orang-orang yang masuk terdahulu di antara mereka kepada orang-orang yang masuk kemudian: Kamu tidak
mempunyai kelebihan sedikitpun atas kami, maka rasakanlah siksaan karena perbuatan yang telah kamu lakukan.

3. QS AL ARAF:44

Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada Penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): Sesungguhnya kami
dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah
memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)? Mereka (penduduk neraka)

menjawab: Betul. Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: Kutukan Allah
ditimpakan kepada orang-orang yang zalim,

4. QS AL ARAF:50

Dan penghuni neraka menyeru penghuni surga: Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah
direzekikan Allah kepadamu. Mereka (penghuni surga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya
itu atas orang-orang kafir,

5. QS AL MUMINUN:106

Mereka berkata: Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami, dan adalah kami orang-orang yang sesat.

6. QS AL MUMINUN:107

Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (dan kembalikanlah kami ke dunia), maka jika kami kembali (juga kepada
kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim.

7. QS AL FURQAN:13

Dan apabila mereka dilemparkan ke tempat yang sempit di neraka itu dengan dibelenggu, mereka di sana mengharapkan
kebinasaan.

8. QS AL FURQAN:14

(Akan dikatakan kepada mereka): Jangan kamu sekalian mengharapkan satu kebinasaan, melainkan harapkanlah
kebinasaan yang banyak.

9. QS ASY SYUARA:96

Mereka berkata sedang mereka bertengkar di dalam neraka:

10. QS ASY SYUARA:97

demi Allah: sungguh kita dahulu (di dunia) dalam kesesatan yang nyata,

11. QS ASY SYUARA:98

karena kita mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam.

12. QS AL AHZAB:67

Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar
kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).

13. QS AL AHZAB:68

Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.

14. QS FATHIR:37

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang
saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang
cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka
rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

15. QS SHAD:59

(Dikatakan kepada mereka): Ini adalah suatu rombongan (pengikut-pengikutmu) yang masuk berdesak-desak bersama
kamu (ke neraka). (Berkata pemimpin-pemimpin mereka yang durhaka): Tiadalah ucapan selamat datang kepada
mereka karena sesungguhnya mereka akan masuk neraka.

16. QS SHAD:60

Pengikut-pengikut mereka menjawab: Sebenarnya kamulah. Tiada ucapan selamat datang bagimu, karena kamulah yang
menjerumuskan kami ke dalam azab, maka amat buruklah Jahannam itu sebagai tempat menetap.

17. QS SHAD:61

Mereka berkata (lagi): Ya Tuhan kami; barang siapa yang menjerumuskan kami ke dalam azab ini maka tambahkanlah
azab kepadanya dengan berlipat ganda di dalam neraka.

18. QS SHAD:62

Dan (orang-orang durhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat orang-orang yang dahulu (di dunia) kami anggap
sebagai orang-orang yang jahat (hina).

19. QS SHAD:63

Apakah kami dahulu menjadikan mereka olok-olokan, ataukah karena mata kami tidak melihat mereka?

20. QS AZ ZUMAR:71

Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahannam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu
dibukakanlah pintu-pintunya dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: Apakah belum pernah datang
kepadamu rasul-rasul di antaramu yang membacakan kepadamu ayat-ayat Tuhanmu dan memperingatkan kepadamu akan
pertemuan dengan hari ini? Mereka menjawab: Benar (telah datang). Tetapi telah pasti berlaku ketetapan azab
terhadap orang-orang yang kafir.

21. QS AL MUMIN:47

Dan (ingatlah), ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka, maka orang-orang yang lemah berkata kepada orangorang yang menyombongkan diri: Sesungguhnya kami adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan
dari kami sebahagian azab api neraka? [QS. AL MUMIN 40:47]

22. QS AL MUMIN:48

Orang-orang yang menyombongkan diri menjawab: Sesungguhnya kita semua sama-sama dalam neraka karena
sesungguhnya Allah telah menetapkan keputusan antara hamba-hamba-(Nya). [QS. AL MUMIN 40:48]

23. QS AL MUMIN:49

Dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahannam: Mohonkanlah kepada
Tuhanmu supaya Dia meringankan azab dari kami barang sehari. [QS. AL MUMIN 40:49]

24. QS AL MUMIN:50

Penjaga Jahannam berkata: Dan apakah belum datang kepada kamu rasul-rasulmu dengan membawa keteranganketerangan? Mereka menjawab: Benar, sudah datang. Penjaga-penjaga Jahannam berkata: Berdoalah kamu. Dan doa
orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka. [QS. AL MUMIN 40:50]

25. QS AZ ZUKHRUF:77

Mereka berseru: Hai Malik biarlah Tuhanmu membunuh kami saja. Dia menjawab: Kamu akan tetap tinggal (di neraka
ini). [QS. AL MUMIN 43:77]

26. QS AL MULK:9

Mereka menjawab: Benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami
mendustakan(nya) dan kami katakan: Allah tidak menurunkan sesuatupun; kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan
yang besar. [QS. AL MUMIN 67:9]

27. QS AL MULK:10

Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk
penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala. [QS. AL MUMIN 67:10]

Anda mungkin juga menyukai