Anda di halaman 1dari 24

MUTIARA KATA ,SABDA RASULULLUH S.A.

W dan FIRMAN ALLAH


S.W.T

Himpunan Mutiara Kata dan Hadith

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan
mati besok pagi"
- Hadis Riwayat Ibnu Asahin

"Sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada
sebarang bencana. "
- Menurut Syibab Ahmad

Pengetahuan bukanlah apa yang dihafal. Pengetahuan adalah apa yang memberi faedah."
- Imam Shafie

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta
nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
- surah Al-Asr Ayat : 1-

"Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.Ilmu untuk
mengetahui dan agama untuk merasai.Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya"
- Hamka

"sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti
yang dihadapi oleh para nabi. "
- Menurut Sayyid Ahmad Dahl

"Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan hamba, melainkan apabila
ianya diniatkan ikhlas untuk-Nya dan hanya mengharap keredhaan-Nya. "
- H.R. Imam al-NasaI dari Abu Umamah al-Bahili r.s.

"Jauhilah kemarahan kerana syaitan menguasai anak cucu Adam dalam keadaan dia marah"

"Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang ingin dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia
menyambung tali silaturrahim"
- HR. Bukhari

"Perhatian kepada agama pada zaman ini sudah jauh lebih maju daripada yang sudah-sudah.Disamping kejahatan
yang bermaharajalela,keinsafan kepada agama sudah mulai tegak.Di mana-mana orang mengadakan pengajian
kerena hendak mengetahui ajaran-ajaran agama"
- Hamka

"Rasulullah SAW bersabda : Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal,
niscaya kalian akan diberi rezki sebagaimana rezki burung-burung. Mereka berangkat pagi dengan perut lapar, dan
pulang petang hari dalam keadaan kenyang"
- HR.Ahmad,Tirmidzi,Ibnu Majah,Ibnul Mubarak,Ibnu Hibban,Al Hakim,Al Qudhai dan Al Baghawi dari Umar bin
Khaththab r.a

Dan (setelah itu) diwahyukan kepada Nabi Nuh: "Bahawa sesungguhnya tidak akan beriman lagi dari kaummu
melainkan orang-orang yang telah sedia beriman. Oleh itu, janganlah engkau berdukacita tentang apa yang mereka
sentiasa lakukan.
Surah Hud ayat 36

Bersederhana Dalam Membenci

Apakah garis panduan cinta dan benci yang mesti kita turuti sebagai seorang muslim?

Islam melarang kita melampau dalam mencintai dan membenci sehingga membutakan mata kita daripada
melihat kebenaran..

Apabila kebencian seseorang melampaui batas, hatinya akan dipenuhi pelbagai sangkaan buruk setiap kali
melihat orang yang dibenci itu melakukan atau mengucapkan sesuatu. Mereka ini sukar percaya bahawa
ia mampu berbuat baik, bahkan mampu berniat baik!

Bagi orang yang berlebihan dalam membenci ini, sanggup membuka aib dan keburukan seseorang yang
lain hanya untuk menutup mata semua orang daripada melihat kebaikan orang yang dibenci nya itu..

Bagi orang yang mempunyai sifat benci yang melampaui ini akan merosakkan diri sendiri.
Oleh sebab itu, al-Hassan al-Basri berkata: " Bersederhanalah dalam mencintai, dan tidak melampaui
dalam membenci. Sungguh ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam mencintai. Dan sungguh
ramai orang yang binasa kerana berlebihan dalam membenci.
(riwayat al-Baihaqi)

Sayidina Ali bin Abi Talib pernah berkata: "Cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan
menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya sahaja, siapa tahu ia akan
menjadi kekasihmu suatu hari nanti."

Bagaimana menjadi seorang yang bersederhana dalam menciantai dan membenci ?

Kita boleh mulai dengan memikirkan kembali sebab kebencian yang kita rasakan terhadap
seseorang. Adakah kita membenci kerana ikut-ikutan, membenci tanpa sebab (tidak tahu puncanya) atau
kerana ucapan atau perbuatan seseorang itu yang pernah melukai perasaan kita..?

Sekiranya kita "membenci tanpa sebab", ini tentu sahaja sangat jauh daripada keadilan. Ini kerana, dia
membenci setiap kali melihat atau mendengar nama orang yang dibencinya, tanpa melihat samada orang
itu membuat kebaikan atau sebaliknya. Orang seperti sebenarnya sedang menderita sakit jiwa.

Bagi yang membenci kerana ikut-ikutan, biasanya terjadi dalam kes kebencian bermotifkan politik dan
membabitkan orang awam. Sikap inibukan sikap islamik dan bukan ciri seorang muslim, ia mesti dijauhi..

Kebencian kepada orang yang pernah mengeluarkan ucapan atau kata-kata yang melukai perasaan atau
perbuatan yang menyakiti hati kita juga harus disingkirkan.. Perkara yang remeh berubah menjadi konflik
yang berpanjangan kerana ego kita. Kita enggan mengalah dan bertolak ansur, padahal sikap ini sangat
digalakkan oleh agama kita.

Sedangakan di dalam sebuah hadis ada mengatakan, orang yang lebih dahulu bertolak ansur dalam
persengketaan adalah petanda kebenaran sebenarnya berada dipihaknya..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih
daripada tiga hari. Kedua-duanya berjumpa, namun saling berpaling daripada satu sama lain. Orang
terbaik antara keduanya adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam."(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim daripada Abu Ayyub)

Ya Allah, kami meminta agar dapat menjaga keadilan dalam cinta dan benci. Dan jagalah mata hati kami
daripada dibutakan oleh kedua-duanya. Benar, buta mata hati adalah seburuk-buruk musibah yang
engkau timpakan kepada hambaMu di muka bumi ini. Amin YaRabbal Alamin..

Ujian Dahsyat Terhadap Iman

Maksud Hadis..
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Bersegeralah kamu beramal sebelum
menemui fitnah (ujian berat terhadap iman ) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang
masih beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang
masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya ia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual
agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia."
Hadis Riwayat Muslim

Keterangan..
Hadis ini menerangkan kepada kita betapa dahsyat dan hebatnya ujian terhadap iman seseorang di akhir
zaman. Seseorang yang beriman di waktu pagi, tiba-tiba dia menjadi kafir di waktu petang. Begitu pula
dengan seseorang yang masih beriman di waktu petang, tiba-tiba pada esok paginya telah menjadi kafir.
Begitu pantas dan cepat perubahan berlaku.Iman yang begitu mahal boleh gugur di dalam godaan satu
malam atau satu hari sahaja,sehingga ramai orang yang menggadaikan imannya kerana hanya hendak
mendapatkan sedikit dari harta benda dunia. Dunia lebih dicintai di sisi mereka daripada iman. Dan
menurut riwayat Ibnu Majah, beliau menambahkan, kecuali orang yang hatinya dihidupkan Allah swt
dengan Ilmu.."
Mudah-mudahan Allah swt menjadikan kita di antara orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya,
sehingga dengan itu Allah swt akan menyelamatkan iman kita dari ujian yang dahsyat ini.. Wallahua'lam..

Golongan Yang Selamat

Ini adalah sambungan Hadis Berkaitan Peristiwa Akhir Zaman..

Maksud Hadis :
Daripada 'Auf bin Malik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda, Umat Yahuditelah berpecahbelah menjadi
tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh
lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecahbelah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka
tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi
Tuhan, yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecahbelah menjadi tujuh puluh tiga
golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk
neraka. Sahabat bertanya, "Golongan mana yang selamat ?" Nabi Muhammad saw menjawab, "Mereka
adalah Jamaah." (Golongan Ahlussunnah WalJamaah.")
Hadis Riwayat Ibnu Majah

Keterangan..
Yang dimaksudkan dengan jamaah yang selamat ini ialah golongan yangtetap berpegang teguh dengan
al-Quran dan as-Sunnah dan juga dengan pendirian sahabat-sahabat dan salafussoleh, atau pun
diistilahkan oleh para ulama dengan golongan "Ahlus Sunnah Wal Jamaah. selain dari golongan ini adalah
sesat dan akan menjadi penghuni neraka..
Hadis yang seterusnya ialah,

Bermegah-megah Dengan Masjid

Maksudnya, Dari Anas bin Malik ra bahawasanya Rasulullah saw bersabda: " Tidak berlaku (terjadi) hari
Qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid."
Hadis Riwayat Abu Daud

Keterangan.
Di antara tanda hampirnya hari Qiamat ialah, umat Islam berbangga dan bermegah-megah dengan masjid
yang mereka bina. Masing-masing negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid.
Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak kepada pengisian masjid dengan ibadat
dan solat berjamaah. Banyak masjid-masjid yang indah, besar dan cantik, tetapi yang datang
bersembahyang di dalamnya hanya segelintir manusia sahaja.

Dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka

Sambungan Hadis berkaitan peristiwa akhir zaman...

Maksud Hadis :
Daripada Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, "Ada 2 golongan yang menjadi penghuni
Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-
cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian
tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka
(sanggul di atas kepala mereka) bagaikanbonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu
sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya."

Keterangan :

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada
golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan
hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau
kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain diatas badan, dan kalau kita
katakan bertelanjang pun boleh kerana, walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain saja,
maka samalah dengan bertelanjang. Ataupun, ia berpakaian dengan pakaian yang sangat nipis sehingga
menampakkan warna kulit dan menampakkan bentuk tubuh. Kemudian berjalan sambil menghayun-
hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti bonggol unta.

Kaedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau
wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum
sampai kepadanya. Na'uzubillahi min zalik...

15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana

Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu
adalah seperti berikut :-

1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.


2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan imam.

Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan
kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Nabi berkata, " Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia iaitu perbuatan
berzina dan menderhaka kepada ibu bapa."(Hadis Riwayat Bukhari)

Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang disegerakan balasannya di dunia
adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan
seksaannya adalah berzina, menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim." (Hadis
Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah)

Islam Pada Nama Sahaja

Lagi hadis berkaitan Peristiwa akhir zaman..

Maksud Hadis

Daripada Ali bin Abi Thalib ra berkata, Telah bersabdaRasulullah saw, "Sudah hampir sampai suatu masa
di mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Quran
itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah.
Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dan mereka
berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali." Hadis Riwayat al-Baihaqi

Keterangan,

Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah
dinyatakan oleh Rasulullah saw ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang
dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia,
bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa
ke semasa.

Ulama Tidak Dipedulikan

Ertinya:
Dari Sahl bin Saad as-saaidi ra berkata : Rasulullahs aw bersabda, "Ya Allah ! Jangan kau temukan aku
dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah
tidak diikut lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah
orangArab (pada fasihnya). H.R Ahmad
Keterangan

Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw ini.
Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir
perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang
yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulama untuk
menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai
bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang
lain padahal, hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam mangsa atau musuhnya.

ZAMAN DI MANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN


HARTA

Hadis Peristiwa Akhir Zaman...

Maksud hadis.
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman, seseorang tidak
mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari yang halal atau pun haram."

Keterangan.

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman metarialisme. Segala sesuatu
adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar-mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta
kekayaan. Mereka tidak mempedulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber
yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya
untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Harta riba wujud di merata tempat

Maksud hadis
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda, " Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang
juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan
terkena juga debu-debunya."

Keterangan
Hadis sabdaan Rasulullah ini sangat jelas di hadapan mata kita pada hari ini..
'Na'uzubillahiminzalik'..

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang

Sambungan Hadis Berkaitan Peristiwa Akhir Zaman..

Ilmu Agama Akan Beransur-ansur hilang

Maksud Hadis :
Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
" Bahawasanya Allah swt tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada)
manusia. Tetapi Allah swt menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama'. Maka apabila sudah
ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka.
Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka
sesat dan menyesatkan orang lain." Hadis Riwayat. Muslim

Keterangan :

Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan
oleh Rasulullah ini. Di mana bilangan alim-ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya
pula tidak endapat perhatian sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat
perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan
keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita di hari ini.
Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Penyakit Umat-umat Dahulu

Maksud hadis
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, " Umatku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu." Sahabta bertanya, "Apakah penyakit-
penyakit umat terdahulu itu ?" Nabi saw menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah: 1) terlalu banyak
seronok, 2) terlalu mewah, 3) menghimpun harta sebanyak mungkin, 4) tipu menipu dalam merebut
harta benda dunia, 5) saling memarahi, 6) hasut-menghasut sehingga jadi zalim menzalimi." HR Hakim

Keterangan :

Penyakit-penyakit yang disebut oleh Rasulullah saw tadi, telah banyak kita lihat di kalangan kaum
muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat
dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan
kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya
untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan, tentunya mereka terpaksa
menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud
hanyalah kecurangan, khianat, hasut-menghasut dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, danmarilah kita bermuhasabah !..

Hadis Berkaitan Peristiwa Akhir Zaman

Mulai entry kali ni, InsyaAllah Tie akan berkongsi tentang sebabahagian maksud hadis yang berkitan
dengan peristiwa akhir zaman dengan merujuk buku 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Susunan Ahmad
Fahmi Zamzam (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki ). Sama-samalah kita mendapat iktibar dan ambil
manfaat daripadanya..

1. Orang yang baik berkurangan, sedang yang jahat bertambah banyak

Maksud hadis
Daripada Aisyah r.a berkata : Aku mendengar Rasululllah saw bersabda, " Tidak akan berlaku hari qiamat
sehingga anak seseorang menjadi punca kemaharahan (bagi ibu-bapanya) dan hujan akan menjadi panas
(hujan akan berkurangan dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang tercela dan
berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang
jahat berani melawan orang-orang yang baik. " (Hadis Riwayat Thabrani)

Keterangan :
Di antara tanda-tanda qiamat ialah
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3.Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4. Orang yang membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan sewajarnya.
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tua.
6. Orang-orang yang jahat, berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

2. Rasuah berleluasa

Maksud hadis
Daripada Muaz bin Jabal ra berkata, aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, " Ambillah pemberian
itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama
maka jangan kamu mengambilnya. Namun, kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah
itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya." (H.R At-Thabrani dan Abu
Nuaim)

Keterangan .
Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadi pada masyarakat dan wang mempunyai kuasa untuk membeli
pangkat dan kedudukan dan wang juga diperlukan untuk mendapat kemudahan dari pihak yang
berpangkat dan berkuasa. Wang telah menjadi Tuhan yang disembah oleh setiap orang yang tamak dan
rakus.
Dalam keadaan yang sebegini rupa, orang sudah tidak mempedulikan sesiapa. Maka musnahlah akhlak
dan runtuhlah segala budi dan yang wujud hanyalah kezaliman dan penindasan dari setiap lapisan
terhadap lapisan yang memerlukannya.

Wallua'lam.. Bersambung..

Pesanan Nabi Muhammad saw

1. Menumpukan perhatian terhadap pengabdian diri kepada Allah

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw bersabda: " Allah swt berfirman, " Wahai anak Adam !
Luangkanlah dirimu untuk beribadat, nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku
menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa
dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat alTirmizi)

2. Nafsu tidak akan kenyang

Maksud Hadis; Daripada Anasra, Nabi saw bersabda; " Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah
harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah
tanah-tanah ( kuburnya ) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat. ( Riwayat Al-
Bukhari & Muslim )

3. Kekayaan yang sebenar

Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Bukanlah kekayaan itu dengan
banyaknya hartabenda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa."
(Riwaya al-Bukhari & Muslim)

4. Menghargai segala nikmat Allah

Ertinya : " Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: " Lihatlah kepada orang yang lebih bawah
daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar,
agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah," (Riwayat Muslim)
5. Dua mata yang terselamat

Ertinya : Daripada Ibn Abbas ra, Nabi saw bersabda, Dua mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata
yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam mengawal 'jalan Allah'." (Riwayat
atTirmizi)

6. Berwaspada daripada terleka dengan suatu yang tidak kekal

Maksud Hadis: Daripada Abdullah bin al-Syikhir ra, Nabi saw bersabda: " Wahai anak Adam! Adakah kamu
memiliki daripada harta kamu melainkan apa yang kamu makan, lalu engkau menghabiskannya, atau
engkau memakainya lalu engkau melusuhkannya, atau engkau bersedekah lalu engkau kekalkannya
(pada hari pembalasan)." (Riwayat Muslim)

7. Tiada ketenangan dengan kepincangan akhlak

Ertinya: Daripada al-Nawwas bin Sam'an ra, : Aku bertanya kepada Nabi saw tentang kebaikan dan dosa,
lalu baginda menjawab :" Kebaikan adalah akhlak yang baik, manakala dosa ialah apa yang berbolak-balik
di dalam dada engkau dan engkau tidak gemar manusia mengetahuinya." (Riwayat Muslim)

Keistimewaan Nabi SAW

Di bawah, ada beberapa maksud hadis yang berkaitan keistimewaan Nabi Muhammad saw.

1. Rasulullah saw penghulu manusia


Maksud hadis : "Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : " Akulah penghulu manusia pada hari
kiamat. "(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Keterangan : Nabi saw mengatakan sebegini untuk menceritakan nikmat Allah swt. Ia juga merupakan
nasihat supaya kita mengetahui hak terhadap baginda saw.

2. Rasulullah saw sebagai rahmat


Maksud hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutus sebagai
rahmat. " (Riwayat Muslim)

3. Pendidik insan berakhlak mulia


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda, " Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmad)

4. Keistimewaan pada penyampaian Rasulullah


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda , " Aku diutuskan dengan perkataan-
perkataan yang ringkas dan padat.(Riwat Al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : " Perkataan-perkataan yang ringkas dan padat ", iaitu Al-Quran dan hadis Nabi saw, kerana
ia mengandungi lafaz-lafaz yang ringkas dan makna yang banyak.

5. Nabi saw mendahului ummatnya


Ertinya : Daripada Jundub bin Sufyan r.a, Nabi saw bersabda: " aku mendahului kamu tiba ke kolam di
syurga." (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : " Aku mendahului": Menyediakan dan memberikan apa yang kamu perlukan.

6. Jaminan kemenangan
Ertinya : Daripada Thauban r.a, Nabi saw bersabda: " Allah telah menghimpunkan bumi untuk aku
sehingga aku dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan meliputi
keluasan bumi yang dihimpunkan kepadaku." (Riwayat Muslim)

7. Kesedaran untuk beramal


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda : "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku
ketahui, nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."
(Riwayat Al-Bukhari)

Keterangan : - Yakni mengetahui tentang keagungan Allah, balasan terhadap pelaku maksiat dan
kegerunan yang berlaku pada saat nyawa dicabut, selepas mati dan keadaan di dalam kubur dan hari
kiamat.
- Mengingati perkara tersebut dapat mendorong melakukan amal ibadah.

8. Bumi sebagai masjid


Ertinya: Daripada Jabir r.a, Nabi saw bersabda: "Dijadikan untukku bumi sebagai masjid
(tempat sujud) yang suci." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keterangan: Al-Khottobi mengatakan: Umat sebelum Nabi Muhammad saw diharuskan sembahyang
hanya di tempat tertentu sahaja seperti rumah ibadat dan tempat pertapaan.

9. Kesempurnaan syafaat Rasulullah saw


Ertinya : Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda: "Bagi setiap nabi terdapat doa (yang telah
dikabulkan di dunia) untuk umatnya. Tetapi aku telah menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku
pada hari kiamat." (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keterangan : - Maksud hadis ini ialah setiap nabi telah mendoakan agar umatnya dibinasakan, melainkan
Nabi Muhammad saw, tidak mendoakan sedemikian. Ini kerana baginda akan memberikan syafaat
sebagai balasan kesabaran umatnya menanggung kesusahan di dunia.

- Hadis ini menerangkan kesempurnaan syafaat Nabi saw dan belas kasihan baginda terhadap umatnya.
Baginda mengambil perhatian terhadap kemaslahatan umatnya yang terpenting. Maka baginda
menangguhkan doa balasan azab terhadap umatnya sehingga waktu terpenting dan amat diperlukan
syafaat itu.

10. Pelbagai golongan mendapat syafaat


Maksudnya : Daripada Anas r.a, Nabi saw bersabda: " Aku boleh berikan syafaat kepada umatku yang
melakukan dosa besar." (Riwayat Abu Daud & al-Tirmizi)

Keterangan : Syafaat Rasululllah saw untuk orang yang melakukan dosa besar ialah dengan
menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Manakala syafaat baginda untuk orang yang melakukan
ketaatan ialah dengan menaikkan darjat mereka.

11) Kelebihan selawat


Maksudnya: Daripada Abu HUrairahr.a, Nabi saw bersabda: " Orang yang berselawat ke atas aku sekali,
Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)

Keterangan : "Allah berselawat" : Rahmat dan gandaan ganjaran daripada Allah swt.

12) Orang yang tidak berselawat dianggap bakhil


Maksudnya : Daripada Ali bin Abu Talib r.a, Nabi saw bersabda : " Orang yang bakhil ialah orang yang
mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (Riwayat al-Tirmizi)

Keterangan
- Orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil kerana menghalang diri sendiri daripada selawat Allah swt
untuknya jika ia berselawat sekali.
- Sebahagian ulamak mengatakan wajib sekali selawat pada setiap kali disebut nama baginda. Menurut
pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu selawat dalam satu majlis yang disebut nama
baginda. Manakala ketika disebut nama baginda pada kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya
adalah sunat.

13) Ucapan salam untuk Rasulullah


Ertinya : Daripada Abdullah bin Mas'ud al-Ansori ra, Nabi saw bersabda,"Sesungguhnya untuk Allah
terdapat malaikat yang berlegar-legar di muka bumi. Mereka menyampaikan kepadaku salam daripada
umatku." (Riwayat al-Nasa'i & Ibn Hibban)

Ibadat Yang Tidak Sempurna

Ibnu Abbas mengatakan, ada 3 ayat di dalam al-Quran yang berpasangan di


antara satu dengan yang lainnya.Tanpa ada pasangannya, maka akan
cacatlah (tidak sempurna) ibadat seseorang itu.

1) Firman Allah, Taatlah Allah dan taatlah Rasulullah. Maka barangsiapa taat
Allah sahaja, tidak taat kepada Rasul, maka tidak akan diterima amalannya.

2) Firman Allah, Dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Maka barangsiapa yang
solat sahaja, tetapi tidak berzakat maka ibadatnya tidak akan diterima.

3) Firman Allah, Hendaklah bersyukur kepada Ku, dan kepada kedua ibu-bapa
mu. Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada
kedua ibubapanya, nescaya tidak diterima amalan dan ibadahnya. Dan kerana
inilah Nabi saw bersabda, Redha Allah pada redha kedua ibu-bapanya, dan
kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapanya..

Wallahu a'lam..

4 Perkara Penting

Di hari kiamat, setiap hamba Allah tidak akan mengorak langkah walaupun setapak ke mana-mana, selagi
ia belum ditanya tentang 4 perkara penting ini :

1) Tentang umurnya, ke mana ia dipergunakan ?

2) Tentang masa mudanya, bagaimana ia menghadapinya ?

3) Tentang harta, dari mana ia diperolehi dan ke mana serta bagaimana


ia membelanjakannya ?

4) Tentang Ilmunya, apakah ia telah beramal dengannya ?

Hadis Riwayat Tirmizi dan Darami

Sifat Amanah
Perkataan amanah bermaksud kejujuran, kepercayaan. Dengan kata-kata lain, ia bererti : menyampai
atau melaksanakan mandat atau tugas menurut kebenaran atau lunas-lunas yang digariskan tanpa
menyeleweng atau mengikut kehendak selera sendiri. Ia adalah sifat kedua yang wajib ada pada setiap
para rasul selepas sifit Sidiq (benar)

Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud :


" Sembahyang itu amanah, wuduk itu suatu amanah, timbangan itu suatu amanah dan sukatan itu suatu
amanah. Dan beberapa perkara termasuk amanah dan yang paling berat ialah pertaruhan."
Hadis Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi

" Amanah itu suatu kekayaan" .

Hadis ini bermaksud bahawa keadaan seseorang itu apabila dia dikenal dengan sifat amanah, maka
ramailah orang yang akan membuat hubungan dengannya dan di kala itu dia akan menjadi senang dan
kaya.

" Amanah itu menarikkan rezeki, sedangkan khianat itu menarikkan kepapaan".
Dalam hadis sepakat Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah menyifatkan orang yang tiada amanh itu
sebagai munafiq.

Amanah itu sangat besar ertinya dalam perusahaan dan perniagaan, di mana dengan wujud amanahlah
maka sesuatu perniagaan atau syarikat (firma) mula dilancarkan dan dengan amanah juga maka dia
boleh bertahan lama dan seterusnya maju dan berjaya.

Seterusnya, marilah kita sama-sama mengambil pengajaran daripada sebuah hadis al-Qudsi di mana
Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya, Allah telah berfirman: " Aku menjadi (orang) ketiga pada dua orang yang bersyarikat selama
salah seorangnya tidak berkhianat. Maka apabila seorangnya berkhianat, maka Aku pun keluar daripada
keduanya ( tidak akan lagi membantunya )."

Muadz bin Jabal r.a memberitakan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya sebagus-bagus usaha itu ialah usaha para peniaga (usahawan) dimana, Apabila bercakap
mereka tidak berdusta, apabila mereka diamanahkan, mereka tidak khianati, apabila mereka berjanji,
mereka tidak mungkiri, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela (barangan, sebagai helah
menurunkan harga ) apabila mereka menjual, mereka tidaklah memuji, apabila mereka menanggung
hutang, mereka tidak menangguh (untuk membayarnya), dan apabila mereka memberi hutang, mereka
tidak menyusahkan (menagih kekerasan )."
Hadis Riwayat al-Baihaqi dan as-Sayuti dalam al-Jami'asshaghir.

Mengenali Sifat Siddiq (Benar)

Benar adalah suatu sifat yang mulia yang menghiasi akhlak seseorang yang beriman kepada Allah dan
kepada perkara-perkara yang ghaib. Ia merupakan sifat pertama yang wajib dimiliki para Nabi dan Rasul
yang dikirim tuhan ke alam dunia ini bagi membawa wahyu dan agamanya yang suci murni di mana ia
disebut siddiq, amanah, tabligh (menyampaikan), fatanah (kebijaksanaan).

Sebenarnya kita umat Islam telah pun mengenali dan mempelajari sifat-sifat ini sejak di bangku sekolah
lagi, akan tetapi antara kita yang lemah tidak dapat mengamalkan sifat benar ini sepenuhnya. Mungkin
terdapat salah faham tentang hal ini dengan mengatakan hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang wajib
atau perlu memiliki sifat-sifat ini. Manakala orang lain (umatnya) tidak perlu.

Sebenarnya, selain tabligh (menyampaikan ajaran Ilahi), tiga sifat itu adalah perlu dimiliki umatnya dalam
melaksanakan ajaran Islam dan menghayati kehidupan di dunia ini.
Disamping itu, ada pula orang yang berkata :

" Benar itu adalah perhiasan para wali (kekasih Allah)''

" Iman itu asasnya ialah benar, sedang kepuraan itu asasnya dusta (bohong), maka tidaklah akan bersua
antara dusta dan iman melainkan salah satunya mengusir yang lain."

Benar itu mempunyai 5 martabatnya iaitu :-


1. Benar pada kata-kata atau ucapan
2. Benar pada niat dan kehendak (menurut syarak)
3. Benar pada melaksanakan cita-cita (selari dengan keredhaan Allah)
4. Benar pada amalan (zahir dan batin mengikut syarak)
5. Benar pada merealisasikan kemuliaan amalan agama seluruhnya. Inilah martabat tertinggi seperti
benar pada sifat takut, harap, membesarkan Allah, benar pada zuhud (hidup sederhana), redha, kasih,
tawakal dan sebagainya.

Justeru, kita mendapati Saidatina Aisyah r.a pernah bertanya Nabi saw dengan pertanyaan yang
bermaksud : " Apakah sifat yang dapat dikenali seseorang mukmin (yang beriman) ?

Rasulullah saw menjawab yang bermaksud :


" Ialah dengan ketetapan (ketenangan) hatinya, kelunakan pertuturannya dan kebenaran ucapannya."

Kebenaran yang sebenarnya sungguh dapat membuahkan kesan yang berfaedah sampai ke akhirat,
sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
" Siapa memohon pada Allah SWT akan mati syahid dengan benar (sungguh-sungguh), maka Allah akan
menyampaikan dia kepada kedudukan para syuhada, sekalipun dia mati di atas hamparannya (dirumah)."

Hadis Berkaitan Hari Qiamat

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah berfirman..Dan
ketika ditiup sangkakala maka matilah semua yang dilangit
dan bumi kecuali yang dikehendaki Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba
mereka bangun dan melihat. (Surah Azzumar : 68).

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:


Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam
langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa
yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan
kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah
orang-orang yang sombong? Sahih Muslim

dalam Hadis lain, riwayat Sahal bin Saad ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, manusia dikumpulkan di tengah padang berwarna putih agak
kemerahan seperti roti panggang di mana tidak ada bangunan tempat tinggal bagi seorang pun.

Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat al quran dan hadis-hadis yang menggambarkan tentang hari kiamat ni.
Marilah kita renungkan hadis-hadis di bawah ini sebagai pengajaran...

Abul-Laits dengan sanadnya meriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata: "Saya tanya kepada Rasullullah s.a.w., Apakah
yang cinta itu ingat pada kekasihnya pada hari kiamat?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Adapun di tiga tempat (masa)
maka tidak ingat iaitu ketika ditimbang amal sehingga diketahui apakah ringan atau berat, ketika menerima
lembaran catatan amal (suhuf) sehingga ia terima imma dari kanan atau dari kiri dan ketika keluar dari neraka ular
naga lalu mengepung mereka dan berkata "Aku diserahi tiga macam: Orang mempersekutukan Allah s.w.t. dengan
lain Tuhan, dan orang yang kejam, penentang, zalim dan orang yang tidak percaya pada hari kiamat (hisab), maka
diringkus semua orang-orang yang tersebut itu lalu dilemparkan semuanya dalam neraka jahannam, dan diatas
neraka jahannam itu ada jambatan yang lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang, sedang dikanan kirinya
bantolan dan duri-duri, sedang orang-orang yang berjalan diatasnya ada yang bagaikan kilat, dan bagaikan angin
kencang, maka ada yang selamat, dan ada yang luka terkena bantolan duri, dan ada yang terjerumus muka kedalam
neraka."

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada
Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.
" Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?"
Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi:
"Bagaimana besarnya?"Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya,
demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas
langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul
faza' (untuk menakutkan),Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul
ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."

Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang mati syahid, Jibrail,
Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut, sehingga ketika
ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?"
Padahal Allah s.w.t.lebih mengetahui.

Jawab Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal
malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah
s.w.t.menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.

Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu Hurairah r.a. berkata:
"Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati Jibril, Mika'il, Israfil dan juga
Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t. bertanya: "Hai Malaikulmaut,
siapakah yang masih tinggal dari makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau
Dzat yang hidup yang tidak akan mati, tinggal hambamu yang lemah,
Malikulmaut." FirmanAllah s.w.t.: " Hai Malaikulmaut, tidakkah kau
mendengar firmanKu: "kullu nafsin dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap
makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk tugasmu itu, dan kini matilah
engkau." Maka matilah Malaikulmaut diperintah mencabut nyawanya sendiri,
maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit, yang andaikata waktu itu makhluk lain
masih hidup nescaya mereka semua akan mati kerana jeritan Malaikulmaut
itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya mengetahui bahawa pencabutan roh itu
seberat ini nescaya aku akan lebih lunak ketika mencabut roh-roh orang
mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan tiada tinggal satupun dari
makhluk Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah
raja-raja dan putera-putera raja, dimanakah raksasa-raksasa dan putera-
putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi menyembah
lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman:"Limanil mulkil yaum?
Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai hak
milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, makaAllah
s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala
sesuatu."

Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan bagaikan air mani
lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang diatas segala
sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk bagaikan
tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya
sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh
(berseru): "Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka.
Lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya,
lalu Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka
keluarlah roh-roh bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan
bumi, lalu masuklah roh itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi
mengeluarkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang yang keluar dari
bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t. jika telah jika telah
menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka mereka pergi
kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan
syurga, maka terbuka bumi untukBaginda Rasulullah s.a.w. dan ketika
melihat Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang
diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah
khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit
melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah mereka dari kubur mereka
dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan mereka , kemudian
berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t. membiarkan mereka,
tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka menangis sehingga
habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga banjir sampai
kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan
menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin,
manusia dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit,
maka terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi
dari para Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada
diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab:
"Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula, kemudian
turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh, masing-
masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi
penduduk bumi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. akan
menyuruh langit dunia maka terbelah dan mengeluarkan semua Malaikat yang ada didalamnya, maka turun
semuanya dan mengepung bumi dengan apa yang ada dibumi, kemudian langit kedua dengan isinya, kemudian yang
ketiga dengan isinya, kemudian keempat dengan isinya, kemudian kelima dengan isinya, kemudian keenam dengan
isinya sehinggalah merupakan tujuh barisan Malaikat, setengahnya dikepung oleh setangahnya, sehingga penduduk
jika pergi kemana sahaja mereka mendapati tujuh berisan Malaikat itu seperti mana firman Allah s.w.t.: "Ya
ma'syaral jinni wal insi inis tatha' tum an tanfudzu min aqtharissamawati wal ardhi fan fudzu la tanfudzuna illa
bisulthan." (Yang bermaksud) "Hai para jin dan manusia jika kamu dapat menembus langit dan bumi, maka silakan
menembusnya. Dan kamu tidak akan menembusnya kecuali dengan kekuatan."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi


Muhammad s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman: "Hai
para jin dan manusia, aku nasihatkan kepadamu, sesungguhnya yang tercatat dalam
lebaran hanya amalmu sendiri, kerana itu siapa yang mendapatkan didalamnya kebaikan,
hendaklah mengucapkan : Alhamdulillah dan siapa yang mendapat lain dari itu, maka
jangan menyalahkan yang lain kecuali dirinya sendiri. Kemudian Allah menyuruh
jahannam, maka keluar daripadanya binatang yang panjang mengkilat gelap lalu berkata-
kata. Maka Allah berfirman:

Tidak Aku telah berpesan kepadamu: Jangan menyembah syaitan, sesungguhnya ia


musuhmu yang nyata-nyata. Dan sembahlah Aku. Inilah jalan yang lurus. Dan ia telah
menyesatkan ummat-ummat yang banyak dari kamu. Apakah kamu tidak
berakal (berfikir) dan menyedarinya. Inilah neraka jahannam yang telah
diancamkan(Peringatan) kepadamu. Masuklah kamu kini, oleh sebab kekafiranmu."

Maka pada saat itu bertekuk lutut tiap-tiap ummat, sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wa
tara kulla ummatin jatsiyatan kullu ummatin tud'a ila kitabiha." (Yang bermaksud)Disini
kamu melihat tiap-tiap ummat (orang) bertekuk lutut, tiap ummat dipanggil untuk
menerima suratan amalnya." Lalu Allah s.w.t. memutuskan pada semua makhlukNya.
Dan antara binatang-binatang buas atau ternak, sehingga kambing-kambing yang tidak
bertanduk diberi hak membalas kambing yang bertanduk, kemudian diperintahkan
menjadi tanah semua binatang-binatang itu. Dan disaat itu orang kafir berkata: "Aduh
sekiranya aku .menjadi tanah." Kemudian Allah s.w.t.memutuskan antara semua
hambaNya.

Sudah cukupkah amalan kita untuk menghadapi dunia yang penuh dengan fitnah dan hasutan
syaitan, dunia akhir zaman ini..?

Allahuakbar!! wallahua'lam

Ragam Manusia Menyembah Allah


Allah adalah tuhan bagi orang Islam yang wajib disembah. KepadaNya sahaja tempat kita
meminta dan bermohon. Sebagaimana ucapan kita sebanyak 17 kali sehari semalam di
dalam bacaan Al-Fatihah yang berbunyi ..Ertinya, Kepada Engkau
kami menyembah dan kepada engkau kami bermohon pertolongan..
Manakala Allah pula adalah nama bagi tuhan yang bersifat dengan sifat-sifat
kesempurnaan dan memiliki nama nama yang terbaik yang dipanggil
maksudnya, nama Allah melambangkan sifatnya yang sempurna.Demikian
juga sifat Allah yang sempurna, berkait rapat dengan namaNya yang sempurna.

Nama Allah adalah nama tuhan yang teragung sekali berbanding dengan nama-namaNya
yang lain. Dari konsep bahasanya, perkataan Allah diambil daripada perkataan Ilaah yang
membawa maksud Tuhan dalam erti kata umum. Manakala Allah pula adalah nama
khusus, bagi tuhan. Yang pasti Ada dan bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan . Dalam
erti kata lain, kita katakan Allah itu adalah Tuhan Yang Terkaya ( maknanya tidak
berhajat atau memerlukan kepada sesuatu ) dan berhajatnya setiap makhluk hanya kepada
Allah yang Esa.
Berbagai ragam manusia dalam mengenal Allah swt dan beribadat kepadanya.Kesemua
ragam manusia ini didedahkan Allah melalui kitab sucinya, di dalam beberapa ayat al-
Quranul Karim. Walaupun pelbagai agama di atas muka bumi ini, namun semuanya
mengiktiraf Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah.
Sebagaimana firmanNya

Ertinya, Jika kamu bertanya kepada orang kafir, siapakah yang menjadikan langit dan
bumi nescaya mereka menjawab Allah. Surah Al- Luqman 25.

Namun demikian, sebahagiannya menyembah Allah tidak dengan cara yang diredhai
Allah, iaitu dengan mengambil tuhan- tuhan selain daripada Allah swt sebagai sekutunya.
Para penyembah berhala contohnya, mengambil berhala sebagai perantaraan kepada
Allah. Allah menghikayatkan pegangan golongan kufar ini dengan firmannya ;

Ertinya, Mereka menyembah selain Allah sesuatu yang tidak memberi menfaat kepada
mereka dan tidak memudaratkan mereka al furqan, 55

Manakala sebahagian yang lain pula, golongan kufar ini menjadikan golongan ahli
kitab mereka seperti tuhan yang wajib disembah. Sekalipun mereka tidak menyembah
dan sujud kepada pendita dan ahli-ahli kitab mereka. Namun demikian, sikap mereka
mengikut dan mentaati para pendita secara membabi buta biarpun para pendita
menyuruh mereka membuat maksiat dan mengharamkan yang halal mereka taatinya
sepertilah mentaati perintah tuhan yang sebenar. Firman Alah swt

31 -
Ertinya: Mereka menjadikan orang- orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai
tuhan selain Allah dan juga mempertuhankan Nabi Isa, putera Maryam. Padahal mereka
hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada tuhan yang berhak
disembah melainkan Dia, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. At-
Taubah, 31
Manakala sebahagian yang lain pula menjadikan nafsu sebagai tuhan, yang dizahirkan
nafsu tersebut melalui wang ringgit, pangkat dan kemasyhuran sebagai sembahan, selain
daripada Allah swt. Golongan tersebut sanggup melakukan perbuatan membunuh,
merompak, dan berbagai bentuk jenayah untuk mencapai keinginan nafsu serakah mereka
itu. Allah Taala membongkar golongan yang mengambil nafsu sebagai tuhan, dengan
fimannya,
-
43

Ertinya, Adakah engkau tidak melihat, mereka yang mengambil hawa nafsunya sebagai
tuhan ? Maka adakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya ? .
Manakala sebahagian yang lain pula menyembah Allah tidak berdasarkan keyakinan yang
sejati . Golongan ini ialah mereka yang menzahirkan Islam, tetapi pada hakikatnya batin
mereka tidak percaya dan menolak Islam. Mereka hanya menerima Islam jika ada unsur-
unsur yang boleh meguntungkan dan menfaatkan bagi mereka sahaja.
Jika ada sesuatu dalam Islam yang bagi mereka merugikan dunia mereka atau
menyusahkan kehidupan mereka, maka mereka akan mencari jalan untuk melepaskan
diri.

Golongan ini telah wujud sejak daripada zaman Rasulullah saw lagi. Ianya akan wujud
hinggalah ke akhir zaman. Maka berhati-hatilah, musuh yangdiseumpamakan api di
dalam sekam ini, gunting di dalam lipatan sentiasa bersikap sinis dan tidak yakin dengan
Islam.

Firman Allah swt dalam membongkar isi hati yang membusuk bagi golongan tersebut
ialah ,

11 -
Ertinya, Dan sebahagian manusia, ada yang menyembah Allah dengan berada ditepi
( tidak yakin ) maka jika dia beroleh kejayaan, tetaplah ia dalam keadaan itu , dan jika dia
ditimpa oleh suatu bencana, berpalinglah ia ke belakang ( yakni menjauhkan diri daripada
Islam dan penganutnya ) Rugilah ia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah
kerugian yang nyata . Al-Hajj, 11
Dan sebahagian yang lain pula mereka yang mengaku Islam, tetapi dalam masa yang
sama melawani dan tidak mentaati ketentuan Allah dan Rasul. Golongan inilah yang
dinyatakan Allah dengan firmannya
Ertinya, Sebahagian daripada manusia itu, mereka yang menyembah Allah tanpailmu
dan tanpa petunjuk, yakni guru-guru dan tanpa panduan kitab yang benar..
Benar sungguhlah apa yang diperkatakan di dalam firman Allah Taala di atas. Ramai
umat Islam yang tidak kenal Islam, tidak tahu membaca Al- Fatihah, apatah lagi
mengetahui masaalah- masaalah agama yang lain. Mereka disibukkan dengan urusan
dunia semata- mata. Islam hanyalah tinggal pada baka dan nama sahaja. Islam
sebagaimana sabda junjungan saw mengkhabarkan kepada kita tentang umat Islam di
akhir zaman dengan sabdaanya,

Ertinya: Telah bersabda Rasulullah saw, hampir akan berlaku suatu zaman di mana tidak
tinggallah daripada Islam itu melainkan pada namanya sahaja Islam dan tidak tinggal
daripada Quran itu melainkan pada tulisannya sahaja riwayat Baihaqi
Wujud juga golongan yang tidak mahu berguru, hanya membaca dan menyelidik
mengikut tafsiran mereka sendiri. Inilah yang dinamakan oleh Rasululah, mereka yang
berguru dengan syaitan.

Golongan yang selamat daripada azab siksa Allah dan mendapat keredhaannya ialah
golongan yang mengambil Kalaamullah sebagai panduan hidup. Sunnah Nabinya
sebagai acuan dan Para Alim Ulama yang muktabar sebagai huraian. Ijmak dan Qias pula
sebagai landasan .

Islam yang dibawa junjungan besar bukan sekadar membaca Yasin di malam Jumaat.
Tidak juga sekadar membawa air tawar di bulan Nisfu Syaaban dan tidak juga menjenguk
masjid sekadar di bulan puasa atau Hari Raya, atau mempromosi diri kepada jemaah
untuk majlis perkahwinan, maka apabila selesai Ramadhan, selesai malam nisfu Syaaban,
selesainya majlis kenduri tidak lagi kelihatan mereka yang tersebut ini.

Islam yang dibawa junjungan besar kita bukannya semata- mata berpolitik siang dan
malam. Anak isteri dan diri sendiri diabaikan, yang kecil diperbesarkan yang besar
diperkecilkan yang belum tentu salahnya telah dianggap salah. Kesemua tindakan
lawannya adalah salah dan kesemua tindakan sendiri adalah benar, fitnah memfitnah dan
keji mengeji menjadi asam garam, padahal ianya jauh daripada roh Islam yang dibawa
oleh junjungan besar kita Nabi Muhammmad saw. Firman Allah Taala,


Ertinya: Janganlah kebencian mu kepada sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak
adil. Bersikap adillah
kerana adil itu terlebih hampir kepada taqwa - al- maidah -8

Allahu A'lam bissawab..

Sekadar Renungan

I. Jalan mendekati Allah

1. Taqwa kepada Allah zahir dan batin


2. Mengikut sunnah Nabi Muhammad saw
3. Kamu lupakan makhluk ketika menghadap Allah (beribadah) dan kamu
tidak melupakan Allah ketika menghadap makhluk.
4. Redha dengan kurniaan Allah, sedikit ataupun banyak
5. Kembali kepada Allah pada masa suka atau duka
II. Allah kasih kepada :

1. Orang yang banyak / selalu beristighfar


2. Orang yang banyak / selalu berzikir kepada Allah (al-hadis)

III. Siapa yang selamat masuk ke syurga ?

1. Orang yang selalu suka menyebarkan Islam


2. Orang yang selalu suka menjamu (memberi) makan kepada orang lain
3. Orang yang suka berhubung silaturrahim
4. Orang yang selalu sembahyang sunat tahajud di tengah malam,
sedang manusia lain sedang nyenyak tidur (al-hadis)

IV. Syurga rindu kepada 4 orang mukmin :

1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan baik


2. Orang yang selalu membaca al-Quran
3. Orang yang selalu memberi makan ( menjamu makan) kepada orang lain
4. Orang yang sentiasa dalam berzikir kepada Allah (Zikrullah). ( al-hadis)

V. Sabda Rasulullah saw,

1. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang lapar, dia akan diberi makan di hari Qiamat di
Padang Mahsyar, ketika tidak ada makanan yang akan dimakan dan ketika terlalu lapar.

2. Sesiapa yang memberi pakaian kepada orang yang bertelanjang / tiada berpakaian, maka Allah akan
beri pakaian kepadanya di Padang Mahsyar ketika mana tiada seorang pun yang berpakaian.

3. Sesiapa yang memimpin orang buta dengan tangan kirinya, maka dia akan dipimpin oleh orang buta
dengan tangan kanannya di hari Qiamat, di Padang Mahsyar (Maksud al-hadis)

1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa


ujub kerana suatu perhiasan dunia, niscaya Allah
akan murka kepadanya hingga dia melepaskan
perhiasan itu.

2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang


kemudian digunakan.

3. Dia berkata kepada para


sahabat,"Sesungguhnya aku telah mengatur
urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling
baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka
ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka
betulkan aku!"

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :


1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya
aku akan perintahkan membawa seekor kambing,
kemudian dipanggang untuk kami di depan
pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya
tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan
barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan
kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut
dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan
(matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :


1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau
sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku
bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu.
Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai,
maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.

2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang


bagaimana amalan itu diterima daripada banyak
beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit
amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah
amalan itu hendak diterima?

3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap


selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut
selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada


ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak
difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau
tidak ada perhatian untuknya.

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia


bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. -
Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi


jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas
dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun


pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua
belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan
akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah -
Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.


Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan
tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang
sebenarnya
-Khalifah Umar al-Khattab

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah
menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya
Khalifah Umar al-Khattab

Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
Khalifah Umar al-Khattab

Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah
Abu Bakar As-Siddiq

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang
yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya(yang berilmu juga)
Khalifah Ali bin Abi Talib

Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya


Khalifah Ali bin Abi Talib

Sesungguhnya modal dunia ialah hawa nafsu dan keuntungannya ialah api neraka
ahli hikmah

Aku dapati bahawa manusia yang paling lama mengalami kesusahan ialah pendengki. Yang paling tenang
hidupnya, orang yang qana'ah. Yang paling rendah kehidupannya, mereka yang menolak dunia. Dan yang
paling besar penyesalannya, orang yang berilmu yang melampaui batas
ahli hikmah

Musibah manusia di dunia:


Sakit pada waktu mengembara
Miskin di hari tua
Maut pada waktu masih muda
Buta setelah melihat
Dilupakan orang setelah disanjung-sanjung
ahli hikmah

Di antara fitnah orang yang berilmu (orang alim) ialah berkata-kata lebih disukai daripada mendengar.
Padahal mendengar itu lebih selamat daripada berkata-kata kerana dalam berkata-kata orang cenderung
untuk mengisi, menambah dan mengurangi
Yazid bin Abi Habib

Solat itu menghantarmu setengah jalan, puasa itu menghantarmu ke pintu kerajaan dan sedekah itu
membawamu masuk ke dalamnya
Sahl bin Abdullah At-Tusturi

Siapa yang berasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan syaitan untuk
masuk ke dalam perutnya
Ahmad Athaillah

Keadaan hamba ini hanya ada empat macam: Nikmat, bala, taat dan maksiat. Maka jika ada di dalam
nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar. Dan jika
dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufik hidayat dari Allah. Dan bila tergelincir dalam dosa
maksiat, maka harus membaca istighfar
Abul -Abbas Al Masri

Allah mengasihani kaum yang menganggap dunia sebagai barang simpanan. Lalu mereka menyerahkannya
kepada orang yang sanggup memegang amanah mereka terhadap barang simpanan tersebut. Kemudian,
mereka merasa senang dengan ringannya beban
Al-Hassan Al-Bashri

Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan
dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu
istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu
kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi
maut
Ibrahim bin Adham

Ada empat hal yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tertinggi, walaupun amal dan
ibadahnya sedikit, iaitu sifat-sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah
kesempurnaan iman
Abul Qasim Al-Junaid

Hai anakku! Apabila perut penuh, nescaya tidurlah fikiran, bisulah ilmu hikmah dan duduklah (masalah)
anggota tubuh daripada beribadah
ahli hikmah

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan malihat sinar mata seseorang, kita boleh
mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta, tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang
sebenarnya memantulkan kata hati yang sesungguhnya
ahli hikmah

Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang tidak lekas marah, yang pemalu, yang merasa cukup, yang
menjaga diri dari meminta, bapa keluarga yang bertaqwa dan Allah marah pada orang yang keji
perbuatannya, buruk lidahnya, suka meminta, yang memaksa dan yang kurang cerdik
ahli hikmah
Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka orang itu pantas disebut orang besar di segala
petala langit
Nabi Isa A.S

Urusan orang mukmin itu sungguh mengagumkan, semua hal baik


baginya, dan itu hanya terjadi pada orang yang beriman. Jika
memperoleh kesenangan dia bersyukur dan itu baik baginya, dan jika
ditimpa kesusahan dia bersabar dan itu baik baginya. (HR Bukhari
dan Muslim)

Orang yang suka menghina orang lain, dia akan dihina. (Umar bin
Khattab)

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat
kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa
yang dia kehendaki.
(Sayidina Umar bin Khattab)

Kesabaran itu ada dua macam: kesabaran terhadap sesuatu yang


kamubenci dan kesabaran terhadap sesuatu yang kamu sukai. (Ali
bin Abi Thalib r.a.)

Tanda-tanda orang bijaksana antara lain adalah lidahnya selalu basah


dengan dzikrullah.(Utsman bin Affan)

Sungguh, nikmat itu bersambung dengan rasa syukur dan rasa


syukuritu dapat mempengaruhi penambahan nikmat. Keduanya
beriringandalam satu kurun, maka tidak akan terputus tambahan
nikmat dari Allahhingga rasa syukur terputus dari seorang
hamba. (Ali bin Abi Thalib r.a.)

Pekerjaan lebih banyak daripada waktu. (Hasan al-Banna)

Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Ada yang lekas marah,


lekas tenang dan lekas hilang. Sebagian lambat marah, lambat pula
reda. Sebagian lagi lambat marah tetapi cepat reda. Yang ketiga ini
terpuji. (Imam al-Ghozali)

Orang alim mengukir, sedang orang arif mengilapkannya. (Abdul


Qadir Jailani)

Anda mungkin juga menyukai