Anda di halaman 1dari 3

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA “HUBBUD DUNYA” ( CINTAKAN DUNIA )

Dunia yang sementara ini tidak boleh diagungkan sehingga melupai negeri akhirat kelak.Mengutamakan
dunia semata-semata seolah-olah kita memberi ruang kepada banyak penyakit berbahaya yang akan
memudaratkan kita di akhirat.Sifat kasih serta cinta kepada dunia boleh melemahkan jiwa dan fizikal
dan mempunyai kesan mendalam kepada kehidupan.Hal ini berlaku kerana sifat inilah yang dapat
menghancurkan identiti seseorang individu.

Seperti firman Allah SWT yang bermaksud :

“Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya,nescaya Kami berikan kepada mereka
balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan
dirugikan.Itulah orang yang tidak akan memperoleh apa-apa di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di
akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan”.

( Surah Hud,ayat 15-16 )

Buktinya,kebenaran itu juga pernah diungkapkan dengan kata-kata yang sangat mahsyur daripada
sahabat Baginda SAW bahawa kasih kepada dunia adalah punca segala kejahatan.

Kurang Pendedahan Tentang Ilmu Agama

Manusia ialah makhluk yang sentiasa lalai dan tidak sempurna.Maka tidak hairanlah jika kita lihat
kehidupan manusia pada zaman kini kian musnah dengan munculnya pelbagai teknologi canggih serta
pembangunan ekonomi yang pesat membuatkan mereka berasa lebih selesa dengan keberadaan
mereka di dunia ini.Hal ini berlaku kerana mereka yang kurang dengan pendedahan ilmu agama.Setiap
manusia di dunia ini diwajibkan untuk menuntut ilmu pengetahuan tidak kira dalam apa jua bidang
sekalipun lebuh-lebih lagi dalam ilimu agama.Ilmu agamalah yang dapat menjadikan kehidupan
seseorang itu lebih berhemah serta mempunyai hala tuju kehidupan yang lebih baik dan
sistematik.Sebagai contoh,dengan ilmu agamalah yang dapat menjadikan kita seorang yang berdisiplin
dan menepati masa misalnya dalam beribadah kepada Allah SWT.Ia dapat menyucikan hati kita daripada
melakukan sifat yang buruk dan keji.

Oleh kerana itu,seseorang yang kurang ilmu agaman serta merta akan menjadikan hidupnya tiada
pedoman dan hidup tidak berpaksikan ajaran Tuhan yang Maha Esa.Maka tidak hairanlah jika kita dapat
lihat kehidupan manusia kini terutamanya golongan anak muda gemar membuang masa mereka dengan
kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak dan bermain permainan video,bermain gadjet dan
sebagainya serta faktor ini yang menjadikan mereka lemah dan hanyut dengan hiburan
dunia.Terbuktilah hal ini menjadikan mereka mempunyai sifat “Hubuud Dunya”iaitu cintakan dunia.
Hasad Dengki Hancurkan Umat

Kesatuan umat akan hancur lantaran kecenderungan manusia kepada dunia.Penyakit hasad dengki dan
permusuhan timbul kerana masing-masing mengambil sikap mementingkan diri tanpa memikirkan orang
lain.Bagnda SAW menyenaraikan perpecahan sebagai kesan daripada cinta dunia.

Sabda Baginda SAW : “Berhati-hatilah kamu dengan penyakit umat yang datang kepada umat sebelum
kamu iaitu hasad dengki dan permusuhan.Kedua-duanya akan merosak dan memusnahkan agama.

( Riwayat Ahmad dan Tirmizi )

Kerosakan akan terus berlaku apabila hati manusia sudah tidak dapat dikawal lagi.Kancah peperangan
saudara di bumi umat Islam dapat dilihat sehingga mengorbankan banyak jiwa saudara seagama.Inilah
faktor mengundang kehinaan terhadap umat Islam hingga dianggap pencetus kepada kekacauan
serantau.

Ibnu Taimiyyah menyebut : “Terkadang sifat buruk ini tercetus daripada perasaan tidak puas hati yang
sering bertapak pada diri seseorang dan terkadang ia wujud tanpa disedari.Ia melahirkan sikap benci
dan tidak senang terhadap apa sahaja kebaikanterhadap orang yang tidak disukainya”.

( Kitab Majmu’ Fatawa, Ibnu Taimiyyah )

Penyakit ini adalah penyakit paling lama wujud dalam sejarah kehidupan manusia.Iblis mendapat laknat
dan kemurkaan daripada Allah SWT disebabkannnya dan akhirnya penyakit itu diwarisi kaum muslimin
sehingga hari ini.

Allah SWT juga telah merakamkan mengenai peperangan yang tercetus antara kedatangan Islam.Apabila
datangnya Islam,mereka bersatu dan berkasih saying sehungga mengundang perasaan dengki golongan
Yahudi.Akhirnya,Yahudi kembali berusaha melalui Syas Bin Qais untuk mencetuskan kembali
permusuhan dengan mengungkit sejarah silam.Namun baginda SAW Berjaya memulihkan keadaan
dengan sabda Baginda : “Apakah isu lama telah kembali sedangkan aku berada di sini?Tinggalkan
perkauman.Sekarang kamu semua telah disatukan oleh Islam.”

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Oleh itu,di sinilah letaknya kunci kesatuan umat di mana agama adalah panduan dan formula yang
berkesan bagi merealisasikan kecemerlangan masa lampau.Oleh itu,hendaklah berhati-hati dengan
dunia dan tipu dayanya kerana ia akan membawa penyesalan pada hari kemudian.
Pengaruh Ideologi Barat

Dalam era globalisasi,media merupakan ejen yang paling berpengaruh untuk menyebarkan ideologi,ilmu
pengetahuan,perniagaan dan budaya.Maklumat yang didapati melaui media elektronik adalah terlalu
pantas dan aktif di mana ia memudahkan setiap individu yang memikinya mendapat maklumat dan
sebagainya.Oleh itu,Masyarakat Islam akan mendapat faedah dan kebaikan jika mereka menggunakan
media elektronik sebagai cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,perniagaan dan menyebarkan
ajaran Islam serta budaya yang murni.Persoalannya ialah sejauh manakah umat Islam menjadikan media
elektronik sebagai alat untuk faedah diri,masyarakat dan Negara?

Masyarakat Islam sepatutnya memahami bahawa kemajuan telekomunikasi bukan sahaja boleh
member kesan buruk kepada umat Islam jika bahan media yang sering dibaca dan didedahkan itu
mempunyai unsur-unsur negatif terhadap perkembangan pemikiran dan jiwa.Manusia yang tinggal
dalam Negara yang maju dan membangun mudah terdedah dengan pelbagai maklumat melalui media
elektronik.Mereka merasai bahawa masyarakat dunia berada dalam satu Negara yang terlalu hamper di
antara satu sama lain.Kemudahan telekomunikasi member peluang kepada ahli perniagaan
mempromosikan bahan-bahan perniagaan mereka melalui media elektronik dengan pelbagai iklan dan
sebagainya.Iklan yang sering dipertontonkan oleh media sering menarik perhatian masyarakat tanpa
mengira agama dan bangsa.Bagi umat Islam,tidak kesemua bahan uang diiklan itu sesuai untuk umat
Islam tetapi ramai golongan remaja amat tertarik terhadap bahan iklan tersebut.Misalnya,pakaian yang
mendedahkan tubuh bukan sahaja digemari oleh umat bukan Islam malah ia juga menjadi ikutan ramaja
Islam.

Perkembangan fesyen di Barat amat pantas meresap masuk ke dalam dunia Islam walaupun negara
tersebut mengamalkan sistem yang paling kenservatif.Sebagai contoh,Arab Saudi merupakan Negara
tersebut di mana pelbagai filem Barat yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sudah menjadi bahan
tontonan umum masyarakatnya di rumah.Berhampiran dengan Masjid Madinah,terdapat gedung
pakaian wanita yang sama fesyennya dengan gedung pakaian di London.

Gaya hias wajah dan fesyen pakaian Barat menjadi ikutan remaja Islam kerana pada pemikiran mereka
setiap perkembangan gaya hias wajah dan fesyen daripada Barat adalah sotisfikated walaupun realitinya
adlah janggal dan menjolok mata.Ini menunjukkan bahawa peranan media amat mempengaruhi
pemikiran dan jiwa umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai