Anda di halaman 1dari 2

Hari : Khamis

Tarikh : 8/12/2022
Jam : 2.00 petang.

LAPORAN KEJADIAN

Saya Samani Bin Mashudi ingin membuat laporan kejadian kecederaan terhadap Amirul
Hazim B. Asparizal dari 1 Maju. Kejadian yang menyebabkan kecederaan pada tangan Amirul
Hazim berlaku pada waktu PJ masa pertama dan masa kedua dalam jam antara pukul 8.10
pagi dan pukul 9.30 pagi.
Ketika kejadian, pelajar-pelajar sangat aktif bermain bola baling. Mereka bermain dalam
keadaan padang yang basah waktu pagi. Saya berada di kawasan tempat kejadian dalam
padang permainan dan masih dalam pengawasan saya. Ketika perebutan bola berlaku,
seorang pelajar bernama Hazim (rakan) kepada Amirul sedang mengambil bola dan pada
waktu yang sama Amirul(mangsa) sedang berlari untuk mendapatkan bola yang sama juga
telah bertembung sesama sendiri menyebabkan Amirul jatuh dan menahan tangannya
daripada jatuh ke padang permainan. Pertembungan ini disaksikan oleh rakan-rakan yang
lain. Hasil jatuhan tadi menyebabkan Amirul mengalami kecederaan. Kejatuhan Amirul tidak
melibatkan pelajar-pelajar lain dan kecederaannya kemungkinan disebabkan Amirul dengan
pemberatan badannya menahan dengan menggunakan tangan ke tanah(padang
permainan).
Hasil kejadian itu, Amirul dan rakan-rakannya datang berjumpa saya untuk menceritakan
kejadian sebenar. Tindakan saya, saya telah membawanya ke Klinik Kesihatan Penerok dan
menghubungi keluarga terdekat pelajar dengan dibantu oleh kakak Amirul yang berada di
kelas 3 Maju. Selepas mengisi borang rawatan yang telah ditandatangani oleh pengetua,
saya pun membawa pelajar ke Klinik Kesihatan Penerok. Rawatan yang sepatutnya telah
diberikan oleh pegawai perubatan. Selepas kehadiran ibu Amirul, saya pun menyerahkan
anaknya(Amirul) untuk dibawa pulang.

Beserta ini saya sertakan laporan yang telah dibuat oleh rakan-rakan Amirul ketika kejadian
berlaku tadi.

Laporan di sediakan oleh,

……………………………………………………..
(SAMANI BIN MASHUDI)

Anda mungkin juga menyukai