Anda di halaman 1dari 10

Kata-kata hikmat Tokoh

Kebijaksanaan bukan merupakan produk dari sekolah, tapi dari usaha seumur hidup
untuk mendapatkannya
Albert Einstein

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Joseph Conrad

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya


bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya
John Petitsenn

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah,


maka matilah orang itu
Whittier

Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk
nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya
Saidina Ali

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada
orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat
sukar. Padahal kebahagiaan itu mudah, kerana bermula daripada dirinya sendiri
Said Mustafa

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka


Charles Cahier

Keruntuhan keluarga telah melahirkan generasi yang lemah


Rahmohan Ghandi

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
Richard Brinsley Sheridan

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan
Mognon Me Lauhlin

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah pada kesabaran


Horatius

Jika manusia masih tetap jahat walaupun beragama, bagaimana lagi jika tiada agama?
-Benjamin Franklin

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang


William J. Siegel
Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya
kebijaksanaan atau kemahiran
Flower A. Newhouse

Lombong emas dalam diri kamu ialah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
Abdullah Mansur M.H

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang


Samuel Johnson

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan benteng yang tidak dijaga
Napoleon Bonaparte

Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun
yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa
Goethe

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang
Anonim

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu daripada adab dan
pertanyaannya, bukan daripada jawapan-jawapannya
Voltaire

Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan
pun yang boleh menghentikannya
Voltaire

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menjadi sahabat
sempurna seseorang
Hamka

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
Khalifah Abdul Malik Marwan

Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak
ada satu pun manusia jalang
Aristotle

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya


Khong Hu Cu

Anda mungkin ditipu jika terlalu mempercayai orang tetapi hidup anda akan terseksa jika
tidak mempercayai orang
Frank Crane

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya
dengan perkataan yg mudah
T.S Matthews

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya.
Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi
milik anda
Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah


Lao Tze

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu
kesalahan lagi
Confucius

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia
Richard Brinsley Sheridan

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.Hidup menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup
menerima penderitaan
Harieta Wahab

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang,
melainkan masuk dengan perlahan-lahan dengan mata yang terbuka setelah mengukur
dalamnya
Stahl P.J

Kebahagiaan ialah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa
kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya
Emerson

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya


Marcus Aurelius

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi
jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji
La Roche
Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap
Al-Ghazali Bayruni

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat
Beng Tju

Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh
Albert Einstein

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah
apa-apa yang boleh kamu buat untuk negara
Abraham Lincoln
Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
Hukama

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat
berdiri sebagai suatu bangsa merdeka
Soekarno

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan ialah
penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan
Andre Colin

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak
dapat dikembalikan menjadi tanah
Wahab B Munabin

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu ialah menaruh perasaan malu
akan dirinya terlebih dahulu
Aflatun

Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya tanpa menyimpang
Cecil B. DeMille

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya


Albert Camus

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat


Charles Cahier

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka


Charles Cahier

Semua pencapaian manusia dan kegagalan diterima ialah kesan langsung pemikirannya
James Allen

Menyimpang seinci, rugi seribu batu


Peribahasa Cina

Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat


Benjamin Disraeli

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain


I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik
dalam perbuatannya
Aristotle

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.


Jose Joaquin Olmedo
Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini
sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah
semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat
Joseph Conrad
Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah
Philip Massinger

Kegagalan ialah asas kemenangan


Lao Tze

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah


Lao Tze

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang


Samuel Johnson

Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang
Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
Peribahasa Arab

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan
tindakannya
Confucius

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya


telah melakukan satu kesalahan lagi
Confucius

Ilmu ialah kuasa


Francis Bacan

Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah-tengah lautan,


namun cita-cita manusia tidak pernah hilang
Hamka.

Kepuasan terletak pada usaha


bukan kejayaan
Mahatma Gandhi

Jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul,


maka semua masalah akan dilihat seperti paku
Maslow

Orang yang dilahirkan di dalam kandang kuda,


tidak semestinya akan menjadi kuda
Pepatah Inggeris
SAYIDINA ABU BAKAR

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila merasa ujub kerana suatu perhiasan dunia,
nescaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.

Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan

Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu,
tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan
kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng
maka betulkan aku!”

SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB

Jika tidak kerana takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor
kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.

Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya
dan barang siapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa-apa yang dia kehendaki.

Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas
tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka
genggamkan (matikan) aku untuk-Mu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH

Cukuplah apabila aku berasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah
bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku
cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada
banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa.
Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia
takut selain kepada dosanya.

Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang
tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ

Orang yang bertakwa itu dihalang

Sesungguhnya subahat itu pada yang halal

Kemaafan yang utama itu ialah ketika berkuasa


SUFFIAN AS THAURI

Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara subahat

Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya
seorang itu adalah fakir apabila dia gemar pada dunia

Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat

IMAM AS SYAFIE

Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu

Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi
dengan apa-apa yang ada serta reda dengan keduanya

Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah
kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan

Orang yang berakal itu ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat
mazmumah (sifat keji)

Barangsiapa yang menyukai apabila Allah menutupinya dengan kebaikan maka


hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia

IMAM MALIK

Ilmu itu bukanlah dengan memperbanyak riwayat tetapi ilmu itu ialah cahaya yang Allah
letakkan dalam hati

Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya

Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan
ketakutan

IMAM ABU HANIFAH

Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka
yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar

Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidakku dapati seorangpun yang
mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan
hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa
aman darinya apabila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah
perkara yang besar-besar.

Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim
yang warak
IMAM AHMAD

Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya

SUFFIAN BIN UYAINAH

Dua perkara yang susah sekali untuk diubati ialah meninggalkan loba (tamak) untuk
manusia dan ikhlas beramal untuk Allah

Sesiapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya

Zuhud di dunia itu ialah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati

Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu

Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia
melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia

PENULISAN CEMERLANG 8: KOLEKSI MAKSUD AYAT-AYAT AL-QURANSALAM PENUH CERIA BUAT


ANAK-ANAK DIDIKYANG DIKASIHI, JUA BUAT PENGUNJUNG BLOG INI.KOLEKSI MAKSUD AYAT AL-
QURAN YANG BOLEHDIGUNAKAN DALAM PENULISAN KARANGAN.(PELAJAR-PELAJAR DI SEKOLAH
AGAMA ATAU YANG MENGAMBILMATA PELAJARAN TASAWUR ISLAM, BOLEHLAH
MENGGUNAKANILMU AGAMA YANG DIPELAJARI UNTUK DIAPLIKASIKAN
DALAMPENULISANKARANGAN)

"Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik,diakhirat."(3:148)"Allah
menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya.

Allah MahaMengetahuilagiMahaBijaksana."Dialah yang telah menciptakan bagi kamu pendengaran,


penglihatan danhati, tetapi amat sedikit kamu bersyukur." (Surah al-Mukminun: 78)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa
yang mengikuti langkah-langkah syaitan,maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan
perbuatan yangkejidanmungkar."

"Janganlahtolong-menolongdalamberbuatdosa."

"Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, danberbuat baiklah, kerana
sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuatbaik."(2:195)

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya


Allahbesertaorangyangsabar."(2:153)

"Kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan untuk manusia,menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah dari yang mungkar.
AMANAH

Daripada Anas bin Malik r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,"Tidak sempurna iman bagi
orang yang tidak beramanah dan tidaksempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji.

"Daripada Jabir bin Abdillah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yangbermaksud, "Amanah membawa
rezeki dan khianat membawa kefakiran.

"Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibubapanyalah yang menjadikannya
sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.(RiwayatBukharidanMuslim

SPM-kata-kata hikmah untuk di masukkan di dalam karangan

isu remaja

1. hadis nabi ada menyebut bahawa,anak-anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkanya, sama ada menjadi nasrani atau majusi.(peranan ibu bapa)

2.peliharalah anak-anak mu dan perbaikilah budi pekerti mereka. sesungguhnya anak-anak itu
hadiah allah kepada mu.

3. janganlah diabaikan pesanan ahli filsuf Tao iaitu jika kita mahu hidup setahun tanamlah gandum,
jika kita mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. sekiranya, masa depan remaja tidak
dipelihara, negara akan kehilangan mutira yang paling berharga untuk mengganti pucuk pimpinan
negara.

Amalan Gaya Sihat

1.berdasarkan petikan hadis berbunyi, "jagalah masa sihat kamu sebelum dirimu sakit". jelaslah
disini bahawa kesihatan merupakan aset yang paling bernilai dalam kehidupan manusia.

Perpaduan

1.pada 31 oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan timbalan perdana menteri Britain, John
Prescott menyatakan keinginan Britain untuk mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan
perpaduan dan amalan tolak ansur dalam hal agama.

2.integerasi kaum dan asimilasi budaya hanya dapat dicapai seandainya usaha memupuk perpaduan
kaum dapat di mulakan sejak di bangku sekolah menengah.

3.perayaan-perayaan di malaysia telah membuka dimensi baru dalam mengubah corak integrasi
nasional di negara ini.
4.peribahasa barat ada mengatakan jika kesemua labah-labah bersatu pasti singa sekalipun dapat di
tewaskan.

5. bersatu teguh bercerai roboh.

Jenayah

1.menurut sejarah dunia, empayar rom jatuh disebabkan banyaknya kes pembunuhan, kes rogol,
dan keruntuhan akhlak.

2.hai orang-orang yang beriman , janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan, maka
sesungguhnya syaitan itu menyuruh kamu membuat pekara keji dan jahat.

Berakhlak

1.daripada aisyah r.ha, rasulullah bersabda "sesungguhnya allah menyukai sikap berlemah lembut
dalam semua perkara.

2.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar
mereka adab dan ilmu agama.

Kasih Sayang

1. daripada Abu Musa Al Asyari, rasulullah bersabda yang bermaksud "kaitan antara seorang yang
beriman dengan yanhg lainnya ialah umpama sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama
lain.

2. kasih sayang tidak dapat di beli dengan harta ataupun wang ringgit.

Anda mungkin juga menyukai