Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN/KEBANGSAAN

Bismillahirrahmaanirrahim

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar
Baginda Nabi Muhammas SAW, ke atas keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Allahumma Ya Kareem, Ya ‘Aziz,

Pada hari ini kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami
untuk berhimpun dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan kali ke-60 peringkat Sekolah
Kebangsaan Ng Nansang, bagi menzahirkan kecintaan dan iltizam kami kepada negara tercinta.

Ya Allah, Tuhan yang berkuasa melaksanakan apa yang dikehendaki, jadikanlah hari-hari yang
kami lalui permulaanya hidayah, pertengahannya kemenangan dan di akhiri dengan
kecemerlangan.

Ya Ghaniyyu Ya Hameed,

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat
kemerdekaan yang telah Engkau kurniakan kepada tanah air kami. Justeru, berilah kami
kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan sumbangan bermakna.
Cucurilah rahmat ke atas roh para pejuang kemerdekaan ini atas perjuangan dan keringat pahit
mereka. Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran mendalam ini menjadi titik tolak untuk
kami bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu dalam kalangan kami demi
membangunkan negara dalam menghadapi cabaran masa kini dan akan datang.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tunjukkanlah kepada kami Ya Allah, cara-cara terbaik melaksana serta menghayati


kemerdekaan sesuai dengan ajaran dan perintahMu dan jauhilah kami daripada mengingkari
perintahMu. Kurniakanlah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan , zuriat dan
generasi beriman yang sentiasa cintakan tanahairnya.

Rabbana Atina fid dunya hasanah, wafil aakhirati hasanah waqina ‘azabannar.
Wasallallahu ‘ala sayyidana Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi wasallam. Walhamdulillahi
rabbil ‘alameen.

Anda mungkin juga menyukai