Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA

PIBG UNTUK BILIK MAJALAH SMK SRI ANDALAS, KLANG

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk pertimbangan PIBG bagi meluluskan peruntukan
kewangan untuk menyumbangkan pendingin hawa di Bilik Majalah SMK Sri
Andalas, Klang. Pendingin hawa ini diperlukan kerana keadaan Bilik Majalah
yang baharu ini panas dan ditambah lagi dengan keadaan bilik majalah yang
tertutup.

2.0 LATAR BELAKANG


Bilik Majalah SM Sri Andalas ini merupakan bilik baharu setelah bilik majalah yang
lama telah dipecahkan untuk memperbesar bilik pengawas yang sedia ada. Bilik ini
merupakan tempat untuk menyunting, mengedit, menaip dan menyiapkan kerja-
kerja pembikinan majalah oleh para guru dan pelajar sidang redaksi sekolah
sepanjang tahun. Bilik ini mempunyai satu unit kipas dinding dan kemudahan-
kemudahan seperti computer, mesin Xerox, mesin pencetak, dan lain-lain.

3.0 RASIONAL
Permohonan ini dibuat bertujuan memberikan keselesaan kepada para guru dan
ahli kelab majalah menyiapkan kerja-kerja menyunting, mengedit, menaip dan
menyiapkan kerja-kerja pembikinan majalah kerana kerja-kerja ini mengambil
masa yang lama untuk dibuat.

4.0 MATLAMAT
 Menyediakan ruang kerja yang lebih kondusif dan sesuai kepada para
guru dan ahli kelab untuk menyiapkan tugasan masing-masing dalam
pembikinan majalah sekolah dengan lebih komited dan cemerlang.

5.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK


TUGAS NAMA GURU
PENGERUSI PN KALSOM BINTI PENGETUA
REDZUAN
TIMBALAN PENGERUSI EN AMRAN BIN PK KOKURIKULUM
RAMLAN
NAIB PENEGRUSI 1 PN MUNALIZA BINTI PK PETANG
MOHD SERAN
NAIB PENEGRUSI 2 PN RODIAH BINTI PK PENTADBIRAN
HAMZAH
NAIB PENEGRUSI 3 PN AIDAH BINTI YONG PK HAL EHWAL MURID
SETIAUSAHA WAN SUHAILA BINTI W. AHMAD
AHLI JAWATANKUASA
EDITOR EN NIK ZAHARI BIN NIK MAN
REKABENTUK/GRAFIK PN NOOR HASHIMAH BINTI ZAMRI
PN ROBIZA BINTI ABD AZIZ
BAHASA TAMIL CIK VIYALAMPIKAIA/P RANGANATHAN
BAHASA MELAYU PN KAMARIAH BINTI MD JONED
BAHASA INGGERIS PN FARAH NINI BINTI ZAINAL ABIDIN
BAHASA CINA PN TAN KWEE CHOON

6.0 SASARAN
Semua guru majalah dan AJK kelab majalah.

7.0 LOKASI

Bilik Majalah SMK Sri Andalas, Klang

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEUNIT )

JENAMA UNIT ANGGARAN HARGA (RM)


Acson 1.0 hp 1 UNIT RM 1450.00
** harga termasuk pemasangan dan wiring
Sumber Kewangan : PIBG SMK SRI ANDALAS, KLANG

9.0 PENUTUP
Besar harapan kami agar pihak PIBG dapat memberi sokongan dan bantuan
sepenuhnya untuk menyumbangkan pendingin hawa ini. Lebih-lebih lagi, sumbangan
ini boleh dijadikan token dan pencetus semangat kepada para kru majalah 2017 dan
tahun-tahun seterusnya menyumbang kudrat, idea, dan kepakaran dalam pembikinan
majalah sekolah.

Disediakan oleh :

_____________________
( WAN SUHAILA BINTI W. AHMAD)
Setiausaha Majalah
SMK Sri Andalas, Klang.

Disokong oleh Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :

________________________ ------------------------------------------
( KALSOM BINTI REDZUAN )
Pengetua
SMK Sri Andalas, Klang

Anda mungkin juga menyukai