Anda di halaman 1dari 4

RAKAN BAIKKU

Sahabat,

Di mana pun aku berada,

Kau tetap setia di sisi,

Segala kenangan tetap dalam ingatan,

Itulah janjimu padaku dulu.

Sahabat,

Ketika aku bersedih,

Kau yang menjadi sapu tanganku,

Apabila aku bergembira,

Kau juga turut gembira bersamaku,

Antara kau dan aku,

Tiada rahsia antara kita berdua.

Sahabat,

Aku gembira menjadi rakanmu,

Kau tetap bersamaku,

Jika susah dan senang,

Kau tetap menolongku,

Harapanku,

Semoga persahabatan,

Akan kekal buat selama – lamanya.

Hasil nukilan : Afiq

4 Ikhlas
PANTUN NASIHAT

Burung kenari membuat sarang

Sarangnya cantik di atas pokok,

Kalau tak mahu sakit menyerang

Amalkan hidup tak nak merokok

Abang bersiar ke Litar Sepang

Membawa bersama si adik manja

Kalau ada masa lapang

Jangan dibuang begitu sahaja

Ayah menanam pokok duku

Ibu menanam pokok halia

Mengumpulkan setem, membaca buku

Amalan yang sangat mulia

Pergi ke kedai membeli laksa

Makan di sana ayah belanja

Rugilah diri membuang masa

Kalau asyik bermain sahaja

Nukilan : Viswadewan

4 Ikhlas
TEKA – TEKI

1. Mata apakah yang paling besar di dunia ?


2. Jin apakah yang boleh menyembuhkan penyakit ?
3. Haiwan Apakah yang paling kedekut ?
4. Haiwan apakah yang selalu memakai tudung ?

Jawapan : 1) Matahari

2) Jingsing

3) Kuda

4) Singa

Oleh : Ashraf dan Maisarah

1. Jika tuan bijak bestari buah apakah yang mempunyai rambut ?

2. Pokok apakah yang paling berani ?

3. Apakah yang akan terjadi jika stoking merah dan biru direndam ?

4. Kain apakah yang paling berat ?

Jawapan : 1) Buah rambutan

2) Pokok Pisang

3) stoking tersebut akan basuh apabila direndam

4) kain cap Gajah Duduk


SELOKA SK CONVENT

Orangnya kurus tidak terkira

Mempunyai gaya yang tersendiri,

Mengajar kami ilmu kira – kira,

Itulah dia Cikgu Suhana yang empunya diri.

Ayu wajahnya menambat hati ,

Matanya bulat tidak terperi,

Mendidik umat menjadi insan sejati,

Itulah Ustazah Syeri nama diberi.

Avanza hitam dipacu ke sana sini

Itulah kereta kesayangannya,

Mengajar kami subjek Sains di sini

Itulah CIkgu Azlili namanya.

Wajahnya sentiasa ceria

Mendidik anak – anak menjadi insan dihormati,

Anak – anak pra juga diajar dengan ceria,

Itulah Cikgu Musliyanti.

Hasil Nukilan : Nurfatin Najwa bt Zainudin ( 5 Perdana )

Anda mungkin juga menyukai