Anda di halaman 1dari 8

Memilih Teman

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan


wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada
batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan
terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah
masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala


kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga
mengelakkan dirinya daripada keburukan dan
maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan


muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana
ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan
kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing.
Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan
sekadar suka-suka, tidak membawa kepada
pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar


larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat
nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat
itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa


baginda benci kepada orang yang suka membujang
sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah
saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya
yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga


berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan
sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam
berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada


diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan
hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah
berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada
agama dan berakhlak mulia serta mempastikan
samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-
bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana


kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan
merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana
boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi
kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang
budak perempuan hitam yang pecah
hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana


hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan
hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan
hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang
berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi
rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan
eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa


Rasulullah saw
menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih
calun isteri orang yang beragama serta berakhlak
mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan
membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan
hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah


dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan


bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam
menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan
dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam
menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati
Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,


mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara
ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka


serta
membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa
berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan
keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan


masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan
menyakiti mereka, malah membantu dan
memudahkan mereka dengan apa cara yang
termampu.
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian
suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun
dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga
aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah
suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari


keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim
dan soleh. eseorang wanita yang kuat agama
memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti
tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang


wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang
tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang
hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan
bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah
bererti dia telah mendapat satu ikmat Allah yang
besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang
diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya


bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia
dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang
sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian
dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak
menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam


golongan keluarga yang soleh ini telah jelas
dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh
Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan
baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami
melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga
berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya
tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh


seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita


asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan
hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan
persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan


melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab
otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang
tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya
dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga,
cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat


terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir
nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis


untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:


"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka
itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya
(mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah
meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis


untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan
berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang
soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka


perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci
terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan
anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,


pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai
perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai
anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan
mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini
benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan


teruslah
tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat
bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah
rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil
kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah
saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki
memilih calun isterinya yang ramai anak,
sebagaimana sabda baginda:
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan
banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan
ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari
Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas


umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai
kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang


wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana
bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati
peminang pertama, memecah belah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara,


tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli
saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya
sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis


untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia,
sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu


apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya,
untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada
janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan


seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup
hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu.
Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin


melainkan dengan perempuan yang berzina juga
atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang
berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki
yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang
demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang


jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-
wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik
adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik
adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada


para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada
yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan
muhasabah kepada diri kita kembali apabila
menghadapi masalah dalam rumahtangga dan
mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan
pasangan kita sekarang.

Anda mungkin juga menyukai