Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN PROFESIONAL ( SEBELUM PRAKTIKUM ) Bagi praktikum Fasa 3 ini, yang bermula pada 29 Januari 2012, saya mengharapkan

segala perkara yang berkaitan dengan pedagogi pendidikan dalam diri saya dapat dipertingkatkan lagi. Aspek aspek yang dinyatakan merupakan objektif yang telah saya sasarkan sebelum praktikum selaras dengan kehendak unit praktikum IPG Kampus Sultan Mizan. Banyak yang saya akan belajar melalui sesi praktikum kali ini tidak kiralah dari aspek kaedah pengajaran, teknik, alat bantu mengajar, penampilan saya dan sebagainya. Yang penting semua ini dapat disatukan menjadi satu pengalaman yang sangat berguna untuk saya aplikasikan apabila berada di lapangan nanti. Di samping itu juga, penambahan dari segi ilmu pengetahuan juga saya harapkan berlaku terutamanya dari bidang pendidikan. Hal ini kerana apabila berada di sekolah yang dikelilingi oleh guru guru berpengalaman akan memberi peluang kepada saya untuk menimba sepenuhnya ilmu dan pengalaman mereka untuk dijadikan pedoman pada masa akan datang. Tambahan pula, sesi praktikum kali ini juga, memberi peluang kepada saya untuk membanding bezakan dengan sekolah yang pernah saya pergi sebelum ini, bukan dari segi baik dan buruk tetapi dari segi persekitaran sekolah itu sendiri seperti tahap murid, latar belakang mereka, kemudahan kemudahan di sekolah dan juga cara pengurusan di sekolah ini. Hal ini penting kerana, dari sini saya akan dapat melihat dimana keunikan atau kekuatan di sesebuah sekolah, dan saya juga dapat belajar serba sedikit mengenai aspek pengurusan ini. Secara keseluruhanya, saya mengharapkan praktikum kali kedua ini, akan memberi saya satu pengalaman yang paling bermakna serta dapat menimba pengetahuan yang amat berharga untuk saya jadikan pedoman pada masa akan datang nanti, menjadi seorang guru yang gemilang, cemerlang dan terbilang.

PERNYATAAN PROFESIONAL ( SEMASA PRAKTIKUM )

Bagi praktikum fasa 3, saya telah melaksanakan beberapa aspek yang telah saya fikirkan sebelum praktikum. Aspek aspek yang telah dinyatakan merupak objektif yang telah saya sasarkan sepanjang praktikum selaras dengan kehendak unit praktikum IPG Kampus Sultan Mizan. Aspek yang pertama ialah perkembangan kualiti pembelajaran. Kualiti

pmbelajaran ini akan saya perolehi ketika memulakan fasa praktikum yang pertama dan kedua dengan mengaplikasikan teori serta ilmu pedagogi yang telah saya pelajari ketika berada di IPG Kampus Sultan Mizan. Melalui praktikum, saya dapat mengaplikasikan dengan situasi sebenar ketika berada di alam pekerjaan nanti. Aspek kedua ialah penghasilan produk yang berkualiti. Sepanjang tempoh praktikum, saya diberi tugasan dan tanggungjawab yang sangat penting untuk dilaksanakan. Antaranya ialah penulisan jurnal, laporan atau refleksi bagi proses P&P, penyediaan rancangan pengajaran harian ( RPH ), aktiviti kurikulum dan sebagainya. Oleh itu, produk yang dihasilkan hendaklah berkualiti dan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Walaupun tugasan agak mencabar dengan kuantiti yang agak banyak, saya memastikan semua tugasan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin serta disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aspek yang ketiga ialah peningkatan kualiti dalam pengelolaan serta kawalan kelas. Pengalaman tentang pengawalan kelas telah saya pelajari menerusi 4 fasa pengalaman berasaskan sekolah ( PBS ),. Semasa praktikum ini, saya cuba untuk memperbaiki mutu kawalan kelas agar P&P dapat dijalankan dengan lancar. Peningkatan aspek ini juga saya capai melalui interaksi dengan pihak sekolah dalam mendapatkan maklumat sekolah tentang disiplin pelajar. Aspek keempat ialah kegiatan aktiviti di sekolah. Semasa praktikum ini, saya menjadi lebih peka dengan perjalanan dan pengendalian aktiviti di sekolah agar saya dapat menyertai aktiviti yang dianjurkan dengan baik. Penganjuran aktiviti ini melibatkan

aktiviti sukan, unit beruniform, persatuan serta pertandingan yang disertai oleh pihak sekolah. Penglibatan diri dalam aktiviti ini akan memberikan saya peluang dalam mengenali serta mendapatkan pengalaman sebagai bekalan di alam pekerjaan akan datang. Aspek kelima ialah hubungan sosial. Hubungan sosial ini merangkumi hubungan antara pelajar, guru, staf, ibu bapa dan masyarakat setempat di sekitar sekolah. Hubungan sosial yang dibina berdasarkan interaksi pelbagai pihak ini menjadikan saya lebih yakin untuk berhadapan dengan masyarakat. Hubungan ini saya dapat melalui dengan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti yang dianjurkan di samping bergaul dengan komuniti di sekolah dengan baik. Keenam ialah kekuatan peribadi. Mustahil bagi seorang manusia untuk memiliki sikap positif sahaja. Jadi saya akan cuba untuk mengurangkan sikap negatif yang terdapat dalam diri saya sebanyak yang boleh. Hal ini kerana pengajaran memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang amat tinggi. Sikap ini akan dapat dicapai dengan melatih diri saya supaya konsisten dengan emosi yang stabil dan berfikiran positif. Saya akan memastikan agar saya mempunyai keperibadian elok sepanjang praktikum ini. Ketujuh ialah aspek keterbukaan terhadap kritikan dan fleksibiliti untuk mengubah diri. Sepanjang praktikum, saya dinilai oleh guru serta pensyarah pembimbing. Kritikan dan teguran yang akan diberi merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam memperbaiki kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya kendalikan. Yang terakhir ialah keaslian yang meliputi cabang kreativit dan inovasi. Keaslian ini merujuk kepada penggunaan bahan serta idea-idea adalah hasil daripada saya sendiri yang dibantu oleh perbincangan dan ulasan daripada pihak pihak yang lebih berpengalaman. Saya telah menerapkan aktiviti dalam proses P & P iaitu penggunaan alat bantu mengajar (ABM ) yang lebih efisyen serta teknik dan strategi yang lebih sesuai mengikut tahap dan keadaan pelajar.