Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI GIMNASTIK

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan mempelajari gimnastik di semester ini. Saya berjaya mengikuti kelas yang diadakan dengan jayanya. Pada mulanya,saya merasakan bahawa gimnastik merupakan salah satu aktiviti yang amat sukar kerana sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara langsung dengan aktiviti ini. Namun setelah mencubanya,timbul rasa minat dan kagum untuk mengeksploitasi keupayaan yang ada dalam diri saya. Gimnastik mengajar saya bagaimana untuk diri menghargai kesempurnaan yang telah diberikan oleh maha pencipta. Jujur saya katakan gimnastik merupakan satu cabaran yang besar buat saya. Setiap kali melakukan sesuatu gerakan. Saya memikirkan risiko yang mungkin akan berlaku di hadapan. Yang pasti, risiko yang mungkin berlaku itulah yang membuatkan saya lebih komited untuk mempelajari teknik- teknik yang betul dan sempurna. Setakat ini, saya merasakan bahawa saya masih perlu banyak berlatih bagi mempertajamkan skil dan kemahiran yang diberikan. Saya cukup gembira dan berpuas hati dengan subjek gimnastik kali ini. Oleh kerana itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan- rakan yang banyak membantu sepanjang proses pembelajaran ini. Setiap ilmu yang diperoleh akan saya gunakan untuk kebaikan di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai