Anda di halaman 1dari 8

2.

KEPENTINGAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KONSEP 5P

Pelbagai cara integrasi dilaksanakan sewaktu pengajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan penegasan yang berkesan sangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran murid. Beberapa kaedah mesti diguna pakai dalam proses pengajaran seperti konsep integrasi atau kesepaduan bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan kebangsaan. Oleh itu, konsep bersepadu dalam KBSR membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa, dan pemupukan nilai-nilai murni dilaksanakan secara integrasi dan menyeluruh kerana pendidikan dalam KBSR adalah bagi pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Justeru itu, beberapa konsep mesti ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran KBSR yang mengandung lima aspek, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan, dan penilaian.

PENGGABUNGJ ALINAN

PENILAIAN

PENYERAPAN

KONSEP 5P

PEMULIHAN

PENGAYAAN

13

2.1

PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan ialah salah satu strategi dan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia adalah satu proses penyampian beberapa kemahiran dalam sesuatu pelajaran atau proses mengintegrasikan pelbagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Oleh itu, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran ini. Penggabungjalinan dari segi kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, menyanyi, melukis, bercerita, berlakon, dan sebagainya. Penekanan yang lebih diberikan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran mendengar, dan kemahiran bertutur. Justeru itu, kemahiran-kemahiran asas ini perlu diajar secara menyeluruh dan strategi yang sesuai dilaksanakan ialah aktiviti penggabungjalinan. Namun begitu, proses penggabungjalinan tidak terhad setakat kepada penggabungjalinan kemahiran-kemahiran asas atau bahasa dalam satu-satu mata pelajaran sahaja kerana konsep penggabungjalinan juga meliputi penggabungjalinan pelbagai kemahiran antara mata pelajaran-mata pelajaran seperti

menggabungjalinkan kemahiran bahasa dengan kemahiran bukan bahasa, iaitu kemahiran sains, kemahiran matematik, dan sebagainya. Penggabungjalinan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu pertama penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran. Kemahiran asas atau bahasa, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran seperti kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaran. Ketiga ialah penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum atau penggabungjalinan antara pelbagai kemahiran bahasa dengan beberapa mata pelajaran.

14

Tatabahasa di dalam konsep penggabungjalinan boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran bahasa malahan kosa kata dan peribahasa yang diajarkan perlu digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa seperti melakukan aktiviti lakonan atau perbahasan, membaca teks yang mengandungi kosa kata serta peribahasa, dan sebagainya. Rasional penggabungjalinan ialah strategi ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap pengajaran dan pembelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang digunakan kerana aktiviti penggabungjalinan akan melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna, serta menimbulkan suasana yang lebih berkesan. Selain itu, murid boleh menguasai kemahiran-kemahiran secara bersepadu dan harmoni seperti yang dialami di dalam kehidupan seharian malahan pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuh dan melengkapi antara satu sama lain.

15

2.2

PENYERAPAN

Penyerapan ialah proses menyerapkan dan mengintegrasikan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Isi pelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Murid dapat menyerap ilmu dan sesuatu nilai murni itu secara natural walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang. Salah satu kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kemahiran berfikir dapat diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa seperti mengelaskan, mengumpulkan, dan mengkategorikan, membuat keputusan, mereka cipta, membezakan fakta dengan pendapat, dan lainlain lagi. Alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan, dan peta minda digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh murid. Kemahiran bernilai tambah yang lain seperti kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran masa depan, kemahiran kecerdasan pembelajaran pelbagai, kemahiran juga pembelajaran konstruktivisme, proses kemahiran dan

kontekstual

diserapkan

dalam

pengajaran

pembelajaran dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, pengalaman sedia ada, dan kebolehan murid serta sumber yang ada. Rasional strategi penyerapan ialah murid dapat memperoleh ilmu

pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran malahan murid juga dapat mengintegrasikan pelbagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan berguna dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat dipelbagaikan supaya murid berasa seronok dan tidak berasa cepat bosan.

16

2.3

PENGAYAAN

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mencabar kerana strategi ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan dalam diri mereka. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid mempunyai pelbagai tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, aktiviti pengayaan perlu disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada pada peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah dan sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas kerana aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepas dia telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Murid yang dapat menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam had masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian dengan menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai atau dengan bimbingan guru. Rasional strategi pengayaan ini ialah murid dapat memperluaskan

pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minatnya dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu malahan dapat mengalami suasana pembelajaran yang menarik dan menggembirakan. Strategi ini juga dapat mempercambahkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta, dan bakat individu secara menyeluruh dan bersepadu.

17

2.4

PEMULIHAN

Masalah pembelajaran yang sentiasa dihadapi oleh murid-murid ialah kesukaran menguasai kemahiran asas seperti kemahiran membaca, kemahiran menulis, dan kemahiran mengira. Oleh itu, aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu muridmurid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu di samping hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid-murid. Kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi, dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi perlu digunakan oleh guru dalam membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Aktiviti pemulihan pada peringkat pertama dilaksanakan dalam kelas biasa, iaitu selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dikesan melalui aktiviti penilaian. Aktiviti pemulihan ini selalunya dijalankan selepas sesuatu kemahiran itu telah diajarkan di dalam kelas. Murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan sesuatu kemahiran itu akan melalui aktiviti pemulihan dan bagi yang telah berjaya menguasai kemahiran itu akan diberikan aktiviti pengayaan. Namun begitu, muridmurid yang tidak berjaya dalam program pemulihan yang dijalankan dalam kelas biasa akan dirujuk kepada guru pemulihan. Murid-murid itu pada peringkat ini akan ditempatkan di dalam satu bilik khas dan akan melalui aktiviti pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan itu. Rasional aktiviti pemulihan dilaksanakan kerana aktiviti pemulihan merupakan salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan yang dapat membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Selain itu, murid yang lemah dalam pelajaran semestinya memerlukan perhatian dan bimbingan guru sewaktu sesuatu aktiviti pembelajaran itu dijalankan mahupun sewaktu membuat kerja-kerja bertulis kerana golongan murid ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar, dan cara menyelesaikan masalah yang betul serta tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu, hilang fokus atau perhatian, dan mudah berputus asa kerana semangat mereka yang rendah, kurang cerdas, lambat berfikir, dan bertindak serta mudah lupa sesuatu kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Oleh itu, aktiviti pemulihan perlu disediakan untuk membantu mereka kerana mereka semestinya memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru sama ada secara berindividu atau secara berkumpulan kecil.
18

2.5

PENILAIAN

Penilaian ialah salah satu daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang penting kerana aktiviti ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Aktiviti penilaian akan digunakan untuk menentukan sama ada sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan akan dapat mencapai objektif yang ditentukan atau sebaliknya. Oleh itu, penilaian yang berterusan perlu dilaksanakan. Guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid melalui penilaian yang berterusan, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan Salah satu tujuan penggunaan aktiviti penilaian ialah guru dapat mengumpul maklumat tentang pencapaian murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu dilaksanakan supaya guru itu dapat membuat pentafsiran dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu, guru juga dapat menentukan kekuatan dan kelemahan seseorang murid itu dalam pelajaran sesuatu tajuk melalui pelaksanaan aktiviti ini supaya guru itu dapat membuat pentafsiran dan pemulihan di samping guru itu juga dapat menentukan kesan pengajaran beliau dalam merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan. Aktiviti penilaian dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian bentuk tidak formal kerana penilaian ini meliputi aktiviti mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang telah diajarkan secara individu seperti pemerhatian, bersoal jawab secara lisan, latihan congak, kuiz, dan memeriksa hasil kerja murid dalam kelas atau di rumah supaya dapat membantunya untuk membetulkan kesalahannya dengan serta merta. Penilaian sumatif ialah aktiviti pengujian dan pengukuran atas beberapa unit pembelajaran yang dijalankan biasanya dalam tempoh satu penggal, setengah tahun atau segenap satu tahun. Cara penilaian yang digunakan adalah dalam bentuk formal dengan penggunaan ujian pensel kertas, peperiksaan amali atau bertulis skala kadar, dan senarai semak. Penilaian sumatif ini selalunya digunakan bagi menentukan pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran. Keputusan ujian itu akan digunakan untuk merancang aktivti pengajaran dan pembelajaran,

19

aktiviti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusannya dalam rekod prestasi dan rekod profil serta menempatkan semula kedudukan murid dalam kumpulan yang sesuai. Tiga jenis penilaian di bawah program KBSR adalah yang pertama penilaian mengesan penguasaan yang dijalankan semasa guru mengajar di dalam kelas yang bertujuan bagi mengesan kelemahan penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran yang sedang diajarkan supaya kelemahan itu dapat dibetulkan dengan serta merta. Kedua ialah penilaian mengesan kemajuan, iaitu penilaian yang dijalankan selepas beberapa kemahiran dalam sesuatu tajuk telah selesai diajarkan yang bertujuan bagi mengesan kemajuan murid tentang kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya dapat menentukan murid yang memerlukan aktiviti pengayaan atau pemulihan. Ketiga ialah penilaian mengesan pencapaian yang dilaksanakan selepas guru itu telah mengajar beberapa tajuk pelajaran dalam tempoh satu penggal. Tujuannya adalah bagi mengesan pencapaian murid dalam beberapa topik pelajaran dan bagi menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.

20

Anda mungkin juga menyukai