Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI IFFA NAJWA BINTI AB.

RAHIM 900119-43-5014 PISMP PK1

Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus pendek(KKP) ini. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan refleksi sepanjang penglibatan saya dalam menyiapkan tugasan ini.

PISMP PK1 telah mendapat tugasan PKB 3110 oleh pensyarah iaitu Cik Fauziah bt Hj. Yahya. Beliau telah memberikan penerangan tentang segala tugasan ini. Beliau telah menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan dari awal hingga akhir. Sewaktu penerangan berjalan, berlaku sedikit kekeliruan diantara pemahaman kami semua, iaitu terdapat percanggahan pemahaman terjadi. Pada waktu itu saya berasa keliru dan takut untuk memulakan tugasan ini kerana takut tersalah tafsir. Tetapi atas kesungguhan dan bimbingan dari pensyarah kami, kami semua dapat memahami

dengan jelas segala kehendak soalan. Selain itu, pensyarah pembimbing turut memberikan tunjuk ajar yang berkesan di dalam kelas. Bimbingan dari beliau telah menaikkan semangat untuk melaksanakan tugasan dengan baik.

Pada waktu ini, kami semua telah disuruh untuk melakukan kerja tugasan ini secara berpasangan. Kami telah memilih untuk melaksanakannya secara berdua. Saya telah melaksanakan tugasan ini bersama Fadhilah binti Othman. Kami satu unit telah membuat pertukaran-pertukaran ahli kumpulan. Hal demikian untuk membiarkan semua dapat berkerjasama tanpa mementingkan dan memilih rakan-rakan yang rapat sahaja. Ini menunjukkan tiada istilah memilih rakan di dalam kerja berkumpulan ini dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi perhubungan sesama rakan sekelas. . Terlebih dahulu, saya dan rakan telah mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Banyak maklumat yang dapat dicari. Pada waktu itu kami semua saling

bantu-membantu dalam mencari maklumat ini. Sikap tolong-menolong dan boleh bekerjasama memberi kesan yang positif dan memudahkan segala pencarian atau menyelesaikan masalah.

Selain itu, saya juga telah mencari maklumat melalui kemudahan internet. Kesukaran sedikit dapat dirasa disitu, apabila di asrama tiada kemudahan wireless disediakan. Jadi saya telah membuat inisiatif untuk meminjam moderm dari rakanrakan di bilik lain. Rakan-rakan yang memahami dan boleh bekerjasama memudahkan pencarian saya. Selain itu, saya juga telah meminjam buku-buku yang berkaitan dengan tugasan ini dari pelajar-pelajar yang lebih senior dari saya. Perhubungan yang baik diantara senior dan junior lebih memudahkan saya bertanya dan meminjam bukubuku yang diperlukan. Ini menunjukkan perhubungan yang baik di antara sesama jiran-jiran di asrama penting untuk memudahkan pencarian maklumat.

Pada semester ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan akan menjalani praktikum. Ooleh itu, di dalam tugasan ini juga meminta kami semua untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian(RPH). Kami semua juga diminta untuk menjalankan pengajaran mikro di dalam kelas. Bagi saya ia merupakan cara yang bagus untuk memberi peluang kepada semua guru pelatih melatih diri untuk mengajar. Peluang yang diberikan, dapat kami gunakan dengan sebaik mungkin.

Disebabkan mendapat kerjasama daripada semua pihak, tugasan ini dapat disiapkan awal sebelum tarikh menghantarnya. Saya berharap agar dapat melakukan tugasan yang seterusnya dengan mendapat kerjasama seperti sekarang. Segala kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan dan memudahkan segala tugasan yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai