Anda di halaman 1dari 7

Amali : 1 Lawatan ke stor sukan dan kemudahan sukan (padang dan gelanggang) dan sediakan satu laporan dalam

aspek seperti berikut : Inventory (KEW PA 312/314/314A) Prosedur keluar masuk alatan sukan Keselamatan dan kemudahan sukan dan alatan Susunan alatan * Lain-lain yang difikirkan perlu.

Berikan ulasan ringkas mengenai kekuatan dan kelemahan. Cadangan penambahbaikan yang sesuai. Rumusan.

Tarikh Hari Masa Tempat

: 11 Januari 2012 : Rabu : 3.30 petang : Stor Sukan IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan.

Setelah membuat lawatan ke stor sukan IPG Kampus Raja Melewar, saya dapat memerhatikan terdapat banyak kekuatan yang ada dalam pengurusan stor sukan di IPG ini. Susun atur alatan yang sangat baik memudahkan keluar masuk alatan tersebut. Ruang yang sempit juga digunakan dengan sepenuhnya hasil susun atur rak-rak dan perabot yang strategik. Pencahayaan yang baik seperti membuka lampu dan sedikit sahaja cahaya dari luar yang masuk. Ini dapat memastikan alatan boleh digunakan pada jangka masa yang panjang. Susunan alatan juga selamat, yang mana alatan tajam disusun di dalam rak yang boleh menghalang alatan tersebut daripada jatuh dan mencederakan. Manakala alatan yang berat pula diletakkan dibahagian bawah rak. Alatan yang besar dan ringan seperti bola gym diletakkan di bahagian yang paling atas rak kerana dapat menjimatkan ruang.

Keselamatan alatan sukan daripada hilang atau dicuri dapat dicegah dengan adanya prosedur keluar masuk alatan, stor yang tertutup dan dipasangkan gril. Stor ini juga ada papan kenyataan yang mempunyai input-input penting seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Misi, Visi dan Objektif Kampus, piagam pelanggan, jadual pengguanaan bilik kuliah, senarai inventori, peraturan pinjaman alatan, dan sebagainya. Input-input sebegini dapat membantu pelajar mahupun pensyarah untuk mendapat maklumat mengenai stor sukan dan alatannya. Perletakan papan kenyataan di sebelah kiri pintu masuk sangat sesuai kerana mudah dilihat dan di baca. Terdapat sedikit kelemahan yang ada dalam stor sukan seperti list alatan tidak sama dengan alatan tersebut. Mungkin penggunaan list yang mudah dilekatkan dan mudah dialihkan boleh menyelesaikan masalah ini. Penambahan Peraturan stor sukan perlu dipamerkan agar pelajar atau pensyarah dapat mengetahui apa yang tidak boleh dilakukan di dalam stor tersebut. Bagi memudahkan pencarian alatan, plan kedudukan alatan boleh dibuat dan ditampal di tempat yang mudah dilihat. Ini dapat menjimatkan masa pencarian alatan sukan dan dapat mengurangkan kekalutan semasa berada di dalam stor sukan.

Laporan disediakan oleh:

................................................... (SITI FATIMAH BT KAMARUDIN)

LAPORAN PENGURUSAN STOR SUKAN

Tarikh Masa Tempat

: 13 Januari 2012 : 11.30 pagi : Stor Sukan Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

Stor sukan merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Berdasarkan maklumat di atas, saya telah membuat pemerhatian terhadap stor sukan ini. Melalui pemerhatian yang dijalankan, saya mendapati penyelenggaraan stor sukan di sini berada pada tahap yang cemerlang. Hal ini adalah kerana pelbagai aspek dalam penyelenggaraan stor sukan telah dilaksanakan dengan baik. Antara aspek yang saya perhatikan adalah aspek ruang. Ruang stor sukan ini mampu menyimpan dan menampung keperluan alatan di samping tidak

merosakkannya. Ruang pergerakan yang dibuat juga sesuai dengan saiz stor sukan. Selain itu, rak yang dibina dan ditempatkan mampu mengoptimumkan ruang penyimpanan pelbagai peralatan dan bersesuaian dengan saiz barang yang hendak disusun. Ianya akan memudahkan proses menyimpan dan mengambil barang. Tambahan pula, aspek keselamatan dapat dilihat dalam penyusunan peralatan sukan. Peralatan yang berat ditempatkan di bahagian bawah manakala peralatan yang ringan ditempatkan di bahagian atas. Hal ini bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang kerosakan dan kecederaan sekiranya peralatan di bahagian atas terjatuh. Selain itu, alatan sukan yang tajam seperti lembing disusun dalam posisi yang betul iaitu secara menegak. Stor sukan juga dilihat sentiasa kemas dan teratur justeru memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak apaapa yang boleh menyebabkan kecederaan kepada kita. Terdapat juga raga besar beroda bagi memudahkan pemindahan atau peminjaman barang secara pukal. Langkah-langkah keselamatan ini amat penting bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Lokasi bagi stor sukan ini pula sangat sesuai kerana ianya berada berhampiran dengan padang. Hal ini dapat bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses

menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani. Tingkap stor sukan ini berada dikedudukan yang tinggi dan tidak terlalu besar. Sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tidak tahan panas akan rosak. Bagi aspek pengudaraan pula, terdapat tingkap kecil di dalam stor sukan ini. Selain itu terdapat juga kipas kecil yang berfungsi mengeluarkan angin dari dalam stor ke luar yang diletakkan di bahagian atas pintu. Justeru dapat menghasilkan pengudaraan yang baik. Beberapa buah kipas juga telah dipasang dalam stor sukan ini. Peredaran udara perlu bagi memastikan barang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor sukan. Bagi aspek pencahayaan pula, stor pj ini dilengkapi dengan beberapa lampu kalimantan. Tambahan pula, penggunaan lantai marmar yang cerah dan licin membantu lagi pencahayaan di dalam stor sukan ini. Pencahayaan yang baik penting bagi mengelakkan dari berlakunya kecederaan atau kesilapan dalam pengambilan alatan sukan. Saiz pintu juga tidak boleh diabaikan. Ianya akan memudahkan keluar masuk peralatan sukan terutamanya alatan yang bersaiz besar seperti bola gym. Stor sukan ini memiliki dua pintu. Selain itu juga, pintu masuk/keluar stor ini dilengkapi dengan alatan keselamatan iaitu pintu grill dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah. Sistem pinjaman peralatan pula dilaksanakan dengan amat baik. Sebelum meminjam peralatan sukan, guru pelatih yang ingin menggunakan peralatan tersebut diwajibkan menulis rekod peralatan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman peralatan yang telah disediakan. Setelah siap menggunakan peralatan tersebut, peminjam diminta menandatangani pengakuan pemulangan alatan tersebut di dalam buku rekod yang sama. Nama bagi setiap peralatan ditulis di tempat peralatan-pealatan tersebut. Hal ini bagi memudahkan peminjaman dilakukan lantas dapat mengelakkan kesilapan atau kekeliruan peminjaman peralatan berlaku.

Untuk memastikan urusan pihak pengurusan stor sukan ini berjalan lancar, terdapat papan kenyataan bercermin di sebelah kiri pintu masuk. Pelbagai maklumatmaklumat penting seperti piagam pelanggan, jadual penggunaan bilik kuliah, senarai inventori, peraturan pinjaman alatan dan sebagainya telah ditampal. Maklumatmaklumat ini dapat membantu memudahkan para guru pelatih mahupun pensyarah untuk mendapatkan maklumat ataupun meminjam peralatan sukan. Boleh dikatakan kemudahan sukan yang disediakan di kampus ini diselenggara dengan baik. Gelanggang permainan dan padang terbuka kepada semua dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Terdapat tiga buah padang yang lazimnya digunakan untuk pemainan bola baling, bola sepak dan ragbi. Tiga buah padang ini membolehkan banyak sukan dimainkan dalam satu masa. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang dapat saya lihat antaranya adalah mengenai dewan yang menempatkan gelanggang skuasy.

Gelanggang ini telah digunakan sebagai stor sementara. Terdapat beberapa alatan sukan telah ditempatkan di sini. Justeru, adalah amat baik jika pihak pengurusan dapat membuat

penambahbaikan seperti menempatkan kembali alatan-alatan sukan di gelanggang skuasy ke stor sukan. Hal ini penting bagi memastikan alatan-alatan sukan tersebut tidak rosak dan mampu digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Rajah 1.1 menunjukkan plan Stor Sukan Institut Perguruan Raja Melewar. Kesimpulannya, stor sukan hendaklah di susun dengan kemas dan teratur agar ianya akan memudahkan semua pihak untuk menggunakan peralatan pendidikan jasmani. Oleh itu penyelenggaraan sebuah stor sukan memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, pensyarah dan guru pelatih. Sekian.

PETUNJUK : P.K = PAPAN KENYATAAN M.K = MEJA KOMPUTER R.F = RAK FAIL
P.K

RAK

MEJA MEJA

RAK ALATAN

RAK ALATAN

RAK ALATAN

R.F
M.K

R.F

Rajah 1.1 Stor Sukan

RAK ALATAN

Laporan disediakan oleh:

.............................................. (ANA AFINA @ MAK CIK SU)

Anda mungkin juga menyukai