Anda di halaman 1dari 9

SUBJEK :

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ISLAM


PPPY 1232

TAJUK :
SHURA DALAM KEPIMPINAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

A135926 MOHD SABREE BIN NASRI

A137144 MOHD AIDIL BIN MD JELAS


DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ IDERIS BIN ENDUT

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
JABATAN SYARIAH
2011/2012


1.0 PENDAHULUAN

Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah shura. Makna
shura ialah seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan-persoalan yang
memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Karana pendapat dua orang atau lebih
dalam jamaah itu dianggap lebih mendekati kebenaran daripada pendapat seorang saja.
Sebagaimana mushawarah dalam suatu urusan itu dapat membuka pintu kesulitan dan
memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai sudut, sesuai dengan perbezaan
perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta tingkat pengetahuan mereka.
Dengan demikian, maka keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan persepsi yang
sempurna dan berdasarkan keputusan yang menyeluruh.

















2.0 KONSEP SHURA

Perkataan shura adalah kata nama dari perkataan al-Mushawaratun atau
Watashawurun bererti mengutarakan pendapat.
1
Untuk memahami pengertian syura dengan
lebih jelas adalah perlu mengetahui perkataan shara. Shara-Yasyuru dan shawrun
bererti; ia mengemukakan atau menunjukkan sesuatu. Orang Arab berkata, Sharat al-
Dabbatu Washawratuha bererti ia mempamerkan lebah untuk jualan.
2

Perkataan Shawarahu-Mushawaratun dan Ishtisharahu membawa pengertian
yang sama iaitu berbincang, mesyuarat, dan perundingan serta bertukar fikiran untuk
mengetahui pendapatnya.
3
Berdasarkan pengertian syura ini, jelaslah bahawa pada asasnya
syura membawa madu daripada sarangnya atau di mana-mana tempat lebah membuat sarang
seperti di celah-celah batu.
4
Hal ini bermaksud penyaringan madu iaitu menyaringkan madu
dari sarangnya.
Pengertian shura dari segi istilah ialah permesyuaratan dalam segala hal berkaitan
dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
5
Menurut Abu Ali
al-Tarbasi mengatakan shura adalah perbincangan untuk mendapatkan kebenaran.
6
Al-
Asfahani menyatakan syura ialah merumuskan pendapat melalui perbincangan. Ibn al-Arabi
mendefinasikan shura adalah permusyawaratan untuk mencari pendapat atau nasihat dalam
mencari kepastian. Namun dalam pengertian yang lebih luas dalam bahasa Arab, perkataan
shura bererti perbincangan atau rundingan bertujuan untuk mengetahui berbagai buah fikiran
untuk mendapat pencapaian suatu rumusan.
Para cendiakawan Islam masa kini seperti Abd Rahman Abd al-Khaliq, Qahtan Abd
Rahman al-Duri memberi pengertian bahawa syura adalah bertujuan untuk menilai pendapat-
pendapat orang yang berpengalaman dalam bidang tertentu agar dapat menunjukkan kepada
kedudukan yang baik dan hampir dengan kebenaran.
7


1
Majma al-Lughah al-Arabiyyah, Mujam Alfad al-Quran al-Karim; 1970, Jilid 2, hlm 40
2
Ibn Manzur, Lisan al-Arabi; 1965, Jilid 6, hlm 103-106
3
Loius Maluf, Al-Munjid Fi al-Lughah Wa al-Ilam, al Maktabah al-Syarqiyah Beirut; 1986, hlm 407
4
Lukman Thaib, Dr, Syura & Aplikasinya Dalam Sistem Pemerintahan Masa Kini. Penerbit Elman; 1995, hlm 24
5
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr, Ideris Endut, Dr, Anuar Puteh, Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Pusat
Kembangan Pendidikan; 2008, hlm 51-52
6
Abu Ali Amin al-Din al-Fadl Hassan al-Tarbasi, Jami al-Bayan Fi Tafsir al-Quran, Tabah al-Maarif al-
Islamiyyah, Jilid 9;(t:th), hlm 33
7
Abd al-Rahman, Abd al-Khaliq, Al-Shura Fi Zilli Nizam al-Hukm al-Islam, Dar al-Salafiyyah; 1975, hlm 14
3.0 DALIL SHURA

Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas
kewajipan bershura, antanya ialah:

Al-Quran:

E): lOE;O4O =}g)` *.- =eLg _ W O4
=e47 E^O)UEN UU^- W-OO_E^+ ;}g`
ElgOEO W -;N gu+4N Og^4-c-4
+O -OjE-4 O) jO- W -O)
=e^`=G4N -4O4- O>4N *.- _ Ep) -.- OUg47
4-)-g4O4-^- ^)_

maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai
Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan
pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari
kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan
mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau
telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.
8



Al-Sunnah:



Sesiapa yang membaiah seserang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-
orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang
memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
9



8
Al-Quran, Al-Imran(3):159
9
Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad Ibn Ali, Sharh fath al-Bari, Juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiah; 1989, hlm 144

4.0 HUKUM PELAKSANAAN SHURA

Shura adalah salah satu prinsip asas pemerintahan dalam negara Islam, di samping itu ia juga
merupakan satu suruhan Allah yang terkandung dalam al-Quran yang diturunkan kepada
Rasulullah SAW kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Sebahagian besar ulama fiqh berpendapat, pemerintah wajib menjalankan
mushawarah dengan rakyat tentang urusan awam. Jika ia mengabaikan kewajipan tersebut,
rakyat berhak menuntut supaya ia melaksanakannya. Selain itu, rakyat hendaklah
menyuarakan pendapat mereka tentang perkara yang berkaitan dengan urusan mereka
walaupun tidak diperintahkan berbuat demikian.
10
Ketika Rasulullah SAW ditanya tentang
syurga, baginda menjawab, setiap urusan penting mestilah diputuskan secara musyawarah,
seperti Rasulullah SAW bersabda:

Perkara itu janganlah diputuskan oleh seorang sahaja atau janganlah berdasarkan satu
pendapat sahaja

Namun demikian, sesetengah ulama berpendapat bahawa amalan tersebut hanyalah
sunat. Oleh sebab itu, pendapat ulama fiqh tentang pelaksanaan shura terhad kepada dua
alternatif sahaja, iaitu sama ada wajib ataupun sunat.
Abu Bakr al-Jassas, Fakr al-Din al-Razi, Ibn Taimiyyah, Muhammad Abduh dan
Muhammad Rasyid Redha berpendapat bahawa melaksanakan shura merupakan satu
kewajipan. Sepertiana dalam firman Allah SWT:

E7g 7E4OEOO- geOgg O4C OUuE`
^@g
lalu dikumpulkanlah Ahli-ahli sihir itu pada satu masa Yang ditentukan, pada hari
(perayaan) Yang termaklum.
11


10
Abd al-Qadir al-Audah, Al-Islam Wa Awdhauna al-Siyasiyah, Dar Ihya al-Turath al-Arab; 1967, hlm 120
11
Al-Quran, Asy-Syura(42):38

5.0 PERANAN MAJLIS SHURA

Melakukan pemilihan ketua negara:

Shura amat penting dalam melakukan pemilihan ketua dalam sesebuah negara Islam.
Oleh yang demikian, menurut Ahl-Sunnah wa al-Jamaah, tidak ada nas yang sah
menghuraikan tentang cara perlantikannya. Tetapi terdapat beberapa peristiwa sejarah Islam
selepas kewafatan Rasulullah SAW yang boleh menjadi panduan bagi lantikan seorang ketua
Negara seperti perlantikan Abu Bakar dan Khulafa al-Rasyidin yang lain serta perlantikan
para pembesar di zaman selepasnya khasnya pada zaman Umayyah dan Abbasiah.
12

Oleh yang demikian, pemilihan ketua negara dilakukan oleh golongan ahl al-hall wa
al-
c
aqd iaitu orang orang yang bertindak sebagai wakil umat untuk menyuarakan hati nurani
mereka bagi melantik ketua negara. Mereka ini dilantik oleh pemerintah. Para ulama
berpendapat tentang keperluan ahl al-hall wa al-
c
aqd memilih pemimpin berdasarkan
beberapa syarat iaitu adil, berilmu, daya pemikiran yang tinggi dan bijaksana.
13
Pemilihan
pemimpin perlu sepertimana hadis Rasulullah:
Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-
orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang dibaiah dan orang yang
memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh
14


Mendekatkan rakyat dengan pemerintah:

Ianya tidak tertakluk kepada keputusan pemerintah sahaja apabila dibuat keputusan
dalam sesuatu musyawarah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-
orang bawahan termasuklah rakyat jelata. Bukan golongan pemerintah sahaja yang

12
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr, Ideris Endut, Dr, Anuar Puteh, Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Pusat
Kembangan Pendidikan; 2008, hlm 55
13
Raghib Al-Surjani, 2010, Al-Shura Fil al-Islamiyy Mafhumuha Wa Ahammiyatuha,
http://islamstory.com/ar/- -- [16 MEI 2010]
14
Ibn Hajar al-Asqalani, Ahmad Ibn Ali, Sharh fath al-Bari, Juz 2, Dar al-Kutub al-Ilmiah; 1989, hlm 144
menghadiri syura, tetapi turut diikuti oleh golongan lain seperti ahli akademik, perniagaan
dan sebagainya.
Kekuatan shura terletak pada kenyataan bahawa mushawarah membawa masyarakat
lebih dekat antara satu sama lain dan memberi kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan
pandangan tentang permasalahan yang menyangkut masyarakat umum. Hal ini juga akan
menyebabkan wujudnya keharmonian dalam soal bernegara.
15


Menegakkan dan menyebarkan agama Islam:

Pemerintahan Islam iaitu negara-negara yang cuba menegakkan sistem pemerintahan
Islam berasaskan shura.
16
Syura berperanan dalam menegakkan agama Islam ke setiap
pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana itulah Islam memberi
penekanan yang amat besar terhadap konsep shura, khususnya dalam mengendalikan urusan
duniawi yang mesti ditegakkan dengan agama. Dengan berlangsungnya shura, ia memberi
hak kepada manusia untuk berfikir daqn menggunakan kebijaksanaan mereka terhadap
sesuatu perkara yang bersangkutan dengan hal-hal agama. Apabila sesuatu keputusan telah
diputuskan terhadap sesuatu perkara, ianya perlulah disebarkan kepada orang lain. Ini bererti
orang yang mengetahui akan menyampaikan maklumat kepada mereka yang kurang
mengetahui tentang sesuatu ilmu.
Dengan wujudnya shura, ia juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari lembah
dosa, terutamanya dalam melaksanakan sesuatu hukum. Hal ini dibimbangi akan dipengaruhi
oleh faktor-faktor luar. Mereka perlu mendengar pandangan bawahan sebelum membuat
keputusan yang tepat. Sebagai contohnya, Rasulullah selalu bersikap terbuka dan mendengar
buah fikiran pengikut dengan mengamalkan prinsip shura dalam pengurusan dan pembuatan
keputusan.
17



15
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr, Ideris Endut, Dr, Anuar Puteh, Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Pusat
Kembangan Pendidikan; 2008, hlm 56
16
Khairol Azli Mohamad, Sistem Pengurusan Islam Vs Pengurusan Konvensional, http://pangurusan-
islam.tripod.com/sistem_pengurusan_islam.htm (t.th)
17
Suraiya Ishak, 2011, Model Kepimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad SAW, Jurnal Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia 3(2): 23-44
Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam:

Dalam kepimpinan Islam, penasihat merupakan elemen penting yang mesti wujud,
yang mana ia berperanan sebagai jurupandu sesuatu kepimpinan. Oleh hal yang demikian,
salah satu penasihat yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan ialah
shura. Shura dianggap memainkan peranan penting kerana darinya segala keputusan yang
dibuat akan diteliti terlebih dahulu melalui perbincangan bersama. Maka apabila sesuatu
keputusan telah dibuat, tidak akan lahir penentangan terhadap sesuatu usul yang hendak
dilaksanakan kelak. Ini adalah kerana keputusan itu dicapai oleh semua ahli dengan melihat
segala sudut aspek berkaitan dengannya.
Oleh itu, shura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh
seseorang pemimpin dalam kepimpinannya. Lebih jauh daripada itu, shura bukan sahaja
dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam pentadbiran, malah sebagai medan
perbincangan strategi dan pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam.
18
Sebagai
contohnya, Majlis Syura Ulama PAS memainkan peranan penting sebagai badan penasihat
dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan dengan isu-isu semasa.
19


Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan:

Sebagaimana diketahui, shura merupakan satu konsep permesyuaratan yang
melibatkan penyertaan ramai ahli yang mana masing-masing berhak menyuarakan atau
mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan. Proses shura berlangsung dalam keadaan
aman, masing-masing saling menghormati pandangan antara satu sama lain. Oleh yang
demikian, secara tidak langsung shura Berjaya membentuk akhlak mulia kalangan ahli majlis
shura di dalam sesuatu kepimpinan. Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan
mereka berfikiran terbuka, menghormati pendapat orang lain, berpandangan positif terhadap
kritikan, tidak menyakiti hati orang lain sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan dan

18
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr, Ideris Endut, Dr, Anuar Puteh, Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Pusat
Kembangan Pendidikan; 2008, hlm 57
19
Badlihisham Mohd Nasir & Napisah Karimah Ismail, 2011, Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam
Organisasi Parti Islam Semalaysia (Pas), Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu
Transformasi Negara, hlm 116
sebagainya. Dengan lahirnya nilai-nilai murni ini, maka sebuah kepimpinan dapat
dilaksanakan dengan penuh berkesan.
20

Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sentiasa bersifat terbuka dan
mendengar pendapat dan pandangan para sahabat dengan mengamalkan prinsip shura.
Disamping itu, baginda juga didapati seorang yang lemah lembut terhadap orang lain. Ini
bermaksud Rasulullah sentiasa bersikap ramah terhadap orang lain sama ada perkataan dan
perbuatan, peka dan menjaga emosi orang lain dan tidak suka menyusahkan pengikutnya.
Perkara ini perlu dicontohi dan ini terbukti apabila adanya shura dapat membentuk akhlak
yang mulia dalam kepimpinan.
21









20
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dr, Ideris Endut, Dr, Anuar Puteh, Kepimpinan dan Pengurusan Islam, Pusat
Kembangan Pendidikan; 2008, hlm 57
21
Suraiya Ishak, 2011, Model Kepimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad SAW, Jurnal Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia 3(2): 23-44

Anda mungkin juga menyukai