Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2012

PENGENALAN Pertandingan bola jaring suaian Pendidikan Khas Daerah Segamat 2012 ini adalah bertujuan untuk mendidik, mengembangkan potensi selain memupuk budaya aktif serta cergas dan secara tidak langsung menggalakkan lagi muridmurid pendidikan khas bergiat aktif dalam aktiviti di luar bilik darjah.

RASIONAL Kejohanan ini diharapkan akan memberikan pendidikan secara langsung dan tidak langsung elemen pendidikan menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani emosi dan sosial kerana bersukan adalah satu aktiviti pembelajaran menyeluruh yang melibatkan pelbagai elemen dalam satu masa. Bersesuaian dengan pembelajaran secara pengalamian, murid-murid yang menyertai kejohanan ini akan mempelajari pelbagai aspek penting dalam sukan terutama persaingan secara sihat sesama mereka untuk menjadi juara di kejohanan ini.

MATLAMAT Salah satu usaha dan cara bagi mencungkil bakat dan potensi diri para pelajar berkeperluan khas khususnya dalam permainan bola jaring mengikut kesesuaian serta tahap keupayaan pelajar. OBJEKTIF KEJOHANAN 1. Pendedahan secara berperingkat kepada pelajar terhadap teknik asas dan kemahiran permainan bola jaring. 2. Mencungkil dan mengasah bakat selain mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam permainan bola jaring. 3. Melahirkan pemain bola jaring untuk mewakili daerah ke peringkat negeri dan yang lebih tinggi.

CADANGAN AKTIVITI 1. Tarikh : 23 Mei 2012 ( Rabu ) 2. Masa : 8.00 am 2.00pm 3. Tempat : padang, SMK Gemereh, Segamat.

TENTATIF KEJOHANAN

MASA 8.00 am 8.30 am 9.00 am : : : : 1.00 pm : Pendaftaran peserta

TENTATIF

Taklimat pertandingan / taklimat pengadil Pertandingan bola jaring suaian

Majlis penyampaian hadiah dan penutup kejohanan

SASARAN Kejohanan ini mensasarkan penyertaan dikalangan murid-murid pendidikan khas daerah Segamat yang bersekolah di Program Integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran peringkat menengah dan rendah. SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN 1. Terbuka kepada murid pendidikan khas (perempuan) bermasalah pembelajaran , bermasalah pendengaran dan down syndrome (terbuka) sekolah-sekolah daerah Segamat. 2. Pertandingan terbahagi kepada 4 kategori : a. Bermasalah pembelajaran ( senior dan junior ) b. Bermasalah pendengaran ( terbuka ) c. down syndrome ( terbuka ) 3. Setiap peserta dikehendaki memakainombor peserta berdasarkan peruntukan nombor peringkat daerah.

4. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan sebelum dan tepat pada masa yang telah ditetapkan. 5. Boring penyertaan hendaklah diserahkan @ difaks kepada pihak pengelola pada hari jumaat ( 18 Mei 2012 ) selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengahari.

PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN. (rujuk lampiran 1) BORANG PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN

JAWATANKUASA ( rujuk lampiran 2)

BIDANG TUGAS (rujuk lampiran 3 )

BELANJAWAN Sumber kewangan bagi pertandingan bola jaring suaian pendidikan khas ini adalah dari Majlis Pemuafakatan Pendidikan Khas, wang pendaftaran dan sumbangan. PENUTUP Kejayaan pertandingan bola jaring suaian ini bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua pihak. Semoga kejohanan yang dirancang ini akan berjaya dilaksanakan mengikut perancangan serta mencapai objektif dan matlamatnya

Disediakan oleh ( SURIATI BINTI ALI ) Penyelaras, Pend.Khas SMK Gemereh

Disahkan oleh ( PN. RUKIAH BINTI AL-HAJI


ABDUL RAZAK )

Pengetua, SMK Gemereh

( Lampiran 1) PERATURAN AM PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN. MAJLIS KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS JOHOR.
1. PERINGKAT 1 ( kemahiran asas bola jaring ) 1.1. Peringkat ini melibatkan semua kategori. 1.2. Kemahiran hantaran : 3 kali hantaran 1.3. Kemahiran gerak kaki : 3 kali hantaran 1.4. Kemahiran tangkapan : 3 kali tangkapan 1.5. Kemahiran jaringan : 5 kali percubaan 2. PERINGKAT 2 ( kemahiran defend and attack ) 2.1. Peringkat ini melibatkan pelajar bermasalah pembelajaran dan bermasalah pendengaran sahaja. 2.2. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang berjaya melepasi peringkat 1 2.3. Dijalankan secara berpasangan mengikut undian dan masa untuk setiap balingan adalah sebanyak 3 saat. 3. PERINGKAT 3 3.1. Selain daripada Peraturan Kejohanan yang terkandung, Permainan mengikut Undang-Undang Permainan Bola Jaring Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang digunapakai sekarang. 3.2. tiap-tiap pasukan dibenarkan mendaftar tiga (3) orang pemain, seorang (1) pemain simpanan dan seorang (1) Pengurus pasukan. 3.3. Seorang pemain hanya dibenar mendaftar dengan satu pasukan sahaja. 3.4. setiap pasukan hanya terdiri daripada 3 orang pemain semasa bermain bagi posisi berikut; Center C Wing Attack WA Goal Attack GA GA juga akan bertindak sebagai Goal Defence GD MASA DAN CARA BERMAIN 3.5. Masa bermain adalah selama 10 minit. Masa pertama adalah 5 minit dengan masa rehat tidak lebih daripada 3 minit selepasnya. Masa bagi separuh masa kedua juga ialah 5 minit. 3.6. Luas kawasan bermain ialah 50 x 50 (separuh gelanggang) 3.7. permainan dimulakan dengan hantaran tengah yang akan diambil secra bergilirgilir oleh kedua-dua pasukan. 3.8. Kedua-dua pemain lawan GA yang berada di dalam bulatan gol mestilah mendapatkan bola daripada hantaran pasukannya sendiri sahaja. Jika hantaran diterima daripada pasukan lawannya, maka bola itu hendaklah terlebih dahulu dihantar ke luar bulatan Gol kepada pemain dari pasukannya sendiri yang kemudian akan menghantar semula kepadanya untuk membuat jaringan. 3.9. bola yang terkena tiang atau melantun hasil daripada jaringan yang tidak berjaya (rebounce) mestilah terlebih dahulu dihantar keluar bulatan gol kepada pemain pasukannya sebelum dihantar semula kepada GA untuk menjaringkan Gol.

Lampiran 2 JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2012
PENAUNG EN. MASNAWI BIN SAMSUDIN
(PEGAWAI KHAS PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT)

PENGERUSI PN. RUKIAH BINTI AL-HAJI ABDUL RAZAK


(PENGETUA SMK GEMEREH)

NAIB PENGERUSI 1 PN. ZARINAH BINTI RAHMAN


(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK GEMEREH)

SETIAUSAHA PN. SURIATI BINTI ALI


(PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS SMK GEMEREH)

AHLI JAWATANKUASA PN. RADZIAH BINTI AHMAD TAJUDDIN PN. NORAPISSAH BINTI SABRAN CIK ANADIA BINTI OTHMAN PN. NORSAKILLA BINTI MOHD YUSOF PN. NORASHIKIN BINTI ABDUL KADIR

JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT 2012
PENAUNG EN. MASNAWI BIN SAMSUDIN
(PEGAWAI KHAS PENDIDIKAN KHAS DAERAH SEGAMAT)

PENGERUSI PN. RUKIAH BINTI AL-HAJI ABDUL RAZAK


(PENGETUA SMK GEMEREH)

NAIB PENGERUSI PN. ZARINAH BINTI RAHMAN


(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK GEMEREH)

PN. SAMIHAH BINTI ISMAIL


(GURU PENOLONG KANAN SMK GEMEREH)

EN. JASMIN BIN MOHAMED


(GURU PENOLONG KANAN HEM SMK GEMEREH)

SETIAUSAHA PN. SURIATI BIN ALI


(PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS SMK GEMEREH)

JAWATANKUASA KECIL
URUSETIA DAN PENDAFTARAN SMK PADUKA TUAN TEKNIK DAN PERTANDINGAN SK DATO WAN IDRIS PERSIAPAN PADANG DAN PERALATAN SMK GEMEREH PENGADIL DAN PEMILIHAN SK LABIS KESELAMATAN DAN KECEMASAN SMK SERI JEMENTAH PUBLISITI DAN BANNER SK MEDOI JAMUAN DAN MAKANAN SMK BULUH KASAP KEBERSIHAN SJK(T) BATU ANAM DOKUMENTASI DAN RAKAMAN SMK PALONG TIMUR HADIAH DAN SIJIL SK BATU ANAM BUKU PROGRAM SK JEMENTAH JURUACARA MAJLIS PENUTUP SMK TENANG STESEN PENGELOLA PESERTA SMK PEMANIS

( Lampiran 3 ) BIDANG TUGAS


Urusetia dan pendaftaran 1. menyediakan borang pendaftaran peserta, guru pengiring dan pengadil. 2. Menerima pendaftaran pasukan yang mengambil bahagian 3. Memastikan peserta memakai nombor pendaftaran dari sekolah masing-masing. 4. Pendaftaran pengadil 5. Mencatat laporan setiap pertandingan pada papan putih Teknik dan pertandingan 1. Menentukan segala peraturan teknik dipatuhi 2. Membuat keputusan dalam hal-hal teknik 3. Menyediakan semua borang rasmi yang diperlukan 4. Menyediakan jadual pertandingan dan keputusan rasmi 5. Mengumpul dan mengemaskini keputusan pertandingan. Persiapan padang 1. Memastikan kesediaan padang bagi pertandingan dalam keadaan baik 2. Menyediakan peralatan bagi tujuan pertandingan. 3. mengawal selia tempat pertandingan, khemah peserta dan majlis penutup sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Pengadil dan pemilihan 1. Melantik pengadil dan jawatan kuasa pemilihan secukupnya. 2. Menyusun pengadil dan pegawai yang bertugas secukupnya berdasarkan keperluan setiap peringkat pertandingan. 3. Memilih peserta yang layak untuk mewakili daerah ke peringkat negeri. Hadiah dan sijil 1. Menyediakan hadiah dan sijil kepada pemenang dan pegawai yang terlibat. 2. Menyediakan cenderamata perasmi dan pengadil. 3. Menguruskan penyampaian hadiah dalam majlis perasmian penutup.

Jamuan dan makanan 1. Mengedarkan makanan dan minuman yang telah ditempah oleh pasukan terlibat. 2. Merancang dan mengurus jamuan VIP. Pembantu padang 1. Menyediakan 8 orang pelajar bagi membantu pertandingan 2. Menjaga kebajikan pelajar yang bertugas sebagai pembantu padang Pertolongan cemas 1. Mengenal pasti dan menyediakan alatan kecemasan yang diperlukan 2. Berhubung dengan klinik kesihatan berdekatan ( jika perlu ) 3. Sentiasa bersedia dalam menguruskan kes-kes kecemasan. Dokumentasi Dan Rakaman 1. Merakam gambar sebelum, semasa dan selepas kejohanan serta majlis penutup. 2. Menyediakan peralatan dokumentasi dan jurufoto secukupnya. 3. Dokumentasikan perjalanan program dari awal hingga tamat pertandingan Buku program 1. Menyediakan buah buku program pertandingan dan menyerahkannya kepada urusetia pertandingan. 2. Memastikan buku program pertandingan diedarkan kepada setiap sekolah yang hadir. Kebersihan 1. Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas kejohanan berlangsung. Juruacara majlis penutup 1. Menyediakan skrip majlis penutup dan skrip ucapan. 2. Menjadi pengacara majlis semasa majlis penutupan rasmi 3. Mengelola bersama j/k hadiah dan sijil untuk penyampaian sijil/hadiah pada majlis penutup. 4. Sentiasa berhubung dengan pihak pengelola dan j/k berkaitan demi kelancaran majlis. Publisiti Dan Banner 1. Menyediakan banner program 2. Memastikan banner dipasang di tempat yang bersesuaian sebelum hari pertandingan. Pengelola peserta 1. Bertugas mengumpul dan menyediakan peserta mengikut jadual 2. Menghantar peserta ke tempat pertandingan 3. Menyediakan pemenang untuk majlis penutup

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BOLA JARING SUAIAN


NAMA SEKOLAH GURU PENGIRING NO TELEFON : _______________________________________________________________ : _______________________________________________________________ : _______________________________________________________________

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

NAMA PESERTA

KATEGORI (BPJ/BPS/BD/DS)

NO OKU

NO I/C

*borang hendaklah difaks pada hari JUMAAT / 18 MAY 2012.


U/P: PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS SMK GEMEREH. (07-9320885)

Disediakan oleh

Disahkan oleh

( Penyelaras, Pendidikan khas )

( Pengetua/Guru besar . )

Anda mungkin juga menyukai