Anda di halaman 1dari 10

PKE3104 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUK: PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH: MOHD HILMI BIN JAAPAR MUHAMMAD FAIZ BIN ABD. AZIZ 5 PISMP PJK IPGKSM

Program Kesihatan Sekolah (PKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka untuk; mempertahankan, mengalakkan dan menjaga kesihatan optima murid-murid dan kegiatan sekolah, untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah dan untuk membina pengetahuan, sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan.

RASIONAL PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


Mewujudkan program kesihatan yg mampu melahirkan rasa tanggungjawab bersama & komitmen di kalangan warga sekolah. Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu program bersepadu. Mewujudkan satu sistem yg fleksibel, inovatif & kreatif berlandaskan kpd keperluan semasa.

Meningkatkan kesefahaman & kerjasama antara sekolah & masyarakat dlm menangani isu-isu kesihatan. Suatu usaha yg teratur & fokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan. Keperluan utk mewujudkan satu program bersepadu yg menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

MATLAMAT PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


Matlamat Program Kesihatan Sekolah adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidupsihat. Menetapkan polisi/dasar kesihatan sekolah.

Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yg berkaitan dgn kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri, keluarga & masyarakat. Meningkatkan kerjasama & penglibatan komuniti di dalam program kesihatan sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi: Menilai taraf kesihatan murid. Memberi khidmat rawatan dan rujukan. Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah kesihatan murid. Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit2 di sekolah. Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Mengenal pasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.

KEPENTINGAN KESIHATAN SEKOLAH DALAM KONTEKS


Kerjasama di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dgn sekolah bertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan masyarakat (proses dua hala). Apakah sumbangan sekolah terhadap masyqarakat Apakah sumbangan masyarakat terhadap sekolah. Kerjasama meliputi: Penyediaan tandas yg mencukupi untuk murid-murid dan kakitangan; Kemudahan bekalan air yg selamat dan mencukupi Keadaan kantin yg bersih & selamat di samping pengendalian makanan yg sempurna.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai