Anda di halaman 1dari 28

TEORI KOGNITIF

Pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu maklumat diproses dalam minda. Pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi.

Wertheimer & Kohler - Teori Kognitif-Gestalt, perkembangan makna, celik akal Piaget - Teori perkembangan kognitif, pembelajaran aktif Bruner - Pemikiran induktif, pembelajaran penemuan Ausubel - Pemikiran deduktif, advance organisers, pembelajaran bermakna, peta konsep Gagne - jenis pembelajaran, pembelajaran mastery analisis tugasan

KOGNITIF-GESTALT
Gestalt (pattern) - minda kita bertendensi membentuk pola atau kelengkapan. Membina makna (meaningfulness) adalah penting. Hukum Pragnanz - Sesorang akan menstruktur apa yang diamati dalam cara yang mudah supaya terdapat makna.

KOGNITIF-GESTALT
Celik akal sebagai sumber pembelajaran iaitu kesedaran tiba-tiba bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah dengan menyusun dan menstruktur semula persekitaran. Kebolehan seseorang menyelesaikan masalah ditentukan oleh persepsi terhadap persekitaran.

IMPLIKASI: Lihat sesuatu masalah daripada pelbagai sudut. Cuba cara pemikiran yang baru.

PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk akan berdepan dengan situasi yang baru. Dalam situasi yang baru, individu akan berdepan dengan masalah. Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi baru tersebut.

Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan 2 proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi berlaku apabila cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema yang sedia ada. Contohnya, dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui bimbingan, kanak-kanak cuba memadankan pengetahuan baru dengan skema lama yang ada.

Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Contohnya, akomodasi berlaku apabila kanakkanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.

Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan.

PIAGET
Perkembangan kognitif berlaku dalam peringkat. 1. Sensori motor (0 - 2 tahun) Gerak balas refleks 2. Pra-operasi (2 - 7 tahun) Penggunaan simbol dan bahasa, tidak faham hukum keabadian jisim, luas, berat, isipadu, nombor. 3. Operasi konkrit ( 7-11 tahun) Klasifikasi, reversibiliti, hukum keabadian 4. Operasi Formal ( 12 tahun ke atas) Penakulan abstrak, mengawal pembolehubah, menguji hipotesis, menyelesaikan masalah

IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAM PEMBELAJARAN


Sediakan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti yang seimbang dengan setiap peringkat perkembangan individu. Sediakan pelbagai aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penemuaan (aktiviti hands-on dan minds-on) Tentukan murid bersedia secara mental untuk belajar sesuatu. Pengalaman pembelajaran yang sesuai berasaskan peringkat pemikiran kanak-kanak yang terkini. Menerima perbezaan individu- kadar peringkat perkembangan kognitif berbeza maka sediakan aktiviti bagi kumpulan bukan seluruh kelas. Menggunakan bahan maujud dan contoh-contoh.

Bruner
Tiga cara perkembangan pemikiran:
Enaktif (lahir - 2 tahun) - penggunaan bahan maujud Ikonik (2 - 4 tahun) - membina gambaran dalam mental Simbolik (5 - 7 tahun) - penggunaan simbol untuk mewakili pengamatan imej mental bagi objek.

Pembelajaran melalui konsep - memahami struktur asas sesuatu konsep atau prinsip dan hubungannya dengan konsep lain. Concept is the idea underlying something, general notion (Hornby, 1989) 5 unsur dalam sesuatu konsep: (a) Nama/label Blok mainan (b) Definisi Kepingan kayu sebagai mainan (c)Attribut warna, saiz, bentuk (d) nilai warna - merah, biru, hijau (e) Contoh dan bukan contoh

Pembelajaran Penemuan Discovery is a rearranging or transforming of evidence in a way that goes beyond the evidence and reassembles it to create new insights. Faedah: (1) kebolehan intelek bertambah (2) Peralihan daripada ganjaran ekstrinsik ke instrinsik (3) belajar heuristics penemuan daripada membuat (4) mengekalkan ingatan

IMPLIKASI DALAM PENGHAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Menekankan struktur asas bahan baru Beri banyak contoh dan bukan contoh bagi pembelajaran konsep Bantu pelajar membina sistem kod Gunakan pembelajaran baru kepada situasi yang berbeza dan pelbagai jenis masalah Susunkan isi kandungan pengajaran dari am kepada spesifik Libatkan pelajar dalam aktiviti yang menggalakkan inkuiri dan penemuan

Ausubel
Pembelajaran bermakna menghubungkan antara pengetahuan yang baru/akan dipelajari dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar mesti mempunyai sikap untuk belajar secara bermakna,isi kandungan kognitif untuk dikaitkan kepada pengetahuan baru dan bahan yang diajar mesti sesuai. (make sense)

Penyusun awal (advance organisers) digunakan sebelum memulakan pengajaran sesuatu konsep untuk membina meaningfulness. Contoh: Hari ini kita akan memulakan kajian tentang habitat haiwan dengan satu aktiviti. Pada akhir pelajaran, anda mesti boleh mentakrif habitat dengan memperihalkan bahagiannya dan kaitan di antaranya. Sesuatu habitat mengandungi 5 bahagian utama: makanan, air, perlindungan, ruang dan susunan. Cari contoh-contoh bagi bahagian tersebut semasa membuat aktiviti itu. Seterusnya baca tentang habitat haiwan dalam buku teks anda.

IMPLIKASI DALAM PENGHAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pilih, susun dan sembahkan maklumat baru secara sistematik yang menghubungkan dengan penegtahuan sedia ada pelajar Gunakan penyususn awal dalam pengajaran Berikan beberapa contoh-contoh bagi membantu kefahaman konsep Beri tumpuan kepada kesamaan dan kebezaan sesuatu konsep Susunkan isi kandungan yang diajar dari am kepada spesifik bagi pembelajaran bermakna Elakkan pembelajaran hafalan pengetahuan

Gagne
Pendekatan pemerosesan maklumat di mana minda manusia sebagai sistem yang manipulasi dan susun maklumat. Perkembangan kognitif adalah berterusan. Proses pembelajaran sebagai proses dalam komputer. Fokas kepada transformasi input kepada output bagi tingkah laku pelajar.

PEMBELAJARAN BERHIERAKI- pencapaian peringkat pembelajaran rendah membentuk asas bagi perkembangan peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. 8 jenis pembelajaran (1) Pembelajaran melalui isyarat (Pelaziman klasik) (2) Pembelajaran rangsangan-gerakbalas (Pelaziman operan) (3) Rangkaian (chaining) (4) Perkaitan verbal (5) Diskriminasi berganda-ganda (6) Pembelajaran konsep (7) Pembelajaran prinsip (8) Penyelesaian masalah

Langkah-langkah dalam penyelesaian masalah (1) Tentukan masalah (2) Memahami masalah itu (3) Bentuk hipotesis (4) Uji hipotesis dengan pengumpulan data (5) Analisis dan membuat kesimpulan

IMPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Tentukan pelajar memahami sesuatu unit pembelajaran sebelum mengajar unit lain Galakkan pelajar mengingat maklumat dengan pelbagai cara seperti gambar rajah, peta minda dll. Galakkan pelajar menemui melalui aktiviti penyelesaian masalah. Sediakan analisis tugasan dan pecahkan tugasan kepada unit yang lebih kecil dan susun secara hieraki.

Anda mungkin juga menyukai