Anda di halaman 1dari 22

DISEDIAKAN OLEH : NURNAJWA ARIFAH BT MOHD YUSOF

Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudian dikenali sebagai media pengajaran. Media pengajaran merupakan domain utama dalam bidang teknologi pengajaran.

Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Media juga merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, slaid, bahan bercetak dan komputer Teknologi ini memungkinkan proses p&p berlangsung tanpa kehadiran guru

Media berbentuk saluran komunikasi adalah radio, televisyen dan surat khabar, manakala media berbentuk fizikal teknologi adalah filem, slaid, gambar, pita rakaman dan alatan lain. Media dalam pengajaran adalah satu alatan yang dapat menyalurkan mesej yang mana dapat meransang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima mesej

Dalam p&p media menjadi perantara antara guru dengan murid. Media dalam pengajaran turut membabitkan pemilihan teknik sehingga para pelajar dapat mengalami pelbagai pengalaman bermakna sepanjang proses pembelajaran

Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.

Pembantu guru Guru dapat merancang jenis dan bentuk media yang sesuai dan berkesan untuk diguna semasa p&p Guru boleh menggunakan carta, gambar rajah, slaid, foto, pita rakaman untuk memperdengarkan audio atau menayangkan video

Penggunaan media membantu pelajar memahami p&p dengan lebih berkesan sekaligus pelajar dapat menggunakan pancaindera sendiri dalam proses p&p Sebagai contoh. Guru yang ingin menyampaikan fakta tentang sejarah keganasan komunis boleh menayangkan sedutan filem Bukit Kepong. Cara ini akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna

Pengganti Guru Penggunaan media mampu mewujudkan pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh belajar sendiri dengan panduan dan bimbingan yang terdapat dalam media yang digunakan

Penggunaan media bukan sahaja meningkatkan minat pelajar malah memupuk sikap berdikari, disiplin dan tanggungjawab terhadap diri dan pembelajarannya

Walaupun tanpa kehadiran guru, proses pengajaran dan pembelajaran masih dapat diteruskan mengikut tajuk yang telah dirancang dengan adanya media pengajaran ini

Media dalam Pendidikan Khas Keupayaan teknologi hari ini telah memastikan kanak-kanak kurang upaya tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu dan kemahiran Terdapat komputer yang direka khas untuk kanak-kanak cacat penglihatan iaitu dengan penciptaan papan kekunci Braille

Bagi kanak-kanak normal yang bermasalah dalam pembelajaran, penggunaan lagu yang mempunyai susunan muzik yang sesuai serta animasi akan membantu p&p pelajar ini Kanak-kanak lebih tertarik untuk membaca huruf-huruf yang dipaparkan pada skrin yang menarik

Media dalam Pendidikan Jarak Jauh Pelajar boleh meneruskan proses pembelajaran dengan menggunakan media pengajaran yang terdiri daripada modul pembelajaran, pita rakaman, perisian komputer dan terkini adalah telesidang di mana pelajar dapat berinteraksi menerusi komputer atau video Pendekatan ini dapat menjimatkan masa dan kos malah lebih berkesan

Media dalam Folio Pembelajaran Penyedian folio oleh pelajara adalah antara pembelajaran kendiri apabila pelajar menyediakan sendiri bahan pembelajaran lalu didokumentasikan di dalam satu folder

Para pelajar juga dapat melatih diri dengan kemahiran multimedia dan mengakses internet, meningkatkan kemahiran kebolehpindaan, meningkatkan daya kreativiti dan penguasaan dalam teknologi (akses internet)

Suatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran yang berkesan Perlu mengenal pasti objektif sebelum memilih media Mengambil kira/mempertimbangkan soal kepentingan media dan jumlah kos

Media bergerak

Rakaman video Animasi Filem

Orang

Guru Pelajar Orang ramai

Boleh disentuh dan dipegang oleh orang


Objek

Teks

Poster Buku Surat khabar Majalah Risalah Modul

Audio

Suara Bunyi-bunyian Muzik Lagu

Visual

Digram Poster Lukisan Foto/gambar Kartun Grafik Slaid Transparens

Anda mungkin juga menyukai