Anda di halaman 1dari 30

PEMAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Batasan aurat i. Lelaki antara pusat ke lutut ii. Wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

PERGAULAN DALAM ISLAM

menundukkan pandangan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An-Nuur : ayat 30)

Tidak berdua-duaan antara lelaki dan wanita Hadith Nabi menyarankan : Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya.
(Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Tidak Melunakkan Ucapan


FirmanALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Adab pergaulan remaja islam

Beri salam Menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda Berbicara dengan perkataan yang sopan Tidak boleh saling menghina Mengajak untuk berbuat kebaikan

ISLAM DAN CINTA

Yes or No?

Islamic Couple???? Can we?

Kuasa Perkahwinan Dipandang mulia oleh Allah. Nikmat syurga dikecapi. Kehormatan diri terjaga.

Jauhi Pergaulan Bebas

Definisi:
Secara umumnya, pergaulan dapat diertikan sebagai perihal bergaul, percampuran dan persahabatan yang baik antara seseorang dengan yang lain. Malah, lebih daripada itu, matlamatnya untuk mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, bekerjasama dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat. Pergaulan bebas pula ialah ikatan perhubungan yang tidak menurut norma-norma masyarakat dan agama hingga membawa kesan buruk kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Batas dan Etika Pergaulan


1. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteriisterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).

2. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

3. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

TIDAK BOLEH

Faktor:
1. 2. 3. 4. 5. 6. Iman yang kurang mantap Meniru budaya negatif Barat. Kurang penghayatan agama. Masyarakat kurang prihatin. Kurang kasih sayang daripada keluarga. Terpengaruh dengan keseronokan dunia.

Kesan:
1. Keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. 2. Kes pembuangan bayi semakin meningkat. 3. Kes remaja perempuan mengandung anak luar nikah meningkat. 4. Tersebarnya penyakit berbahaya seperti HIV dan Siflis 5. Maruah diri dan keluarga tercemar. 6. Masyarakat bukan Islam akan memandang serong kepada masyarakat Islam dan agama Islam.

Bila nafsu menjadi raja

Sikap dan tingkahlaku kurang sopan

Langkah mengatasi:
Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak mereka. Memperbanyak majlis-majlis ilmu dan ceramah tentang keburukan pergaulan bebas. Memantapkan penguasaan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Menutup aurat selaras dengan syariat Islam. Berdoa supaya sentiasa dijauhkan daripada perkara yang tidak baik.

Allah SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-nya :Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai