Anda di halaman 1dari 34

Disediakan oleh: 1. Fatin Binti Abdul Razak 2. Siti Amira Binti Azahar 3. Nur Fatihah Binti Kamaruddin 4.

Norsaadah Binti Hj Abdullah

Teori Behavioris

Teori Rasional Emotif (kognitif)

Teori Pemusatan Perorangan (humanistik)

Teori behavioris adalah hasil daripada kajian dua tokoh iaitu Ivan Pavlov dan B.F. Skinner. Teori ini menumpukan tiga aspek utama iaitu:
Pandangan terhadap manusia Peranan kaunseling Teknik/strategi untuk membantu klien

Menurut ahli behavioris, manusia:


Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yg sama utk jadi baik/jahat, bersifat rasional/tidak rasional. Blh beri respon terhadap rangsangan yg sesuai. Adalah hasil pelaziman (rangsangangerakbalas). Pelajari & simpan pola tingkahlaku dan ulang pola pada masa depan. (jk perlu)

Teori behavioris berorientasikan tindakan. Klien bertindak secara aktif ke arah selesaikan masalah yg dihadapi. Antara tindakan ini termasuklah:
Memantau TL yg kurang wajar Mengamalkan kemahiran mengurus TL Menyempurnakan tugasan yg diberikan

Teknik-teknik/strategi bersifat behavioral terbahagi kepada dua kategori:


Operan Klasikal

Kategori operan terdapat 6 teknik atau strategi. Kategori klasikal terdapat 2 teknik atau strategi.

6 teknik/strategi (operan)
Kontrak kontigensi Pembentukan (shapping) Medeling Ekonomi token Main peranan Latihan Asertif

2 teknik/strategi (klasikal)
Desensitasi bersistematik Pelaziman aversif

Kontrak Kontigensi

Kontrak ini akan berkesan jika kanak-kanak dilibatkan bersama dalam menentukan syarat-syarat penting. Bahasa mudah difahami, peneguhan perlu sesuai. Proses kontrak ini melibatkan 6 langkah:
1. 2. 3. 4. 5. 6. Kenalpasti masalah Kumpul data baseline (TL tak wajar) Tentukan matlamat Bentuk plan kontigensi Menilai plan kontigensi Bentuk plan penyelenggaraan

Pembentukan (shaping)
Melalui pembentukan, kanak-kanak diajar TL secara beransur-ansur di mana setiap TL yg ditunjukkan diberi peneguhan. Perlu patuhi 3 langkah:
1. Kenalpasti TL yg diingini 2. Tunggu hingga kelihatan TL tersebut 3. Beri peneguhan yg wajar

Modeling
Guru/rakan-rakan blh menjadi model yg mendemonstrasi ciri-ciri TL yang akan ditiru oleh seseorang murid bermasalah.

Ekonomi token
Diberi apabila kanak-kanak menunjukkan ciri-ciri TL yg wajar. Mereka juga akan hilang token jika tunjuk ciri-ciri TL disruptif. Token/poin yg dikumpul boleh diganti dgn masa permainan tambahan, hadiah dll.

Main Peranan
Kanak-kanak diberi peluang utk melihat TL mereka spt yg dilihat oleh org lain serta memperoleh maklum balas mengenai TL tersebut (rakan lakon TL kanak2 tersebut).

Latihan Asertif
Kanak-kanak kurang keyakinan diri menyebabkan mereka tak berani utk tuntut hak mereka. Kanak-kanak itu dilatih untuk bercakap dan mempertahankan hak mereka beberapa kali melalui sesi latihan.

Desensitasi Bersistematik
Diutarakan oleh Wolpe bertujuan untuk menghapuskan kebimbangan & ketakutan yg dialami seseorang. Kanak-kanak diajar cara untuk relekskan diri.

Pelaziman Aversif
Penggunaan rangsangan berbentuk aversif terhadap sesuatu TL. Cth: kanak2 suka ganggu P&P perlu cubit diri sendiri setiap kali lakukan TL itu. Blh digabungkan dgn ekonomi token ganjaran /peneguhan + diberi sekiranya tunjuk TL yg baik.

TEORI RASIONAL EMOTIF (RET)

PENGASAS TEORI RET


Di asaskan oleh Albert Ellis. Pada awal tahu 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET.

Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu: i. kognitif ii. emosi iii. tingkah laku. Memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Menitik beratkan soal nilai dan kepercayaan yang tidak rasional yang dianut oleh kebanyakan insan yang akhirnya membawa kepada masalah. Berorientasikan kepada pendidikan semula dan gantikan sistem kepercayaan klien.

Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.

Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.

Matlamat Teori RET


Membantu klien memperkembang pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu.
Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami.

Pencapaian matlamat hanya berjaya apabila klien benarbenar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi dan harus mengikisnya dengan gantian percayaan rasional atau logikal.

Objektif Teori RET


Memperbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional dan tidak logik menjadi rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan dirinya.

Menghilangkan gangguan emosional yang merosakkan.

TEORI A-B-C-D
Teori rasional emotif ini juga dikenali sebagai Teori A-B-C-D. A-B-C-D ini singkatan bagi Activating event - Believe - Consequences Disputing.

A - Activating event
Adalah suatu peristiwa, fakta, sikap atau tingkah laku yang dialami seseorang. ( Peristiwa pencetus) Contoh: " Saya telah gagal dalam pemilihan pemain pasukan hoki sekolah."

B - Believe
Merupakan sistem kepercayaan yang dimiliki oleh seseorang individu. Terdapat dua cara penilaian terhadap peristiwa iaitu rasional dan tidak rasional. Tidak rasional ialah tingkah laku terganggu yang menyebabkan klien tidak dapat berfungsi mengikut norma masyarakat. Contoh: B1 - Penilaian tidak rasional " Saya telah gagal dalam pemilihan pemain pasukan hoki sekolah. Oleh itu, saya adalah seorang yang gagal dalam kehidupan saya." B2 - Penilaian rasional " Saya telah gagal dalam pemilihan pemain pasukan hoki sekolah. Saya berasa kecewa. Mulai hari ini saya akan bersedia untuk menghadapi pemilihan yang akan datang."

C - Consequences
Merupakan emosi yang dirasai hasil daripada penilaian B akan peristiwa di A. Emosi ini merupakan perkara yang mengganggu kefungsian klien. Contoh: - Penilaian B1 : Anda akan berasa sedih dan putus asa. - Penilaian B2 : Anda akan cuba mengatasi perasaan kecewa, dan cuba tumpukan perhatian kepada latihan.

D - Disputing
Merupakan kaedah-kaedah dan strategi saintifik yang digunakan untuk berhujah, mencabar dan membetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional dalam diri klien. (Usaha untuk mengatasi penilaian tidak rasional) Contoh: Guru bimbingan dan kaunseling akan membantu anda untuk melawan penilaian yang tidak rasional.

PROSES KAUNSELING RASIONAL EMOTIF BEHAVIORAL

PERINGKAT 1

Membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang kondusif

PERINGKAT 2 Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABCD

PERINGKAT 3 Kaunselor membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana percayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif.

PERINGKAT 4 Menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. Latihan kerja rumah diberikan untuk menangani kepercayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari.

Dapat mengajar klien berfikir dan bertingkah laku secara rasional.


Melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak sama seperti dalam realiti kehidupan masingmasing.

Kekuatan Teori Rasional Emotif

Mereka dapat di ajar untuk bertanggungja wab atas pemikiran masing2.

Mengajar klien supaya menerima diri sendiri.

Pendekatan teori ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien dan dapat cepat diatasi segera.

Kelemahan Teori Rasional Emotif


Kurang sesuai bagi klien yang tidak mampu melibatkan Terdapat klien yang diri dalam proses begitu terpisah dari kognitif seperti realiti sehingga mereka yang usaha untuk mengalami membawanya ke kerencatan akal, alam nyata sukar sekali di capai. kecederaan otak, psikosis atau mania. Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai