Anda di halaman 1dari 25

SCE 3111

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

REKA BENTUK & PEMBINAAN UJIAN


disediakan oleh:

AMIR AIMAN RUZLANI ASHRAFUQAL BIN AHMAD

OBJEKTIF UMUM UJIAN


Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran

Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta

OBJEKTIF KHUSUS UJIAN

UJIAN PENEMPATAN (untuk menempatkan pelajar dalam kumpulan tertentu)

UJIAN DIAGNOSTIK (untuk menentukan punca masalah dan langkah pemulihan)

UJIAN FORMATIF (untuk menentukan kemajuan pelajar dan tahap penguasaan ilmu)

UJIAN SUMATIF (untuk mengukur pencapaian pelajar di akhir kursus untuk tujuan penggredan)

KLASIFIKASI UJIAN
RUJUKAN NORMA
Membandingkan pencapaian seorang murid dengan murid yang lain berdasarkan satu ujian yang sama

RUJUKAN KRITERIA
Membandingkan pencapaian dengan kriteria yang ditentukan Tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad namun peringkat kesukarannya hampir sama Ujian ini berbentuk formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran

Ujian melibatkan satu bidang pelajaran yang luas dan berbentuk sumatif
Ujian disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian yang merangkumi pelbagai tahap kesukaran

TEMPOH MASA DAN JENIS UJIAN


UJIAN PENCAPAIAN - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari UJIAN KECERDASAN disebut juga ujian mental untuk mengukur perbezaan di antara individu selain secara tidak langsung memberikan bukti tentang potensi yang pelajar ada UJIAN PRESTASI - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan.

TEMPOH MASA DAN JENIS UJIAN


UJIAN KECEKAPAN - digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. UJIAN BAKAT - Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon tentang bakat atau keistimewaan yang dimiliki. UJIAN PERSONALITI - untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang murid.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


Ujian yang baik mesti mempunyai rancangan yang rapi dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blueprint atau rancangan persediaan ujian yang disebut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. JSU merupakan gambaran keseluruhan sesebuah ujian dari peringkat perancangan hingga peringkat penyediaan item ujian dan kertas soalan.

KANDUNGAN JSU
Tajuk / topik Aras kemahiran tahap soalan (taksonomi Bloom) Bentuk ujian: objektif, subjektif

Peratus kesukaran item

Bilangan item

PENYEDIAAN JSU
JSU mengandungi maklumat tentang:
Tajuk atau topik yang akan diuji Bentuk dan panjangnya ujian Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan

Kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid

Masa mestilah cukup supaya 80% daripada pelajar dapat menjawab soalan

KEPENTINGAN JSU
Menjamin ujian dibina secara tersusun, berobjektif dan tidak sembarangan. Menjamin kualiti ujian yang dibina. Menimbulkan rasa pentingnya setiap tajuk kepada guru yang mengajar

Memastikan terdapatnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan aras kemahiran.


Menjadi panduan dan penentu dalam membentuk soalan. Membolehkan ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain. Memudahkan guru membuat analisis jawapan murid bagi tujuan pemulihan setiap kali selepas ujian.

Menstabil dan memantopkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa.

TAKSONOMI
DEFINISI TAKSONOMI

Prinsip, peraturan dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma tersebut
TAKSONOMI PENDIDIKAN

Model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan

DOMAIN PENDIDIKAN

i. Domain Kognitif ii. Domain Afektif iii. Domain Psikomotor

DOMAIN PENDIDIKAN
DOMAIN KOGNITIF
Melibatkan pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual

DOMAIN AFEKTIF
Melibatkan perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai pelajar

DOMAIN PSIKOMOTOR
Melibatkan perkembangan fizikal pelajar sama ada halus atau kasar

TAKSONOMI BLOOM
Merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran Diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959 Merujuk kepada cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia Bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi (dibahagikan kepada dua aras pemikiran)

TAKSONOMI BLOOM

ELEMEN DAN ARAS


PENGETAHUAN KEFAHAMAN

Menguji keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari Terdapat tiga peringkat bagi elemen ini iaitu pengetahuan fakta khusus, proses dan abstrak Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari

Menguji keupayaan pelajar untukmembuat huraian atau makna sesuatu perkara Terdapat tiga peringkat bagi elemen ini iaitu penterjemahan, pentafsiran dan ekstrapolasi Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk membuat interpretasi, menunjukkan bukti kefahaman dan mengolah maklumat yang ada

ELEMEN DAN ARAS


APLIKASI Menguji keupayaan pelajar untuk menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur Memerlukan murid untuk betul-betul memahami segala konsep mahupun prinsip bagi menyelesaikan masalah Soalan aras ini memerlukan penggunaan proses aplikasi mental yang didahului dengan perkataan seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan ANALISIS Mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan membuat perkaitan Terdapat tiga aras analisis iaitu menentukan unsur, membuat perkaitan bukti dan hipotesis serta mengenal pasti prinsip Soalan jeni ini menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan

ELEMEN DAN ARAS


SINTESIS Menguji keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas Terdapat 3 kategori soalan bagi aras ini iaitu penghasilan satu komunikasi unik, penghasilan satu perancangan dan membina satu hubungan abstrak Membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diperolehi dan membuat suatu teori merupakan antara contoh PENILAIAN Menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berdasarkan kriteria yang perlu diketahui Pertimbangan bertujuan dibuat mengikut piawaian tertentu (tepat, berkesan,baik, buruk) Terdapat 2 kategori pertimbangan iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman dan dari kriteria luaran

ELEMEN DAN ARAS


KREASI / CIPTAAN Menguji kemampuan pelajar dalam mengaplikasikan konsep atau ilmu yang diperolehi kedalam satu ciptaan produk Soalan aras ini kebiasaannya menggunakan perkataan seperti mencipta, membangunkan, mengembangkan dan menghasilkan

Taksonomi Bloom menekankan aspek intelektual iaitu pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir

TAKSONOMI SOLO
SOLO merupakan singkatan kepada Structure (struktur), Observed (pengamatan), Learning (belajar) dan Outcomes (hasil) Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar yang dikembangkan oleh Biggs dan Collis pada tahun 1982

Terdapat 5 tahap kefahaman pelajar yang diketengahkan dalam taksonomi ini

TAHAP KEFAHAMAN

PRAKSTRUKTUR
Pelajar memperoleh maklumat yang tidak berhubungan antara satu dengan yang lain Kefahaman yang diperolehi adalah kabur dan tidak jelas

TAHAP KEFAHAMAN

UNISTRUKTUR
Pelajar menunjukkan perhubungan yang sederhana dan jelas selepas menerima input yang lebih mendalam Kefahaman yang diperolehi belum cukup kuat untuk memberikan penjelasan

TAHAP KEFAHAMAN

MULTISTRUKTUR
Pelajar memperoleh maklumat yang berhubungan antara satu dengan yang lain dengan lebih banyak Kefahaman yang ada pada tahap ini mampu membuat penjelasan namun tidak menyeluruh

TAHAP KEFAHAMAN

PERKAITAN
Pelajar dapat mengaitkan kesemua fakta dan maklumat dengan baik serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau secara menyeluruh

TAHAP KEFAHAMAN

ABSTRAK
Pelajar mampu melakukan perhubungan secara menyeluruh iaitu merangkumi persekitarannya selain mampu membuat generalisasi dan memindahkan prinsip-prinsip serta ideaidea sedia ada

RUJUKAN
http://penerbitcahaya.wordpress.com/2012/03/25/taksonomi -solo/ http://www.bppk.depkeu.go.id/webpkn/attachments/766_1Taksonomi%20Bloom%20-%20Retno-ok-mima.pdf http://www.scribd.com/doc/5039633/PENGUKURANPENILAIAN-Tajuk-3-JenisJenis-Ujian http://www.slideshare.net/Sanomikayo/jadual-spesifikasiujian-jsu

Anda mungkin juga menyukai