Anda di halaman 1dari 13

PEMBENTANGAN HASIL RUMUSAN BERKAITAN DENGAN PENDEKATAN GURU DALAM MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM BILIK DARJAH

(PKP 3109)
Oleh: PISMP PEMULIHAN SEMESTER 8 Nur Fatihah bt Kamaruddin Fatin binti Abdul Razak Norsaadah bt Haji Abdullah Siti Amira bt Azahar Nurul Hazwan bte Kabol

GANGGUAN EMOSI
Gangguan emosi berlaku adalah akibat daripada konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

CONTOH GANGGUAN EMOSI


Sedih
Emosi sedih akan timbul apabilaseseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung.

Marah
Marah adalah merupakan emosi yang hadir bersama emosi yang lain seperti kecewa, tersinggung, malu, tertekan, takut, rasa tidak dihargai, tidak diterima dan bimbang. Pertembungan emosi tersebut menyebabkan kita marah.

Takut
Takut ialah perasaan terancam. Berlakunya ketegangan mental akan memunculkan rasa takut. Ketakutan seseorang individu berbeza dengan ketakutan individu yang lain. Ada yang takut melihat ular, anjing, takut pada ketinggian, takut berbicara hadapan orang ramai dan sebagainya.

Cemas
Cemas akan membuatkan seseorang itu gelisah. Seseorang yang mengalami emosi cemas sering kali tidak senang duduk dan boleh menyebabkan dia menggigil akibat ketakutan.

Kecewa
Perasaan kecewa timbul apabila sesuatu yang kita inginkan tidak tercapai. Kecewa juga boleh hadir apabila orang yang kita percaya menipu diri kita. Kita akan menangis atau bermurung ketika mengalami kekecewaan. Kekecewaan boleh menyebabkan seseorang bertindak di luar kawalan.

Stress
Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Apabila seseorang mengalami stress, mereka akan menunjukkan tanda-tanda dan perubahan fizikal seperti sakit, terlalu kurus atau gemuk, hilang keceriaan diri, lesu, letih dan sebagainya. Mereka juga mengalami perubahan sikap seperti mudah marah, bosan, tidak mampu menguruskan diri, sentiasa berpandangan negatif, hilang pertimbangan dan sebagainya.

Persekitaran Sekolah

Pengaruh Keluarga

PUNCA GANGGUAN EMOSI

Pengaruh Rakan Sebaya

Gaya Pengajaran dan Tindakan Guru

Peristiwa Dalam Keluarga

PUNCA GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


Kurang rangsangan daripada guru Tidak mencuba untuk menarik minat murid Kurangnya motivasi daripada guru Tiada penawaran ganjaran Tidak memberikan perhatian kepada keperluan murid Kurang menunjukkan sikap positif terhadap respon murid Menetapkan hukuman yang keras Kurang mengambil tahu mengenai latar belakang murid

Cepat marah, suka bergaduh dan kerap berbohong

Tidak hadir ke sekolah tanpa sebab munasabah

Konsep kendiri yang lemah

Sering berasa cemas dan takut

Tanda Awal Gangguan Emosi

Pencapaian akademik semakin merosot

Suka termenung, berkhayal & suka berkelakuan ganjil

Duduk dalam keadaan yg tidak selesa

Melakukan sesuatu tindakan yg tidak wajar

LANGKAH MENGATASI GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID


TINDAKAN GURU
Mengesan murid yang dikenalpasti mengalami gangguan emosi.

KEPIMPINAN GURU
Guru perlu mahir dalam mengurus dan mengawal bilik darjah.

Merujuk kepada ahli psikologi atau kaunselor bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.

Guru perlu memastikan murid jelas dengan peraturan yang ditetapkan serta memahami dan bersetuju dengan peraturan tersebut.

PENGANJURAN PROGRAM
Program berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku.

PENERAPAN NILAI

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan murid.

Bertujuan untuk membantu murid yang mempunyai masalah gangguan emosi bagi meningkatkan pencapaian akademik, kemahiran sosial dan mengawal tingkah laku serta meningkatkan konsep kendiri.

Peneguhan positif diberi kpd murid yg menunjukkan tingkah laku yang diingini serta menetapkan hukuman yang adil dan bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.

GAYA PENGAJARAN
Murid diberi peluang mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini

Murid diberi ruang oleh guru dan rakan sekelas yang lain utk memperbaiki tingkah laku.

RUJUKAN
http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/jenisemosi-atau-perasaan.html http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/gu ru-dan-cabaran-semasa-bab-3-gangguan.html http://adamira789.blogspot.com/2012/07/kes an-gangguan-emosi.html http://naijie1989.blogspot.com/2012/07/tand a-tanda-awal-gangguan-emosi.html

Anda mungkin juga menyukai