Anda di halaman 1dari 11

Disediakan oleh:

PISMP Pendidikan Prasekolah


Semester 5
Ambilan Jan 2012
DEFINISI
AGEN
Bahan atau organisma yang dapat
mempengaruhi atau dapat memberi kesan
kepada tindak balas.
GURU SELAKU AGEN
PERUBAHAN
Memainkan peranan sebagai agen
perubahan dengan membawa perubahan-
perubahan baru untuk memenuhi aspirasi
dan kehendak murid, masyarakat dan negara
yang semakin kompleks, meningkat progresif
dan berkembang

Malaysia menghadapi arus kemajuan dan
cabaran dalam abad ke-21

Justeru, keperluan terhadap pembentukan
akhlak mulia di kalangan murid semakin
mendesak memandangkan masalah-masalah
sosial yang timbul selari dengan kepesatan
kemajuan dunia



Masalah- masalah disiplin di peringkat
persekolahan seperti ponteng, merokok dan
penyalahgunaan dadah dapat ditangani
sekiranya guru berjaya membina kesepaduan
antara ilmu dan pembentukan akhlak yang
mulia dalam diri murid-murid.





Guru harus berperanan sebagai agen
perubahan dalam sistem pendidikan di mana
ia harus mengubah daripada stail pengurusan
dan kepimpinan yang bersifat autokratik
kepada demokratik.



Peranan guru sebagai agen perubahan perlu
berasaskan perkara-perkara berikut :
Mengubah daripada strategi berpusatkan
guru kepada strategi pemusatan murid.

Guru mengamalkan sifat penyayang
terhadap murid, rakan sejawat, staf sokongan
dan sekolah.

Guru juga perlu bersikap terbuka secara
proaktif dan bersedia menghadapi perubahan
khususnya dalam bidang pendidikan.

Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

Membawa ilmu pengetahuan dan mengajarnya
kepada masyarakat

Mengubah cara hidup masyarakat dengan
memberikan pelbagai pengetahuan yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian


Memodenkan cara hidup masyarakat
setempat dengan ilmu-ilmu terkini yang
diajarkan kepada mereka

Mewujudkan iklim sekolah yang dinamik dan
memenuhi keperluan dan cabaran masa depan
yang sering berubah dan meningkat dari
semasa ke semasa.




Menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu

Memberikan perkhidmatan dalam bidang
yang dikuasai

Menjalankan kajian pendidikan dalam
mengatasi masalah murid dalam bilik darjah
agar dapat meningkatkan mutu pendidikan

Mendekatkan sekolah dengan masyarakat.

SEKIAN, TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai