Anda di halaman 1dari 9

Perubatan

Perubatan
Perubatan tradisional Melayu ialah perubatan Melayu yang
diamalkan oleh para bomoh dan Tok Dukun sejak beberapa abad
dahulu.
Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan yang
berasal daripada tumbuh - tumbuhan dan herba telah diterima
dengan penuh minat oleh masyarakat Melayu di Malaysia kerana ia
merupakan kaedah yang selamat dan tidak memberi kesan
sampingan terhadap tubuh badan manusia.
Ini dapat di buktikan dengan banyaknya produk ubat tradisional
Melayu yang dipasarkan. Dianggarkan pada masa ini melebihi
13,000 jenis tumbuh-tumbuhan yang berpotensi untuk dijadikan ubat
bagi menyembuhkan pelbagai penyakit.
Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika.

Sistem Perubatan Tradisional Melayu

masyarakat mengiktiraf tok dukun dan bomoh kerana kemahiran untuk


mengubati penyakit yang berkaitan dengan jasmani (fizikal) dan rohani
(dalaman).
bomoh dan tok dukun ini digunakan secara meluas oleh masyarakat dan
menjadi orang terpenting bagi mengubati penyakit.
masyarakat mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi dengan
amalan perubatan yang dikendalikan oleh bomoh dan tok dukun ini.
Pada zaman penjajahan British, amalan perubatan Barat sangat popular
sehingga amalan perubatan tradisional Melayu dilupai, khususnya oleh
golongan bangsawan dan paracendiakawan.
Masyarakat Melayu lebih mempercayai perubatan Barat yang dibawa oleh
penjajah kerana kajian yang dijalankan mereka terhadap sesuatu penyakit
adalah lebih saintifik.
Namun sejak akhir-akhir ini, perubatan tradisional Melayu semakin
mendapat tempat di hati masyarakat Melayu kerana ia tidak menggunakan
bahanbahan kimia dan beracun.

Bomoh /
Tok
Dukun

mewarisi dan
mengingati ilmu
yang diajar tok
gurunya

mendapat mimpi
atau ilham dengan
cara tertentu

membersihkan
pesakit dari
penyakit hingga
sembuh

menggunakan
tumbuh-tumbuhan
dan herba

Falsafah perubatan dan rawatan


tradisional
Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada
dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan.
Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis,
kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk
mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit
dan keuzuran.
Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan
makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia
bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara
berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit

Falsafah perubatan dan rawatan


tradisional
Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu mengkategorikan punca
penyakit kepada yang bersangkutan dengan darah dan yang bersangkutan
dengan angin.
Darah perlu 'panas' tetapi tidak boleh berlebihan. Angin disalurkan melalui urat
di dalam badan. Namun jika terdapat terlalu banyak angin, ia akan
menyekatkan perjalanan darah lalu menganggu kesihatan.
Justeru, darah dan angin merupakan dua unsur utama dalam tubuh seseorang.
Jika kedua-dua darah dan angin berkeadaan baik, maka individu yang
berkenaan itu akan sihat. Sehubungan dengan itu, kaedah pengurutan juga
dilakukan bagi menolak 'angin' dan merangsang perjalanan darah dan urat.
Pengurutan biasanya dilakukan pada bahagian-bahagian badan yang terlibat
dalam kerja berat, seperti tangan, kaki, dan belakang tubuh. Ia dilakukan
dengan menggunakan minyak urut atau minyak angin yang diperbuat daripada
minyak kelapa dan beberapa jenis tumbuhan yang mempunyai khasiat 'panas'.
Tumpuan utama pengurutan adalah untuk merawat perempuan lepas bersalin.
Di samping itu, mereka juga digalakkan mengambil ramuan tumbuhan untuk
dimakan dan disapu pada badan bagi mengeluarkan angin dari urat.

Peranan tumbuhan sebagai


penyembuh penyakit
Dalam perubatan tradisional Melayu, penggunaan tumbuh-tumbuhan adalah
amat meluas. Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional Melayu
berpendapat khasiat perubatan terletak terutama pada akar tumbuhan dan bagi
tumbuhan yang berubi, ia terletak pada ubinya. Pengamal perubatan tradisional
Melayu biasa mengkategorikan zat tumbuhan kepada tiga, iaitu:
1. Zat besi untuk menguatkan darah;
2. Zat kawi untuk menstabilkan perjalanan fungsi tubuh; dan
3. Zat kapur untuk menyejukkan badan.

Antara tumbuhan yang mempunyai


khasiat dan kesan ubatan :
sirih :
memecahkan angin
dalam sistem
danmelegakan perut
rempah ratus :
melancarkan
perjalanan haid dan
menguatkan gigi

Antara tumbuhan yang mempunyai


khasiat dan kesan ubatan :
Daun Serai
batang dan akar
pokok serai
minyak serai
bunga serai

Anda mungkin juga menyukai