Anda di halaman 1dari 28

KERJA GEOGRAFI

CUTI AKHIR
TAHUN 2010
Khairul Ahmad Fitri Bin Suhaimi
6 Pengurusan 2
BAB 12: Kelembapan Udara dan Kerpasan

12.2 PROSES SEJATAN


Proses sejatan
Sejatan - Proses penukaran air dari cecair atau pepejal
kepada wap-wap air.
Sejatan dipengaruhi- Suhu, Tekanan wap, Anpermukaan
dan gin, Luas Kemasinan air.
Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan
air adalah tinggi berbanding tekana wap di dalam
atmosfera yang belum sampai ke takat tepu. Sejatan
juga memerlukan sejumlah tenaga pendam yang
tertentu untuk menukar cecair kepada wap air.
Sejatan akan bermula apabila tenaga elektromagnetik
bertukar kepada tenaga haba yang memanaskan
permukaan air. Air yang mangandungi molekul-molekul
(H2O) akan menjadi panas dan molekul-molekul tersebut
akan bergerak.

Apabila proses ini berlaku, tenaga haba telah diubah


kepada tenaga kinetik. Molekul-molekul yang bergerak
tersebut akan berlanggar antara satu sama lain dan
apabila velositi pergerakan menjadi sangat pesat
disebabkan oleh suhu yang kian meningkat, maka
peluang untuk molekul-molekul air individu untuk
melepaskan diri dan naik keatas untuk memasuki
atmosfera adalah lebih tinggi.
Molekul-molekul yang dapat membebaskan diri dan naik
keatas atmosfera akan wujud didalam bentuk wap yang
mempunyai tenaga haba pendam. Akibat itu proses
sejatan akan merendahkan suhu sesuatu permukaan air.
Kadar sejatan pada bila-bila masa boleh diukur dengan
dulang sejatan yang terdedah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan


Suhu apabila suhu air meningkat bermakna tekanan
wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke
atmosfera akan meningkat dengan capat. Oleh sebab itu,
air yang bersuhu tinggi (panas) lebih cepat tersejat
bebanding dengan air sejuk.
Takanan wap proses sejatan meningkat apabila
tekanan wap tepu di permukaan air menjadi lebih tinggi
berbanding dengan tekanan wap sebenar di dalam udara
sekelilingnya. Oleh sebab itu, sejatan berlaku dengan
cepat ke udara kering berbanding dengan udara lembab.
Angin atau turbulens angin berupaya menukarkan
udara lembab di permukaan air dengan udara yang lebih
kering. Tiupan angin yang kencang seperti badai akan
mempercepatkan proses sejaatan di permukaan air.

Kemasinan air proses sejatan berkadar songsang


dengan kemasinan air. Bagi air laut yang masin
kadar seejatannya lebih lambat berbanding air tawar.
Kelembapan bandingan - semakin tinggi nilai
kelembapan bandingn maka kadar sejatan menjadi
semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara
adalah lebih tinggi berbanding dengan tekanan wap
air di permukaan air..
Luas permukaan air semakin luas kawasan
permukaan air maka semakin tinggi kadar
sejatannya.

12.3 PROSES PEMELUWAPAN DAN


PEMBETUKAN AWAN
Proses pemeluwapan
Proses pemeluwapan boleh ditarifkan sebagai perubahan wap
air kepada cecair
Proses pemeluwapan boleh berlaku apabila suhu dalam jisim
udara tersebut menurun hingga ke takat embun (0oC).
Penurunan suhu ini berlaku disebabkan oleh kadar tukaran
adiabatik (semakin tinggi jisim udara naik semakin menurun
suhu didalamnya).
Apabila suhu didalam jisim berterusan menurun melebihi takat
embun atau takat beku (0oC) maka cecair atau titisan air dalam
jisim dalam udara berkenaan boleh bertukar kepada pepejal atau
ais. Hal ini menyebabkan berlakunya hujan ais atau hujan batu.
Pemeluwapan merupakan salah satu proses didalam kitaran
hidrologi kerana memeluwapan merupakan perantaraan
daripada wap-wap air yang terdapat didalam atmosfera berubah
kepada titisan-titisan air yang terapung-apung di udara sebagai
awan dan kembali ke permukaan bumi sebagai kerpasan.

Pemeluwapan berlaku apabila udara lembab naik ke


atas telah sampai ke takat tepu (melebihi 1000 meter
tinggi).
Ianya akan terpeluwap apabila kelembapan
bandingan berada pada tahap 100% atau hampir
dengannya.
Hasil proses pemeluwapan yang paling penting ialah
terbentuknya awan yang apabila mencapai peringkat
tepu akan menurunkan hujan khususnya hujan.

Untuk membolehkan proses pemeluwapan berlaku,


mesti terdapat tiga keadaan berikut. Pertama,
kandungan wap air dalam atmosfera mestilah cukup,
kedua berlakunya proses penyejukan udara hingga ke
paras atau ke bawah takat embun dan ketiga mesti
terdapat nukleus-nukleus pemeluwapan. Ketiga-tiga
faktor ini berintegerasi antara satu sama lain bagi
mewujudkan proses pemeluwapan.
i. Kandungan wap-wap air yang cukup dalam atmosfera
ini amat penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan
atau kelembapan bandingan 100%. Jika wap-wap air
tidak cukup udara tidak akan menjadi tepu dan proses
pemeluwapan tidak boleh berlaku.
ii. Takat embun takat embun berkaitan dengan
kejatuhan suhu sehinggan (0oC). Ini penting untuk
membolehkan wap-wap air berukar kepada cecair.

iii.Nukleus pemeluwapan untuk menggalakkan dan


mempercepatkan proses pembetukan titisan-titisan air.
Ianya berfungsi untuk mempercepatkan proses
percantuman wap-wap air dalam udara untuk
mengubah menjadi cecair (titisan air). Nukleus
pemeluwapan mampu melakukan proses pemeluwapan
walaupun pada tahap kelembapan bandingan 75%
sahaja.
Proses pemeluwapan berlansung melalui penyejukan .
Proses penyejukan ini pula boleh dibahagikan kepada
tiga cara
i. Penyejukan alir lintang.
ii. Penyejukan sinaran
iii.Penyejukan adiabatik

Pembentukan awan dan jenis-jenis awan


i.Pembetukan awan dan pemeluwapan saling berkaitan
kerana semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin
tebal awan yang terbentuk.
ii.Awan merupakan bintik-bintik halus atau hablur-hablur ais
yang amat halus yang terapung-apung didalam atmosfera
pada ketinggian yang berlainan dari muka bumi.
iii.Sifat awan yang terbentuk mempunyai berbagai-bagai
,ada yang nipis, ada yang tebal, bergelombang, berkolompok
kecil, atau besar dan juga berjalur. Ketebalan dan kecerahan
awan bergantung kepada jumlah kandungan bintik-bintik air
atau hablur ais yang terdapat didalamnya berdasarkan
semasa proses pemeluwapan.
iv.Berdasarkan sifat-sifat kemendungan awan kita boleh
meramalkan kemungkinan-kemungkinan fenomena cuaca
yang boleh berlaku.
v.Jenis-jenis awan dikelaskan berdasarkan dua ciri iaitu
bentuk dan ketinggian.

Jenis-jenis awan
Sitrus

Sirostarus
Awan tinggi (6100-12000m)

Berbentuk nipis, lembut


dan berumbai-umbai.
Lazimnya berbentuk jalurjalur dilangit. Ianya
kelihatan seperti ekor kuda.
Awan ini menunjukkan
cuaca yang agak cerah dan
mewujudkan suasana
waktu senja yang cukup
indah.

Awan ini membentuk


kepingan awan nipis
yang menyelebungi
langit. Wan ini kelihatan
seperti tirai.

Sirokumulus

Awan ini seperti sisik


ikan da tersusun dalam
kumpulan atau berderetderet.

Awan pertengahan (1200-6100m)


Altostratus

Awan ini berwarna


kelabu atau kebirubiruan dan berbentuk
seperti sirostratus tebal.
Awan ini lebih padat,
berjurai-jurai atau calarcalar. Pancaran
metahari yang bersinar
melaluinya kelihatan
kelam kabut.

Altokumulus

awan ini berupa lapisan


kumpulan awan yang
bertompok-tompok, tidak
rata dan berlapis-lapis
tetapi tersusun rapat
seolah-olah gelombang
di langit biru.

Awan rendah (0-1200m)


Stratokumulus

awan ini lebih besar


daripada awan
altokumulus.

Stratus

awan ini sangat rendah temerupakan


beberapa kelompok awan kelabu yang
tersususn. Gelombang-gelombangnya
tapi tidak mencecah permukaan bumi.
Keadaannya tebal dan berwarna
kelabu. Oleh itu, awan ini kelihatan
seperti kabus di tanah tinggi. Awan ini
kelihatan seperti kabus di tanah
tinggi. Awan ini menyebabkan cuaca
menjadi kelam dan disertai dengan
gerimis. Awan stratus mengaburkan

Nimbostratus

Awan ini tidak mempunyai


bentuk yang tertentu tetapi
tebal. Awan ini gelap,
mempunyai lapisan-lapisan
yang jelas. Awan nimbostratus
dikenali juga sebagai awan
hujan. Awan ini membawa
hujan, salji atau hujan beku.

Awan tegak (had dasar 180m)


Kumulus

Awan ini tinggi. Awan


kumulus mempunyai dasar
yang rata dan bentuknya
seperti kubis bungaserta
tebal. Awan ini biasanya
terdapat di kawasankawasan tropika yang
lembap. Awan ini
menunjukkan cuaca yang
baik.

Kumulonimbus

awan ini juga mempunyai dasar yang


rata tetapi mempunyai sifat
mengembang secara menegak dan
kelihatan seperti gunung. Dasarnya
lebar antara 300m-600m dan
kemuncaknya mencapai 9000m12000m. Awan ini biasanya dapat
dilihat pada waktu petang di kawasankawasan tropika. Awan kumulonimbus
dikenali juga sebagai awan ribut dan
membawa hujan perolakan yang
disertai oleh kilat dan petir.

Selain itu, terdapat juga dua awan yang rendah pada


paras 2000m dan kebawah dari premukaan bumi.
Awan tersebut ialah awan kumulus dan juga kabut
serta kabus. Awan kumulus ialah kumpulan awan putih
yang bergumpalan seperti kapas.

12.4 Pembentukan Kerpasan Dan


Mekanisme Kejadian Hujan Di Kawasan
Tropika Lembap
Pembentukan Kerpasan
i. Didefinasikan sbg lembapan yg terpeluwap dan jatuh semula ke
permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal.
ii. Contoh cecair atau pepejal yg terjatuh ke permukaan bumi ialah
seperti hujan,hujan gerimis,hujan batu, hujan beku dan salji.
iii.Sebelum berlakunya kerpasan maka terlebih ndahulu mesti
berlakunya proses pemeluwapan atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu, kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan
apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun.
iv.Justeru, kerpasan merupakan proses terakhir dlm fasa hidrologi
di atmosfera dgn proses pemeluwapan, setiap bintik air yg
terbentuk akan membesar dan bercantum antara satu sama lain

Dalam atmosfera bintik2 air ini akan terapungapung sbg awan. Pencatuman bintik2 air akan
berterusan sehingga ia menjadi berat dan tidak lagi
dapat mengekalkan daya apungannya. Pada masa
ini keadaan awan tidak lagi stabil dan akhirnya
turunlah kerpasan sama ada dalam bentuk hujan
atau salji

Teori Pembentukan Kerpasan


Teori Bergeron-Findeisen
i. Kelembapan bandingan hujan udara adalah lebih
tinggi di bahagian atas permukaan air berbanding
dengan di permukaan air itu sendiri. Apabila suhu di
dalam atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat
beku akibat tukaran adiabatik maka tekanan wap
atmosfera akan jatuh dengan lebih pesat di
bahagian atas pemukaan air berbanding dengan
permukaan air sendiri.
ii. Ini akan menyebabkan tekanan wap tepu pada
permukaan air menjadi lebih tinggi daripada tekanan
wap air tepu pada permukaan air .

iii.Akibat perbezaan tekanan suhu ini maka terbentuklah


satu cerun tekanan dari arah air ke ais, dan sekiranya
tekanan air telampausejuk dan hablur air berada
berhampiran antara satu sama lain dalam awan. Ianya
akan menyebabkan air akan tersejat dan terlekat pada
hablur ais seterusnya wap air akan disejat berterusan dan
berubah terus kepada bentuk ais.
iv. Hablur-hablur ais yg terbentuk ini dinamakan nukleus
pembekuan. Oleh itu, hablur ais akan menarik titisan air
ke arahnya bercantum lalu membesar dan mengembang
menjadi berat serta tidak terdaya lagi untuk awan
menampungnya.
v. Akibat tarikan graviti maka hablur ais yg besar dan berat
tadi akan jatuh keluar drpd awan. Dalam perjalanan turun
ke permukaan bumi, hablur ais tersebut akan mengalami
suhu yg lebih panas dan berubahsbg titisan2 hujan.

vi.Hal ini menambahkan lagi nukleus beku yg


seterusnya mempercepatkan lagi proses
pembentukan kerpasan. Jika hablur-hablur ais ini
tidak sempat dicairkan oleh suhu ketika
perjalanannya maka ia akan turun sbg hujan batu
(hujan ais)

Teori Perlanggaran
i. Perlanggaran hablur-hablur ais atau bintik-bintik air
semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan
berlaku percantuman antara bintik-bintik air
tersebut. Sebagaimana diketahui hablur dan bintikbintik air ini terdiri drpd pelbagai saiz dan bentuk.
Justeru itu halajunya juga adalah berbeza-beza
antara satu sama lain.
ii. Keadaan ini yg menyebabkan berlaku proses
perlanggaran. Bintik-bintik air yg lebih laju
pergerakannya akan melanggar bintik-bintik air yg
lebih perlahan. Akibat perlanggaran akan berlaku
percantuman dan serapan antara satu sama lain
sama ada serapan langsung atau serapan ekor.
Serapan ini membolehkan bintik-bintik air membesar
menjadi berat dan seterusnya turun sbg hujan.

i.

Teori perlanggaran ini mungkin tidak begitu berkesan di


dalam arus udara menegak yg perlahan. Ini adalah kerana
proses pemeluwapan yg berlaku adalah begitu lambat dan
kesannya bintik-bintik air yg hujan renyai atau gerimis.
Namun begitu semasa ribut atau badai proses perlanggaran
akan berlaku dengan pesat dan ini akan menyegerakan
proses percantuman dan pembesaran bintik-bintik air
menjadi berat dan tepu seterusnya turun sebagai hujan.

ii. Kerpasan terdiri daripada berbagai bentuk. Antaranya ialah:


-

Hujan: titisan2 air (cecair) yg turun dr awan

Salji: hablur2 ais yg terdiri drpd pelbagai bentuk.

Hujan beku: hejan yg bercampur dgn salji

Hujan batu: berbentuk pepejal, berat dan besar

Embun beku: kabut beku yg tebentuk hasil mendapan kabut


tebal apabila objek bersuhu subbeku bersentuh dgn kabut.

Mekanisme pembentukan hujan di kawasa Tropika


Lembap
Kawasan tropika seringkali mengalami tiga jenis hujan iaitu
hujan perolakan. Hujan bukit atau orografi dan hujan
perenggan
Hujan perolakan
i.Matahari menjadi faktor penting kepada kejadian hujan
perolakan, hujan perolakan biasanya terjadi sepanjang
tahun di kawasan-kawasan yang mengalami iklim
khatulistiwa seperti di Malaysi a terutamanya pada masa
ekuinoks. Bermula dengan permukaan bumi yang
dipanaskan pada waktu pagi yang menjurus kepada
berlakunya sejatan.
ii.Permukaan bumi yang menyerap bahangan matahari
akan membebaskan haba, haba tersebut akan
memanaskan jisim udara yang berhampiran dengan
permukaan bumi yang seterusnya menyebabka jisim
tersebut mengembang, menjadi lebih ringan dan naik ke
atas.

iii. Proses pemeluwapan berlaku pada masa tersebut. Proses


pemeluwapa yang berterusan akan membentuk awan
yang tebal seperti awan kumulonimbus. Apabila
kandungan awan tersebut mencapai tahap tepu air akibat
proses pemeluwapan yang berterusan maka ia menjadi
berat dan daya apungannya gagal berfungsi. Jisim udara
berkenaan menjadi tidak stabil lalu turunlah titisan-titisan
air yang biasanya disertai dengan kilat dan petir.
iv. Kilat dan petir merupakan fenomena yang biasa berlaku
serentak dengan hujan perolakan. Kilat dan petir terjadi
apabila titisan air hujan berpecah, di mana bahagian yang
besar tinggal di bawah lapisan awan manakala bahagian
yang kecil akan dibawa oleh udara kebahagian atas awan.
Semasa pemecahan titisan air hujan ini maka cas-cas
negatif dan positif dalam titisan air hujan itu juga turut
berpecah dan berkumpul mengikut lokasi titisan besar
dan tirtisan kecil berkenaan.

v. Apabila kedua-dua cas positif da negatif bertemu


maka berlakulah kilat.sebaik berlakunya kilat,
keadaan kekosongan tenaga telah terbentuk
didalam kumpulan awan tersebut akibat
pmbebasan tenaga elektrik semasa kilat. Apabila
berlaku kekosongan ini maka kedua-dua belah awan
di atas dan di bawah akan bergerak laju bagi
mengisi kekosongan tersebut. Kesannya berlaku
perlanggaran antara lapisan bawah dan lapisan atas
yang menghasilkan petir.

Hujan bukit atau orograf


Hujan jeniini sering berlaku s dikawasan banjaran gunung
yang selari denagan pantai atau berhampiran dengan laut.
Angin dari arah laut yang membawa jisim udara lembap
(banyak wap-wap air) akan dipaksa naik ,engikut cerunan bukit
yang menghadap. Jisim udara ini akan mengalami peyeukan
adiabatik sehingga takat suhu embun dan kelmbapan
bandingan mencapai 100% dan seterusnya wap-wap air dalam
udara tersebut akan mengalami proses pengeluwapan.
Apabila proses pemeluwapan mencapai tahap tepu maka
hujan akan turun. Hujan boleh turun akibat perlanggaran awan
lembap dengan puncak-puncak bukit. Hujan lebat biasanya
turun dikawasan cerun yang mengadap angin manakala
kawasan cerun yang membelakanginya dikenali sebagai
kawasan lindungan hujan. Hujan jenis ini amat bergantung
kepada tiupan angin, sudut pertemuan angin tersebut dengan
cerun gunung dan juga darjah perbezaan suhu daratan dan laut

Anda mungkin juga menyukai