Anda di halaman 1dari 36

Topik 2:

ISU-ISU MORAL
TEMPATAN

Puan Faizah Binti Ali

Setiap hari kita berhadapan dengan isu moral


rakyat Malaysia yang pelbagai, sama ada
melibatkan golongan dewasa atau remaja, kolar
putih atau biru, lelaki atau wanita, Melayu, Cina
atau India, yang kaya atau miskin, orang
berkedudukan atau orang awam dan sebagainya.
Demikian itu, dalam tajuk ini diketengahkan
beberapa isu moral yang sering berlaku dalam
kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum,
antaranya rogol, sumbang mahram, keganasan
rumahtangga, ragut, penderaan kanak-kanak,
perlumbaan haram (rempit) , pembuangan bayi,
pengabaian warga tua, pencemaran alam,
pornografi dan jenayah siber.

ROGOL
Rogol ialah perbuatan memperkosa atau mencabul
kehormatan perempuan.
Mengikut Seksyen 375 kk , rogol didefinisikan sebagai
persetubuhan yang bertentangan iaitu tanpa kerelaan
perempuan atau dengan kerelaan perempuan tetapi atas
ketakutan mati atau cedera atau salah tanggapan fakta
seperti bomoh mengatakan dengan persetubuhan boleh
menyembuhkan penyakit atau dengan kerelaan tetapi
perempuan itu tidak memahami jenis dan akibat kerelaan
yang diberikan seperti bodoh, hilang akal, pengsan atau
gila.
"Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual
dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang
belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Kes rogol ini selalu disembunyikan kerana mangsa


berasa malu, lebih-lebih lagi jika pelaku dikenali
mangsa.
Selain itu ugutan juga menjadikan mangsa tidak
berani membuat laporan polis. Terdapat juga kes
rogol yang berlanjutan bertahun-tahun lamanya dan
hanya dikesan bila mangsa melahirkan anak.
Keganasan seksual yang melibatkan rogol juga
pembunuhan sering berlaku. Jika pelaku didakwa dan
diputuskan bersalah oleh mahkamah maka
hukumannya boleh dikenakan di bawah seksyen 376
kk.
Hukuman pada seksyen tersebut adalah penjara tidak
kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 20
tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

SUMBANG MAHRAM
Fenomena sumbang mahram boleh dikatakan
sebagai satu fenomena yang masih hangat di
Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan
ini, acapkali berita tentang terjadinya sumbang
mahram terhias di dada-dada akhbar.
Banyak juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) melaungkan suara-suara
perjuangan mereka.
Ini terutama sekali kerana mangsa yang
terlibat adalah seringkali merupakan kanakkanak perempuan atau gadis di bawah umur.

Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang


mahram didefinisikan sebagai apabila seorang lelaki
atau perempuan melakukan persetubuhan dengan
orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu
adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang,
hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi
lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin
dengan orang itu. Di Mahkamah Syariah pula,
Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Wilayah Persekutuan (1997), Selangor (1995), Pulau
Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula telah mentakrifkan
sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri
perbuatan yang dianggap bertentangan dengan
hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang
perempuan yang ditegah berkahwin.

KEGANASAN RUMAH TANGGA


Keganasan rumah tangga bermaksud
perlakuan keganasan terhadap pasangan
pasangan (suami atau isteri) atau terhadap
mangsa yang ada hubungan kekeluargaan
yang rapat (seperti ayah ibu anak) .
Keganasan boleh berlaku secara fizikal
dan ganguan seksual, keganasan
pertuturan (maki hamun dan cacian),
ugutan, gangguan/pengabaian emosi dan
kewangan.

Keganasan rumahtangga,
kebiasaannya berulang dan menjadi
mangsa lebih teruk dan berterusan
walaupun selepas penceraian. Ini
adalah disebabkan pendera ingin
terus berkuasa dan mahu mengawal
mangsa. Kebanyakkan pendera
adalah golongan lelaki dan mangsa
adalah wanita atau kanak-kanak.

Antara keganasan yang sering berlaku ialah


dengan menyebabkan kecederaan fizikal
kepada mangsa, secara sengaja atau sedar
meletak atau cuba meletakkan mangsa dalam
keadaan ketakutan kepada kecederaan fizikal,
memaksa atau ,mengancam mangsa untuk
melakukan apa-apa perbuatgan seksual,
mengurung atau menahan mangsa tanpa
kerelaanya, melakukan khianat atau
kemusnahan atau kerosakan kepada harta
dengan niat untuk menyebabkan atau dengan
disedari bahawa ia berkemungkinan
menyebabkan kesedihan atau kemurungan
atau kegusaran kepada mangsa.

Kes keganasan rumah tangga semakin berleluasa


dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Peningkatan kes berkenaan sepertiduri dalam
dagingyang boleh mengancam keharmonian
institusi kekeluargaan di negara ini.
Sikap majoriti suami dan bapa yang merupakan
ketua dalam sesebuah keluarga yang memukul
isteri dan anak-anak serta mendera mereka untuk
melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan
kemampuan mereka merupakan fenomena yang
amat menyedihkan.

Tekanan hidup yang dihadapi oleh segelintir individu


dikatakan menjadi punca kes berkenaan berlaku.
Tekanan untuk meneruskan kehidupan yang semakin
mencabar individu seperti menghadapi masalah
kewangan menjadi sebab individu terbabit tidak mampu
lagi mengawal diri mereka daripada bertindak ganas.
Di samping itu, seseorang bapa dan suami yang sering
diharapkan untuk memenuhi kehendak isteri dan anakanak mereka, dianggap sebagai bebanan oleh suami
yang mempunyai masalah kewangan yang serius.
Sepertisudah jatuh ditimpa tangga, suami atau bapa
yang menghadapi tekanan tersebut akhirnya hilang
kawalan lalu menyeksa isteri atau anak-anak dari segi
mental dan fizikal. Fenomena sedemikian akan
merumitkan keadaan kerana tidak ada pihak yang
beroleh manfaat daripada tindakan sedemikian.

Bebanan hutang yang banyak turut mengakibatkan


tekanan mental yang serius terhadap seseorang itu.
Sepertiharapkan pagar, pagar makan padi, individu
berkenan sanggup pula menjual isteri atau anak-anak
kepada pihak tertentu semata-mata kerana mereka
dianggap merupakan senjata terakhir yang dimiliki oleh
mereka untuk melunaskan hutang.
Setelah didera secara kejam oleh individu yang
diharapkan bagi melindungi dan mencurahkan kasih
sayang kepada mereka, kemudiannya mereka akan
dipaksa untuk melakukan kerja yang mudah untuk
mendapatkan wang seperti menjadi pelacur.
Jika perkara yang sedemikian tidak dibendung, maka
individu yang bergelar bapa dan suami tidak boleh
dipercayai lagi bagi melindungi seseorang yang
bergelar isteri atau anak.

Masalah seperti dibebani dengan tugas yang banyak di


tempat kerja turut menyebabkan seseorang individu
merasakan isteri dan anak-anak boleh dijadikankuda
tunggangan.
Kuda tunggangan yang dimaksudkan adalah sebagai
tempat mereka melepaskan geram dan kemarahan
mereka dengan cara kekerasan terhadap keluarga
mereka. Jika di tempat kerja, mereka dileteri dan
dimarahi oleh majikan mereka, selain dibebani dengan
kerja yang banyak.
Oleh itu, dendam yang terbuku dalam hati terhadap
majikan mereka ditujukan pula kepada isteri dan anakanak mereka yang sepatutnya dilimpahi dengan kasih
sayang yang secukupnya daripada seorang bapa dan
suami. Jika perkara yang sebegini tidak diatasi, pastinya
kebahagiaan yang diimpikan dalamgerbang
perkahwinanhanyalah impian yang sia-sia.

Masalah perkelahian dan perselisihan pandangan


dengan individu-individu tertentu terutamanya yang
amat dihormati dan dikasihi seperti ibu bapa, adikberadik mahupun isteri sendiri menjadi punca tekanan
perasaan.
Hal ini akan mendorong mereka bertindak secara
kekerasan terhadap anak-anak dan isteri kerana mereka
gagal mengawal emosi dan perasaan, iaituseperti
mencurah minyak ke dalam api yang marak.
Seseorang isteri wajar memahami bebanan atau
masalah yang sedang ditanggung oleh suami tanpa
menambahkan tekanan kemarahan terhadap suami.
Jika perkara sedemikian dilakukan juga, maka
pertengkaran yang lebih serius akan berlaku antara
suami dengan isteri yang mendorong suami memukul
isterinya.

Punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah


kegagalan mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan. Kecenderungan untuk seseorang individu
bagi merasai kekecewaan yang berpanjangan tanpa
sokongan individu yang dikasihi mendorong
perasaan kecewa tersebut menjadi perasaan marah
yang seterusnya bertukar menjadi ganas.
Harapan menggunungyang diimpikan daripada
keluarga seperti sokongan moral dan semangat tidak
menjadi kenyataan kerana kesibukan masing-masing
mendorong seseorang suami dan bapa bertindak
kasar seperti memukul isteri dan anak-anak mereka.
Namun demikian, perkaraitu dapat dielakkan
sekiranya masing-masing memahami kehendak hati
orang yang tersayang.

RAGUT
Peragut pada masa kini sudah berani
untuk melakukanya di khalayak ramai
malah turut mencederakan mangsa
tersebut.
Mangsa ragut akan berhadapan dengan
kerugian malah turut mengalami
kecederaan dan trauma yang teruk.
Mereka ini meragut menggunakan
motosikal bagi memudahkan mereka untuk
melarikan diri dengan cepat

Langkah
Sentiasa mengunci kenderaan anda apabila ingin
memulakan perjalanan selain dari tidak meletakkan
beg tangan di bahagian yang tidak boleh dilihat
peragut.
Bagi yang menaiki kenderaan bermotot pula pula
bolehlah mengelakan daripada meletakkan beg atau
dompet di bahagian raga motor.
Selain daripada itu , orang ramai perlulah
mengelakkan daripada memakai banyak barangan
kemas dan menonjolkan ia . Hal ini akan menjadikan
anda tarikan kepada peragut dan anda akan diekori
oleh mereka.

Mengelakkan daripada melalui lorong-lorong


gelap dan digalakkan untuk menggunakan
jalan yang mempunyai ramai orang .
Anda juga bolehlah mengelakkan daripada
berasak-asak untuk menaiki atau turun
daripada bas ataupun komuter.Hal ini akan
memudahkan peragut mengambil kesempatan.
Bagi kesedaran pula ibu bapa bolehlah sentiasa
memerhati anak-anak daripada melakukan ia
selain daripada didikan agama dan nilai-nilai
murni yang diterapkan

PENDERAAN KANAKKANAK
Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan
kepada Jabatan Kebajikan masyarakat. Kes penderaan kanakkanak semakin meningkat setiap tahun.
Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan
kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat
setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti
yang dilaporkan antara 2006 hingga 2009.
Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes
penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada
perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan
sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri
yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri
Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan
wilayah perseketuaun kuala lumpur

REMPIT/PERLUMBAAN HARAM
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal
yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan
menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu
gejala sosial remaja di Malaysia sekarang.
Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba
perempuan atau teman wanita Mat Rempit. Kebanyakan
motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi
piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.
Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah,
tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini,
taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh
Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira
200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di
Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayai adalah satu jenayah yang
sangat berat. Pembuangan bayi ini berlaku
akhibat kehamilan yang tidak diingini.
Selalunya jenayah ini sering dilakukan oleh
remaja yang mengandung di luar nikah.
Mereka sanggup membuang bayi mereka
kerana malu dan takut akan akhibat yang
bakal ditanggung. Pembuangan bayi ini
mengundang kesan negatif kepada inidvidu
yang terlibat, keluarga, masyarakat dan juga
Negara.

PENGABAIAN WARGA TUA


Pepatah Melayu yang berbunyi bagai kacang lupakan
kulitmungkin sesuai untuk di bincangkan bagi isu golongan
warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan
kebajikan golongan ini juga diabaikan oleh semua pihak.
Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebabsebab golongan warga emas ini diabaikan dan sentiasa
dilupakan oleh semua lapisan masyarakat.
Menjaga warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia
bukan masalah individu sahaja bahkan ia melibatkan semua
pihak terutamanya institusi keluarga, masyarakat dan
kerajaan. Pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya jadi
apa salah anak-anak menjaga dan menatang bagai minyak
yang penuh seperti mereka menjaga anak-anak semasa kecil
dulu.

Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua


juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri.
Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan
pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanakkanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa
mereka bersikap bengis, suka mendera
Maka, anak-anak akan bertindak balas dan
menyimpan perasaan untuk membalas dendam
terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap
kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk
memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan
kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh


banyak faktor, namun masalah ini masih boleh
dibendung dan diatasi.
Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan
meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada
yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa.
Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus
pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah
berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal
bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin
meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja.

LANGKAH-LANGKAH
Anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari
awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi
didikan agama dari kecil lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu
bapa disisih.
Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa
tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang
berumur. Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak
sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah
rendah dan sekolah menengah.
Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan
konsep inter-generasi dimana agensi atau pusat penjagaan
haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwarwarkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh
didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu system pendaftaran
penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh
disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang
menjaga siapa dalam masyarakat.

PORNOGRAFI
Pornografi didefinasikan sebagai bahan bertulis atau visual
yang boleh merangsang keinginan seksual, dan bertujuan
untuk memberahikan pemerhati atau pembaca.
Terdedah kepada unsur-unsur pornografi boleh
mengakibatkan pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat
seperti,Ia menggalakkan seks luar nikah dan penzinaan, Ia
menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak
dan keganasan seks Pengaruh negatif terhadap
perkembangan seksual, Sikap dan nilai seksual yang negatif
.
Contohnya, orientasi seks yang tidak normal dan tidak
menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap
mereka sebagai objek seks. Masalah emosi dan
perhubungan.

Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan


'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat
dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat
penontonnya minta tambah, tambah, dan tambah lagi.
Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang
dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala
jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan,
kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan,
dan keegoan.
Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan
menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah
terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa
bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk
melepaskan diri.

Pornografi menjadi medan promosi terhadap


praktik seksual yang menyimpang. Contohnya,
laman porno internet biasanya terhubung
dengan laman porno yang lebih progresif seperti
homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan
haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan
kekerasan dan lainnya. Ini akan membuat orangorang tertentu terganggu secara mental dan
tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian,
makin banyaklah perilaku seks menyimpang
dalam masyarakat.

Pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut


dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orangorang terdekatnya.
Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang
menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan
menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan
seksual yang mereka lakukan.
Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri,
dan pasangannya adalah si mangsa. Pada pasangan
yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan
seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga
mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan
perceraian.

Pornografi akan membawa seseorang


pada konsekuensi spiritual yang
serius. Tekanan dan kebingungan
akan memenuhi hidupnya.
Pornografi membawa nafsu jahat
yang akan mengawal dan
mendominasi penontonnya. Sekali
saja seseorang melihat pornografi,
itu akan membawanya semakin
dalam. Nilai moral yang benar makin

JENAYAH SIBER
Jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang
mana kesan sebenarnya banyak bergantung pada nilai
maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan
member kesan kepada mereka yang terlibat.
MenurutKamus Dewan Bahasa dan Pustaka(Edisi Empat),
jenayah membawa maksud perbuatan atau kejahatan (seperti
mencuri, merompak, membunuh dan lain-lain) yang salah di sisi
undang-undang atau perbuatan salah (di sisi undang-undang)
atau perbuatan kriminil.
Sebagai contoh penggunaan frasa dalam ayat, polis
menganggap perkara itu sebagai satu perbuatanjenayahyang
nekad. Manakala maksud siber pula adalah segalanya yang
berkaitan dengan internet. Sebagai contoh internet ibarat pasar
raksasa yang menemukan pembeli dan penjual dalam
ruangsiber.

Kesan jenayah siber ialah penyebaran virus


oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Virus mampu melumpuhkan sistem komputer.
Ada yang boleh dipulihkan tetapi hanya
sebahagian sahaja. Ada juga yang tidak
dapat diselamatkan seperti virus Trojan. Oleh
yang demikian, virus ini menyebabkan
sesuatu maklumat yang disimpan dalam
sesebuah komputer akan hilang. Hal ini akan
merugikan pengguna tersebut.

Akibat daripada pihak yang tidak


bertanggungjawab yang menggodam system
kerajaan sesebuah negara menyebabkan
kebocoran maklumat kerajaan yang sulit. Hal
ini akan menyebabkan sistem pertahanan
sesebuah Negara yang sistemnya digodam
lemah dan mudah diceroboh oleh Negara
lain. Hal ini kerana segala maklumat tentang
sistem pentadiran yang sepatutnya tidak
boleh diketahui oleh pihak luar telah
diketahui oleh pihak musuh.

Akibat penyebaran fitnah boleh


menjatuhkan maruah orang lain. Ini
akan memburukkan imej seseorang
itu di mata masyarakat. Sekiranya
fitnah dilemparkan kepada sesebuah
syarikat, sudah tentulah syarikat
tersebut akan mendapat kerugian
akibat kehilangan para pelabur dan
pelanggannya.

PENUTUP
Peningkatan terhadap jenayah sosial juga
boleh berlaku. Ini disebabkan kewujudan
laman-laman web porno yang menyebabkan
penyebaran bahan lucah. selalunya, remajalah
golongan yang paling terpengaruh dan
terkesan akibat penyebaran bahan ini. Hal ini
kerana pada usia ini mereka cenderung untuk
mencuba dan mempelajari sesuatu yang baru.
Maka, berlakulah masalah keruntuhan akhlak
dan keruntuhan moral dalam diri golongan
remaja yang merupakan pewarisNegara,

SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai