Anda di halaman 1dari 22

KESUSASTERAA

N MELAYU
%S A J A K PA H L AWA N
IALAH DIA%

Pahlawan Ialah Dia


Pahlawan ialah warga yang mengalirkan
keringat
demi menyuburkan ladang negara sayang
Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah
demi menghidupkan simfoni negara berbilang.
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga
siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
Tahan uji
Atas nama negara yang tak dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak rela


Masa depan bangsanya lena
Malam-malam waspada kerana tak sanggup
Peluang bangsanya tertutup.
Khidmat cemerlangnya mengapung
Pada permukaan bahang puji dan keji
Semangat wajarnya kental membara
Di udara kaji dan uji.
Mentari waktu menyambar kasih sarangnya
Pada keluarga semasa bertugas jauh
Bulan masa mrebut tidurnya
Dari sisi dikasihi oleh jadual cemas.

Dialah laskar pelindung kota penyokong


desa
Warga yang tekadnya disimpulmatikan
Oleh jawapan sejahtera aman
Dialah nadi ketahanan industri
Teknologi kembangan
Memikul amanah tak berkesudahan
Demi mencari jawapan makmur raya.

Tubuhnya perisai tembus peluru.


Boom-bom-boom-bamm
Dia tak gentar
Tum-tam-tum-tammm
Dia tunggu
Tret-tet-tret-tett
Dia terus maju.

Baktinya bunga warna-warni


Dia tak peduli
Dia tak terpegun
Dia terus tugas tekun.
Sebagai warga bangga bermaruah
Dia terus gemakan gunung hasrat:
Selamatkan negara
Besar bangsa
Pelihara agama
Daulat bahasa
Cemerlang budaya
Kerana dialah anak watan pewaris keselamatan
Kerana dialah kelompok rakyat
Pengunjung amanat
Yang bersandar pada sinar takwa
Yang pernah mengalami erti sengsara.

Cedera di bukit
Tangis di laut
Jerit di udara
Tempang di sempadan
Buta di ladang
Emas di sungai
Lesu di sawah
Parah di lembah
Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
Pahlawan
Bukti zaman yang pernah dilindungi
Zaman yang menjadi saksi
Kepada nilai kemanusiaan yang megah
dipertahankan,.

Maksud Sajak

Rangkap 1
Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang
sering berusaha untuk menjaga negara. Pahlawan juga adalah orang
yang sanggup berkorban demi negara.
Rangkap 2
Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya.
Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara.
Rangkap 3
Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi
memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya.
Rangkap 4
Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan
cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran.

Rangkap 5
Pahlawan sanggup mengorbankan masa meninggalkan jauh keluarga tersayang.
Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya.
Rangkap 6
Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya
tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk
kepada khidmat pahlawan negara.
Rangkap 7
Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju
ke hadapan.
Rangkap 8
Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga
mencapai matlamat.
Rangkap 9
Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita
menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat
meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti
kesusahan.

Rangkap 10
Pahlawan sanggup menanggung derita di mana
sahaja (darat, laut dan udara)
Rangkap 11
Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan.
Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya.
Rangkap 12
Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti
kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada
zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Tema

Patriotisme
Penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan
tentera yang sanggup berkorban demi memastikan
negara tercinta berada dalam keadaan selamat ,
aman dan tenteram
Contoh : Yang menjadikan kematian bukti hidupnya
pahlawan
bukti zaman yang pernah dilindungi
zaman yang menjadi saksi
kepada nilai kemanusaiaan yang megah
dipertahankan

Persoalan
Tentera yang sanggup berkorban tenaga demi

negara tercinta
Para tentera sanggup mencurahkan bakti
biarpun terpaksa berdepan dengan kematian demi
memastikan negara aman sejahtera
Contoh :
Pahlawan ialah warga yang mengalirkan keringat
Demi menyuburkan ladang negara sayang

Tentera yang sentiasa siap siaga dalam

melaksanakan tugas
Para tentera sentiasa siap siaga dalam
melaksanankan tugas bagi memastokan negara
tercinta berada dalam keadaan selamat
Contoh :
Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenga
siap sedia
Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

Tentera yang setia dan tabah dalam


mengharungi ujian

Para tentera sanggup berdepan dengan apa jua


cabaran yang mendatang malah sanggup
berkorban nyawa demi negara tercinta
Contoh :
Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia
tahan uji
Atas nama negara yang tak dibiarkan mati

Tentera yang sentiasa berkawal

Para tentera sanggup berkawal siang dan


malam semata mata bagi memastikan
keselamatan negara bagi memastikan apa juga
peluang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai
Contoh :
Siang siang berjaga jaga kerana tak rela
masa depan bangsanya lena
Malam malam waspada kerana tak sanggup
Peluang bangsanya tertutup

Gaya Bahasa
L Anafora

Perulangan kata di awal baris

Contoh:
Dialah pahlawan yang mengumpulkan
tenaga siap sedia.
Dialah pahlawan yang menghimpunkan
setia tahan uji. (R2B1B4)

Sinkope
;

Bermaksud singkatan perkataan.

Contoh:

atas nama negara yang tak


mati (R2B6)
2

Responsi
;

Perulangan kata di tengah baris.

Contoh:
Cedera di bukit
Tangis di laut
Jerit di udara

dibiarkan

Asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal dalam sesuatu baris.
Perulangan bunyi huruf vokal a sebanyak 8 kali.
Contoh:

Mentari waktu menyambar kasih sayangnya


(Rangkap 5,baris 1)

Aliterasi

Perulangan bunyi huruf konsonan dalam sesuatu


baris.
Perulangan bunyi huruf konsonan n; sebanyak 5
kali.
Contoh:
Bukti zaman yang pernah dilindungi
(Rangkap 12,baris 3)

Personafikasi

Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan


atau benda bukan hidup

Contoh :
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya (R5B1)

Inversi

Pembalikan kata
Contoh :
oleh jawapan sejahtera aman
/oleh jawapan aman sejahtera (R6B3)

Nilai

Semangat berjuang
Contoh:

(R1B3)

(pahlawan ialah warga yang menitiskan


darah)

Sikap bertanggungjawab
Contoh: (R3B3)

(malam-malam

waspada kerana tak


sanggup peluang bangsanya tertutup)

Kasih

sayang

Contoh :
Mentari waktu menyambar kasih sayangnya
pada keluarga semasa bertugas jauh (R5B1)
Amanah

Contoh :
memikul amanah tak berkesudahan (R6B6)

Mesej

Pengorbanan dan jasa para tentera mengawal


dan memastikan negara berada dalam keadaan
selamat

Kesetiaan para tentera kepada negara

Kesanggupan para tentera berpisah dengan


keluarga tercinta

Semangat waja para tentera yang tabah dalam


menghadapi cabaran dan dugaan dalam apa jua
keadaan

Bentuk
L mempunyai 12 rangkap.
L setiap rangkap mempunyai 3-11 baris.
L Setiap baris mempunyai 2-6 patah
perkataan.
L Setiap baris mempunyai 4-15 suku kata.
L Rima akhir bebas.

Anda mungkin juga menyukai