Anda di halaman 1dari 12

PJSM 3013 :

LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL


TENAGA BAGI MANUSIA
SRITHARAN A/L BALAKRISHNAN

DEFINISI DAN UKURAN TENAGA

Tenaga ialah kebolehan atau kuasa untuk membuat sesuatu kerja.

Tenaga diperlukan oleh benda hidup seperti manusia, binatang dan tumbuhtumbuhan untuk menjalankan proses kehidupan seperti bergerak, bernafas,
dan bertumbesaran.

Tenaga juga diperlukan oleh benda bukan hidup untuk bergerak, mendidih,
mencair atau melantun benda bukan hidup.

Terdapat enam jenis tenaga iaitu tenaga mekanikal, tenaga elektrikal,


tenaga kimia, tenaga cahaya, tenaga nuklear dan tenaga haba.

Kerja dikenali sebagai tenaga mekanikal.

Contohnya, atlet merejam lembing telah melakukan kerja, pada masa yang sama
menghasilkan tenaga mekanikal.

Kerja yang dilakukan itu merujuk kepada hasil kerja pada jarak.

Kerja = Daya x Jarak

Kuasa merujuk kepada kecepatan melakukan sesuatu kerja.

Kuasa = Kerja Masa

Tenaga boleh diukur dengan Joules, kilogram-meters (KGM), Watts.

1 Joule = 0.102 KGM

1 Watt = 1 Joule per saat

Ukuran tenaga haba merujuk kepada kalori.

1 gram kalori mewakili jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan


suhu air sebanyak satu darjah celcius.

1 kilokalori (kcal) = 1000 kalori (C)

1 gram karbohidrat = 4.30 C

1 gram lemak = 9.45 C

1 gram protein = 5.65 C

SIMPANAN TENAGA DALAM BADAN

Tenaga dalam badan yang boleh digunakan serta merta disimpan dalam bentuk
adenosine trifosfat (ATP) dan fosfokreatine (PCr).

Kedua-dua ATP dan PCr terdapat dalam tisu dalam jumlah yang sedikit dan
mudah habis dalam beberapa saat sahaja.

ATP dan PCr membekalkan tenaga utama bagi larian pecut seperti 100m.

Karbohidrat, lemak dan protein dalam badan boleh membentuk ATP dan PCr.

Tenaga yang paling banyak disimpan dalam badan adalah dalam bentuk lemak
iaitu trigliserida dan asid lemak bebas (free fatty acid).

Karbohidrat disimpan dalam bentuk glikogen dan glukosa. Protein disimpan


dalam bentuk asid amino dalam tisu.

Oleh itu amatlah penting untuk memastikan simpanan ATP dan PCr dalam tisu
badan mencukupi.

SISTEM TENAGA

Setiap pergerakan fizikal memerlukan tenaga.

Tenaga boleh diperolehi melalui makanan.

Tenaga yang dihasilkan semasa pemecahan makanan diguna untuk


menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai adenosina trifosfat (ATP)
yang disimpan dalam sel-sel otot.

1)
2)
3)

Terdapat tiga jenis sistem tenaga:


Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)
Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobic / sistem asid laktik)
Sistem aerobik (sistem oksigen)

1)

Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)

) Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)


) dikenali sebagai sistem fosfagen.
) Sistem ini membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi yang dilaksanakan sehingga
10 saat.
) Fosfokreatin (PC) disimpan dalam sel-sel otot. Tenaga dihasilkan apabila fosfat terurai
dan pada sebatian fosfat kreatin.
) Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan fosfat bukan organik (Pi).

) Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis semula bagi menghasilkan


ATP.

2) Sistem anaerobik laktik (glikolisis anaerobic / sistem asid laktik)

Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot.

Sistem ini tidak memerlukan oksigen.

Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila
kandungannya dalam darah terlalu banyak.
ATP yang dihasilkan melalui sistem ini melebihi jumlah.

ATP daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi
selama 1-3 minit.

3) Sistem aerobik (sistem oksigen)

Sistem ini memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga.

Penghasilan ATP melibatkan 3 proses:


a)
Glikolisis
b)
Kitaran Krebs
c)
Sistem pengangkutan elektron

Sistem ini menghasilkan paling banyak ATP.

Ini membolehkan aktiviti fizikal dalam jangka masa yang panjang tetapi
berintensiti rendah dan sederhana.

METABOLISME SEMASA REHAT DAN SENAM

Metabolisme merupakan jumlah perubahan fizikal dan kimia yang berlaku dalam
badan seperti penukaran dari makanan kepada tenaga, pembentukan enzim
dan hormon serta pembinaan tisu dan tumbesaran tulang.

Tenaga adalah diperlukan untuk proses metabolisme berlaku.

Semasa rehat, kadar metabolisme adalah rendah.

Oleh kerana penggunaan otot adalah minimum semasa rehat, badan tidak perlu
membentuk ATP dengan banyak dan cepat.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai