Anda di halaman 1dari 19

INGATAN

Aiman Amanda Shahirah


Mohd Nur Salam
Rozienira Robert
Sharifa Amiera Nur Fatiha
INGATAN
Proses mental yang telah dipelajari dan
kemudian mengeluarkannya kembali sebagai
tindak balas dalam situasi yang diperlukan.
Menurut Fein (1978), beliau menafsirkan
ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang
diterima dalam otaknya, menyimpan dan
mengeluarkannya.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI INGATAN
Bahan
pembelajaran

3 Faktor Kaedah
utama pembelajaran

Faktor
peribadi
FAKTOR BAHAN
PEMBELAJARAN

Panjang Kesukaran
bahan bahan

Kedudukan Bahan
bahan bermakna
PANJANG BAHAN
Menurut kajian H.Ebbinghaus, beliau
mendapati pembelajaran suku kata yang
tidak bermakna dan tidak melebihi 7
bilangannya, biasanya boleh mengingatnya
selepas membaca sekali.
Sekiranya ditambah sehingga 12 suku kata,
maka diperlukan membaca 17 kali sebelum
boleh mengingatnya, dan jika ditambah 16
suku kata lagi, ia memerlukan membacanya
sebanyak 30 kali baru boleh mengingatnya.
KESUKARAN BAHAN
Menurut Kruegar (1946), dalam kajiannya, mendapati
bahan pembelajaran yang terlalu mudah, kemajuan
dalam peringkat awal bergerak dengan sangat cepat,
tetapi cepat berundur dalam masa yang singkat. Ini
adalah kerana bahan pembelajaran yang kurang
mencabar, minat pembelajaran tidak dapat ditimbulkan,
oleh itu ingatannya tidak akan kekal lama.
Bagi bahan pembelajaran yang terlalu sukar, tidak ada
kemajuan langsung kerana kekurangan keupayaan untuk
mempelajarinya. Bagi bahan pembelajaran yang
mempunyai kesukaran yang berpatutan, ianya
kesukarannya boleh diatasi dengan usaha yang
bersungguh-sungguh, kemajuannya boleh dikekalkan
secara terus-menerus.
KEDUDUKAN BAHAN
Menurut Kingsley (1957), dalam kajian ingatan terhadap
set-set suku kata dan perkataan tunggal yang disenaraikan
mengikut susunan secara tertib, mendapati suku kata dan
perkataan yang terletak di tempat awal dan tempat akhir
adalah lebih mudah diingat daripada yang terletak di
tempat pertengahan, khasnya bagi ingatan set suku kata
yang tidak bermakna.
Terdapat banyak contoh harian yang kita boleh huraikan
fenomena ini. Contohnya, kita lebih mudah mengingati
peristiwa yang berlaku dalam hari persekolahan pertama
dan terakhir daripada peristiwa-peristiwa di antara
mereka. Begitu juga, kita lebih mudah mengingat
peristiwa yang berlaku dalam hari Tahun Baru dan hari
akhir tahun daripada peristiwa-peristiwa berlaku di antara
perayaan-perayaan yang lain sepanjang tahun.
BAHAN BERMAKNA
Menurut kajian Kingsley menunjukkan
pembelajaran perkataan-perkataan yang
bermakna adalah lebih mudah daripada set
suku kata yang tidak bermakna. Dengan
perkataan lain, pembelajaran bahan yang
bermakna adalah lebih mudah diingati
daripada pembelajaran bahan yang tidak
bermakna.
KAEDAH PEMBELAJARAN
Pembelajaran secara bahagian

2
aspek

Over-Learning
PEMBELAJARAN SECARA
BAHAGIAN
Di dalam kajian Done dan Hilgard (1937), calon ujian
dibahagikan kepada empat kumpulan seperti
berikut; kumpulan A belajar satu minit, rehat satu
minit; kumpulan B belajar dua minit, rehat tiga
minit; kumpulan C belajar satu minit, rehat sebelas
minit dan kumpulan D belajar tiga minit, rehat satu
minit. Hasil kajian menunjukkan cara pembelajaran
kumpulan C adalah terbaik, diikuti dengan kumpulan
B, kumpulan A dan akhir sekali kumpulan D.
Ini bermakna cara pembelajaran secara bahagian
diikuti dengan masa rehat yang cukup adalah lebih
mudah diingat kembali daripada cara pembelajaran
yang menggunakan masa lebih daripada masa rehat.
OVER-LEARNING
pembelajaran berlebihan (over-learning) pula
merupakan faktor yang penting untuk pembelajaran
yang berkesan. Di dalam tempoh latihan, sekiranya
telah berjaya menguasai semua langkah
pembelajaran, bolehlah dikatakan telah mencapai
seratus peratus pembelajarannya.
Contohnya, menghafal sebuah puisi yang lengkap
memerlukan lima kali membacanya, barulah disebut
sebagai pencapaian seratus peratus pembelajaran.
Sungguhpun telah berjaya mencapai seratus peratus
pembelajaran, pembelajaran setakat ini adalah amat
mudah dilupai. Justeru itu, untuk mengekalkan
ingatan, selepas mencapai seratus peratus
pembelajaran, perlu membacanya beberapa kali.
FAKTOR PERIBADI

Jantina Umur Motivasi Emosi


FAKTOR UMUR
beberapa kajian telah menunjukkan peringkat
pembelajaran yang terkuat sebenarnya ialah di antara
umur 8-20 tahun. Di dalam kajian Thorndike (1928),
calon-calon ujian dari umur 8 hingga 70 tahun adalah
dipilih untuk mengkaji pembelajaran bahasa
esperanto, iaitu satu bahasa internasional yang dicipta
oleh Dr. Zamenlof pada tahun 1887.
Hasil kajian beliau menunjukkan kemajuan terbaik
ialah peringkat umur 8-20 tahun. Selepas 20 tahun,
kemajuannya dilambatkan dan mencapai puncaknya
dalam umur 25 tahun. Selepas umur 35 tahun,
kebolehan belajar mula menurun, dan apabila sampai
umur 42 tahun, ia telah diturun sebanyak 22 peratus
daripada peringkat kemuncaknya.
JANTINA
kebolehan pembelajaran dan daya ingatan di
antara lelaki dan perempuan tidak banyak
perbezaan. Keupayaan kemahiran teknik,
seperti bermain alat muzik, menjahit,
menulis, melukis dan sebagainya, di antara
lelaki dan perempuan adalah hampir sama.
Di dalam pembelajaran bahasa, kebolehan
perempuan dan lelaki tidak banyak bezanya.
MOTIVASI
Di dalam sekolah, ganjaran lebih diutamakan
sebagai motivasi untuk mendorong pembelajaran,
kerana banyak kajian telah membuktikan
pemberian ganjaran adalah lebih berkesan daripada
mengenakan hukuman. Ini adalah kerana ganjaran
menggalakkan tingkah laku yang diingini diteraskan,
manakala hukuman menghalang tingkah laku yang
diingini diteruskan, manakala hukuman menghalang
tingkah laku diteruskan, malah ia tidak pula
menunjukkan atau membawa tingkah laku ke arah
yang positif. Oleh itu, kesan motivasi ganjaran
merupakan positif, sedangkan kesan motivasi
hukuman adalah negatif
sesetengah aktiviti pembelajaran yang sama
perkaitannya dengan motivasi adalah diwujudkan
secara semulajadi dan tanpa memerlukan sebarang
ganjaran. Contohnya, kanak-kanak yang melibatkan
diri dalam permainan bola atau alat muzik, tidak perlu
menggunakan ganjaran atau hukuman untuk mengawal
mereka. Ini adalah kerana mereka mendapat kepuasan
daripada aktivititersebut.
Secara ringkasnya, sekiranya pelajar sendiri
melibatkan diri dalam situasi pembelajaran, dan
daripada aktiviti pembelajaran memperoleh kejayaan
atau pencapaian yang memuaskan, maka motivasi
untuk pembelajaran akan berlaku dan dikekalkan
dalam ingatan.
EMOSI
emosi di mana ia merupakan perasaan jiwa
yang kuat, seperti sedih, gembira, takut dan
lain-lain. Emosi yang mempengaruhi ingatan
boleh digolongkan dalam dua jenis utama
iaitu seronok (gembira) atau kurang seronok
(sedih), dan cemas (risau) atau tenang.
Kebiasaannya manusia lebih boleh
mengingati peristiwa atau pengalaman yang
seronok dan mempunyai kecenderungan agar
sengaja melupakan peristiwa atau
pengalaman yang sedih atau kurang seronok.
CARA MENINGKATKAN DAYA
INGATAN
Amalkan
Mengawal
tidur yang Bersenam
tekanan
cukup

Banyakkan Katakan
Elakkan
membaca berulang
kemurungan
dan fokus kali

Membaca al
quran
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai