Anda di halaman 1dari 17

Minggu 8 Tutorial 7

TEORI
PEMBELAJARA
N KOGNITIF
-Teori Kognitif Menurut David
Ausubel
Disediakan Oleh:
Wong Seng Zi
Siti Hajar binti Idros
Hong Fan Teng
Ban Jia Xin
Soalan:
Bincangkan prinsip-prinsip utama teori
pembelajaran tersebut dan jelaskan
implikasinya terhadap proses
pembentukan guru permulaan yang
mantap dan kesannya terhadap proses
pembelajaran murid di bilik darjah beserta
contoh-contoh yang sesuai.

Teori pembelajaran Kognitif:


Ausubel
PENDAHULUAN

David Ausubel ialah seorang ahli


psikologi Amerika.
Beliau telah memberi banyak sumbangan
yang penting khususnya dalam bidang
psikologi pendidikan, sains kognitif dan
juga pembelajaran pendidikan sains.
Teorinya diterjemahkan dan diterapkan
dari dunia psikologi ke dalam bidang
pendidikan.
Teori Pembelajaran
Ausubel
[Dasar dalam cooperative
learning]

Pembelajaran Lisan
Bermakna
(Meaningfull Verbal
Learning)
satu proses di mana
murid itu sendiri Hafalan
mempunyai (Rote Learning)
kesedaran dan tujuan Bukan pembelajaran
dalamannya. bermakna
maklumat lisan, idea
dan hubungan antara
idea dikenali sebagai
Konsep Penyusunan
Awal.
Dua Dimensi Belajar
Bermakna Menurut Ausubel
Dimensi pertama : Penerimaan atau
penemuan.
Dimensi kedua : Hafalan
Jika pelajar tidak dapat mengaitkan sesuatu
konsep baharu dengan ilmu yang telah dimiliki
dalam struktur kognitif masing-masing, maka
pembelajaran itu dikenali sebagai hafalan.
Sebaliknya jika pelajar dapat menghubungkan
atau mengaitkan maklumat baharu dengan
struktur kognitifnya maka berlakunya
pembelajaran bermakna.
Dua Jenis Pembelajaran
1. Belajar dengan cara penemuan yang bermakna:
. mengaitkan konsep baharu dengan pengetahuan yang
sedia ada.
2. Belajar dengan penemuan yang tidak bermakna:
. berusaha menerima dan menguasai bahan yang diberi
oleh guru secara hafalan.
3. Belajar menerima (ekspositori) yang bermakna:
. Guru menyediakan maklumat dalam bentuk yang tersusun
dan logik sebelum disampaikan kepada pelajar. Kemudian,
pelajar akan mengaitkannya dengan pengetahuan yang
sedia ada.
4. Belajar menerima (ekspositori) yang tidak
bermakna:
. Pelajar tidak mengaitkan konsep baharu dengan
pengetahuan yang sedia ada pada akhir pembelajaran
Prinsip Teori Ausubel
A. Resepsi
Resepsi (Pembelajaran Penerimaan)
- guru menyampaikan maklumat lengkap dalam
susunan yang
teratur supaya pelajar dapat menerimanya dengan
baik.
- guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar
secara
tersusun dan teratur dalam bentuk kuliah dan
ceramah. -
- Pembelajaran secara resepsi biasanya dilaksanakan
di
institusi pengajian tinggi dan universiti kerana
B. Pembelajaran Penemuan

Pelajar memperoleh maklumat secara


bebas melalui usaha sendiri.
Pelajar menggunakan rumusan dan
analisis kendiri melalui proses cuba jaya ,
celik akal serta pemikiran intuitif kerana
maklumat tidak diberikan oleh guru.
Ausubel mementingkan pembelajaran
bermakna kerana proses ini
menghubungkan maklumat baru dan
maklumat lama yang sedia ada dalam
struktur kognitif pelajar.
Cara ini amat berkesan dalam
C. Subsumption Terbitan
Maklumat yang dipelajari oleh pelajar akan menjadi
struktur kognitif yang boleh diasimilasikan melalui proses
subsumption.
Pembelajaran bermakna boleh dilakukan melalui
subsumption.
Subsumption Terbitan
- maklumat baharu akan dibina daripada pengetahuan
sedia ada pelajar.
- Sebagai contoh , guru memberitahu pelajar bahawa
semua binatang liar adalah bahaya. Apabila pelajar
mempunyai pengalaman dengan binatang liar seperti
melihat harimau di Zoo Negara , pemikirannya akan
bertindak secara subsumption terbitan , iaitu ,
Harimau adalah binatang liar. Oleh itu harimau adalah
seekor binatang berbahaya.
D. Subsumption Korelatif
Maklumat diterima melalui proses pengembangan
makna dalam struktur kognitif.
Ini bermakna konsep asas yang telah dipelajari
dikembangkan lagi dalam pemikiran pelajar.
Contohnya , seorang kanak-kanak telah
mempelajari tentang fakta ayam betina bertelur.
Apabila dia melihat penyu bertelur di pantai pada
musim cuti sekolah , dia dapat mengaitkan
pengalaman ini kepada fakta yang telah
disampaikan oleh gurunya. Dia dapat mengaitkan
kedua-dua peristiwa dalam struktur kognitifnya.
Dia juga memperoleh maklumat tambahan kerana
dapat melihat bagaimana proses penyu bertelur.
E. Penyusunan Awal
Ausubel menyatakan bahawa pembelajaran optimum
berlaku apabila terdapat perkaitan yang baik antara
skema pemikiran pelajar dengan bahan pembelajaran
yang baru.
Tujuan penyusun awal ialah ialah mengaitkan idea baru
dengan idea lama dan menggerakkan struktur kognitif
pelajar supaya proses mengasimilasi maklumat baru
menjadi lebih berkesan.
Sebagai contoh , seorang guru yang ingin mengajar puisi
dalam pelajarannya boleh menggunakan penyusun awal
yang mudah seperti berikut : Apa itu puisi? dan
membacakan satu puisi kepada pelajar.
Penyusun awal juga boleh digunakan dalam set induksi
permulaan sesuatu pengajaran atau sepanjang pelajaran
sama ada dalam bentuk kenyataan, perenggan, soalan
atau demonstrasi.
F. Pembelajaran Subordinat dan
Superordinat
Pembelajaran subordinat dan superordinat
berfungsi untuk menjadikan proses mengasimilasi
bahan baru lebih mudah dan berkesan.
Ia merupakan cara pembelajaran yang boleh
menghubungkan idea dan pengalaman lama
pelajar dengan maklumat baru yang hendak
disampaikan oleh guru.
Dalam pembelajaran subordinat atau deduktif ,
guru akan mengajar satu konsep terlebih dahulu
dan diikuti dengan contoh yang khusus bagi
mengukuhkan suatu konsep tersebut.
Implikasi Teori Pembelajaran
Ausubel Terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
Maklumat umum tentang sesuatu topik perlu
dipersembahkan sebelum memberikan contoh khusus dan
membincangkan topik secara terperinci.
Guru dapat membantu murid-murid membuat
perbandingan antara maklumat baharu dengan
pengetahuan sedia ada untuk memahami dengan lebih
mendalam.
Guru juga perlu menyusun atur penyampaian pengajaran
dan pembelajaran secara sistematik dan menggunakan
bahasa yang sesuai berdasarkan tahap pelajar.
Guru juga perlu menyediakan dan menggunakan alat
bantu mengajar yang konkrit mengikut tahap pemikiran
murid supaya pelajar dapat memahami konsep tersebut.
Tiga kebaikan daripada
pembelajaran bermakna
Konsep yang dipelajari secara bermakna
akan kekal lama dalam ingatan
Ia juga memudahkan proses
pembelajaran yang berikutnya.
Pelajar dapat ingat semula sesuatu
konsep itu dengan mudah walaupun
telah lupa.
Kelemahan Belajar
Bermakna
Ilmu yang dipelajari secara hafalan tidak
akan kekal lama dalam ingatan.
Jika pelajar mempelajari sesuatu tanpa
mengaitkan dengan ilmu yang sedia ada
maka proses dan hasil pembelajarannya
dapat dikatakan sebagai hafalan dan
tidak akan bermakna sama sekali bagi
pelajar.
Kesimpulan

Pembelajaran bermakna ialah satu


proses pembelajaran di mana
maklumat baharu dihubungkan
dengan struktur kognitif yang
sedia ada. Pembelajaran bermakna
berlaku apabila pelajar dapat
mengaitkan situasi baharu ke
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai