Anda di halaman 1dari 28

KBK 6014

KANAK- KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
KANAK- KANAK SOSIO
EKONOMI RENDAH
PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang


berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik
pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi
jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI).
Ia merupakan suatu proses yang berterusan bagi
mengembangkan potensi individu ke arah
kecemerlangan akademik serta mempunyai
kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan
bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi
melahirkan generasi yang berketerampilan dan
berdaya saing di peringkat global
PENDAHULUAN

Walaupun begitu, keciciran merupakan salah satu


masalah utama yang berlaku di sekolah-sekolah di
Malaysia.Keciciran umumnya dikaitkan dengan
pendidikan dan tahap pencapaian akademik murid-
murid di sekolah
Sosioekonomi yang rendah diakui memberi impak
kepada tahap pencapaian akademik dan keciciran
PENGENALAN

Terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada


berlakunya sosio ekonomi rendah.

Apabila terjadinya sosio ekonomi rendah bagi


sesebuah keluarga, ia akan memberi implikasi
terhadap tahap pencapaian akademik seseorang
pelajar.
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat
Sosio ekonomi berkaitan dengan, melibatkan unsur-unsur
atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) dalam


kamus psikologi (2007, h.871) mendefinasikan taraf
sosioekonomi sebagai
Kedudukan status sosioekonomi sesuatu individu atau
kumpulan dalam skala sosioekonomi yang tertentu, yang
mana terbentuk hasil daripada gabungan atau interaksi
antara sosial dan faktor ekonomi seperti pendapatan,
jumlah atau jenis pendidikan, jenis pekerjaan dan
persekitaran tempat tinggal dalam sesebuah masyarakat,
turut wajar diambilkira asal usul etnik dan latar belakang
DEFINISI

Menurut Jeynes (2002), status sosioekonomi keluarga


kebiasaannya ditentukan melalui tahap pendidikan ibu
bapa, status pekerjaan ibu bapa dan tingkat pendapatan.

Menurut Rosna Awang, faktor-faktor yang menentukan


status sosioekonomi adalah taraf pendidikan, pekerjaan
dan pendapatan ibu bapa pelajar. (Rosna Awang Hashim
et al., 2003)
KATEGORI SOSIO EKONOMI

Di negara kita, penentuan terhadap kelompok miskin adalah


ditentukan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan
beberapa kaedah lain.

PGK ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Unit


Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU,JPM)
sebagai pengukur kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi
rumah yang berdaftar dalam sistem eKasih.

Sesebuah isi rumah adalah dianggap miskin sekiranya


pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada
Paras Garis Kemiskinan (PGK), iaitu pendapatan yang mencukupi
bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas
dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan
setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat.
KATEGORI SOSIO EKONOMI

Merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi, Paras Garis


Kemiskinan Tahun 2012 selaras dengan Rancangan
Ekonomi Kesepuluh (RMK-10), Paras Garis Kemiskinan
(PGK) makanan dan bukan makanan yang telah ditetapkan
untuk isi rumah miskin berdasarkan kepada kiraan di atas
adalah RM830 seisi rumah (Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Isi rumah berpendapatan rendah pula ialah RM2300 ke


bawah bagi Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak (Jabatan
Penerangan Malaysia).
MISKIN MISKIN TEGAR

WILAYAH ISI RUMAH PER KAPITA ISI RUMAH PER KAPITA

Sem. Msia RM 720 RM 180 RM 430 RM 100

Bandar RM 740 RM 185 RM 420 RM 100

Luar Bandar RM 700 RM 160 RM 440 RM 100

Sabah & Labuan RM 960 RM 200 RM 540 RM 110

Bandar RM 970 RM 200 RM 540 RM 110

Luar Bandar RM 940 RM 190 RM 540 RM 110

Sarawak RM 830 RM 190 RM 520 RM 115

Bandar RM 860 RM 190 RM 530 RM 120

Luar Bandar RM 810 RM 190 RM 500 RM 110


*Sumber: Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri .
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Penghijrahan / migrasi (luar bandar )


Taraf pendidikan yang rendah
Pendapatan yang rendah
Kekurangan peluang pekerjaan
Sikap
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Penghijrahan / migrasi (luar bandar )

Mencari ruang pekerjaan yang lebih baik


Mencarigaji / pendapatan yang lebih tinggi /
menguntungkan
Akibatnya penduduk semakin padat, kekurangan
tempat tinggal, kemudahan prasarana, kekurangan
pusat kesihatan
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Taraf pendidikan yang rendah

Pembayaran upah / gaji bergantung kepada


kemahiran / sijil yang dimiliki oleh seseorang
Menghadkan peluang pekerjaan
Menyebabkan berlakunya eksploitasi dan monopoli
orang tengah, tanah tidak ekonomik
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Pendapatan yang rendah

Tidakdapat memenuhi keperluan orang-orang di


bawah tanggungan
Permintaan / keperluan mengatasi pendapatan
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Kekurangan peluang pekerjaan

Pengangguran - persaingan dengan buruh asing


Majikan lebih gemar menggaji buruh asing gaji
murah
Keperluan terbatas makanan / bukan makanan
terhad
Kelaparan tanah agihan pusaka / monopoli oleh
warga asing
FAKTOR PENYUMBANG KEPADA
WUJUDNYA SOSIOEKONOMI RENDAH

Sikap

Memilih pekerjaan mudah


Berdasarkan minat bukan kelulusan
IMPLIKASI SOSIOEKONOMI RENDAH
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID-MURID

Berns (1993) menyatakan bahawa faktor pendapatan


menghalang ibubapa daripada menyediakan keperluan dan
kemudahan kepada anak-anak untuk belajar.

Menurut Noraini (dalam Zukina Yusoff, 2003), anak-anak


daripada keluarga yang mempunyai status sosioekonomi
yang tinggi adalah lebih maju dalam pendidikan dan
mempunyai gred yang tinggi berbanding anak-anak yang
datang daripada keluarga yang mempunyai status
sosioekonomi yang rendah.
IMPLIKASI SOSIOEKONOMI RENDAH
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID-MURID

Mayhew dan Lempers (1998) mendapati dalam keluarga


yang mengalami tekanan dari segi kewangan, ibubapa
kurang memberikan sokongan kepada anak.

Kekurangan sokongan daripada ibubapa ini didapati


mempunyai hubungan dengan tahap penghargaan kendiri
yang rendah di kalangan anak.
IMPLIKASI SOSIOEKONOMI RENDAH
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID-MURID

Rohaty (2003) menyatakan ;

Ibubapa dari keluarga miskin di Malaysia kurang


memperhatikan anak-anak di rumah. Keadaan di rumah
kurang merangsangkan pembelajaran dipersekitaran mereka
IMPLIKASI SOSIOEKONOMI RENDAH
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID-MURID

Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, data dari


National Assessment for Educational Progress (NAEP)
menunjukkan ;
pelajar-pelajar daripada golongan sosio ekonomi rendah
menghadapi masalah pencapaian dalam mata pelajaran utama
seperti Matematik dan sains. Ini adalah kerana dalam keadaan
status sosioekonomi yang tinggi, ibu bapa mampu memberi
sokongan dan menyediakan kemudahan serta persekitaran yang
selesa untuk belajar.
IMPLIKASI SOSIOEKONOMI RENDAH
TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK
MURID-MURID
Kajian oleh Zarinah Arshat & Rozumah Baharudin
(2011), pula mendapati ;

tingkahlaku dan penglibatan ibubapa yang miskin dalam


pendidikan anak-anak dipengaruhi juga oleh tahap
pendidikan ibu bapa.
Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat
hubungan anak sebagai dua hala, bersifat resiprokal
(Dekovic & Gerris, 1992), banyak melibatkan diri dalam
aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi
yang positif dan terbuka. Komunikasi yang terbuka
membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang
melalui sentuhan, kemesraan dan sokongan.
CIRI-CIRI MURID KELOMPOK SOSIO
EKONOMI RENDAH

Tempat kediaman - Keadaan fizikal rumah yang kecil dengan


ruang yang sempit.

Kurang peralatan pembelajaran dan bahan bacaan - Anak-


anak akan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah
secara maksimum seperti perpustakaan dan makmal komputer.

Budaya dan sikap ibu bapa keluarga- Persekitaran keluarga


yang kurang membaca, dan pengabaian kebajikan dan
pemantauan terhadap pelajaran
CIRI-CIRI MURID KELOMPOK SOSIO
EKONOMI RENDAH

Sumber elektrik dan bekalan air - Terdapat sesetengah anak-anak yang


mendiami rumah yangmempunyai sumber elektrik dan bekalan air yang
tidak sempurna.

Keperluan makanan - Pendapatan keluarga yang tidak mencukupi


menyebabkan perbelanjaan keluarga tidak dapat disediakan dengan
sempurna.

Tingkahlaku negatif - Kebiasaanya murid dari kalangan keluarga yang


mempunyai sosio ekonomi rendah bermasalah dalam tingkahlaku dan
mempunyai tahap kendiri yang rendah

Penampilan - Kebanyakan dari mereka berpenampilan tidak kemas,kotor


dan berbau.
INISIATIF BAGI MEMBANTU
GOLONGAN SOSIO EKONOMI RENDAH

Terbahagi kepada dua iaitu :-

1. Pendekatan Bersifat
Kewangan

2. Pendekatan Bukan Bersifat


Kewangan
PENDAPATAN BERSIFAT KEWANGAN

Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar


Miskin (KWAPM)
Skim Bantuan Persekolahan (SBP) YPM 2014
Program 1 AZAM(Akhiri Zaman Miskin)
E-Kasih
Jabatan kebajikan Masyarakat
Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK)
PENDEKATAN YANG BERSIFAT
BUKAN KEWANGAN

Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Program Susu Sekolah (PSS)
Bantuan Jaket Keselamatan
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Asrama Harian
Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
KESIMPULAN

Persekitaran dan sosio ekonomi diakui mempunyai hubung kait yang


sinonim dengan pencapaian akademik seseorang kanak-kanak.

Sosio ekonomi sesebuah keluarga perlu diperkukuhkan agar statistik


keciciran akademik dalam kalangan kanak-kanak dapat diatasi.

Sebagai aset negara yang penting golongan ini perlu dilindungi dan
dibentuk agar berupaya menjadi pemimpin masa depan yang
cemerlang dan mampu bersaing di peringkat global.
KESIMPULAN

Justeru semua pihak perlu berganding bahu agar aspirasi negara


untuk melahirkan insan cemerlang akan terhasil. Ia merupakan
tanggung jawab semua pihak, maka sewajarnya segala punca
dan kekangan dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Bermula
dari persekitaran rumah, proses pengajaran dan pembelajaran ,
masyarakat dan rangkaian perkhidmatan kerajaan dan bukan
kerajaan.
Sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai