Anda di halaman 1dari 54

BENGKEL LAPORAN PRESTASI

CALON UPSR 2012


LAPORAN PRESTASI
CALON UPSR BM 012/1
2012
Panduan

KERTAS 2
BAHAGIAN A
Panduan penting kepada calon:

1. Calon mesti membaca dan memahami


kehendak soalan atau kata kunci soalan sama
ada tentang aktiviti, suasana, situasi atau
ayat lengkap tentang gambar.

2. Skor cemerlang hanya diberikan kepada ayat


lengkap , gramatis dan meluas yang bertepatan dengan
bahan grafik / tugasan serta tidak mempunyai sebarang
kesalahan tatabahasa seperti ejaaan, tanda baca, kesalahan
sruktur ayat dan penggunaan kata.
Penting!
Ayat yang dibina mestilah mengikut urutan nombor.
Contoh:
1. _______________________________________ .
2. _______________________________________ .
3. _______________________________________ .
4. _______________________________________ .
5. _______________________________________ .
Subjek Predikat

1. Dua orang ahli pengakap pasang khemah.

2. Ali dan Abu angkat kayu.

3.

4.

5.
Subjek Predikat

1. Dua orang ahli pengakap sedang memasang khemah.

2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api .

3.

4.

5.
Subjek Predikat
1. Beberapa orang ahli pengakap sedang memasang khemah
di tapak perkhemahan untuk mereka berteduh sepanjang
perkhemahan.
2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api untuk memasak dan
membuat unggun api.
3.

4.

5.
Siapa / Apa?(KN) Buat apa (KK/KA) Objek(KN) Peluasan (MATA)
Siapa / Apa?(KN) Buat apa (KK/KA) Objek(KN) Peluasan (MATA)

1. Beberapa orang ahli pengakap sedang memasang khemah


di tapak perkhemahan untuk mereka berteduh sepanjang
perkhemahan. (A)

2. Ali dan Abu mengangkat seberkas kayu api untuk memasak dan
membuat unggun api. (A)
3.
4.
5
Jawapan tidak
menarik
1. Seorang lelaki sedang
membeli ikan di sebuah gerai ikan.

2. Seorang penjual ikan memasukkan ikan yang dibeli oleh


pelanggannya ke dalam beg plastik.

3. Seorang peniaga ikan di gerai yang lain pula sedang


menyusun ikan-ikan yang hendak dijualnya.

4. Seorang penjual sedang melapah daging yang tergantung


di gerainya.

5. Seorang pekerja sedang menimbang daging yang dibeli


oleh dua orang lelaki.

11
Penggunaan Nama ?

Contoh : Pak Ali sedang membaca surat khabar di bawah pokok.


Gunakan Kata Nama Khas - Abu, Ali
Kata Nama Am - lelaki,perempuan, pelancong
Kata Bilangan - satu, beberapa
Penjodoh Bilangan - seorang,sebuah, sebatang
Kata Arah - di hadapan, di tepi
Bentuk Soalan
Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

- Anda boleh menulis apa sahaja yang terdapat dalam


gambar.
- Keutamaan ialah aktiviti.

Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

- Nyatakan lima aktiviti sahaja.


- Mestilah mengandungi kata kerja (perbuatan)watak.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang
terdapat dalam gambar.
- Situasi melibatkan keseluruhan
gambar.
- Nyatakan:

* suasana /keadaan
* persekitaran
*emosi

Fomula Menjawab
Suasana + persekitaran + emosi
Langkah Menulis
Tulis lima ayat tentang situasi
berdasarkan gambar diberi.

Siapa / Apa?(KN) Ps/Sua/Emosi Peluasan

1.

2.

3.

4.

5.
Lihat gambar di bawah dengan teliti. UPSR 2009
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Memerhatikan Menabur Menanam

Menyiram

Mencabut
Membuang Menyemai
UPSR 2010
Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di halaman rumah. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang aktiviti-aktiviti tersebut.

menyidai bermain : menunggang


menjemur anak patung mengayuh :
mengangkat bintang basikal
memegang:
baju , kain

bermain
menunjuk
menjual memerhati
mengisi membaling
membubuh membidik :
meletak guli , batu
menjilat
menunggu:
aiskrim
kon, bekas
UPSR 2011
Gambar di bawah menunjukkan suasana jamuan hari raya di sebuah rumah. Tulis lima
ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Beramah mesra,
Memasang, bermain : Bersalam-salaman, berbual-bual,
menyala, bunga api, berjabat tangan, bersembang,
mencucuh, mercun bermaaf-maafan, bercakap,
menghidupkan menyambut tetamu berborak.
pelita.

Beratur untuk Menghidang


mengambil makanan ,
duit raya. menatang ,
Mengambil / membawa
menerima juadah
duit raya.

Menjamu
Memberi / selera, makan
menghulur , menikmati
duit raya/ juadah.
angpau.
UPSR 2012 BAHAGIAN A
Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah kedai makan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kedai makan tersebut
Suasana :
Menatang, Mengelap,
1. Bersih Memasak, Membayar,
membawa, mencuci,
2. Sibuk menggoreng, menjelaskan,
mengangkat, membersih
3. Cermat menyediakan menghulur
dulang meja
4. Sopan makanan
5. Berhati-hati
6. Teratur Menerima,
7. Seronok mengira,
8. Gembira menjumlah.
9. Kemas menghitung
10. Tenang
Membersih,
Mencatat,
mencuci,
menulis,
membasuh
menerima
tangan
pesanan

Memilih, Menyuap,
meneliti, memberi,
menyemak melayan
menu
1. Cef Abdullah sedang menggoreng mi untuk
dihidangkan kepada pelanggannya.
2. Mak Cik Aminah sedang mencatat pesanan
makanan yang diminta oleh Ali.
3. Pak Cik Abu sedang mengelap meja dengan
menggunakan kain yang bersih.
4. Ahmad sedang membasuh tangan di singki
sebelum menikmati makanannya .
5. Suasana di kedai makan itu sangat bising
kerana ramai pelanggan yang hadir.
PENTING
MAKLUMAT UNTUK BAHAGIAN A
1. Perkataan sedang boleh digunakan.
2. Tiada penetapan jumlah perkataan contohnya mesti
tulis antara 9 hingga 12 patah perkataan.
3. Tidak boleh guna penanda wacana.
4. 5 ayat tersurat sahaja- tersirat (situasi) penerang.
5. Ayat yang ditulis mesti ada subjek dan predikat.
6. Pastikan tiada kesalahan bahasa iaitu ejaan,
tanda baca , imbuhan, penggunaan
perkataan, struktur ayat atau ayat berulang.
7. Untuk mendapat markah penuh, tidak ada
kesalahan.
IMBAS KEMBALI BAHAGIAN A

UPSR 2009 UPSR 2010

UPSR 2011 UPSR 2012


BAHASA MELAYU KERTAS 2
BAHAGIAN B
(MENULIS KARANGAN)

Fokus Karangan
Cerita/menyudahkan dan akhiri cerita/situasi
Surat Kiriman
Ucapan
Catatan
Autobiografi/biografi
Dailog
BILANGAN PERKATAAN

* Tidak kurang 80 patah perkataan.

*Bilangan perkataan yang tidak mencukupi


menyebabkan aras markah turun.
Jumlah Perkataan (dicadangkan)

Pendahuluan : 15 patah perkataan


Idea 1 : 25 patah perkataan
Idea 2 : 25 patah perkataan
Idea 3 : 25 patah perkataan
Idea 4 : 25 patah perkataan
Penutup : 15 patah perkataan
130 patah perkataan
PEMERENGGANAN

Sekurang-kurangnya satu perenggan dan


sebaik-baiknya enam perenggan seperti
berikut;
Pendahuluan - Perenggan 1
Idea - Perenggan 2,3,4 dan 5
Penutup - Perenggan 6
Pastikan setiap satu idea dalam satu perenggan.
PENDAHULUAN

Jangan lebih satu perenggan.


INGAT! Pendahuluan bukan idea.
Memadai 1 2 ayat.
Cuti sekolah adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapa dan murid-murid. Pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan diatur oleh ibu bapa untuk memenuhi waktu percutian tersebut.
Tulis pengalaman kamu dan keluarga ketika mengisi percutian tersebut.

Pada cuti sekolah yang lalu, ayah saya bercadang untuk pergi ke Pulau
Pangkor untuk bercuti di sana. Kami berasa sangat gembira apabila mendengarnya.
Sebelum pergi, emak saya memasak makanan untuk dibawa ke sana. Saya
menolong emak memasukkan makanan itu ke dalam bakul. Kami bersiap-siap untuk
pergi. Kami juga membawa baju kerana kami hendak tidur di sana. Kami bertolak ke
sana pada petang itu juga.
Ayah saya memasukkan barang-barang yang hendak dibawa ke dalam kereta.
Kami semua masuk ke dalam kereta untuk pergi.
Di dalam kereta, adik-beradik saya menyanyi dengan gembira sambil melihat
pemandangan di luar tingkap kereta. Kami tidak sabar untuk sampai ke tempat yang
dituju.

Contoh pendahuluan yang sepatutnya;


Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga bercuti di Pulau Pangkor.
IDEA KARANGAN

Karangan tanpa idea dianggap TIDAK MENEPATI


TUGASAN.
Pecahan bagi satu idea :
i. Idea utama (ayat pertama)
ii. Huraian kecil idea (ayat kedua)
iii. Huraian terperinci idea / contoh (ayat ketiga)

Memadai 3- 4 ayat sahaja.


PENUTUP KARANGAN

Penutup bukan idea karangan.

Memadai 1- 2 ayat sahaja.


CONTOH PENUTUP

Nyatakan sekian, terima kasih.


(ucapan,surat,syarahan,perbahasan, laporan.
dailog)
Kesimpulannya aktiviti kokurikulum merupakan
satu gerak kerja yang penting di sekolah bagi
membentuk peribadi dan memupuk semangat
kepimpinan pelajar.(fakta)
Contoh Soalan

Hari semakin gelap.Aku mengayuh basikal dengan


laju kerana tidak mahu terperangkap dalam hujan.
Apabila tiba di satu simpang, tiba-tiba
Lengkapkan cerita di atas. Mulakan karangan
kamu dengan Apabila tiba di satu simpang,
tiba-tiba
Menyudahkan cerita dan mengakhiri
cerita
Contoh soalan: Akhir cerita dengan ayat berikut.
Impian saya tercapai juga akhirnya. Saya
muncul sebagai johan dalam pertandingan
itu.

# ingatan : Jangan tambah atau kurangkan


perkataan diberi.
Soalan
Contoh soalan.
Anda berbasikal bersama rakan-rakan anda
semasa pulang dari sekolah. Dalam perjalanan
anda ternampak seorang budak hampir lemas
di sungai. Apakah tindakan yang harus anda dan
rakan-rakan anda lakukan?
Cadangan Nilai Murni

Baik Hati Kerjasama

Berdikari Hormat menghormati

Hemah Tinggi Kasih sayang

Kesederhanaan Keadilan

Semangat Bermasyarakat Kebebasan

Rasional Keberanian

Kerajinan Kejujuran

Kesyukuran Kebersihan fizikal dan mental


Mesti mengambil nilai atau pengajaran dan
contoh daripada petikan sahaja.
Jelmakan nilai yang tersirat terdapat dalam
petikan.
Jelmakan nilai yang tersurat dalam petikan
dengan nilai yang seerti .
Fomula menjawab

I3C2
ingat tiga cari dua
Ingat 3 Penanda Wacana, Kata
Bantu dan Kata Hubung
Cari 2 Nilai dan ulas (idea teks
merujuk petikan)
Fomula Berkesan Menjawab Bahagian C
Mulakan ayat dengan, Antara pengajaran atau amalan baik atau
nilai murni yang terdapat dalam petikan ialah

Gunakan penanda wacana.


i. Antara nilai murni / amalan baik / pengajaran A
ii. Seterusnya S
iii. Selain itu S
iv. Di samping itu D
v. Akhirnya A

Anak Siput Sedut Dalam Almari


I3C2
dengan
untuk ULASAN
KATA (Rujuk idea teks
ASSDA NILAI
BANTU dalam petikan)
Seperti
(watak)
Latihan Menulis (ASSDA)
Antara nilai murni / pengajaran yang terdapat
dalam petikan ialah kita mestilah
. . Seterusnya, kita perlulah..
.
Selain itu, kita hendaklah..
. Di samping itu, kita sewajarnya.
. . Akhirnya, kita sepatutnya

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang


Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah
terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar
Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan
Sang Merbuk.

Pada suatu petang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan
senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengiggit kaki pemburu itu. Pemburu
terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan
diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

UPSR 2009
Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya.

Nilai rajin

Contoh ulasan 1 :
Kita mestilah rajin mencari rezeki untuk membantu kumpulan
kita.

Contoh ulasan 2 :
Kita mestilah rajin mencari rezeki seperti Sang Semut yang
sering keluar mencari makanan.
Ali seorang yang boros berbelanja. Dia akan
menghabiskan semua duit belanja yang diberikan oleh
ayahnya.

Ulasan 1 :
Kita hendaklah tidak boros semasa berbelanja. X

Ulasan 2 :
Kita hendaklah jangan boros semasa berbelanja. X

Ulasan 3 :
Kita hendaklah berjimat cermat semasa berbelanja.
Azman sering tidak menyiapkan kerja sekolah yang
diberi oleh gurunya.

Nilai : rajin/kerajinan

Ulasan 1:
Kita mestilah rajin dengan menyiapkan kerja
sekolah yang diberi oleh guru.
Amir mengambil anak kucing dari dalam longkang
itu.

Nilai : baik hati/belas kasihan

Ulasan 1:
Kita hendaklah baik hati seperti Amin yang
menyelamatkan anak kucing dari dalam longkang.
Amran mengucapkan selamat malam kepada
kedua-dua ibu bapanya.

Nilai : menghormati (ucapan selamat malam)


Ulasan 1:
Kita hendaklah menghormati ibu bapa dengan
mengucapkan selamat malam sebelum tidur.

Ulasan 2 :
Kita hendaklah menghormati ibu bapa seperti
Amran yang mengucapkan selamat malam kepada
ibu bapanya sebelum tidur.
Tulis lima nilai yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak
lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
UPSR 2010
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman
saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu
sekolah saya.
Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik dilalui,
kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras
Terbakar, Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel
Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan
alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi
guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru
tersebut. Lawatan seterusnya ke Underwater World , iaitu tempat pelbagai jenis
hidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan
kesesakan.
Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya
hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh
ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Panjangnya jawapan kamu
hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Hadirin yang saya hormati, UPSR 2011
Saya, mewakili kawan-kawan ingin mengucapkan selamat berpisah kepada Cikgu Farzana
yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.

Cikgu Farzana merupakan guru yang sanggup berkorban untuk murid-muridnya. Beliau
menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan. Beliau sentiasa bersedia membimbing dan
membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Seluruh warga sekolah amat
menghargai beliau. Walaupun lemah lembut, beliau merupakan guru yang tegas dan sentiasa
memastikan murid-muridnya mematuhi peraturan.

Cikgu Farzana juga aktif dalam Kelab Tunas Kebudayaan. Hasil bimbingan beliau, sekolah
kita telah muncul sebagai johan dalam pertandingan drama peringkat negeri melalui drama Si
Tanggang. Sekolah kita juga telah menjadi johan dalam pertandingan bola jaring peringkat daerah
kerana kegigihan beliau melatih para pemain.

Tahniah kami ucapkan kepada cikgu. Segala nasihat dan bimbingan yang cikgu berikan itu
akan kami patuhi. Akhir kata, saya mewakili kawan-kawan memohon maaf atas kesilapan yang pernah
kami lakukan. Sebelum berpisah, terimalah serangkap pantun daripada kami.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan.
Sungguh jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.
Tulis lima nilai murni yang kamu peroleh daripada petikan di bawah . Berikan contoh yang
sesuai berdasarkan petikan tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan. UPSR 2012
Imran, Aidil dan Rajesh berkawan rapat. Pada suatu hari, ketika berjalan-
jalan, mereka melalui kawasan dusun rambutan Pak Harun. Mereka ternampak
buah rambutan yang masak.

Aidil mengajak Imran dan Rajesh memanjat pokok rambutan, namun tidak
dipersetujui oleh kawan-kawannya. Aidil berdegil dan terus memanjat pokok
rambutan itu. Sedang leka memetik buah rambutan, dahan yang dipijaknya
patah. Aidil terjatuh dan meraung kesakitan. Imran dan Rajesh yang masih
berada di kawasan itu cuba membantu. Kebetulan Pak Harun melalui kawasan
dusunnya itu dan ternampak mereka bertiga.

Pak Harun menghantar Aidil ke hospital. Tangan Aidil yang patah telah
dirawat. Imran dan Rajesh pula menghubungi keluarga mereka itu. Aidil berasa
kesal atas perbuatannya dan memohon maaf daripada Pak Harun.
Nilai tersurat dari petikan Nilai tersirat yang dijelmakan
Kasih sayang, setiakawan, erat
berkawan rapat
silaturahim

namun tidak dipersetujui oleh kawan-kawannya berpendirian tegas, rasional, sepakat,


bertindak bijak

berdegil dan terus memanjat Mendengar kata/nasihat, berfikiran


positif

dahan yang dipijaknya patah Berhati-hati, berwaspada, menjaga


keselamatan

cuba membantu Bertindak pantas, prihatin, baik hati

menghantar Aidil ke hospital Baik hati, bertanggungjawab, simpati ,


ambil berat

menghubungi keluarga Bertindak pantas/bijak, peka

Mengakui kesalahan, insaf, sedar atas


kesal kesilapan

Memohon maaf Berhemah tinggi, rendah diri


GUNAKAN BANTUAN !!!
PENANDA KATA BANTU Nilai yang BUKTI
WACANA dijelmakan
Nilainya, kita menjaga Memanjat pokok
rambutan.
mestilah keselamatan

Selain itu, Kita membantu kawan yang


baik hati dalam kesakitan
hendaklah
Seterusnya, Kita perlulah Mengambil menghantar kawan
yang sakit ke hospital
berat
menghubungi keluarga
Di samping kita prihatin kawan yang berada di
hospital .
itu, sewajarnya
kesal atas perbuatan
Akhir sekali, kita haruslah insaf salah yang telah
dilakukan.
SEKIAN TERIMA KASIH
KUMPULAN BM SK PENULISAN 012:

- JENSANI BIN ILIAS SK TAMAN SKUDAI, JOHOR BAHRU


- ABD AZIZ BIN ABD RAHMAN SK BANDAR TANGKAK, MUAR
- ROMAIZI BIN MUHAMAT SK SINAR BAHAGIA, KULAIJAYA
- ABD RAHIM BIN OTHMAN SK LKTP BELITONG, KLUANG
- SUHAIMI BIN RAMLI SK FELCRA SG. ARA, KOTA TINGGI
- NORIBAH BINTI JAAFAR SK SERI INTAN, KLUANG
- NORIAH BINTI MD JIDIN SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU
- NOR AZLINA BINTI SHAARI SK CONVENT BATU PAHAT, BATU PAHAT.

Anda mungkin juga menyukai