Anda di halaman 1dari 62

Hubungan

Etnik dari
Aspek Ekonomi

1
Pengenalan
Hubungan timbal balik antara pembangunan
ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

Alat analisis :
modenisasi
pembangunan ekonomi
pembangunan politik

2
KONSEP MODENISASI
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau
perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara


berencana atau tidak berencana.

Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan)


adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan
ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum
suatu perubahan dilaksanakan.

Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu


pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
3
4
Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi
untuk mencapai kemajuan dengan mewujudkan
sebuah masyarakat industri.

Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk


pembangunan ekonomi ;
Pembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan
canggih.
Pembangunan pertanian : sara diri - komersial
Industrialisasi : produksi secara besar-besaran.
Urbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.

5
Pembangunan Ekonomi:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Ukuran pencapaian bagi pembangunan


ekonomi adalah pertumbuhan yang lazimnya
diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP
(gross national product).

Proses pembangunan ekonomi akan membawa


kepada perubahan sosial yang menyeluruh
kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan
yang bersifat tradisional, miskin atau mundur
kepada kehidupan maju dan moden.
6
Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal


hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat
daripada dua revolusi besar :
Revolusi Perancis (politik feudal)
Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke


dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

7
8
Modenisasi Di Eropah:
Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian
Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada
dua sudut :

Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman


tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya
melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan
sosial.

Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk


kepada kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

9
Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat
berpengaruh dalam perbincangan tentang kemajuan
masyarakat.

Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa


perkembangan negara miskin ke arah menjadi
masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat
dielakkan, sehingga dapat diramalkan.

Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :


Bersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.
Bersifat banyak hala (multilinear).
10
Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya
mencorakkan semula hubungan antara manusia
dengan alam sekitar.

Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi,


masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk
mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan.

Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

11
Matlamat modenisasi
di Eropah Barat
Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.

Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi


sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.

Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara


untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran
negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah
perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan
ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

12
13
Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah
Bukan Eropah
Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi dan
tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat.

Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai


alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan
kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan.

Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir dengan


penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia.

Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan


pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran
secara berterusan.

14
Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Dalam proses jual beli dan pertukaran barang,
pedagang dan penjajah Eropah Barat mula menyusun
ekonomi dunia, dengan daerah jajahan mempunyai
peranan sebagai pengeluar bahan mentah.

Negara Eropah Barat pula berperanan memproses


bahan mentah tersebut menjadi barangan industri,
bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada
masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain
termasuk di tanah jajahan.

Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini


dapat disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau
internasional.

15
Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan
pada abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru
semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di
wilayah jajahan.
Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari
wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi
keperluan industri di Eropah Barat.
Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial
dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah.
Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan
kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti
yang dikemukakan oleh
teori imperialisme - Lenin,
teori pergantungan - Paul Baran
teori dependency - Andre Gunder Frank.

16
Penjajahan
Sebagai Saluran Utama Pemodenan
Wilayah Bukan Eropah
Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai
ketinggalan.

Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih


maju dan moden.

Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa


masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus
mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah
Barat.

Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau


mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat
Eropah Barat dianggap sebagai underdevelopment.

17
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah
Barat telah menjadi model atau contoh bagi
pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara
membangun.

Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya


tidak sama:
Pemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua
aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan
dan penilaian.
Pembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah
Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana.

18
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara
Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai
contoh bagi pembentukan negara.

Ada dua aspek utama yang ditiru :


Aspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik.
Aspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan
teknologi.

Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem


yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan
mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan
model Eropah Barat atau model Barat.

19
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh
perspektif modenisasi yang bertitik tolak daripada
falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala).
Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan
membezakan antara masyarakat tradisional dengan
moden.
Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya
nilai dan unsur tradisional digantikan dengan nilai dan
unsur moden.
Termasuk dalam perspektif ini adalah :
teori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963),
teori difusi - Moore dan Feldman.
20
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat
universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negara-
negara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan
mengejar pembangunan.

PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan


perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan
pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana
Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi
melaksanakan pembangunan.

Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea projek


pembangunan, mempengaruhi negara membangun supaya
meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan
teknologi Barat yang berintensifkan modal.

21
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang
terarah, mungkin dalam bentuk :
mengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang
bersifat agama kepada sekular),
dalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar
bandar kepada masyarakat bandar),
dalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga
jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan


sosial dan pertumbuhan ekonomi yang terancang yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

22
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,
pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi
antarabangsa.

Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat


antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah
Barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat
dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan


peringkat antarabangsa atau global.

Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial


dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka
dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma
global.

23
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana
dominasi Eropah Barat telah berakhir dan dunia
memasuki zaman peradaban global.

Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang


menunjukkan ekonomi dunia telah dijalinkan
bersama:
Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan
komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-
bagai wilayah di dunia.
Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang
diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi.
Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk
pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di
daerah bukan-industri.
24
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan
ekonomi global adalah golongan kapitalis.

Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan


dirinya melampaui batas negara dengan cara
mengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi.
mewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran
kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta
yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi
secara jarak jauh.

Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan


proses perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran
kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan
ekonomi antarabangsa.
25
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara
baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga
akhirnya dinamakan sebagai globalisasi.

Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak


menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah


PBB, yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik
berjalan di seluruh dunia.

Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah


golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations
(MNC) atau transnational corporations.

26
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar
pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula
ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan
meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat.

Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat


pinjaman daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan
biasanya diperolehi pada Bank Dunia.

Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia


kepada negara membangun :
melaksanakan reformasi tanah,
meningkatkan infrastruktur,
meningkatkan taraf pendidikan,
meningkatkan pelaburan awam,
melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution
Industrializaiton)
Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented
Industrializaiton). 27
Luar Eropah:
Pemodenan atau Pembaratan
Pengalaman di negara-negara membangun
memperlihatkan bahawa pemodenan dan
pembangunan ekonomi dan politik di negara
Eropah Barat telah menjadi model atau contoh
untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

Lazimnya, dengan bantuan agensi


antarabangsa, proses pemodenan ekonomi
dijalankan secara berencana dan langkah-
langkah yang diambil pula disesuaikan dengan
keadaan di dalam negara tersebut.
28
MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
kehadiran kolonial Inggeris.

Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang


Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk
melakukan pembangunan politik dan pembangunan
ekonomi.

Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan


kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan
pelbagai perubahan dan penyesuaian.

29
Komponen Ekonomi:
Pembangunan Ekonomi, Perindustrian, Kadar
Pertumbuhan Dan Peningkatan Kualiti Hidup
Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat
pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
industri.

Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan


ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi


mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan
daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan
eksport.

Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian


kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

30
Komponen Politik:
Pembinaan Negara-Bangsa; Dasar Awam; Penilaian
Pencapaian Dasar Awam; Integrasi Nasional
Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah
mencapai kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama
pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak


hanya diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga
dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan
penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah


negara-bangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada
gabungan daerah yang berbeza, gabungan bangsa yang berbeza,
gabungan kerajaan yang berbeza, isu pembinaan negara-bangsa
adalah sangat penting. Menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia
untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan
makmur.

31
Hubungan Etnik
dalam konteks Modenisasi Malaysia
Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi
Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial,
khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah,
buruh, modal).

Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk


membangunkan ekonomi negara mereka.

Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya


untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan
pembinaan negara-bangsa.

Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau


pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan
berlaku di Afrika.

32
Acuan Ekonomi Malaysia:
Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui
pengalaman dijajah kolonial Inggeris.

Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti


getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan
industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.

Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang


kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas,
misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan
yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.

Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of


labour mengikut kumpulan etnik.

Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing,


modal kaum Cina dan sebagainya.
33
Acuan Ekonomi Malaysia:
Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti
Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi
Malaysia hasil peninggalan era penjajahan
terus bertahan hingga saat ini.

Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara


yang saling mempengaruhi dan tidak dapat
dipisahkan antara satu sama lain dalam
kehidupan di Malaysia.

34
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
Dalam aspek demografi, secara statistik, Melayu merupakan etnik
yang majoriti, manakala Cina dan India ialah kelompok minoriti.

Jumlah keseluruhan penduduk Malaysia bertambah daripada


18.38 juta orang pada tahun 1991 kepada 23.27 juta pada tahun
2000.

Bancian penduduk berdasarkan etnik pada tahun 2000


menunjukkan :
Etnik Melayu dan bumiputera lain adalah 65.1 peratus.
Etnik Cina pula sebanyak 26.0 peratus.
Etnik India sebanyak 7.7 peratus
Selebihnya merupakan etnik lain-lain termasuk di Sabah dan
Sarawak.

35
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
Ketuanan politik etnik Melayu dalam konteks politik di Malaysia tidak
hanya dikaitkan dengan aspek sejarah tetapi juga aspek demografi kerana
secara umum jumlah suatu kelompok etnik menentukan secara langsung
jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihanraya.

Atas dasar itulah terdapat kebimbangan di kalangan etnik Cina tentang


kenyataan yang menunjukkan bahawa jumlah penduduk etnik Cina
mengalami kemerosotan.

Kebimbangan tersebut cukup berasas kerana mereka ingin memastikan


etnik Cina kekal berpengaruh dan mengimbangi kuasa politik.

Namun begitu, penurunan jumlah penduduk etnik Cina perlu dilihat tidak
hanya dalam konteks isu politik, tetapi juga masalah nasional, iaitu terkait
dengan masalah buruh dan produktiviti nasional.

36
Ciri-ciri Etnik dalam Konteks Majoriti
Demografi, Politik dan Ekonomi
Meskipun etnik Melayu merupakan etnik majoriti dalam
aspek demografi dan politik tetapi ia tidak bermakna
etnik Melayu turut majoriti dalam bidang yang lain.

Dalam bidang ekonomi, faktor yang menentukan siapa


yang menjadi majoriti bukan ditentukan oleh aspek
demografi tetapi ditentukan oleh kuantiti hak milik
kekayaan.

Dalam hal ini, etnik Cina merupakan majoriti kerana


mempunyai hak milik kekayaan yang lebih tinggi
berbanding etnik yang lain. Perkara ini yang menjadi
isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan
ekonomi berdasarkan etnik.

37
Isu ekonomi juga dikatakan menjadi punca
berlakunya rusuhan kaum paling berdarah
dalam tahun 1969. Sehubungan dengan itu,
pihak kerajaan telah berupaya menjalankan
dasar yang mengutamakan keseimbangan
kepentingan setiap etnik yang ada di Malaysia.

Di sebalik tumpuan kerajaan untuk


mengutamakan pembangunan ekonomi dan
menjadikan Malaysia salah sebuah negara
moden dan maju di Asia, aspek keharmonian
dan bekerjasama antara etnik tidak dilupakan.

38
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Setelah Perang Dunia Kedua berakhir, pemerintah kolonial
Inggeris mencuba sedaya upaya membina kembali Persekutuan
Tanah Melayu daripada runtuhan peperangan tersebut, baik dari
segi fizikal mahupun dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Dalam arena politik, mereka menemui kegagalan terutamanya


dalam usaha untuk mendirikan Malayan Union.

Dari segi ekonomi, kolonial Inggeris telah berjaya


memperkenalkan institusi perancangan pembangunan di
Persekutuan Tanah Melayu.

Dengan mengambil ilham daripada rancangan lima tahun yang


dilaksanakan di Soviet Union dan India, serta pengalaman
Marshall Plan, yang telah berjaya membina kembali seluruh
Eropah dengan biayaan Amerika Syarikat, dan dengan naungan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan
kecil di dalamnya ketika itu.
39
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Pihak kolonial Inggeris telah merangka dan melaksanakan rancangan lima tahun
pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diberi nama

Draft Development Plan 1950-1954 : sebagai asas kepada suatu tradisi


perancangan moden, suatu institusi penting dan suatu alat politik berkesan yang
menentukan masa depan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia

First Five-Year Tanah Melayu Plan 1955-60 : pimpinan tempatan telah diasuh dan
diberikan tanggungjawab mengendalikan proses pembangunan masyarakatnya
sendiri melalui pemerintahan sendiri yang terbatas selepas Pilihanraya Umum
tahun 1955 dan kemudiannya melalui pemberian kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.

Second Five Year Tanah Melayu Plan 1961-65 diperkenalkan dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh pimpinan tempatan.

Walaupun daripada segi falsafah, bentuk dan teknik corak perancangan


pembangunan ketika itu merupakan lanjutan perancangan pembangunan kolonial
Inggeris, namun daripada segi tujuan, matlamat dan strategi khusus telah
menunjukkan banyak perubahan dan penyesuaian.

40
Perancangan Pembangunan
Lima Tahun
Rancangan Malaysia Pertama 1966-70. merupakan rancangan
pembangunan yang menekan usaha untuk membangunkan masyarakat
Malaysia.
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), merupakan rancangan
pembangunan yang menitik beratkan usaha untuk menyelesaikan masalah
perbezaan ekonomi antara sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan
politik dapat dicapai.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan rancangan
pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada
Rancangan Malaysia Kedua.
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima
(1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) merupakan
rancangan pembangunan yang menitik beratkan industri berasaskan
teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.
Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan
(2001-2006) pula mula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-
ekonomi.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), tumpuan diberikan
tidak hanya kepada industri berteraskan K-ekonomi tetapi turut memberi
perhatian kepada isu pembangunan manusia atau disebut sebagai modal
insan.
41
42
Dasar-Dasar Awam:
Pertanian, Perindustrian dan K-Ekonomi
Pada tahun 1960an dan 1970an, meskipun pembangunan ekonomi
sudah diarahkan kepada perindustrian tetapi tumpuan kepada sektor
pertanian masih diutamakan.

Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang


bertanggungjawab untuk memajukan sektor pertanian dan
menghapuskan kemiskinan di luar bandar telah diwujudkan seperti
FELDA, FELCRA dan MARA.

Menjelang tahun 1980-an dan 1990-an, sektor perindustrian lebih


diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal, seperti Dasar
Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.

Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini,


beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan
ekonomi yang berteraskan kepada teknologi ICT dan K-ekonomi.

Dasar-dasar awam yang digubal merupakan suatu usaha politik


daripada pihak kerajaan yang bersifat top-down untuk melengkapi
apa yang sudah direncanakan dalam Rancangan Malaysia.
43
ISU-ISU UTAMA EKONOMI
Dalam kes di Malaysia, isu pembangunan
ekonomi berkait rapat dengan isu sosial
terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan
agihan pendapatan menurut golongan etnik.

Beberapa isu penting :


Antara Pertumbuhan dan Agihan
Antara Equality dan Equity

44
Antara Pertumbuhan dan Agihan
Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat
dilihat dua sudut,
antara kelas sosial yang berbeza.
antara kelompok etnik yang berbeza.

Pada dasarnya isu pertumbuhan ekonomi yang


berkaitan dengan agihan kekayaan adalah isu
yang pernah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi
Baru.

45
Antara Equality dan Equity
Isu equity atau keadilan dan equality atau
kesamarataan di kalangan rakyat Malaysia sudah
dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Fasal (8) Perkara (1) Perlembagaan Malaysia


menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di
sisi undang-undang dan berhak mendapat
perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

46
Antara Equality dan Equity
Fasal (8) Perkara (1) telah digunakan oleh sesetengah
pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan
kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di
Malaysia dengan meninjau semula Fasal (153) yang
berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera.

Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya


mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang
dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) Perlembagaan
Malaysia menyatakan: kecuali sebagaimana
dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,
tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara
semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau
tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-
undang atau dalam pekerjaan.
47
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar ekonomi dan politik yang diamalkan oleh pihak Inggeris
menyebabkan pembangunan yang tidak seimbang antara
wilayah bandar dan luar bandar, dan selanjutnya terdapat
jurang perbezaan ekonomi antara kelompok etnik.

Sesuai dengan semangat dan aspirasi Fasal (153) dan Fasal


(8) Perkara (2) Perlembagaan Malaysia, serta pengalaman
yang dialami semasa peristiwa 13 Mei, 1969, Dasar Ekonomi
Baru dirangka agar dapat memberi peluang kepada kelompok
etnik Melayu meningkatkan kemampuan ekonomi mereka
supaya tidak ketinggalan berbanding kelompok etnik lain.

Banci penduduk tahun 1970 menunjukkan bahawa 49.3%


daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan di bawah garis miskin. Daripada jumlah semua
keluarga miskin, sebanyak 86% berada di kawasan luar
bandar dan 14% di kawasan bandar.

48
Kadar Pendapatan Purata
Kaum
Kemiskinan (% ) Keluarga Sebulan (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 392.00

India 39.2 304.00

Lain-
44.8 813.00
lain

Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik 1970


49
Pemilikan Jumlah %
Pemilikan
( RM Juta )
Bumiputera Perseorangan
279.6 4.3
dan Agensi Amanah
a. Bumiputera
168.7 2.6
Perseorangan
b. Agensi Amanah 110.9 1.7
Bukan Bumiputera 2233.2 34.0
Warganegara Asing 4051.3 61.7
Jumlah 6564.1 100.0
Kadar Pemilikan Berdasarkan Kelompok Etnik 1970
50
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dilihat daripada sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970
pecahan mengikut kelompok etnik turut menunjukkan
ketidakseimbangan.

Dalam sektor pertanian, etnik Melayu merupakan majoriti dengan


meliputi 67.6 %, etnik Cina hanya meliputi 19.9 %, manakala etnik
India berjumlah 11.5 %, dan lain-lain kelompok sebanyak 1 %.

Dalam sektor perlombongan, etnik Cina mendominasi dengan


jumlah 58.7 %, etnik Melayu hanya meliputi 32.1 %, etnik India
sebanyak 8.5 % dan lain-lain kelompok sebanyak 0.7 %.

Dalam sektor perniagaan, perdagangan, pentadbiran awam,


pendidikan, pertahanan dan kemudahan awam, etnik Melayu
meliputi 42.6 %, etnik Cina 45.5 %, etnik India 10.7 % dan lain-lain
kelompok sebanyak 1.2 %.

51
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Ketidakmerataan tersebut dipercayai menjadi sebab
utama berlakunya kecemburuan sosial sehingga
mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.

Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial


ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu
pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun iaitu
daripada 1971-1990 yang dikenali sebagai Dasar
Ekonomi Baru.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan suatu dasar


yang diperkenalkan dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara
sektor dan etnik agar kestabilan ekonomi dan politik
dapat dicapai. 52
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru mempunyai dua sasaran, iaitu,
mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan
dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira etnik
menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan
dan seterusnya menghapuskan pengenalan etnik
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara matlamat DEB ialah menyusun semula


pemilikan harta dengan meningkatkan pemilikan saham
Bumiputera sehingga sekurang-kurangnya 30 %
menjelang tahun 1990.

53
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Usaha yang dirangka untuk menyelesaikan masalah sosia,l
ekonomi dan projek pembangunan :
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat
yang menganggur.
Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor
yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih
lumayan.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara
kelopmpok etnik, antara kawasan bandar dan luar bandar dan
antara wilayah.
Memodenkan kehidupan di luar bandar.
Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan
Bumiputera.
Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan
komposisi kelompok etnik di Malaysia.
Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran,
latihan, kesihatan, kemudahan-kemudahan infra-struktur dan
lain-lain.
54
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Strategi dalam Dasar Ekonomi Baru, iaitu:
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan
miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar.
Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur
guna tenaga.
Menambahkan dengan lebih cepat lagi bilangan rakyat Malaysia
dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan
ekonomi.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan orang Melayu dan golongan
Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990
Menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional.
Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA
dan sebagainya.

55
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Hubungan Etnik
Dasar Ekonomi Baru bermatlamatkan perpaduan negara dan
dilaksanakan melalui proses pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat di dalam konteks keselamatan
negara yang kukuh.

Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih daripada


pihak kerajaan dan kakitangannya, malah ia memerlukan
perubahan sikap, tenaga dan pemikiran seluruh rakyat, termasuk
daripada sektor swasta.

Perlu disedari bahawa Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan


30 % pemilikan saham oleh golongan Bumiputera dan bukannya
100 % pemilikan saham.

Oleh yang demikian, tidak wajar untuk mengatakan bahawa Dasar


Ekonomi Baru sebagai suatu dasar yang bersifat diskriminatif.

56
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri
keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad telah
mengumumkan hasrat untuk memulakan Dasar
Penswastaan pada tahun 1983.

Pada dasarnya, penswastaan melibatkan peralihan


beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang
tertentu kepada sektor swasta.

Penswastaan ialah konsep yang bertentangan dengan


pemiliknegaraan (nationalization), iaitu, satu proses
yang menambahkan pemilikan dan penguasaan
kerajaan dalam ekonomi.

57
58
Dasar Penswastaan Dalam
Konteks Hubungan Etnik
Tujuan Dasar Penswastaan diperkenalkan, iaitu:
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan.
Meningkatkan persaingan, memperbaiki
kecekapan dan menambah produktiviti.
Merangsang pelaburan dan keusahawanan
persendirian.
Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.
Membantu pencapaian matlamat DEB.

59
Wawasan 2020
(i) Cabaran mewujudkan sebuah negara Bangsa
Malaysia yang bersatu padu;
(ii) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang bebas dan terjamin;
(iii) Cabaran bagi memupuk dan memajukan sebuah
masyarakat
demokrasi yang matang;
(iv) Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika tinggi;
(v) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang matang, liberal dan toleran;
(vi) Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat
yang saintifik dan progresif; 60
(vii) Cabaran untuk membentuk sebuah
masyarakat penyayang dan berbudaya
penyayang;
(viii) Cabaran untuk mewujudkan
masyarakat adil dari segi ekonomi;
dan
(ix) Mewujudkan sebuah masyarakat
makmur yang memiliki ekonomi
berdaya saing, dinamik, kuat dan tidak
mudah luntur. 61
2. Pilih satu dasar berikut dan terangkan
bagaimana dasar ini
memainkan peranan yang penting dalam
perpaduan nasional.
Bentangkan di dalam kelas.
(a) DEB
(b) Dasar Penswastaan
(c) Wawasan 2020
62

Anda mungkin juga menyukai