Anda di halaman 1dari 14

EDUP2023

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN 3
BERKUMPULAN

MUHAMAD KAMAL HAFIZ BIN MOHD ANWAR


NORAINI BINTI MAT ALI
NOR HAYATI BINTI SAAD
TUGASAN
Anda dikehendaki memilih dan menganalisis
secara kritis satu artikel atau jurnal yang
berkaitan dengan implikasi perbezaan
individu terhadap pengajaran dan
pembelajaran.
Hasil analisis perlu dibentangkan dan
pembentangan perlu merangkumi implikasi
perbezaan individu daripada pelbagai aspek
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
PERBEZAAN INDIVIDU DALAM PEMBELAJARAN
PENYATAAN 1 DARI ARTIKEL
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ibu
bapa supaya jangan menggunakan unsur paksaan terhadap anak-anak mereka
tetapi yang penting ialah memberi galakan dalam bidang yang mereka gemari
dan mempunyai potensi.

ULASAN:
Menurut Kenit (2007), menyatakan bahawa minat, sikap, pengajaran guru
dan faktor dorongan ibu bapa merupakan faktor utama yang dapat
mempengaruhi pencapaian cemerlang seseorang pelajar.
Maka galakan ibu bapa terhadap minat yang anak-anak mereka memberikan impak
yang besar terhadap jiwa anak-anak. Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi
dilahirkan dengan mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Personaliti yang
berbeza ini mendorong anak-anak mempunyai minat yang berbeza

Kenit, S. (2007). Faktor-Faktor Kekangan Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan di Lima Buah Sekolah Menengah
Akademik Harian di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.
Menurut Yahaya, Boon dan Hashim (2008)
pula menyatakan, personaliti pelajar
mempunyai pengaruh kepada pemilihan
kerjaya pelajar.
Menurut Jean Piaget, sifat dan sikap seorang
manusia dapat difahami dengan mengkaji
kecergasan seseorang itu

Abu Bakar, Z., Yahaya, N. & Nordin, M. S. (2011). Pendekatan Pengajaran Guru Dalam Proses Pembelajaran Kelas. Kertas
Kerja Pendekatan Pengajaran.: UTM. 1 8.
Ketidaksamaan individu dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek, sosial (JERIS).
Berdasarkan prinsip perkembangan dan
pertumbuhan, kadar perkembangan dan
pertumbuhan individu adalah berbeza.
PENYATAAN 2 DARI ARTIKEL
memaksa anak-anak kita untuk berbuat sesuatu yang mereka tidak
suka akhirnya akan menjadikan anak kita ini merasakan diri dan jiwa
mereka tertekan. Dan apabila ada perasaan ini yang wujud dalam
diri mereka, ia akan membesar dalam keadaan yang mempunyai
perasaan yang tertekan dan akhirnya ada perasaan memberontak di
dalam fikiran dan jiwa masing-masing

ULASAN
Dalam konteks ini, anak-anak memerlukan kesediaan emosi,
kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor sebelum melakukan
sesuatu khusunya belajar.
Faktor motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang
sesuai, keyakinan diri mempengaruhi kesediaan seseorang untuk
belajar.
Jika seseorang pelajar itu tidak berminat pada bidang
yang diceburinya, dia mungkin mendatangkan pelbagai
masalah kepada diri, rakan sebaya, kolej dan keluarga.
Dalam keadaaan ini pelajar mungkin akan terdedah
dengan pengaruh yang negatif dari rakan sebaya,
melakukan masalah disiplin dan menipu ibubapa serta
pihak pengurusan kolej.

Menurut Derville (1979) dalam Mohd Daud (2008), minat


adalah sesuatu yang lahir dari hati nurani seseorang
individu itu. Oleh yang demikian adalah penting bagi
seseorang itu untuk meminati sesuatu yang hendak
dilakukannya supaya dia tidak dalam keadaan terpaksa
Mohd Daud, M. R. (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif Pelajar Orang Asli Di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Rompin,
Pahang. UTM.
PENYATAAN 3 DARI ARTIKEL
Jika mereka suka bersukan, galakkan mereka bersukan dan jika mereka
suka dalam bidang kemahiran seperti melukis dan lain-lain maka
galakkan mereka untuk mereka terus mengasah bakat dalam apa juga
kegemaran dan bakat yang ada pada mereka kerana inilah usaha awal
yang boleh membentuk peribadi seseorang anak-anak dan akhirnya
mereka nanti akan membesar dalam keadaan yang sempurna dan
mereka suka apa yang mereka buat

ULASAN
Pada umumnya, anak-anak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk
melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor.
Keadaan ini jelas terbukti melalui kecergasan dan kemahiran anak-anak
melalui sukan dan permainan.
Penyelarasan psikomotor dan kebolehan bertambah selari dengan
meningkatnya umur.
Peningkatan umur akan membawa bersamanya
kuasa untuk mengekalkan perhatian,
penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan
kawalan dan penentangan kepada kelesuan.

Menurut Derville (1979) dalam Mohd Daud


(2008), minat adalah sesuatu yang lahir dari hati
nurani seseorang individu itu. Oleh yang demikian
adalah penting bagi seseorang itu untuk
meminati sesuatu yang hendak dilakukannya
supaya dia tidak dalam keadaan terpaksa

Mohd Daud, M. R. (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif Pelajar Orang


Asli Di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Rompin,
Pahang. UTM.
Selain faktor minat, setiap individu berbeza dari segi
keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya. Murid-murid mempunyai
aras kognitif yang berlainan. Mereka mungkin
memproses rangsangan-rangsangan yang diterima
daripada persekitaran dengan cara-cara yang berlainan.

Contohnya murid-murid perempuan mempunyai


kemahiran menulis dan memori yang lebih tinggi
daripada lelaki. Kajian Santrock (2001) dapat
membuktikan pencapaian murid-murid lelaki lebih baik
berbanding murid-murid perempuan bagai matapelajaran
Matematik, Sains dan sukan. Manakala pencapaian
murid-murid perempuan adalah baik berbanding murid-
murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan.
PENYATAAN 4 DARI ARTIKEL
Apabila mereka suka apa yang mereka buat, mereka akan
membuatnya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh
sehinggakan mereka boleh menjadi seorang insan yang berjaya
pada masa yang akan datang

ULASAN
Minat yang timbul kerana kemahuan akan menjadi pendorong
dalam melaksanakan usaha.
Dengan adanya minat tersebut cita- cita pelajar dapat dicapai
Namun begitu, jika kurang minatnya terhadap perkara tersebut,
mereka tidak bersungguh-sungguh untuk mencapainya.
PENYATAAN 5 DARI ARTIKEL
apa yang perlu dibuat, sebagai guru di peringkat mana sekali pun (baik
di peringkat Tadika atau di peringkat sekolah), mereka hendaklah
mengesan anak-anak atau pelajar mereka supaya dapat melihat bakat
mereka yang cenderong ke arah mana

ULASAN
Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada dua jenis:
1. Intraindividu
Perbezaan dalaman individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan
keadaan.
Contoh, sikap semasa di rumah dan di pejabat berbez
2. Interindividu
Perbazaan antara seorang individu dengan individu yang lain.
Perbezaan antara individu adalah dalam pelbagai bentuk dan perkara
RUMUSAN

Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja


mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas
yang besar dalam memahami dunia pendidikan
yang sebenar terutama pengurusannya di dalam
sebuah bilik darjah.
Dengan mengetahui konsep dan teori gaya
pembelajaran, guru dapat mengenalpasti
pendekatan sesuai yang boleh diambil dan
memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

Anda mungkin juga menyukai