Anda di halaman 1dari 27

MAHYUDDIN KHALID emkay@salam.uitm.edu.

my
DEFINISI HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM
Kamus Dewan Bahasa:
Harta ialah barang-barang berharga seperti rumah, tanah,
bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang
perseorangan, syarikat atau pertubuhan.

2
DEFINISI HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal:
Sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan
manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan, aset
tetap, wang atau haiwan.

3
DEFINISI HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam berbagai
tafsiran.
Menurut pendapat Ibn Abidin, fuqaha mazhab Hanafi
mentafsirkan harta sebagai:
Sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia
mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila
diperlukan.
Imam al-Syafie pula berpendapat harta sebagai:
Sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar
gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan
terhadapnya. 4
DEFINISI HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Dr. Abdul Karim Zaidan mendefinisikan harta sebagai
Sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa
hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia.
Al-Zarqa, salah seorang fuqaha Hanafi dalam mendefinisikan
harta:
Mengambilkira keadaan `urf atau adat kebiasaan masyarakat
umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau
tidak. Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada
pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta.

5
DEFINISI HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Dr.Wahbah al-Zuhaili berpendapat harta ialah
Sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia
samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah)
contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan
sebagainya.

6
HARTA DI DALAM AL-QURAN

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Perkataan yang berkaitan harta `al-mal dan kepenggunaannya
banyak disebut dalam al-Quran misalnya Surah al-Baqarah: 29,
al-Baqarah: 284, al-Baqarah: 189, Surah al-Taghabun:15 ,Surah
al-A`raf; 128 dan banyak lagi.
Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di
muka bumi.Pemilik harta yang mutlak dalam Islam adalah
kepunyaan Allah yang Maha Kaya.
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah: 29 yang bermaksud:
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada
di bumi kemudian ia menuju dengan kehidupannya ke arah
bahan-bahan langit lalu dijadikannya tujuh langit dengan 7
sempurna dan Ia amat mengetahui akan setiap sesuatu.
HARTA DI DALAM AL-QURAN

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Dalam Surah al-Baqarah: 284 yang berbunyi:
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah
kepunyaan Allah.
Dalam Surah al-Nisa :29 Allah melarang mengambil harta orang
lain secara batil.Firman Allah berbunyi;
Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara
batil melainkan dalam urus niaga yang saling redha meredhai
di antara kamu.
Surah al-Taghabun
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang 8
besar
CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan

Contohnya rumah, tanah bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan dan lain-lain

Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan.

Contohnya ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut
bumi

Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinya
tidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun
begitu dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan 9
melalui sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen.
CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita
mampu menguasainya tidak termasuk harta.

Contohnya sebutir beras, setitik air atau sebiji gula halus

Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum


syara untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap
sebagai harta seperti arak,khinzir,bangkai,darah atau
hasil perolehan dari sumber yang haram misalnya
10
mencuri,riba,rasuah,menipu,merompak dsbnya
KONSEP HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
1. Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi
adalah milik mutlak Allah. Tidak ada sesuatupun yang menjadi
milik manusia secara mutlak. Diri, anak-anak, serta harta
adalah pinjaman Allah kepada manusia.
2. Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh
menganggu hak milik orang lain. Bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas apa yang diperolehi dan
dibelanjakan. Manusia mesti menggunakan harta dengan
sebaik mungkin dan mesti mengikut peraturan yang telah
dijelaskan oleh syarak. Manusia bertanggungjawab
menggunakan harta ke jalan Allah
11
KONSEP HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk
manusia. Jika berlaku ketidak cukupan, itu adalah kerana sifat
manusia sendiri sama ada mereka zalim, malas, kufur, tiada ilmu
atau lain-lain alas an. Manusia dikehendaki menggunakan harta
dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan kerosakan di muka
bumi. Peringatan daripada Allah bahawa berlakunya kerosakan
di muka bumi akibat tangan manusia.
Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan
yang lain. Tujuannya adalah untuk menguji keimanan, supaya
lebih kuat berusaha. Mengakui inilah realiti kehidupan, manusia
masing-masing saling perlu memerlukan antara satu sama lain.
Bantu membantu dan tolong menolong adalah kewajipan kita.
Syurga ramai dihuni oleh orang miskin dan neraka pula terdiri 12
daripada orang kaya.
CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan
usaha sendiri seperti bekerja sendiri

Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat,


pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat

Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang,


mas kawin atau berian

Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau 13


kerajaan. seperti baitul mal,
LARANGAN DALAM MENCARI DAN
MENGGUNAKAN HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan
Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan
yang batil
Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi,
umum atau kemuliaan masyarakat.
Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan
dan lain-lain.

14
HARTA MENURUT ISLAM

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Daripada definisi-definisi harta yang diberikan di atas, secara
umumnya kita dapati terdapat lima elemen utama dalam
menentukan sesuatu benda itu sebagai harta menurut Islam iaitu:
Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu
dimiliki
Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat kepada
manusia
Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia
dimusnahkan
Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara
Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia 15
JENIS HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
BERDASARKAN FAEDAH

Al-mal al-mutaqawwam
Al-mal ghair al-mutaqawwam

BERDASARKAN PERGERAKAN

Al-manqul
Aqar

BERDASARKAN PENGGUNAAN

Mithliy
Qimiy

BERDASARKAN BANDINGAN
16
Istihlaki
Istimali
JENIS HARTA BERDASARKAN FAEDAH
PENGGUNAAN HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
AL-MUTAQAWWAM GHAIR AL-MUTAQAWWAM

Syarak mengharuskan Penggunaannya tidak harus


penggunaannya kecuali ketika darurat
Harta bernilai: Syarat:
Nilai halal/haram Jika tidak
Nilai harga menggunakannya akan
Nilai manfaat/mudharat membahayakan jiwa
secara spontan
Tiada langsung harta yang
halal
17
Tidak boleh berlebihan
FAEDAH PEMBAHAGIAN

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta
mutaqawwam
Tidak sah membuat kontrak ke atas harta ghair mutaqawwam
Wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam
Tidak wajib bayar ganti rugi kerosakan harta ghair mutaqawwam
milik orang Islam

18
JENIS HARTA BERDASARKAN PERGERAKAN
HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
AL-MANQUL AL-AQAR

Harta alih adalah Harta tak alih ialah


harta yang boleh harta yang tidak
dipindahkan dari boleh digerakkan
satu tempat ke satu atau dipindahkan
tempat yang lain. dari satu tempat ke
Contohnya kereta satu tempat yang
lain. Contohnya 19
tanah, bangunan.
FAEDAH PEMBAHAGIAN

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Dalam masalah wakaf, fuqaha sepakat boleh mewakafkan harta tak
alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat.
Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak
alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk
membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh
dijual pada bila-bila masa.
Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah
sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta
alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau
hutang
Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik
hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului
dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta
tak alih.
Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan 20
hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.
JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH
PENGGUNAAN HARTA

E KO N O M I I S L A M
MITHLY QIMIY

Harta misli ialah harta yang mempunyai Harta yang tidak mempunyai bandingan
persamaan (homojenis) dengan harta atau keserupaan di pasar seperti
lain sama ada dari segi bentuk dan nilai. permaidani

& mm
Ia terbahagi kepada empat bahagian: Harta yang ada keserupaan tetapi tidak
Barang yang disukat seperti gandum sama nilai di pasar spt buah limau
dan padi Harta Qimmi ialah harta yang berlainan
Barang yang ditimbang seperti kapas jenis atau jika ada persamaan ia berbeza

M A L AT
dan besi dari segi nilai dan harga yang ketara tidak

M U A 101
Barang yang dibilang yang mempunyai boleh diterima oleh semua pihak. Harta
bentuk yang hampir sama seperti telor, ini dikenali dengan harta senilai.

PAM
kelapa
Barang yang diukur mengikut ukuran
meter, ela, depa dll.
Jika terdapat perbezaan antara
keduanya, perbezaan itu boleh diterima 21
oleh semua pihak.
FAEDAH PEMBAHAGIAN

E KO N O M I I S L A M
Harta mithliy boleh menjadi dhimmah (tanggungan hutang)
Harta mithliy boleh berlaku muqasah (diskaun)
Harta mithliy yang dirosakkan secara sengaja mesti diganti
dengan kadar yang sama, manakala harta qimiy hendaklah

& mm
diganti dengan nilainya
Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama

M A L AT
mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli

M U A 101
sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada

PAM
persetujuan ahli syarikat.

22
JENIS HARTA BERDASARKAN KAEDAH
PENGGUNAAN HARTA

E KO N O M I I S L A M
ISTIHLAKI ISTIMALI

Harta yang boleh Harta yg boleh

& mm
digunakan digunakan
dengan sedangkan zatnya

M A L AT
M U A 101
merosakkan kekal seperti

PAM
zatnya seperti pakaian dan buku
makanan dan
minuman 23
FAEDAH PEMBAHAGIAN

E KO N O M I I S L A M
Harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak seperti hutang
dan pinjam
Harta istimali boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam
Kedua-duanya boleh menggunakan kontrak jualbeli dan

& mm
simpanan

M A L AT
M U A 101
PAM
24
TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Nafkah
Seorang bapa bertanggungjawab untuk
memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri,
anak-anak dan ibubapa mereka.

Zakat
Perbelanjaan Wajib Kewajipan setiap muslim untuk membayar
zakat sama ada zakat harta benda atau zakat
fitrah.

Infaq wajib
Derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk
membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah 25
membayar cukai pendapatan.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M
Perbelanjaan Sunat
Wasiat Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada
seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia
meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya
1/3 daripada keseluruhan hartanya.
Wakaf sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya
seperti tanah, bangunan.
Sedeqah sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna,
dimakan.
Hibah Pemberian semasa hidup
Sumbangan cenderhati, hadiah, tandamata dan 26
seumpamanya.
TAMAT
TERIMA KASIH

M U A M A L AT & E KO N O M I I S L A M

Anda mungkin juga menyukai