Anda di halaman 1dari 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/325140627

Pembentukan Sahsiah Berkualiti melalui Penghayatan Kurikulum Pengajian


Islam: Satu Kajian Korelasi di Politeknik

Conference Paper · November 2017

CITATION READS

1 14,552

2 authors:

Shahidan Bin Shafie Ying-Leh Ling


politeknik kuching sarawak Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia
1 PUBLICATION   1 CITATION    60 PUBLICATIONS   114 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

TL, GSE and EE among the teachers in Sarawak View project

Principal Instructional Leadership and Professional Learning Activities View project

All content following this page was uploaded by Ying-Leh Ling on 25 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

PEMBENTUKAN SAHSIAH BERKUALITI MELALUI PENGHAYATAN KURIKULUM


PENGAJIAN ISLAM: SATU KAJIAN KORELASI DI POLITEKNIK

Shahidan Bin Shafie1


Ying-Leh Ling2

Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching Sarawak1


Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Kuching Sarawak2

shahidan.s@poliku.edu.my1
drylling@poliku.edu.my2

ABSTRAK

Pembangunan sahsiah memberi kesan terhadap kualiti hidup setiap individu sama ada dari
aspek penampilan diri, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial, dan rohani. Dalam
konteks politeknik, perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran kurikulum Pengajian Islam
diharapkan dapat membantu penjanaan pemikiran pelajar yang holistik ke arah insan
cemerlang yang berakal dan berdaya maju. Justeru, kajian ini telah dilaksanakan untuk
mengkaji peranan Pengajian Islam dalam membentuk sahsiah pelajar, seterusnya melihat tahap
pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap kurikulum Pengajian Islam dan menentukan
perbezaan pemahaman dan penghayatan mengikut jantina. Kajian ini menggunakan kaedah
kuantiatif deskriptif dengan mengadaptasikan soal selidik Lukman (2014) sebagai instrumen
kajian. Pengkaji telah memilih kumpulan pelajar Semester 2 yang telah didedahkan dengan
kurikulum Pengajian Islam di politeknik sebagai responden kajian. Jumlah responden kajian
adalah sebanyak 94 orang. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif
mengambil kira kekerapan, peratus, min, dan sisihan piawai manakala analisis inferensi
melibatkan Ujian t dan analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian telah menunjukkan
pemahaman pelajar terhadap kurikulum pengajian Islam berada pada tahap yang baik dengan
skor min yang tinggi bagi responden lelaki (M=4.64) dan perempuan (M=4.35). Dapatan kajian
turut mendapati tahap penghayatan pelajar terhadap kurikulum Pengajian Islam di Politeknik
adalah memuaskan dalam membentuk sahsiah pelajar berkualiti dengan skor min 4.47 dan ke
atas. Selain itu, dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kurikulum Pengajian Islam dan pembentukan sahsiah pelajar dengan nilai ( r=.512, p<.05).
Kesimpulannya, kurikulum Pengajian Islam di politeknik berkesan untuk melahirkan pelajar
yang memiliki kualiti peribadi yang tinggi melalui pembentukan pemikiran holistik.

Kata kunci: Pemahaman Kurikulum Pengajian Islam, Penghayatan Sahsiah, Pemikiran

ABSTRACT

Attitude development affects the quality of life of individuals in terms of a person’s appearance,
behaviour, thoughts, feelings, social life and spiritual life. In the context of Polytechnic Institute,
the implementation of teaching and learning of Islamic Studies is hopes to help advent the
holistic way of thinking among students to become excellent and progressive individuals.
Therefore, this research is done to find out how Islamic Studies can shape the students’
attitude. Thus, the differences in terms of perception, understanding and application of the
knowledge based on gender. This research adapts the Lukman (2014) framework as a research
tool. The data involves 94 semester 2 polytechnic students that are exposed to Islamic Studies.
The data is analysed using descriptive and inferential methods. Descriptive analysis involves
frequency, mod, median ,min and standard deviation. On the other hand, inferential analysis
involves t analysis and Pearson correlation analysis. The findings show that the students’
understanding towards Islamic Studies is at a satisfactory level with a high min score for male
respondents (M=4.64) and females (M=4.35). Moreover, the findings also show that the
appreciation of Islamic knowledge in shaping the students’ attitude achieve a good score at a

1
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

min score of 4.47 and above. Other than that, the research show that there is a significant
relationship between the Islamic Studies curriculum in shaping the students’ attitude at a
(r=.512, p<.05). As a conclusion, the Islamic Studies course at the polytechnic is effective in
producing individuals with good personal traits and holistic mindset.

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah mengembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Salah satu
cabaran untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 adalah untuk
menerapkan nilai moral dan etika dalam diri masyarakat. Ini adalah untuk membentuk
kecemerlangan diri masyarakat dan membina peribadi unggul yang holistik (Pusat
Pembangunan Kurikulum ,1992).

Menurut Abdullah (2006), sebagai persediaan untuk menghadapi arus dan


cabaran dalam kehidupan, seorang pelajar harus membentuk peribadinya menjadi
lebih berkualiti dan membina sahsiah mereka supaya menjadi insan yang cemerlang
dari sudut ilmu pengetahuan dan pemikiran kepada masyarakat dan negara. Menurut
Mohd Ismail (2007), pembangunan sahsiah individu dalam Islam tidak hanya tertumpu
kepada aspek jasmani, naluri dan akal, aspek rohani juga perlu diamalkan dalam
membentuk sahsiah agar dapat menjana pemikiran pelajar yang holistik dan kritis.

Pembangunan sahsiah amat penting bagi pelajar khususnya pelajar politeknik


kerana ia merupakan medium dakwah dan aset penting dalam kehidupan mereka.
Pelajar yang mampu membangunkan sahsiah ke arah yang lebih baik dan membentuk
pemikiran yang sihat akan menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Hal ini adalah
kerana setiap apa yang dilakukan oleh mereka adalah berasaskan panduan agama.
Oleh itu, pemikiran yang sihat diperlukan oleh pelajar untuk menilai sesuatu perkara
itu sama ada baik dan buruk. Pembentukkan pemikiran boleh berlaku melalui proses
pendidikan dan pengalaman yang dilalui oleh mereka. Pendidikan merupakan elemen
yang paling tinggi dalam Islam. Pemahaman berkenaan matlamat dan objektif
pendidikan oleh setiap individu amat penting. Ketidakjelasan peranan sebenar
pendidikan menyebabkan masyarakat tersilap memberi penekanan kepada pendidikan.
Kepentingan pendidikan dari aspek sosioeknomi (matlamat ekstrinsik) melangkaui
batasan, manakala kepentingan insaniah (matlamat intrinsik) masih tidak kesampaian.
Akibatnya negara membangun daripada segi fizikal, tetapi individu ketinggalan
daripada segi pembangunan kemanusiaannya (Yahaya, 2006). Islam mengutamakan
pendidikan kerana pendidikan dapat membentuk peribadi muslim yang cemerlang dari
pelbagai aspek. Ia mestilah selari dengan intipati dalam Al-Quran dan As-Sunnah
(Baharom, Ali, & Za’aba, 2008). Oleh itu, Islam amat mementingkan pendidikan dan
mewajibkan semua umat Islam berusaha mendalami ilmu tentang Islam dan ilmu-ilmu
lain agar dapat membentuk sahsiah muslim dan budaya berfikir yang sihat.

Sistem pendidikan di Malaysia bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang


berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi agar mereka mampu menghadapi
cabaran di masa akan datang (Musliha, Rohana & Aminudin, 2011). Dalam hal ini,
matlamat utama Institusi Pengajian Tinggi (IPT) termasuk politeknik adalah untuk
menghasilkan graduan yang intelektual (kekuatan budaya berfikir), berperibadi unggul
(keutuhan akhlak), dan berupaya memenuhi keperluan masyarakat (Yahaya, 2007).
Dalam konteks politeknik, Jabatan Pendidikan Politeknik telah berusaha untuk
memperkenalkan kursus dan mengemaskinikan kurikulum sedia ada untuk memastikan

2
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

graduan yang dibentuk memiliki keupayaan berfikir dan tahap sahsiah yang tinggi.
Dalam kalangan pelajar muslim, kurikulum Pengajian Islam merupakan kursus yang
wajib diambil oleh setiap pelajar muslim Semester 2. Kumpulan pelajar ini telah
didedahkan dengan silibus kurikulum Pengajian Islam yang merangkumi topik konsep
asas dalam Islam, institusi dalam Islam, perkahwinan dalam Islam, dan Islam dan
cabaran sesama.

Perlaksanaan kurikulum pengajian Islam di politeknik bukanlah semata-mata


untuk memenuhi syarat pelajar menamatkan pengajian mereka di politeknik. Kursus ini
diperkenalkan sejajar dengan keperluan untuk menangani masalah perilaku pelajar
yang semakin membimbangkan. Sehubungan itu, ia bertujuan untuk membina sahsiah
pelajar dan menerapkan budaya berfikir yang sihat sebagai persediaan mereka untuk
melangkah ke alam pekerjaan. Oleh itu, sahsiah merupakan aset yang perlu diberikan
perhatian kerana sahsiah yang berkualiti akan melahirkan individu yang berkualiti dari
pelbagai aspek. Pendidikan yang berkualiti dan efektif adalah berteraskan konsep
tauhid, kerana dengan memahami konsep tauhid, individu mampu membentuk
peribadi unggul sebagai seorang pelajar politeknik.

Sahsiah yang berkualiti akan terbentuk apabila individu mampu berfikir dengan
baik. Budaya berfikir yang sihat dan pemikiran kritis amat penting bagi seorang
individu kerana mereka yang mempunyai dua elemen tersebut mampu menggunakan
pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan (Poh,
1999). Hal ini akan membawa kesan yang baik terhadap peribadi kerana mereka
mampu memilih elemen yang baik untuk digunakan dan diterapkan dalam jiwa
mereka. Seterusnya akan memandu mereka daripada terlibat dengan gejala sosial
yang tidak sihat. Kemahiran berfikir secara kreatif turut ditekankan kerana peringkat
pengajian di politeknik memerlukan pelajar untuk lebih berdikari dan perlu menjana
idea serta mengatur strategi bagi menghadapi pelbagai masalah dan cabaran. Justeru,
pengkaji melihat terdapat keperluan untuk menjalankan kajian ini bagi melihat
sejauhmana kurikulum pengajian Islam mampu membentuk sahsiah pelajar yang
berkualiti.

TINJAUAN LITERATUR

Penghayatan Islam/Sahsiah

Islam mementingkan pendidikan kerana pendidikan merupakan proses dalam


membentuk sahsiah pelajar yang berkualiti. Kepentingan pendidikan ini ditekankan
dalam ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu dari surah al-Alaq ayat 1-5 (Sofiy,
2010). Oleh itu, kurikulum Pengajian Islam yang baharu sahaja diperkenalkan di
Politeknik merupakan satu usaha untuk membentuk sahsiah pelajar berkualiti. Selari
dengan seruan kerajaan yang menjadikan pendidikan Islam sebagai subjek wajib bagi
pelajar muslim (Lukman, 2014).

Penghayatan, tanggungjawab dan kesedaran terhadap ajaran Islam sudah mula


terhakis dalam diri dan jiwa umat Islam terutama dalam kalangan remaja (Mustafa,
2004). Malah, terdapat anggapan sebilangan umat Islam secara sengaja tidak
mempedulikan ajaran Islam yang kononnya menyusahkan atau menyekat kebebasan
hidup. Hal ini menyebabkan mereka enggan melaksanakan kewajipan terhadap
perintah Allah s.w.t, sehingga menyedari mereka hidup penuh dengan kemungkaran.
Nilai-nilai murni dapat dipupuk secara formal dan tidak formal. Masyarakat dan
anggota keluarga memainkan peranan penting dalam pemupukan nilai dan sahsiah

3
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

individu yang positif secara tidak formal. Walau bagaimanapun, pemupukan nilai ini
akan lebih terarah jika disampaikan melalui sistem pendidikan formal yang jelas
strukturnya (Pusat Pembangunan Kurikulum, 2005). Menurut Mustafa (2004),
pembentukan sahsiah yang sempurna akan melahirkan ummah yang berkualiti.
Ummah yang berkualiti daripada kaca mata Islam terdiri daripada individu yang
beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Justeru, sahsiah individu merupakan satu aset
penting dalam diri dan perlu dibentuk dalam pelbagai cara. Bertepatan objektif kajian
ini iaitu mengenal pasti pemahaman pelajar terhadap kurikulum pengajian Islam.

Menurut Mohd. Nakhaie (2001), masyarakat di negara kita khususnya golongan


remaja menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran-cabaran tersebut termasuklah
pengaruh budaya barat yang bertentangan dengan budaya timur, sekaligus
menyebabkan kes keruntuhan akhlak semakin membimbangkan seperti, pergaulan
bebas antara lelaki dan perempuan. Cabaran-cabaran ini akan menjatuhkan maruah
dan merosakkan sahsiah pelajar sekiranya tidak ada tindakan yang diambil. Justeru itu,
pendidikan merupakan salah satu usaha tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan
untuk membentuk sahsiah pelajar.

Kajian Abdul Muhsein (2014) menunjukkan usaha pembentukan akhlak/sahsiah


boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti sesi mentor-mentee, pertemuan,
kelakuan guru yang mengandungi unsur-unsur tunjuk ajar, bimbingan, nasihat,
kaunseling dan seumpanya. Pembentukan akhlak/sahsiah juga merupakan proses
lanjutan hasil daripada kegiatan teoritikal yang berkait rapat dengan akhlak di dalam
kelas. Penampilan yang baik daripada guru juga mempengaruhi proses pembentukan
akhlak/sahsiah dalam kalangan pelajar.

Pemahaman Kurikulum Pengajian Islam

Kajian Lukman (2014), jelas menunjukkan kepentingan kurikulum Pendidikan Islam di


Politeknik dalam membentuk akhlak pelajar. Secara holistik, kurikulum yang dibentuk
mencakupi bidang yang agak luas termasuk akidah, syariah dan akhlak. Walau
bagaimanapun, kajian Lukman (2014) turut mendapat tentangan bahawa kesan
pendidikan Islam bukan ideal seperti yang disangkakan.

Kurikulum pengajian Islam di Politeknik meliputi seluruh aspek kehidupan.


Terdapat 4 topik besar yang dibincangkan dalam kurikulum Pengajian Islam iaitu
konsep asas Islam, institusi dalam Islam, perkahwinan dalam Islam dan, Islam dan
cabaran semasa. Dalam topik konsep asas Islam turut membincangkan Islam sebagai
cara hidup (al-din), cara ibadat solat dan bacaannya dan implikasi cara hidup Islam.
Manakala institusi dalam Islam turut membincangkan konsep kemasyarakatan, konsep
perundangan Islam dan konsep ekonomi Islam. Seterusnya perkahwinan dalam Islam,
membincangkan konsep nikah, tanggungjawab suami, isteri dan ibu bapa, memahami
poligami, zihar, ila’ dan li’an, nusyuk dan talak, iddah, rujuk dan ihdad. Akhir sekali,
Islam dan cabaran semasa, merangkumi gejala keruntuhan akhlak, penggunaan sains,
teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi, salah faham terhadap Islam dan
perpaduan ummah (Mohd Azahar, 2016).

Islam sebagai al-Din atau cara hidup merupakan salah satu topik kecil yang
dibincangkan dalam kurikulum pengajian Islam. Oleh itu, cara hidup sebagai seorang
muslim hendaklah merendah diri dan patuh kepada Allah swt dengan menurut dan
mematuhi sistem ataupun cara-cara kehidupan yang ditentukannya. Cara-cara atau
sistem Ilahi ini terkandung dalam ad-din. Islam sebagai agama yang mengatur hidup

4
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

manusia dalam sistem hidup Ilahi yang lengkap dan sempurna serta mencakupi semua
bidang kehidupan (Haron, 2007).

Menurut Baharom, Ali dan Za’aba (2008), peranan dan hala tuju pendidikan
dalam Islam memperlihatkan matlamatnya untuk membentuk personaliti muslim,
mencakupi aspek rohani, jasmani, intelek serta emosi. Setiap tingkah laku sama ada
bersifat zahir mahupun batin mestilah selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini juga
bererti bahawa pendidikan Islam bukanlah sekadar memindahkan maklumat kepada
para pelajar, malah peranannya adalah lebih luas dan holistik.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk

1. Mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap kurikulum pengajian Islam


dalam membentuk sahsiah pelajar.
2. Mengenal pasti tahap penghayatan pelajar terhadap sahsiah muslim.
3. Menentukan perbezaan tahap penghayatan terhadap kurikulum pengajian Islam
dalam membentuk sahsiah pelajar mengikut jantina.
4. Menentukan hubungan korelasi antara kurikulum pengajian Islam dan
pembentukan sahsiah.

METODOLOGI KAJIAN

Populasi dan Kaedah persampelan

Kaedah perasmpelan rawak adalah sinonim dengan penyelidikan jenis kuantitatif.


Kaedah persampelan rawak ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Antara
kelebihan persampelan rawak ialah memerlukan pengetahuan minima mengenai
populasi yang dikaji dan mudah untuk menganalisis. Kekurangan bagi kaedah ini ialah
akan melibatkan kos yang tinggi, sukar digunakan apabila melibatkan saiz sampel yang
besar dan menyebabkan bias, penyelidik mungkin akan memilih responden yang
mereka kenali tanpa menjalankan penyelidikan secara tepat dan betul. Sehubungan
itu, pengkaji telah memilih kumpulan pelajar yang telah didedahkan dengan kurikulum
Pengajian Islam pada semester dua di Politeknik. Jumlah resonden dalam kajian ini
adalah seramai 94 orang.

Instrumen Kajian

Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Setiap
persoalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini mempunyai skala yang
telah dipiawaikan bertujuan untuk menilai sesuatu item. Terdapat dua bahagian dalam
borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji iaitu, Bahagian A adalah maklumat
responden manakala Bahagian B terdiri daripada dua bahagian bertujuan untuk
mengukur tahap pemahaman pelajar terhadap kurikulum pengajian Islam dan tahap
penghayatan pelajar terhadap sahsiah muslim. Borang soal selidik ini telah
diadaptasikan daripada kajian yang dijalankan oleh Lukman (2014).

5
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

Analisis Data

Data-data yag diperoleh telah dianalisis secara deskritif. Data dianalisis secara deskritif
dan inferensi. Analisis deskriptif mengambil kira kekerapan, peratus, min dan sisihan
piawai manakala analisis inferensi melibatkan Ujian t dan ujian korelasi Pearson.

Prosedur Menjalankan Kajian

Permohonan untuk mengedarkan soal selidik ke atas pelajar telah diperoleh melalui
Ketua Jabatan. Kemudian, borang soal selidik telah diedarkan dengan bantuan
pensyarah kursus Pengajian Islam. Respoden dibenarkan menjawab soal selidik
tersebut selama 8-10 minit. Borang soal selidik dikutip pada hari dan masa ia
diedarkan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Taburan Responden mengikut Jantina

Analisis ke atas profil responden telah menunjukkan bilangan responden mengikut


jantina yang menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Seramai 94 orang responden
terdiri daripada 47 orang responden lelaki dan 47 orang responden perempuan telah
mengambil bahagian dalam kajian ini.

Tahap Pemahaman Pelajar terhadap Kurikulum Pengajian Islam dalam


Membentuk Sahsiah Pelajar

Dapatan daripada Jadual 1 telah menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa


kurikulum pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar saling menghormati
guru dan rakan serta membentuk pelajar berperwatakan baik dengan skor min
tertinggi iaitu 4.57. Sehubungan itu, analisis turut menunjukkan item “Kurikulum
Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar sentiasa melakukan amalan zikir”
dengan skor min terendah iaitu 4.40. Secara keseluruhan, responden lelaki (M=4.64,
SD=.393) didapati mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada responden
perempuan (M=4.35, SD=.393) terhadap kurikulum pengajian Islam dalam
membentuk sahsiah pelajar. Dalam erti kata lain, pelajar lelaki menunjukkan tahap
yang lebih tinggi dalam pemahaman terhadap kurikulum Pengajian Islam. Dapatan
kajian ini selari dengan dapatan Lukman (2014). Walau bagaimanapun, dapatan Zaiton
dan Hishamuddin (2012) telah menyatakan tiga sebab utama yang menyebabkan para
pelajar tidak atau kurang berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam iaitu pengaruh ibu bapa, pengaruh guru dan kurikulum pendidikan Islam.

Tahap Penghayatan Pelajar terhadap Sahsiah Muslim

Dapatan daripada Jadual 2 turut menunjukkan majoriti responden tidak mudah marah
apabila ditegur oleh pensyarahnya dengan skor min tertinggi iaitu 4.60. Walau
bagaimanapun, responden didapati mempunyai skor min terendah bagi item “Menepati
janji dalam melaksanakan tugasan” dengan skor min terendah iaitu 4.44. Secara
keseluruhan, dapatan telah menunjukkan responden lelaki (M=4.53, SD=.422)
mempunyai skor min yang lebih tinggi daripada responden perempuan (M=4.47,
SD=.447) dalam penghayatan terhadap kurikulum pengajian Islam dalam membentuk
sahsiah pelajar. Ini bermakna pelajar lelaki didapati lebih menghayati setiap

6
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

kandungan dalam kurikulum Pengajian Islam. Walau bagaimanapun, dapatan kajian


Aiiri (2003), telah menunjukkan pencapaian pelajar terhadap persepsi, minat dan
penghayatan pelajar berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.22.

Jadual 1: Tahap Pemahaman Kurikulum Pengajian Islam


Skor Sisihan
Item
Min Piawai
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar saling
4.57 .518
menghormati guru dan rakan
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar mematuhi
4.51 .503
peraturan disiplin Politeknik
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar menghargai
4.52 .543
jasa pensyarah.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar menghargai
4.48 .523
jasa rakan.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar manggunakan
4.51 .524
bahasa yang sopan ketika berkomunikasi.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar berperwatakan
4.57 .518
baik.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar mengamalkan
4.49 .524
konsep hidup cara Islam secara holistik.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar mengerjakan
4.49 .618
solat tepat waktu.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar sentiasa
4.40 .610
melakukan amalan zikir.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar sentiasa
4.49 .544
melakukan amalan doa.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar berpakaian
4.50 .544
menutup aurat.
Kurikulum Pengajian Islam berkesan dalam membentuk pelajar
4.43 .596
membudayakan amalan membaca al-Quran setiap hari

Jadual 2: Tahap Penghayatan terhadap Sahsiah Muslim


Item Skor min Sisihan piawai
Bersikap jujur 4.47 .581
Tidak mudah marah apabila pensyarah menegur saya. 4.60 .574
Menepati janji dalam melaksanakan tugasan 4.44 .614
Patuh kepada arahan pensyarah. 4.50 .582
Menjaga kesopanan dalam berkomunikasi 4.51 .584
Bersikap sopan santun 4.47 .564
Bekerjasama dengan kawan-kawan 4.54 .522
Menjaga adab bersama dengan rakan 4.53 .523
Bersimpati dengan rakan 4.50 .602
Bersifat adil 4.49 .638

Perbezaan tahap Penghayatan terhadap Kurikulum Pengajian Islam dalam


Membentuk Sahsiah Pelajar mengikut Jantina

Dapatan analisis ujian t telah menunjukkan tidak ada perbezaan yang signifikan bagi
tahap penghayatan pelajar terhadap sahsiah muslim dalam kalangan responden lelaki
(M=4.52, SD=0.42) dan responden perempuan (M=4.46, SD=.44), dengan keadaan
t(90)=.672, p=.432. Dapatan kajian ini bertentangan kajian Sarimah, Mohd Kashfi, Ab.
Halim & Kamarulzaman (2011) yang mendapati pelajar perempuan lebih mendominasi
dalam penghayatan sahsiah Islam.

7
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

Hubungan antara Kurikulum Pengajian Islam dan Pembentukan Sahsiah

Dapatan kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif dan signifikan
antara kurikulum pengajian Islam dan pembentukan sahsiah pelajar (r=.512, p<.05).
Dapatan kajian ini didapati selari dengan kajian Mazlyana (2011) di mana terdapat
hubungan yang kuat antara tahap keberkesanan dengan tahap personaliti Islamik
responden. Dalam erti kata lain, Pendidikan Islam menjadi lebih bermakna sekiranya
wujud hubungan antara ajaran Islam dengan cara hidup seseorang (Wan Mohd
Tarmizi, 2012). Pendidikan Islam yang telah dipelajari akan membawa pengaruh yang
besar dalam diri seseorang apabila ajarannya diamalkan dengan bersungguh-sungguh.
Ianya selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan pelajar
yang memilik keupayaan berfikir yang tinggi dengan mematuhi peraturan dan mampu
menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana kurikulum pengajian Islam berperanan
dalam membentuk sahsiah pelajar. Hal ini kerana pengajian Islam merupakan teras
kepada pembangunan sahsiah pelajar. Selain itu, kaedah penyampaian daripada
seorang guru juga adalah penting dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam kelas.
Kajian ini juga memberi gambaran yang jelas bahawa kurikulum pengajian Islam dapat
mempengaruhi pelajar untuk membina sahsiah atau peribadi mereka ke arah yang
lebih baik. Justeru, pelajar harus diberi pendedahan tentang initipati dan konsep-
konsep yang berkaitan dengan topik dalam pengajian Islam. Pelajar akan lebih
memahami cara kehidupan yang diamalkan oleh mereka.

Di samping itu, kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak politeknik
bahawa kurikulum Pengajian Islam bukanlah satu mata pelajaran yang hanya wajib
diambil oleh pelajar, malah ia merupakan satu kaedah atau metodologi kepada pihak
politeknik termasuk pihak pengurusan dan para pensyarah untuk membentuk sahsiah
pelajar. Apabila pelajar didedahkan dengan elemen-elemen yang terkandung dalam
pengajian Islam, ia dapat menambah pengetahuan pelajar. Dapatan kajian ini turut
memberi kesan ke atas pensyarah di mana kelemahan dan kekurangan dapat dikesan
sama ada ianya terkandung dalam silibus atau teknik penyampaian.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. (2006). Mengurus disiplin pelajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Abdul Muhsein Bin Sulaiman. (2014). Peranan guru pendidikan Islam dalam pembentukan
akhlak murid dari aspek hubungan guru-murid berasaskan Abu Talib
AlMakki(W.386H/996M). Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Aiiri Abu Bakar. (2003). Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian di
sekolah-sekolah menengah daerah Alor Gajah, Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor.
Baharom Mohamad, Ali Suradin, & Za'aba Helmi Khamisan. (2008). Peranan pendidikan islam
dan pendidikan moral dalam membina sahsiah pelajar berkualiti . Universiti Teknologi
Malaysia, Kuala Lumpur.
Hamidah Sulaiman. (2005). Pendidikan Islam dan pengaruh persekitaran dan kemajuan: Kesan
kepada pembentukan sahsiah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Haron Din. (2007). Islam, Ibadah pembina tamadun manusia. PTS Publication, Selangor
Lukman Hakimi Ahmad. (2014). Persepsi pelajar terhadap kurikulum pendidikan Islam Politeknik
dalam pembentukan sahsiah muslim. Jurnal Pendidikan Malaysia, 39(2), 133-140.

8
National Conference on Thinking Culture (ICTC) 2017
01-03 November 2017

Mazlyana Binti Buhari. (2011). Hubungan antara tahap keberkesanan Pendidikan islam dengan
personaliti islamik pelajar. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.
Mohamad Azahar Jantan. (2016). Pengajian Islam. Politeknik Kuching Sarawak.
Mohd Nakhaie. (2001). Anjakan sikap dan budaya hidup bangsa. Yadim, Kuala Lumpur
Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah, & Amimudin Udin. (2011). Menyelesaikan masalah
pembangunan akhlak remaja: Analisis penerapan kemahiran genetik dalam amalan
pendidikan. Journal of Edupres, 1, 223-229.
Mustafa Daud. (2004). Tamadun Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
Mohd Ismail Mustari. (2007). Menjadi belia cemerlang. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Poh, S. H. (1999). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. (Ed. Kedua). Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Pusat Pembangunan Kurikulum. (1992). Buku penerangan kurikulum bersepadu sekolah
mengengah. Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Pusat Pembangunan Kurikulum (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai
merentas kurikulum KBSR/KBSM. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri & Kamarulzaman Abdul Ghani.
(2011). Kajian persepsi penghayatan akhlak Islam dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Selangor. Global Journal Al-Thaqafah, 1(1), 71.
Sofiy Rahman Mubarakfuri. (2010). al-Raheeq al-Makhtum, Bahs Fi al-Sirah al-Nabawiyah. Dar
al-Wafa' Li al-Tiba'ah wa al-Nasyri wa al-Tauzi' al-Mansurah, Arab Saudi.
Wan Mohd Tarmizi. (2012). Kursus Pendidikan Islam di politeknik kota melaka: Pengaruh
terhadap cara hidup pelajar. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Yahaya Don. (2006). Kepimpinan & pembangunan pelajar sekolah di Malaysia. Pts Professional
Publishing Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Yahaya Don. (2007). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
Zaiton Mustafa & Hishamuddin Salim. (2012). Factors affecting students interest in learning
Islamic Education. Journal of Education and Practice, 3(13), 81-86

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai