Anda di halaman 1dari 11

SISTEM SAHSIAH DIRI MURID ( SSDM )2018

Disediakan oleh:

Ustaz Muhammad Shazali B Osman


GDS SABK MAAHAD AL UMMAH
1. PENGENALAN

Sistem E-SSDM v2.0 ini merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan
Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang
bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam
system ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

1. TUJUAN

Antara tujuan sistem ini adalah untuk

i. Menambahbaik sistem SSDM sedia ada


ii. Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras
dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada
iii. Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras
dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi
iv. Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
v. Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK
HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga
vi. Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk
laporan
PROSES KERJA

3.1 Perekodan Kes Salah Laku

Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem


Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan jika sah, akan mencadangkan hukuman
Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua
Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

3.2 Perekodan Amalan Baik

Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem


Sistem akan memproses mata (markah) dan mengeluarkan pelaporan Status Sahsiah murid

LATAR BELAKANG SSDM V2.0

CIRI-CIRI

PANGKALAN DATA DISIPLIN

SSDM V2.0 akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data
dalam sistem ini akan dijadikan rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan

SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN

Data-data dalam sistem ini boleh dijadikan asas dalam memantau tahap disiplin dan sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh berganding
bahu dalam usaha membantu murid-murid, terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan akademik.

MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK

Sistem ini mengutamakan Amalan Baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-murid akan digalakkan melakukan Amalan Baik untuk
mengingkatkan status sahsiah diri. Dengan pemupukan Amalan Baik ini, diharap dapat mengawal kecenderungan murid-murid melakukan
kesalahan disiplin dari semasa ke semasa
PENGUKURAN SAHSIAH

Dalam mengklasifikasikan sahsiah murid-murid, sistem mata (markah) diperkenalkan. Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan
dalam membantu murid-murid, terutama yang ‘hight risc’, untuk meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik. Mana kala murid-murid
yang ‘baik’ akan digalakkan untuk mencapai status sahsiah ‘Amat Baik’ dan ‘terpuji’. 5 Status Sahsiah

• Terpuji
• Amat Baik
• Baik
• Perlukan Perhatian
• Perlukan Perhatian Serius

KAWALAN SISTEM

Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan bagi mengelakkan
ketidakpuasan hati masyarakat. Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan dalam bentuk yang
seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

KES KHAS

Tambahan perkara dalam senarai salah laku telah dibuat, yang merujuk kepada Kes Khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan
bukan untuk diambil tindakan / hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat Pekeliling Ikhtisas
serta keperluan data-data kementerian untuk dilaporkan kepada Parlimen.

MESRA PENGGUNA

Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek ‘mesra pengguna’. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem yang ‘mesra pengguna’ ini
diharap dapat meyakinkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus menghidangkan data-data nasional
yang lebih tepat.

MUDAH DIAKSES

Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan
laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.
1. MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN

Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak
yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga,
guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM
Individu Peranan dan Tugas
Guru-guru • Melaporkan Kes salah laku dan Amalan Baik

Ketua Guru Disiplin / GPK HEM • Menentukan keesahan kes dan mencadangkan tindakan
• Memberi ruang ‘membela diri’ kepada murid
• Menjalankan mesyuarat Lembaga Disiplin untuk menetapkan hukuman
• Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Pengetua • Sama ada bersetuju dengan tindakan yang dicadangkan, atau meminda tindakan, dan membuat pengesahan
• Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

Guru UBK • Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan
• Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah

PPD • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat daerah

JPN • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat negeri

KPM • Memantau laporan dan melaksanakan langkah intervensi / program peningkatan sahsiah peringkat nasional
• Murid-murid memantau pelaporan individu dan
berbincang dengan UBK untuk meningkat status
sahsiah

• Penjaga Memantau pelaporan individu


anak-anak di semua sekolah di bawah KPM
ANDROID

Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada
penggunaan Android dan Smart Phone

AKSES

KPM

1. Pelaporan peringkat nasional


2. Pelaporan JPN
3. Pelaporan PPD
4. Pelaporan sekolah
5. Pelaporan individu murid

JPN

1. Pelaporan JPN
2. Pelaporan PPD
3. Pelaporan sekolah
4. Pelaporan individu murid

PPD

1. Pelaporan PPD
2. Pelaporan sekolah
3. Pelaporan individu murid
SEKOLAH

GURU-DURU

• Melaporkan kes salah laku


• Melaporkan amalan baik

KETUA GURU DISIPLIN / GPK HEM



• Siasatan dan cadang hukuman
• Pelaporan sekolah
• Pelaporan individu murid

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling


• Pelaporan sesi kaunseling
• Pelaporan sekolah
• Pelaporan individu murid

PENGETUA

• Pengesahan hukuman
• Pelaporan sekolah
• Pelaporan individu murid

MURID

Pelaporan individu murid

PENJAGA

Pelaporan individu murid / anak-anak


Mata

Kod Amalan Baik Keterangan Amalan Baik


1
01 SUKARELA MEMBANTU GURU
1

02 SUKARELA MELAPOR KES SALAH LAKU


1.SENARAI AMALAN BAIK
1

MEMBANTU MELAKSANAKAN KERJA-KERJA LANDSKAP /


03 TAMAN
1

MEMBANTU MENGEMAS / MENYUSUN ATUR BILIK-BILIK


04 KHAS
1

05 MEMBERSIH KAWASAN / BILIK KHAS


1
06 KERJA-KERJA MENGECAT
1

MENYERTAI AKTIVITI LUAR DI BAWAH BIMBINGAN DAN


07 KAUNSELING

08 AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI


Struktur sistem , format surat-surat, borang-borang
dan format laporan dilampirkan

PENUTUP

Diharapkan sistem SSDM v2.0 ini dapat difahami dan dihayati oleh semua
pihak, terutama guru-guru di sekolah agar permasalahan pengurusan disiplin
dapat ditangani sebaik mungkin, seterusnya dapat menyediakan data-data
nasional yang lebih tepat

Di sediakan oleh : GDS SABK MAAHAD AL UMMAH

Anda mungkin juga menyukai