Anda di halaman 1dari 18

Kaedah Analitik

 Markah diberikan mengikut fakta-fakta yang


telah ditentukan untuk sesuatu item tanpa
mengambil kira mutu respons keseluruhan.
 Setiap fakta ditentukan pemberatan markah.
 Satu Senarai Semak (Checklist) boleh
disediakan.
 Jumlah keseluruhan markah akan
menentukan kedudukan calon berbanding
dengan prestasi calon yang lain.
Kaedah Holistik
 Pemberian markah mengambil kira mutu
respons secara keseluruhan berdasarkan satu
standard yang telah ditetapkan.
 Perkara-perkara yang harus dipertimbangkan
untuk menentukan standard harus dikenal
pasti kemudian tahap pencapaian akan
ditentukan yang dikenali sebagai gred
(Contoh: A+, A, A-, B+, B, B-, C+)
 Pemeriksa menilai jawapan dengan
membacanya secara keseluruhan kemudian
menimbangkan gred berdasarkan standard
yang ditetapkan.
 Julat markah perlu disediakan bagi setiap
standard gred (Contoh: A+ = 90% - 100%).
Rubrik adalah prosedur dan set kriteria
yang ditetapkan untuk tujuan pemberian
markah bagi hasil kerja atau prestasi
murid dalam jawapan.
Sesuatu rubrik menyenaraikan respons
yang dijangka dalam kemahiran-
kemahiran yang dinilai.
Bil Kemahiran Huraian
1 Pengetahuan isi Fakta spesifik-peristilahan, fakta, cara, urutan,
kandungan trenda, pengkategorian, perkaedahan, teori,
prinsip, struktur dan generalisasi.

2 Kefahaman Menunjukkan kebolehan menterjemahkan dari satu


Konsep bentuk ke bentuk yang lain
(transformasi/terjemahan).
Boleh menunjukkan cara jawapan soalan dengan
pendekatan sendiri.
Membuat interprestasi
Boleh mentafsir maksud isu utama atau kata-kata
kunci (cue words) dalam soalan/tugasan tersebut.
Membuat ektrapolasi, iaitu melanjutkan sesuatu
daripada apa yang diberikan atau disediakan.
Mampu melanjutkan maklumat yang diberikan ke
masa hadapan atau masa yang lepas berdasarkan
jangkaan sendiri.
Bil Kemahiran Huraian
3 Proses Mengaplikasikan ilmu, kemahiran dan
Pemikiran kefahaman terhadap sesuatu ke dalam situasi
Kritis tertentu.
Memberikan contoh-contoh pengalaman
semasa memberikan hujahnya.
Menjelaskan sebab, faktor atau unsur yang
terlibat dalam sesuatu isu yang dibincangkan.
Menjelaskan perkaitan atau hubung kait dalam
isu yang dibincangkan.
Membincangkan apa yang berlaku di peringkat
organisasi.
Menyelesaikan isu, kebolehan membuat
cadangan penambahbaikan.
Menjelaskan pendiriannya sendiri terhadap
sesuatu isu yang dibincangkan berserta dengan
kriteria penilaian yang digunakan.
Kesan dan akibat dijelaskan dengan
mengemukakan pendapat sendiri untuk
menyokong rumusan bagi setiap hujah.
Bil Kemahiran Huraian
4 Kemahiran Bahasa yang digunakan dan kemahiran
Berkomunikasi membuat rujukan.

Sumber: Freedman, R.L.H. (1994). Open ended questioning: A handbook


for educators. USA: Addison-Wesley.
Gred Skala Deskriptor
100
markah
Amat 90 - 100  Mempamerkan satu pemahaman yang jitu
Cemerlang dan menyeluruh terhadap soalan.
(A+)
 Pemahaman sangat mendalam tentang
kandungan yang relevan.

 Banyak menggunakan hujah bersama


dengan contoh dan data untuk
menyokong kesimpulan.

 Menjawab soalan dengan tepatnya dan


berkomunikasikan idea dengan cemerlang

 Interpretasi yang menyeluruh dan


pengolahan idea logikal dan koheren.
Gred Skala Deskriptor
100
markah
Cemerlang 75 - 89  Mempamerkan satu pemahaman yang
(A dan A-) tepat dan baik terhadap soalan.

 Pemahaman yang mendalam tentang


kandungan yang relevan.

 Menggunakan beberapa hujah bersama


dengan contoh dan data untuk
menyokong kesimpulan.

 Menjawab soalan dengan tepatnya dan


berkomunikasikan idea dengan berkesan.

 Interpretasi yang jelas dan pengolahan


idea logikal dan koheren.
Gred Skala Deskriptor
100
markah
Kepujian 65 - 74  Mempamerkan pemahaman baik terhadap
( B+, B dan soalan.
B-)
 Pemahaman sederhana mendalam tentang
kandungan yang relevan.

 Menggunakan sebilangan kecil hujah


bersama dengan contoh dan data untuk
menyokong kesimpulan.

 Menjawab soalan dengan agak tepat dan


berkomunikasikan idea dengan jelas.

 Beberapa interpretasi yang jelas dan


pengolahan idea agak jel;as dan logikal.
Gred Skala Deskriptor
100
markah
Lulus 50 - 64  Mempamerkan pemahaman yang minimum
( C+ dan terhadap soalan.
C)
 Pemahaman tentang kandungan yang
relevan.

 Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah


bersama dengan contoh dan data yang
menyokong kesimpulan.

 Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan


dan beberapa kekaburan dalam
pengolahan idea.

 Interpretasi idea yang lemah.


Gred Skala Deskriptor
100
markah
Gagal < 49  Tidak mempamerkan pemahaman
(C-, D+, D terhadap soalan.
dan F)
 Tidak menjurus kepada isu dalam soalan.
Pemahaman lemah tentang kandungan
yang relevan.

 Hujah tidak disokong dengan contoh dan


data.

 Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan


yang kabur: pengolahan yang kabur.

 Interpretasi idea yang sangat lemah.


Skema pemarkahan merupakan
dokumen yang mengandungi jawapan
dan panduan untuk memberikan markah
respons pelajar serta pembahagian skor
bagi setiap jawapan.
Pemarkahan melibatkan proses
penentuan markah untuk setiap respons
yang dipersembahkan oleh pelajar.
Aspek-aspek yang dikehendaki dalam
tugasan item perlu ditunjukkan dengan
jelasnya dan terperinci.
 Bentuk jawapan yang ideal disertakan juga sebagai
rujukan kepada pemeriksa semasa menimbangkan
markah yang harus diberikan kepada jawapan
pelajar.
 Panduan dan contoh jawapan akan membantu
pemeriksa melakukan pemeriksaan dengan tekalnya
untuk menjamin keadilan dalam penilaian.
 Skema pemarkahan mestilah menepati kehendak
soalan dan mempunyai ciri-ciri keobjektifan yang
tinggi.
 Markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah
tekal atau konsisten bagi semua pemeriksa.
 Skema pemarkahan perlu menyatakan peraturan
pemberian markah secara terperinci.
 Bagi item objektif khasnya jenis aneka pilihan,
skema pemarkahan adalah dokumen yang
mengandungi jawapan muktamad.
 Bagi item berstruktur, skema pemarkahan
mengandungi pelbagai contoh jawapan dan
memberikan markah bagi setiap fakta/isi dan
huraian.
 Contohnya, jika soalan 1 mempunyai 2 bahagian
iaitu 1a dan 1b sedangkan markah
keseluruhannya ialah 20, pemarkahan
dinyatakan seperti yang berikut dan ditulis pada
bahagian bawah sebelah kanan jawapan.
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah
1 fakta + huraian x 2 = 2 markah
5 fakta + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah = 10 markah
Contoh 1 b:
1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah
1 fakta + huraian x 2 = 2 markah
5 fakta + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah = 10 markah
Jumlah Keseluruhan = 20 markah
Item subjektif (item respons terhad dan
item respons terbuka) mengandungi
skema pemarkahan yang terdiri daripada
contoh jawapan, panduan dan rubrik
pemarkahan untuk memberikan markah
kepada respons pelajar bagi setiap
tugasan yang terdapat dalam setiap item.

Anda mungkin juga menyukai