Anda di halaman 1dari 37

Disediakan oleh : Austein Harry, Malviro dan Larryson

PISMP SEJ JUN 2015


PENGENALAN
• Sabah yang dikenali dengan nama Negeri Di
Bawah Bayu
• Terdapat kira-kira 2.5 juta penduduk
• Lebih daripada 30 suku kaum dan kira-kira 80
dialek bahasa.
• terdiri daripada kaum Kadazan atau Dusun,
Bajau, Murut, Kelabit, Rungus dan lain-lain

STATISTIK
KADAZAN@DUSUN
• Penduduk majoriti negeri Sabah
• Kadazan dahulunya dikenali sebagai Orang
Dusun
• Kebanyakan daripada amalan mereka
mengandungi unsur-unsur ritual dan
animisme
• mereka begitu berpegang teguh terhadap
adat resam warisan nenek moyang mereka
Adat Adat
kelahiran perkahwinan

Adat, budaya
dan
Kepercayaan

Adat
kematian
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

SEWAKTU MENGANDUNG

• Ibu yang mengandung dijaga oleh bidan.


• Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran
seorang anak.
• Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan
mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan
secara menyeluruh.
• bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan sihat.
• Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa
pantang larang kepada ibu mengandung.
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

BERSALIN

- Biasanya ibu yang bersalin diberikan pantang.


- Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta.
• Orang kebanyakan(7 hari)
• Orang yang berdarjat(21 hari)
• Orang yang berdarjat lebih tinggi(44 hari)
- Si suami tidak dibenarkan berada jauh dari rumah
- Ibu dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan
agar tidak diganggu oleh makhluk halus.
- Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan
daun-daun limau.
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

Pantang larang bagi ibu


-tidak boleh makan ikan yang bertulang keras
- ikan yang berduri
- nasi sejuk
-nasi bercampur air seperti bubur

Bagi bayi yang baru lahir(hari 1-7)


Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah(umpamanya ke
halaman rumah). Untuk mengelak gangguan daripada roh
jahat(Rogon Gaiyoh).
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

•Bidan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah


kediaman mereka diikat dengan sejenis daun(wongkong).
menunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru.
• sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung
melainkan saudara-mara yang terdekat.
• Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu
yang baru bersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa
bersalin dahulu.
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

LEPAS LAHIR
•Nama diberi sebanyak dua kali(nama sementara dan nama sebenar).
• Pada hari anak dibawa keluar rumah buat pertama kalinya iaitu hari
kelapan upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat di beranda
rumah
• Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput
hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu.
• Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera
dan tatacaranya.
• Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam peristiwa yang
berlaku ketika anak itu dilahirkan.
KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG BERSALIN LEPAS LAHIR

Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah(Mintuhun atau
Minuhun) dilakukan.
Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri.
Beberapa barang dibawa bersama iaitu;
Sebuah berait(bakul) untuk disondong dan diisi dengan pelbagai alatan.
Sebilah mamadik(pisau kecil) digunakan untuk menghalau Rogon Gaiyoh.
Serangkai Komburongoh(jerangau sejenis rumput) yang dianggap ibu kepada
segala semangat dalam upacara perubatan tradisi.
Sebuah siud(tangguk).
Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kuali
dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki
anak itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah,
ibunya akan membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang
sudah dipijak oleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air
mandian tersebut.
siud(tangguk)

berait(bakul)
Kebanyakan orang Kadazan lazimnya berkahwin ketika umur
mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun.
Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian
yang dipersetujui oleh ibu bapa
kedua-dua pihak semasa
MAJLIS
mereka masih kecil lagi. PERKAHWINAN
BERTUNANG
MEMINANG

MERISIK
MERISIK

pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga
terdekat lelaki berkenaan.
Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat
pada waktu pagi.
Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang
hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan
itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan
berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam
pertunangan.
Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu dihentikan serta-
merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan
daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga
keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan
yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang
kemudian itu boleh diteruskan.
Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan
adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang
sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti
diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga
yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan,
pekerjaan dan seumpamanya.
MEMINANG

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh


dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki
datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga).
Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.
Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti
membersihkan diri pada hari itu juga.
Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh
memabukkan.
Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu.
Pada malam tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih',
iaitu tidak mabuk.
Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau
kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.
Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan
adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini
bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.
Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau
diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan
syarat pihak lelaki harus membayar sogit kepanasan mimpi kepada
orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang
barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk.
Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki.
Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk
belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang
kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu
berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh
dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua
keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi
mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam
mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.
BERTUNANG

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil


wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka.
Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi
dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang
dengan membayar sogit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh
dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara
pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada
syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan
dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang
telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar
terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah
ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di
depan pengadilan adat.
MAJLIS PERKAHWINAN

Hantaran kahwin
• pelbagai jenis makanan
babi atau kerbau
Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari
sebelum berlangsungnya hari perkahwinan
binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di
rumah pengantin perempuan nanti
•alat untuk adat istiadat(tinokol)
Terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan).
•barang untuk memperteguhkan semangat(tasor).
Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak.
Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.
Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa
pada hari perkahwinan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,
terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk
memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah
kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan
kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara
adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-
singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin
perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama
tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami
isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum
boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya
boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa
selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini
bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.
Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan
dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-
dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di
rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon
pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini,
pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah
bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan
menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar
telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi
itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan
menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan
minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong
dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.
KEMATIAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan
mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh
dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut.
Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama.

SEMASA SELEPAS
PENGEBUMIAN
KEMATIAN KEMATIAN
BERJAGA-JAGA

MEMBERITAHU MONGINUPUS

SEMASA
KEMATIAN
MEMBERITAHU

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua


penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana
setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami
oleh keluarga si mati.
Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian
juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan
tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian
dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan
masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-
kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan
penyakit akan menimpa mereka pula.
Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan
yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan
masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.
Berjaga-jaga
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian
direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati
menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam
mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang
diselitkan pada bibirnya buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama
tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat
diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya
tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.
Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang
melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh
membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai
seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung
itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan
burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu
akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.
Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak
dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong
dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan.
lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu
tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam
dan waktu tengah malam.
Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si
mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis
sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka
memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang
terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang
telah menyebabkan kematian.
Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari
pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang
telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari
itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan
pada kayu nesan kubur si mati nanti.
Pengebumian
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan
keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang
dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat
mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang,
letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus
sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk
menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.
Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di
liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat
orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas
pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat
demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau
kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati
dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka
akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang
besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di
kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat.
Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur
sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok
yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi
penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.
Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan
yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan
perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan
pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut
kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama
tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum
roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan
daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk
si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan
dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.
Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian
dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang
diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas
terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang
menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu
tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi
daging kerbau atau lembu.
Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke
rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian
ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam
untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah
dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang.
Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula
mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.
SELEPAS KEMATIAN

Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis


ini mempunyai beberapa tahap iaitu:
Makan Tiga dan Tujuh Hari
Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan
pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke
bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan,
titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.
Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan
sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut.
Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak
ada makanan istimewa yang disediakan.
Makan Empat Puluh Hari
Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini
berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan
malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang
ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat.
Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-
buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak
sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.
Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati
akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk
menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan,
barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.
Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si
mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan
secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula
dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau
selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.
Makan Seratus Hari
Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih
besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu
hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-
buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau
lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.
Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian
putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati
dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat
masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar.
Ahli keluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing.
Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh
mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan
mereka.
Makan Tiga Tahun
Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah
berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan
Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.
Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara
bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor
ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu
tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih
kelupis dan seekor kerbau disediakan.
Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.
Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,
seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita
yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus
yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.
Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah
pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik
sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu
yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam
dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan
di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak
mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.
Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau
yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua
rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan
secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang
berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari
mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.
Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali
teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si
mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain
menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini
dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah
seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki
meminum arak sekaligus.
Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu
diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu
malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada
mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian
dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau
terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.
Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang
bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan
antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum
beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan
berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian
masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi
kehidupan masyarakat mereka.

Anda mungkin juga menyukai