Anda di halaman 1dari 9

 Organisasi sosial

 Agama dan kepercayaan


 Tulisan dan penyimpanan rekod
 Kesenian dan kesusasteraan
Dalam masyarakat Mesir Purba, Kemunculan institusi dan golongan
pekerja telah mewujudkan kelas sosial. Kelas sosial berasaskan jenis
pekerjaan, kekayaan dan pengaruh. Pada peringkat tamadun awal,
pemerintah,firaun, golongan agama dan golongan bangsawan berada
pada kedudukan tertinggi dalam susunan masyarakat.
Golongan saudagar dan artisan berada dalam kelas kedua. Dibawah
mereka ialah golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran.
Golongan hamba berada pada kedudukan paling rendah. Hamba
terdiri daripada dua kumpulan, iaitu hamba perang dan hamba yang
dijual.
Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan
yang disembah termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai.
Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti
korban binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh.
Dalam hal ini, tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda
menghormati tuhan. Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai
kehidupan selepas kematian.
HALAMAN
UTAMA

Anda mungkin juga menyukai