•- matlamat dan hasil yang boleh merupakan kejayaan atau kegagalan •- penyampaian ilmu dan kemahiran •- penerapan nilai Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Pengertian dari perspektif sosiologi dan psikologi sbg cth adalah berbeza drp pengertian falsafah
Pengertian sosiologi sistem dan institusi persekolahan,
fungis keluarga dan masyarakat; sekolah dan masyrakat
Pengertian psikologi aspek dalaman individu seperti jiwa,
pertumbuhan fizikal yang mempengaruhi individu yang terlibat dalam p& p
Pengertian falsafah mengemukakan persoalan asas dan
sejagat tentang manusia atau insan yang hendak dididik; ke arah manakah hala tuju sesuatu sistem pendidikan; mengapakah manusia perlu dididik
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Huraian dari sudut falsafah menumpukan kepada penganalisisan konsep pendidikan dan konsep- konsep lain berkaitan dengannya
Analisis konsep pendidikan oleh R.S peters
Analisis konsep bermaksud menghuraikan sesuatu
konsep berdasarkan penggunaan bahasa yang tidak
formal (tidak menggunakan simbol) ataupun melalui ordinary language analysis
Analisis konsep pendidikan oleh R.S. Peters agak
lengkap berbanding analisis konsep itu oleh tokoh lain Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail “Pendidikan” bagi Peters sebahagian besar mempunyai maksud satu istilah pencapaian (achievement term)
Sbg satu istilah pencapaian tidak merujukj kpd
satu aktiviti khusus tetapi dilihat drp keseluruhan proses “mendidik” (bezakan mendidik dgn mengajar dan melatih)
Sbg satu proses bersifat menyeluruh, pengertian
falsafah tentang pendidikan tidak disempitkan kpd perspektif institusi, keluarga, sistem tetapi merangkumi keseluruhan elemen yang terlibat dlm proses mendidik manusia Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Ungkapan “saya telah berjaya mendidik murid itu” maksudnya merangkumi pelbagai aktiviti yang terlibat yang mengarah kpd satu pencapaian
Peters dlm bukunya,Ethics and Education (1966)
mengemukana kriteria berikut untuk menganalisis konsep “ pendidikan”
1 Pendidikan adalah penyampaian dan pencapaian
sesuatu yang berfaedah dan manfaat (matlamat, proses, kandungan ilmu, hasil). Implikasinya ialah proses mendidik SEMESTINYA bermoral dan beretika. Ini membezakan “mendidik” drp “mengajar”, “melatih” dan “mengarah”
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
2. Pendidikan menghasilkan individu terdidik yang mempunyai perspektif kognitif yang tidak lembam. Menurut Peters,
we do not call a person “educated” who has
simply mastered a skill” (eg pottery). For a man to be educated it is sufficient that he should possess a mere-know how or knack. He must also have some body of knowledge and some kind of conceptual scheme to raise above the level of a collection of disjointed facts. This implies some understanding of principles for the organization of facts Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Implikasi drp krieteria ini ialah perlunya guru memahami epistemologi dan pedagogi (strutktur ilmu, konsep ilmu, pengintegrasian ilmu)
3. Kriteria kaedah atau prosedur yang digunakan
dlm pendidikan:
a. kaedah mesti bertujuan menghasilkan
pencapaian yang diharapkan
b. kaedah mestilah direla oleh pelajar
(guru tidak boleh mendenda atau mendera sewenang-wenaangnya; tidak boleh mengarah tanpa disertakan rasionalnya, tidak boleh memaksa)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Guru juga tidak boleh brain wash atau mengugut, mengindoktrinasi
Hujah tentang kriteria pendidikan oleh R.S. Peters:
a. Kriteria 1- “penyampaian sesuatu yang berfaedah”, persoalannya, Siapa yang menentukan apa yang berfaedah? Berfaedah dari aspek apa?
b. Kriteria 2 penyampaian sesuatu yang berfaedah
memang tidak dapat dipertikai
c. Kriteria 3 adakah semua kaedah yang direla pelajar
direla oleh guru; adakah semua kaedah yang direla oleh guru direla oleh pelajar? Sejauhmanakah kaedah seperti indoktrinasi, arahan, latihan bertentangan dgn nilai murni pendidikan?
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Kesimpulan drp analisis konsep pendidikan R.S. Peters:
1. Pendidikan mestilah dimulakan dgn sesuatu
matlamat yang berteraskan falsafah pendidikan sesebuah negara
2. Kurikulum/kandungan ilmu sentiasa terkini
selaras dgn perkembangan semasa; tafsiran perlu luas; penguasaan IT dlm p&p
3. Perbezaan antara “mendidik”, “mengarah”,
‘Mengajar”. “melatih”, melatih tubi”, “melazim” Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail 4. Hasil sesuatu proses mendidik gagal atau berjaya
5. Pendidikan satu proses yang mempunyai ciri-
ciri tertentu:
- jangka masa panjang (pendidikan sepanjang
hayat; pendidikan dari buaian hingga ke liang lahad)
- perubahan keseluruhan diri individu dari sudut
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Analisis Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Penyampaian sesuatu kandungan ilmu merupakan tugas utama pendidikan di samping membentuk peribadi mulia; matlamat perubahan sikap; tingkah laku; sistem nilai yang mempengaruin tindakan; peningkatan intelek
Kriteria penyampaian sesuatu yang berfaedah
(Peters) menekankan penguasaan ilmu pengetahun, p& p berkesan
Secara logikal, adalah diandaikan jika proses p&p
berjalan dgn lancar dan berkesan dgn kaedah yang beretika, proses berikut akan terlibat: Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail 1. Mengetahui dan mempercayai (istilah kognitif) 2. Mengajar dan mempelajari (istilah pendidikan)
( 1dan 2 adalah berkaitan kerana guru yang
mengajar perlu mengetahui dan mempercayai kebenaran ilmu yang disampaikan; murid yang belajar perlu mengetahui dan mempercayai apa yang disampaikan oleh guru)
Oleh itu, proses P & P menuntut kepada syarat-
syarat dalam ilmu pengetahuan iaitu; kebenaran, kepercayaan dan bukti Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Ilmu pengetahuan yang berbeza perlu dibuktikan kebenarannya secara berbeza.
Jika sesuatu ilmu itu memerlukan banyak
proses mentaakul, guru perlu mahir dalam membina konsep dan berfikiran kritis dan logikal kerana ilmu ini memerlukan pelajar menyatakan asas ia mengetahui bahawa sesuatu usul/proposisi yang ia ketahui sebagai benar atau tidak benar (Pembelajaran Proposisi- menekankan elemen kognitif)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Jika sesuatu disiplin ilmu menekankan aspek kemahiran, maka guru perlu banyak melibatkan murid dengan ulangan tingkah laku kerana murid memahami ilmu ini berdasarkan bagaimana sesuatu usul/proposisi (bagaimana menanam pokok bunga mawar dengan baik). Ilmu yang berteraskan kemahiran tidak bererti menolak sama sekali aspek kognitif (teori)
Ilmu yang menekankan teori perlu juga dilihat dari
perspektif praktis atau pragmatis
Ini bermaksud ilmu pengetahuan perlu diintegrasikan
antara pengetahuan berasaskan teori dgn praktis; konsep dengan fakta; konsep dgn persoalan dsbnya Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Proses pembelajaran di kalangan pelajar perlu mengambil kira aspek berikut:
- Kesediaan pelajar - Konteks (contextual learning) - Ilmu pengetahuan bersifat inkuiri; pemikiran kritis dan kreatif; kegunaan dapatan (discovery learning)
Konsep pengajaran dan pembelajaran perlu dianalisis
tanpa memisahkan antara kedua-dua konsep tersebut dan dihuraikan dari sudut pencapaian, tugas, proses dan hasil secara serentak
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
ANALISIS KONSEP DISIPLIN DAN DENDAAN
Disiplin walaupun berkaitrapat dengan dendaan,
tidak dapat di samakan dgn dendaan
Konsep disiplin penyerahan kepada sesuatu
peraturan yang bersifat akademik (disiplin ilmu); disiplin kendiri; disciples yang bermaksud pengikut seseorang pemimpin/ketua
Disiplin berasal daripada istilah Latin discipulus
yang bermaksud penyerahan kepada sesuatu autoriti atau peraturan atau pun kepada individu yang menjadi pemimpin sesuatu fahaman Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Oleh itu, konsep disiplin tidak semestinya berkaitan hanya dengan peraturan atau undang-undang kerana konsep ini juga bermaksud melakukan peraturan yang tidak melibatkan moral/etika
Sbg. cth. Disiplin kendiri atau self-discipline dapat
mewujudkan peraturan dan tanggung jawab dalam mengurus diri, masa dan aktiviti
Dalam pendidikan, disiplin yang baik
menggalakkan autonomi dlm diri pelajar di samping menyuburkan peribadi mulia
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Dendaan Dendaan ditakrifkan:
sebagai, mengenakan sesuatu kesakitan atau perkara
yang tidak menyenangkan ke atas diri seseorang yang telah melakukan kesalahan atau melanggar peraturan
Implikasi daripada pernyataan di atas ialah:
1) Sesuatu tindakan mendenda bukan berlaku dengan tidak
sengaja 2) Sesuatu bentuk dendaan semestinya melibatkan kesakitan atau kesan yang tidak menyenangkan 3) Tindakan mendenda mestilah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai autoriti
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Tindakan mendenda mestilah dilakukan oleh seseorang yang mempunyai autoriti (seseorang mangsa bulli yang bertindak balas ke atas orang yang membulinya dianggap bukan mendenda orang itu kerana mangsa tersebut tidak mempunyai autoriti utk melakukan demikian. Justeru, tindakan ini lebih merupakan reaksi yang berupa balas dendam
Tindakan yang menyakitkan atau tidak menyenangkan
mestilah dilakukan ke atas orang yang melanggar perturan atau membuat kesalahan (sebab tindakan juga kadang kala dikenakan ke atas orang lain yang tidak bersalah sbg membalas dendam . Cth tindakan ke atas saudara mara si pembuat salah
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Oleh itu, dari segi definisi, konsep dendaan adalah satu tindakan yang mempunyai elemen pembalasan iaitu, seorang individu A “membalas dengan mengenakan kesakitan atau perkara yang tidak menyenangkan ke atas individu B sbg membalas apa yang telah ia lakukan
Mendenda seseorang seharusnya menyentuh aspek
tingkah laku seseorang (salah laku) bukannya mendendanya kerana ia tidak berupaya menguasai sesuatu yang diajar. Sbg. Cth adalah wajar seorang murid didenda kerana ia tidak menyiapkan kerja rumah matematik bukannya kerana ia tidak faham apa yang diajar dalam matematik Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Oleh itu, adalah tidka wajar guru mendenda kanak-kanak istimewa; kanak-kanak/murid tidak sihat; murid yang ada masalah emosi
Justifikasi untuk mendenda
Berasaskan 3 bentuk dendaan:
pembalasan Pencegahan
Pemulihan
Dendaan pembalasan
Walaupun dari segi takrifan, dendaan merupakan pembalasan, tetapi
sebagai seorang utilitarian R.S. Peters mengesyorkan dendaan yang bersifat dendam
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Dalam bukunya, Ethics and Education, Peters berpendapat bahawa: punishment is one type of retributive transaction….. (it) must be retributive by definition
Maksud Peters ialah jika sesuatu tindakan yang
bersifat membalas terpaksa dilakukan, maka tindakan itu tidak boleh berdasarkan rasa sakit hati, marah atau dendam kerana tindakan yang berasaskan perkara ini biasanya mendatangkan kesan mudarat
Sbg.cth guru bertindak adil dan rasional jika ia
mendenda pelajar yang telah mencalar keretanya jika ia mahu mengingatkan pelajar tentang perbuatannya yang tidak bertanggung jawab (accountability) Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Tetapi, jika guru merasakan kerugian atas perbuatan pelajar itu, maka tindakan pembalasannya yang didorongi rasa marah, rugi dan sakit hati mungkin tidak lagi rasional.
Oleh itu, selain accountability dan
responsibility, tujuan mendenda perlu ditambah dengan kriteria niat atau motif mendenda (tidak ada dalam kriteria R.S Peters)
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Dendaan Pencegahan
Sebagai seorang utilitarian (percaya bahawa apa-apa
bentuk dendaan pembalasan mestilah menghasilkan kebaikan maksima untuk bilangan individu paling ramai), Peters berpendapat bahawa mendenda untuk mencegah adalah lebih baik daripada membalas
• Bagaimanapun, dari segi prinsip, pencegahan adalah
baik tetapi dari segi praktisnya, sukar dilaksanakan:
Guru berhadapan dengan masalah untuk
mempertimbangkan antara prinsip bertindak secara adil dengan tindakan tersebut yang mempunyai matlamat untuk menjagai kepentingan ramai
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
cth guru yang mendenda semua murid dalam kelas kerana guru gagal mengenal pasti murid yang melakukan kesalahan bertindak tidak adil kepada murid yang tidak terlibat
Persoalannya, Bagaimana untuk menilai jenis
hukuman/dendaan yang bertujuan mencegah tanpa hukuman itu bersifat terlalu keras atau terlalu lenient?
Walaupun, tindakan guru bertujuan mencegah, guru
tidak dapat memastikan tentang kesan yang berbeza kpd murid yang berbeza akibat tindakan yang dikenakan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Dendaan Pemulihan
Dendaan pemulihan bertujuan untuk memperbaiki
atau memulih individu yang dikenakan tindakan disiplin atau didenda dengan harapan individu tersebut kembali kepada keadaan lebih baik berbanding sebelum ia didenda
Bagaimanapun, dari segi praktik amt susah
dilaksanakan kerana:
Sesuatu tindakan perlu disusuli dengan follow
up antara pihak yang memulih (kaunselor) dan pihak yang dipulih
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Sukar dilaksanakan jika pelajar terlalu ramai; tidak cukup kaki tangan untuk laksanakan pemulihan ini
Pemulihan hanya dapat dilaksanakan
jika ada kes disiplin yang memerlukannya; bukan merupakan bentuk dendaan yang daapt dilakukan secara direct dan spontan seperti pencegahan dan pembalasan Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail KONSEP AUTORITI GURU
Salah satu matlamat utama pendidikan
mempertingkat intelek pelajar berupaya berfikir kritis dan kreatif; bebas menyuarakan pendapat; mempunyai autonomi dalam hal akademik
Untuk mencapai matlamat di atas, autoriti guru
memainkan peranan penting. Suasana di atas tidak akan dapat diwujudkan jika guru dogmatik dan, autokratik. Guru yang terlalu bebas dan flexible juga tidak menjamin pencapaian matlamat di atas.
Sebagai memenuhi etika profesionalisme
perguruan, wibawa dan autoriti guru penting Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail R.S Peters dalam bukunya, Authority, Responsilility and Education (1973) menjelaskan perkataan “authority” berasal drp perkataan “auctor” dan “auctoritas” yang ditakrif sbg “mengeluarkan”. Ini bermaksud mengeluarkan sesuatu arahan atau pendapat
Peters mentakrifkan autoriti juga sbg “aura” walaupun
tidak menyamakannya dengan kuasa
Souper (1976) dlm buku About to Teach: An
Introduction to Method in Teaching menjelaskan autoriti dari perspektif kuasa. Seseorang dianggap mempunyai autoriti dalam sesuatu bidang jika ia menentukan dan menguatkuasa peraturan berkaitan bidang tersebut
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Ahli sosiologi Max Weber meletakkan autoriti ke dalam kategori berikut: 1. autoriti tradisional- autoriti yang diwarisi mengikut tradisi atau adat
2. autoriti sah dan rasional (legal-
rational)- autoriti yang bertentangan dengan kuasa mutlak/autokratik; autoriti yang ditentukan oleh peraturan/undang-undang 3. autoriti karismatik (charismatic)- autoriti yang dikaitkan dengan ciri semula jadi atau aura; kewibawaan seseorang
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Autoriti guru berkaitrapat dengan kategori autoriti yang dijelaskan.
Guru autokratik/dogmatik- tidak membuka ruang
perbincangan dua hala; guru mengarah tanpa penjelasan rasional tentang perkara di arah; guru menganggap berkuasa penuh dalam kelas; mengarah murid melakukan sesuatu di luar yang lebih mendesak pelajar
Guru autokratik/dogmatik- mungkin disebabkan
kurang bersedia; tidak terkini dengan ilmu pengetahuan; berhadapan dengan pelajar bijak/pandai; tidak terbuka kepada perkara yang mencabar minda dan pendapatnya Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Menurut Peters, guru autokratik dianggap seorang guru yang being in authority bukannya an authority
Guru autokratik tidak disokong oleh golongan
progresif seperti Dewey, Rousseau. Rogers, Montessori yang memperjuangkan pendidikan yang memberi tumpuan kepada pelajar (child-centered education)
Guru autokratik – sering menggunakan kaedah
tidak murni ketika mengajar seperti indoktrinasi; guru ditakuti bukannya dihormati Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Guru laissez-faire
• Guru yang terlalu flexible dan bebas dalam p&p. Guru
yang tidak mengikut struktur dari segi perancangan dan kandungan ilmu; pelajar diberi banyak kebebasan dalam proses pembelajaran; guru yang digemari pelajar yang tidak gemar pembelajaran berstruktur; boleh jejaskan proses p&p jika terlalu bebas; tidak dapat wujudkan suasana pengajaran yang sistematis
Guru demokratik
• Guru yang menggalakkan suasana p & p bebas tetapi
terkawal
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Guru an authority; guru sebagai pembimbing, penasihat, fasilitator; terbuka; bersedia menerima kritikan membina, p & p dua hala; student- centered; dihormati bukan ditakuti pelajar; guru masih mengekalkan autority (kepakaran dan hormat) tanpa perlu bersikap dogmatik/autokratik Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail KONSEP INDOKTRINASI
• Indoktrinasi bermaksud penyampaian berat sebelah
tentang sesuatu isu atau pokok perbincangan; sering dilakukan dalam perkara seperti ideologi politik, moral, agama dan disiplin ilmu yang mempunyai tafsiran luas berbanding disiplin ilmu yang bersifat objektif seperti sains tulen
• Dalam pendidikan indoktrinasi boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk: brainwash, propaganda, arahan yang tidak disertakan penjelasan rasional; hafalan dan latihtubi (tidak memerlukan penglibatan elemen kognitif seseorang)
• Mengapakah indoktrinasi anti thesis atau bertentangan
dengan nilai murni pendidikan?
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
1. pelajar yang diindoktrinasi tidak berpeluang meneliti secara adil dan jelas tentang perkara dibincang kerana ia dilakukan secara berat sebelah (bias, prejudice) 2. Pelajar tidak menyedari dirinya diindoktrinasi kerana proses ini dilakukan secara halus justeru pelajar di”kabui mata” mereka tentang perkara sebenar
3. Guru hanya memaparkan aspek positif sesuatu
perkara tanpa menonjolkan aspek negatif untuk memberi peluang kepada pelajar mempertimbang sendiri apa yang dianggap benar atau tidak benar Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Oleh itu indoktrinasi dapat diertikan sebagai memberi jawapan yang betul/benar tetapi tidak semestinya disertakan dengan sebab-sebab mengapa jawapan itu benar/betul
Indoktrinasi boleh dihurai melalui 3 kriteria:
1 kaedah 2. kandungan 3. niat
Kaedah
Kaedah melibatkan penyampaian sesuatu kandungan mata
pelajaran (jika dalam kelas) di mana guru boleh memanipulasi maklumat; memaparkan pandangan berat sebelah; memberi tafsiran sempit
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Mudah dilakukan dalam mata pelajaran yang tafsiran luas seperti sejarah, moral, agama, politik; agak terhad dalam mata pelajaran yang bersifat pasti seperti matematik, fizik, kimia dan biologi
Snook (1972) dalam bukunya, Indoctrination and Education
berpendapat semua bentuk indoktrinasi disengajakan. W/pun seseorang menyatakan ia tidak berniat melakukan indoktrinasi, perkara ini boleh dikesan melalui kaedah (dalam pendidikan melalui pengajaran)
Niat
- Satu yabng tersembunyi; sukar dikesan kecuali melalui kaedah
-mengajar perkara abstrak seperti agama kepada kanak-kanak Islam tidak dikatakan berniat untuk melakukan indoktrinasi w/pun kaedahnya berbentuk indoktrinasi Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Kesan indoktrinasi
1. Penguasaan ilmu pengetahuan terbatas;
berfikiran stereotype; tidak dapat mentafsir dengan baik, hanya akur kepada perintah; tidak kritis dan kreatif dari segi pemikiran 2. Daya usaha tersekat kerana perspetif tidak menyeluruh; autonomi termusnah 3. Jika keterlaluan terutama dari segi ideologi politik dan semangat perkauaman, wujudnya konsep manusia agung (superman- Nazi, Ku Klux Klan; imperialisme sesuatu kaum ke atas kaum lain; pembersihan etnik) Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail Indoktrinasi anti thesis dengan fahaman liberal dan demokratik Individualisme diketepikan; salah dari segi moral dan etika
Indoktrinasi dan Pendidikan
kadang kala tidak dapat dielak menerapkan semangat
cintakan negara; keselematan negara; ideologi negara seperti Rukunegara
Perbezaan pendapat antara golongan mazhab progresif
pendidikan dengan mazhab tradisional pendidikan yang menekankan konsep student centred atau content- centered dalam pendidikan
Copyright (C) 2004 Dr.Habsah Ismail
Latihan, latihtubi, Pelaziman
latihan dan latihtubi lebih menumpukan
kepada aspek pembentukan tingkahlaku daripada pembinaan elemen kognitif
Latihan lebih rasional daripada latihtubi yang
tertumpu kepada kemahiran khusus yang diperoleh melalui ulangan yang bersifat stereotype (tidak langsung melibatkan kecerdasan). Hasilnya ialah pembentukan tabiat