Anda di halaman 1dari 40

BMZ 1014

KEMAHIRAN MEMBACA
NAMA PENSYARAH:
ENCIK ABDUL RAMIT BIN SULAIMAN
DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAFIHANIS BINTI SRAFI
ANIS NABILA BINTI MOHD ASRI
ISI KANDUNGAN KEMAHIRAN
MEMBACA
1) KONSEP MEMBACA
2) PROSES MEMBACA
3) TUJUAN MEMBACA
4) JENIS-JENIS MODEL BACAAN
5) JENIS-JENIS BACAAN SECARA KONTEKSTUAL
6) TEKNIK MEMBACA
7) AKTIVITI MEMBACA
KONSEP MEMBACA

 Pendapat beberapa tokoh :


1) Atan Long – melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan
menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi yang disampaikan
oleh tulisan.
2) Kamarudin Husin – menyuarakan tulisan, kemudian mengambil isi dan
fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungan bahan.
3) Dallman – membaca melibatkan pemahaman dan interpretasi idea-idea
yang disimbolkan melalui penulisan atau simbol tertulis.
4) Goodman 1975, Smith 1978 – satu proses psikologi yang berlaku apabila
pembaca membentuk semula dalam fikirannya erti yang diterapkan oleh
penulis dalam bentuk tulisan yang kemudiannya diaba oleh pembaca.
5) Juriah Long – memerlukan komunikasi mesej atau makna dan sedutan
makna, iaitu makna yang wujud pada bebrapa peringkat, daripada
pemahaman yang paling rendah kepada interpretasi yang tinggi, daripada
yang nyata atau konkrit kepada penilaian yang lebih kompleks
PROSES MEMBACA
PROSES MEMBACA
Membaca merupakan kemampuan yang kompleks.
Membaca bukanlah memandangi lambang-lambang
tertulis semata-mata. Bermacam-macam kemampuan
dikerahkan oleh seorang pembaca agar mampu
memahami material yang dibacanya.
Dengan kata lain;
pembaca harus mampu
memahami, menolak, membandingkan dan
mengakhiri pendapat-pendapat yang
dikemukakan oleh pengarang.
PROSES MEMBACA

1. Membaca sebagai Proses Berfikir


2. Membaca sebagai Proses Deria Mata
3. Membaca sebagai Proses Persepsi
Membaca sebagai Proses Berfikir

Dalam membaca pembaca melakukan KEGIATAN ;


 Kognitif (cognition); kegiatan mengenal kata;
 Mengingat (memory); kegiatan mengingat pengalaman
yang telah dimiliki untuk mentafsirkan makna kata-kata,
simbol-simbol, dan idea-idea
 Berfikir Konvergentif; iaitu menghasilkan sesuatu secara
induksi
 Berfikir Divergentif; menghasilkan sesuatu secara deduktif
 Menilai; kegiatan membanding-bandingkan, mengkritik,
dan memutuskan.
Membaca sebagai Proses Deria Mata

Kegiatan yg dilakukan pembaca;


dimulakan dengan melihat. Stimulus
masuk melalui penglihatan.
Mata memproses apa yg dilihat dan
mampu mengenali rangsangan material
yg dibacanya.
Rangsangan inilah yg merupakan
landasan bagi pembaca dalam
mengenali bacaan.
Membaca sebagai Proses Persepsi

Proses Persepsi dlm membaca terdiri daripada empat bahagian :


1. Kesedaran terhadap rangsangan visual
2. Kesedaran tehadap persamaan isi untuk mengadakan
klasifikasi umum kata-kata
3. Klasifikasi lambang-lambang visual untuk kata-kata yang
ada di dalam kelas umum
4. Identifikasi kata-kata yang dilakukan dengan cara
menyebutkannya.
Tujuan membaca

 Boleh membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul


 Membaca cepat dengan lancar
 Memahami bahan yang dibaca dan dapat menggunakan perkataan
sendiri untuk menyatakan pemahaman terhadap bahan bacaan
 Membaca senyap tanpa gangguan
 Menanamkan sikap suka membaca atau menjadikan sikap suka membac
sebagai amalan dan hobi
 Mengisi masa lapang dan menambah ilmu pengetahuan
JENIS-JENIS MODEL BACAAN

~Bacaan mekanis: Bacaan bersuara, iaitu membaca tulisan dengan sebutan


yang jelas dan terang serta lancar, intonasi dan nada ikut gaya baca yang
betul dengan alat-alat artikulasi dan alat-alat pertuturan.
~Tujuan: Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap, pantas dan
lancar dengan sebutan dan intonasi yang jelas.
~Membolehkan murid-murid membaca dengan nada dan irama serta gaya
membaca yang betul.
~Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda baca dengan betul,
contohnya tanda koma iaitu berhenti sebentar dan tanda tanya ketika
menyoal.
~Membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan
membaca bersuara.
 2. Bacaan mentalis: Bacaan senyap, iaitu bacaan yang disuarakan di
dalam hati atau menterjemahkan isi bacaan kepada makna tanpa
mengeluarkan suara.
 Lebih laju dan pantas.
 Tidak memerlukan nada suara, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
TUJUAN BACAAN MENTALIS

 Untuk melatih murid-murid agar boleh membaca dengan sendiri, iaitu


tanpa bimbingan daripada guru-guru dan boleh dilakukan di mana-mana
sahaja.
 Melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang
dibaca.
 Melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas dan laju tanpa
mengabaikan makna yang tersurat dan tersirat
 Murid menggunakan kemahiran membaca secara mentalis untuk
mendapat ilmu dan pengetahuan sebanyak mungkin.
 Murid menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk menenangkan
hati dan mengisi masa menunggu yang lama di sesuatu temat atau situasi.
JENIS-JENIS BACAAN SECARA KONTEKSTUAL

 1. Bacaan intensif: Bacaan yang pada asasnya untuk


memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan
mentafsir dengan tepat apa sahaja yang dibaca.
 Memberikan penekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri
tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan serta
pemakaian bahasa dalam konteks situasi yang berlainan.
KONSEP BAHAN BACAAN INTENSIF

 Bacaan intensif merupakan kegiatan membaca yang dikaitkan dengan


usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa murid di
bawah bimbingan guru.
 Asas untuk guru memberikan penjelasan atau penerangan mengenai
struktur ayat yang sukar dan asas untuk memperkembang
perbendaharaan kata murid.
 Dikaitkan dengan aktiviti, mengkaji ciri-ciri tatabahasa, susunan kata
dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh murid
dalam pembacaan.
 Meningkatkan usaha mengawal penggunaan bahasa dalam komunikasi
lisan dan tulisan.
TUJUAN BACAAN INTENSIF

 Membolehkan murid-murid membaca dengan betul dari segi sebutan,


intonais, nada, tekanan dan kelancaran dan menggunakan tanda baca
dengan baik dan betul.
 Membaca dengan senyap dengan kepantasan yang sewajarnya
 Membuat ulasan dan penilaian terhadap isi-isi yang diperoleh daripada
bahan-bahan yang dibaca.
 Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetika dalam bahasa
 Membuat rumusan dan kesimpulan daripada apa yang dibaca.
 2. Bacaan ekstensif: Bacaan meluas yang menekankan aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas.
 Lazimnya, menitik beratkan aspek pengukuhan asas bacaan,
meningkatkan kemahiran memahami dan menaakul isi bacaan
 Menekankan aspek peningkatan kepantasan membaca, membina dan
mengukuh minat membaca serta berkebolehan memetik isi-isi penting.
KONSEP BACAAN EKSTENSIF

 Merupakan satu kegiatan membaca yang dilakukan oleh murid-murid di


luar kelas secara bersendirian dan sukarela tanpa bimbingan dari guru-
guru.
 Bacaan ekstensif mengandaikan murid-murid tidak menghadapi maslaah
dan kesukaran bahasa dan dapat membaca dengan bacaan seronok,
puas dan terhibur.
 Bahan bacaan mesti meluas, bukan sahaja sesuai dari segi
perbendaharaan kata tetapi minat, umur, jantina, pengalaman dan cita-
cita murid.
 Bahan bacaan mestilah pelbagai termasuklah bahan elektronik seperti
televisyen, internet dan sebagainya.
TUJUAN BACAAN EKSTENSIF

 Membolehkan murid-murid membaca secara bebas dengan cara


tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain.
 Membolehkan murid-murid membaca dengan fasih dalam bahasa yang
mereka pelajari
 Memeberikan peuang kepada murid-murid yang cerdas meluaskan
bacaan mereka dan membina daya kreativiti
 Meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam penggunaan bahasa baik
dalam bentuk prosa atau puisi
Teknik
membaca

Pembacaan Pembacaan
cepat perlahan (kritis)

Skimming Scanning KWLH SQ3R


PEMBACAAN SECARA
PANTAS

SKIMMING SCANNING
(LUNCURAN) (IMBASAN)
SKIMMING (LUNCURAN)
Kemahiran membaca
untuk mendapatkan
SKIMMING
maklumat ringkas dan
IALAH ...
pantas mengenai suatu
bahan atau maklumat.

Mendapatkan maklumat ringkas


tetapi menyeluruh mengenai TUJUAN
sesuatu bahan atau dokumen
serta membolehkan kita untuk
membuat pandangan umum
mengenai dokumen dengan
segera
TEKNIK KETIKA SKIMMING
Baca tajuk, Baca
subtajuk perenggan
atau pendahulua
melihat n dan
gambar penutup
rajah atau teks
carta

Baca ayat
pertama
setiap
perengga
n

 Sesuai untuk: tarikh, nama, tempat dan maklumat-maklumat


yang spesifik seperti data atau fakta yang ringkas.
SCANNING (IMBASAN)

Kemahiran membaca
SCANNING untuk mendapatkan
IALAH ... maklumat yang lebih
mendalam daripada
skimming

Mendapatkan maklumat
TUJUAN
tertentu sebagai jawapan
kepada sesuatu soalan

 Ia juga adalah membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam,


membaca kandungan bab dengan pantas sambil mecatatkan kata kunci
dan konsep yang dinyatakan.
Melibatkan tindakan
menggerakkan anak
mata dengan cepat
untuk mencari
perkataan khusus atau
frasa tertentu.

Merupakan satu langkah Pelajar boleh membuat


awal bacaan keputusan dalam
~Cara ini membolehkan menentukan tahap
pelajar mengetahui istilah- kepentingan sesuatu
istilah baru dan seterusnya istilah, konsep yang
mencari makna dalam kamus memerlukan perhatian
serta menjimatkan masa khusus pelajar ketika
ketika membuat bacaan membuat ulangkaji
sebenar.
PEMBACAAN SECARA
KRITIS (PERLAHAN)

BACAAN SQ3R (SURVEY,


INTENSIF(KWLH) QUESTION, READ,
RECITE, REVIEW)
BACAAN INTENSIF(KWLH)

 Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci


 Memerlukan tumpuan yang tinggi dalam bahan bacaan
 Ia mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan makna apa yang
dibaca
KWLH

LEARNED
HOW (Tambahan
KNOW WANT( Apa yang (Apa yang hendak
maklumat berkenaan
(Apa yang diketahui) hendak diketahui) dipelajari semasa
tajuk yang dibaca)
membaca)
2.SQ3R(SURVEY, QUESTION, READ, RECITE, REVIEW)
 Teknik ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang
bahan yang dibaca.
 Langkah-langkah membaca menggunakan teknik ini:
~Lihat tajuk utama sepintas lalu.
~Tukar tajuk utama menjadi soalan.
~Baca keseluruhan soalan bagi mendapat jawapan
~Susun idea dan isi penting selepas membaca petikan
~Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian, perenggan melalui ingatan
bagi menjawab soalan.
TEKNIK SQ3R

MEMBUAT
MENYATA-KAN
MENINJAU MENYOAL MEMBACA MENCATAT BAYANGAN ATAU
KEMBALI
GAMBARAN
a) MENINJAU

 Cara mendapatkan pandangan sebelum membaca adalah seperti


berikut
 tajuk bab
 rangka kasar bab
 pengenalan
 tajuk utama dan subtajuk kecil
 ringkasan bab
 soalan ulangkaji
b) MENYOAL

 membentuk soalan daripada tajuk kecil dalam petikan


 soalan bagi meninjau gambaran keseluruhan kandungan teks
c) MEMBACA

 berikan perhatian ke atas soalan yang sudah dibina


 membaca teks dengan teliti

d) MENCATAT
• membuat catatan ditepi petikan bagi memberi panduan
menyatakan semula isi
e) MENYATAKAN KEMBALI

 menyatakan dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang sudah


dibuat
f) MEMBUAT BAYANGAN/GAMBARAN
• memikirkan cara menggunakan idea yang sudah dibaca
• apabila tidak jelas, baca semula
• bahagian mana yang tidak bermakna
• fikirkan juga hubungan antara bab
AKTIVITI MEMBACA

1. Guru mengedarkan petikan teks kepada murid-murid di dalam kelas


~Soal jawab berkenaan petikan teks untuk membantu murid-murid
memahami perkataan dan rangkai-rangkai ata yang baharu dan sukar sama
ada dari segi sebutan atau makna perkataan.
~Guru memberi contoh cara membaca teks dengan betul.
~Guru membimbing murid-murid secara individu.
~Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid untuk menguji tahap
kefahaman murid.
 2. Guru menentukan bahan edaran
~ guru membantu dan membimbing murid-murid yang sederhana atau lemah
semasa pelajaran dijalankan
~guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan atau kosa kata dan rangkai
kata yang susah seperti perkataan-perkataan baru dan istilah-istilah saintifik
~guru menghadkan masa membaca dan memahamkan isi bacaan
~guru melaksanakan latihan kefahaman dengan mengemukakan soalan-soalan
dengan cara menceritakan semula, menerangkan isi-isi penting petikan atau
dibuat dalam bentuk ujian objektif dan subjektif
~sekiranya murid melakukan kesalahan, guru hendaklah membantu membetulkan
kesalahan tersebut dengan serta merta dengan memberikan jawapan yang betul.
RUJUKAN

 Aziz, S. H. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I (Edisi Kedua).


Sekangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
 Jamila K.A. Mohamed Kutty, Mohd Hanafi Mohd Yasin, Rosadah Abd.
Majid. (2012). Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Dan Menulis.
Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/4644/1/111-
127%2520Jamila%2520et%2520al.pdf
 Khairulameera. (2011, November). Kemahiran Alat Bantu Mengajar.
Retrieved from https://khairulameera.wordpress.com/

 Zulkifley Hamid, R. M. (2006). Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Universiti


Kebangsaan Malaysia.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai